Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, November 13, 2015

Aku VS Empat Lelaki (26)

Boss ni dah kenapa pula nak jumpa aku hari Sabtu dekat mall ni. Hari Sabtu kot. Aku baru berangan nak rehat dekat rumah sambil makan keropok dan tengok drama Korea. Ish boss ni, kacau je tau. Bila lah nak kahwin ni? Malas dah nak kerja dengan boss ni. Tak ada masa nak rehat langsung.

"Senyum lah sikit. Nanti orang ingat aku ni jahat."

Aku pandang Amar sambil pura-pura senyum, "puas hati?" 

Amar senyum, "aku belanja kau makan. Kau nak makan apa?" 

Aku tak jawab soalan Amar. Ingat belanja makan tu boleh tapau balik ke masa rehat aku yang diganggu boss tu?

"Kita makan TGIF nak?" Amar masih cuba pujuk aku.

Aku diam.

"Ke nak makan Johnny Rocket?" Soal Amar lagi.

Aku masih diam. Sebenarnya aku saje je nak uji dia. Lama mana dia boleh sabar dengan aku. 

"Ala, aku ajak kau keluar ni sebab nak suruh kau teman aku carikan hadiah untuk Aireen," ujar Amar.

Apabila aku dengar nama Aireen, automatik kepala aku berpusing pandang Amar. Hadiah untuk Aireen? Hari jadi dia ke?

"Harini hari jadi Aireen ke?" Soal aku.

Belum sempat Amar jawab soalan aku, telefon aku berdering. Aku keluarkan telefon aku dari poket dan tengok caller ID. Senyuman terukir di bibir aku bila aku tengok nama Izzu. Pantas aku jawab panggilan tu.

"Hai," sapa aku.

"Buat apa tu? Dekat mana?" Soal Izzu.

"Tengah jalan-jalan. Boss buli saya suruh teman dia," aku mengadu dekat Izzu.

"Dengan Amar ek? Baguslah kalau macamtu. Nanti lepas jalan-jalan, datanglah rumah," ujar Izzu.

"Datang rumah? Ada apa?" Soal aku.

"Harini hari jadi Aireen. Saya ada buat makan-makan sikit," jawab Izzu.

"Wow! Birthday party. Okay, nanti saya datang dengan boss," ujar aku.

"Okay. Jangan lupa datang tau. Awak tetamu VIP saya," ujar Izzu.

Aku gelak, "will do. Okay bye Izzu."

Aku matikan talian selepas Izzu ucap bye dekat aku. Aku pandang Amar. Amar angkat kening.

"Jadi kita nak beli hadiah apa untuk Aireen?" Soal aku, cuba berlagak selamba.

Aku senyum dekat Amar. Ala, silap aku sebab salah faham dengan Amar. Ingatkan dia saje ajak aku keluar sebab nak teman dia shopping barang untuk dia. Mana aku tahu dia ajak nak beli hadiah untuk Aireen. Huhu.

* * *

"Boss yang ni sesuai tak untuk Aireen?" Aku tunjuk satu jubah warna hitam kepada Amar.

"Hitam? Seriously?" Amar angkat kening.

"Kenapa pula? Sekarang kan trend orang pakai jubah hitam. Nice what? Barulah Arabic sikit," jawab aku.

"Hmm okaylah," ujar Amar.

Aku panggil promoter kedai tu dan suruh dia bungkuskan baju tu. Aku kemudian bayar harga baju tu dan melangkah keluar dari kedai tu bersama Amar.

"Yeay. Saya dah siap. Boss nak beli apa untuk Aireen ni?" Soal aku.

Amar angkat bahu. 

"Boss ni cerewet lah. Cepatlah buat keputusan. Saya tak sabar nak pergi rumah diorang ni," desak aku.

Amar berhenti melangkah. Aku turut berhenti. Aku pandang ke arah yang Amar pandang. Oh, kami berada di hadapan kedai emas. Amar melangkah masuk. Aku hanya ikut langkah Amar.

Aku tengok-tengok barang kemas di dalam kedai tu. Semua harga dekat kedai ni melebihi gaji sebulan aku. Memang tak lah aku nak beli. Membazir. Eh, tapi kalau diikutkan tak membazir sebenarnya sebab boleh gadai balik bila susah. Tapi still, aku rasa membazir. Hehe.

Mata aku tertumpu dekat satu rantai ni. Cantik sangat. Rantai yang berloketkan gambar seperti baju kurung. Cuma baju kurung dia bertahkta permata. Unik dan sangat cantik. 

Aku tengok harga rantai tu. Pergh. Harga dia sama dengan dua bulan gaji aku. 

"Kau tengok apa tu?" Soal Amar.

Aku pandang Amar, "tak ada apa-apa. Boss dah sudah ke?"

"Tengah nak bayar," jawab Amar.

Aku angguk, "kalau macamtu, saya pergi tandas dulu lah."

Amar angguk, "nak aku teman ke?"

"Tak payah. Saya boleh pergi sendiri," jawab aku.

Boss ni dah kenapa nak teman aku pergi tandas? Ingat aku budak darjah satu ke? Ish. Baik aku pergi tandas sekarang sebelum boss betul-betul nak teman aku. 

* * *

"Happy birthday Aireen!

Aku peluk Aireen. Aku dah anggap Aireen ni macam adik aku dah. Aireen ni muda setahun dari aku. Banyak benda yang aku cerita dekat Aireen termasuklah pasal Amar. Walaupun Amar tu abang angkat Aireen tapi Aireen tak paksa aku untuk terima Amar. Katanya memang tak adil untuk Amar dan aku kalau aku terima Amar hanya sekadar untuk menjaga perasaan Amar.

"Thank you my sister," balas Aireen.

"Wow! You are younger than me tapi dah kahwin and soon will be a mom. Bila lah giliran sis pula," aku gelak.

"Eleh, sis kalau nak boleh je. Bukan ramai ke yang tunggu sis?" Usik Aireen.

Aku hanya gelak sahaja. Kalau ikutkan perancangan aku, memang aku nak kahwin dalam tahun ni tapi apakan daya orang yang aku sangka jodoh aku dah larikan diri. Jadi, terpaksalah aku tangguhkan perancangan aku tu.

"Sis makanlah dulu. Aireen nak pergi layan tetamu kejap," Aireen meminta diri.

Aku angguk. Aireen berlalu pergi. Aku melangkah ke arah buffet makanan. Hmm banyak betul makanan yang sedap. Tak tahu nak pilih yang mana.

"Oi!"

Aku pandang ke arah suara yang meng'oi' kan aku tu. Kelihatan Aldee tengah tersengih lebar.

"Oi. Kenapa kau dekat sini?" Soal aku.

"Kau ingat Izzu tu kawan kau sorang je? Aku pun kawan dia tahu tak," ujar Aldee.

Aku gelak. Haah, selain aku, Izzu pun rapat juga dengan Aldee. Ye lah, kami kan sebaya. Jadi memang kalau dekat pejabat tu, kitorang bertiga je lah. Lunch sama-sama. Tapi kadang-kadang boss curi aku dari diorang. Tinggallah diorang berdua. Tu yang kamcing tu.

"Kau datang dengan siapa? Tak nampak pun kereta kau," ujar Aldee sambil isi makanan ke dalam pinggannya.

"Aku datang dengan boss," jawab aku.

Riak wajah Aldee berubah tiba-tiba. Tapi sekejap je, kemudian balik kepada riak asal. Hmm kenapa riak wajah Aldee berubah tadi? Ke aku yang salah tengok? Aku salah tengok ni. Buat apa pula riak wajah dia nak berubah?

"Kau dah terima dia ke?" Soal Aldee.

Aku gelengkan kepala aku, "what? No."

"Habistu aku tengok kau dengan dia macam kena gam je. Tak boleh berpisah," ujar Aldee.

"Kau tahu lah boss tu macammana. Aku dah tolak banyak kali ajakan dia tapi dia kan suka main ugut-ugut. Nak tak nak, aku terpaksa ikut dia," cerita aku.

Aldee dan aku melangkah ke arah meja makan. Kami duduk. Aku teguk minuman aku.

"Habistu kau takkan sedikit pun tak tergoda dengan dia?" Soal Aldee.

"Hati aku tak ada untuk dia," jawab aku.

"Sebab Adib ke?" Soal Aldee.

Aku diam. Betul ke aku masih berharap dekat Adib?

"Kau..."

"Ima, jom makan."

Aku pandang Amar yang entah dari mana munculnya. Amar bawa pinggan berisi makanan sekali dengannya.

"Saya kan tengah makan ni," jawab aku.

"Jom makan dengan aku," ajak Amar lagi.

"Boss, tempat ni kosong. Duduklah sini," aku tepuk kerusi di sebelah aku.

"Aku kata jom makan dengan aku. Susah sangat ke nak makan dengan aku?" Amar hentak pinggannya atas meja aku.

Aku terkejut sedikit mendengar suara boss yang kuat tu. Kenapa boss ni nak marah-marah. Amar melangkah pergi dari situ.

"Kenapa dengan dia? Tiba-tiba je mengamuk," soal aku.

"Ima, aku rasa better kau kejar dia," nasihat Aldee.

"Kejap. Kau rasa dia dengar ke apa aku cakap tadi?" Soal aku.

Mati aku kalau dia dengar apa yang aku cakap tadi dengan Aldee. 

Aldee angkat bahu, "you better talk with him."

Oh no! Takkanlah Amar dengar. Aku bangun dari kerusi aku. Aku kena cari Amar. Aku kena terangkan segala-galanya dekat Amar. It's better than left this thing hanging without answer.

* * *

Puas aku cari Amar tapi batang hidung dia pun tak nampak. Mungkin Amar dah balik kot. Mungkin Amar tengah marah sangat dengan aku. Telefon dia pun dia matikan. 

"Ima."

Aku pandang Puan Sri Ayuni yang tengah tersenyum dekat aku. Aku balas senyuman dia.

"Puan Sri," sapa aku.

"Eh apa nak Puan Sri Puan Sri lagi. Ima kan tak lama lagi nak jadi keluarga mama juga. Panggil je mama," ujar Puan Sri Ayuni.

Aku tersentak. Amar tak bagitahu dekat Puan Sri ke yang peristiwa haritu hanya lah lakonan?

"Mama nak ucap terima kasih dekat Ima sebab jaga mama masa mama koma. Ima juga yang beri kekuatan untuk Amar. Ima nak tahu tak? Amar tak pernah segembira sekarang sejak peristiwa dulu," cerita Puan Sri Ayuni.

Aku diam. 

"Mama tengok Amar dah tak keluar malam lagi. Dah tak pergi lepak kelab-kelab malam macam dulu. Dah tak pergi berfoya-foya dengan macam-macam perempuan lagi. Semua tu sebab Ima. Mama tahu Ima yang berjaya buat Amar berubah dan sebab tu mama sangat-sangat bersyukur Ima hadir dalam hidup Amar," ujar Puan Sri.

Aku dah rasa bersalah. Macammana kalau aku bagitahu Puan Sri yang aku tak cintakan Amar. Apa agaknya reaksi Puan Sri? Masihkah dia bersyukur dengan kehadiran aku dalam hidup Amar? Atau tidak. 

* * *

"Thank you dan sorry susahkan kau," ujar aku kepada Aldee.

Memang sampai ke habis majlis, aku tak nampak langsung kelibat Amar. Nasib baik Aldee sudi nak hantarkan aku balik. Kalau tidak, naik teksi lah aku jawabnya.

"Tak ada hal lah. Kau tu, cepat settle kan hal dengan boss," ujar Aldee.

Aku angguk. Aku buka pintu kereta dan keluar dari kereta Aldee. Aku lambaikan tangan dekat Aldee. Aldee hon keretanya sekali dan kemudian memandu pergi dari situ.

Aku melangkah untuk masuk ke dalam rumah sebelum aku dengar nama aku dipanggil. Aku kenal suara tu. Pantas badan aku pusing pandang ke arah suara tu.

Terkejut aku melihat Amar berdiri di hadapan aku dengan keadaan yang sangat tidak aku sangka. Bibirnya pecah. Ada kesan darah di pipinya. Pakaiannya tidak terurus. Kelihatan seperti Amar baru lepas bergaduh.

"Boss, apa yang dah jadi ni? Boss bergaduh ke?" Soal aku sedikit cuak.

"Aku cintakan kau," ucap Amar.

Aku pandang Amar. Memang jelas kelihatan sinar keikhlasan dalam mata Amar tu. Aku tahu Amar tak tipu bila dia kata dia cintakan aku. Entah kenapa, hati aku tiba-tiba rasa sayu je.

Aku pantas masuk ke dalam rumah aku. Aku buka pintu kabinet dapur aku. Aku ambil kotak peti kecemasan. Kemudian, aku melangkah keluar kembali ke arah Amar yang masih berdiri di tempat yang sama.

"Boss, ikut saya," ajak aku.

Aku melangkah ke arah kerusi di hadapan rumah aku. Amar ikut aku dari belakang.

"Boss duduk," arah aku.

Amar akur. Dia duduk. Aku buka peti kecemasan aku. Aku keluarkan dettol untuk cuci luka Amar. Aku letak sedikit di kapas dan aku mula mencuci luka Amar.

"Apa yang boss buat ni sampai luka-luka macamni? Boss gaduh dengan siapa ni? Tu lah, boss ni panas baran sangat. You should control your temper. Tengok apa dah jadi ni? Eii boss ni," bebel aku.

Setelah aku cuci luka boss, aku tampal handyplast di luka-luka boss. 

"Ima," panggil Amar.

Aku yang tengah tampal handyplast di luka terakhir boss pandang boss. Baru aku sedar kedudukan aku dengan boss sekarang ni rapat sangat. Dan entah kenapa, aku dapat rasa degupan jantung aku kuat. Aku cepat-cepat berundur.

"Terima kasih," ucap Amar.

Aku lemparkan senyuman dekat Amar. Jantung aku yang tengah berdegup kencang tu sedikit sebanyak buat aku rasa tak selesa. Mungkin sebab kedudukan aku dengan Amar tadi yang dekat membuatkan jantung aku berdegup dengan laju.

Aku kemas peti kecemasan tu untuk perlahankan kembali degupan jantung aku. Setelah jantung aku berdegup dengan normal, aku duduk di kerusi sebelah Amar. 

"Boss, janganlah bergaduh lagi. Kesian dekat Puan Sri kalau dia tengok boss macamni," nasihat aku.

"Ima, tak boleh ke kau tutup mata dan terima aku? Tak boleh ke kau tipu dan kata kau cintakan aku? Tak boleh ke kau balas perasaan aku?" Soal Amar.

Aku pandang Amar. Aku nampak wajah Amar kelihatan sangat sedih sampaikan aku tak sanggup untuk jawab soalan tu. Tapi aku kena jawab. Aku kena terangkan hal ni.

"Saya tak nak lukakan hati boss. Kalaulah saya boleh tipu dan tunaikan semua permintaan boss tu tapi saya tak boleh. Ini semua akan jadi tak adil. Tak adil untuk boss dan tak adil untuk saya," jawab aku.

"Hati kau memang langsung tak ada untuk aku? Sedikit pun, kau tak suka aku?" Soal Amar.

Aku gelengkan kepala aku, "saya minta maaf."

"Kau masih ingat dekat Adib? Kau masih harapkan dia? Aku boleh tunggu kau. Aku boleh..."

"Jangan tunggu saya, boss. Sebab saya sendiri tak tahu apa yang ada dalam hati saya. Saya minta maaf tapi hati saya bukan untuk boss," ujar aku.

"Kau memang takkan cintakan aku kan walau apapun yang aku buat kan?" soal Amar.

Aku nampak mata Amar penuh dengan kesakitan. Amar bangun. Aku turut bangun. 

"Boss..."
Amar angkat tangan sebagai isyarat suruh aku diam. Amar kemudian melangkah pergi dari situ. Aku hanya memerhatikan langkah Amar yang semakin menjauh. Dan entah kenapa, hati aku tiba-tiba rasa sesak. Rasa sesak yang sangat menyakitkan aku.

No comments:

Post a Comment