Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, November 12, 2015

Aku VS Empat Lelaki (25)

Dah dua bulan sejak aku putus dengan Adib dan sejak Amar luahkan perasaan dia dekat aku. Adib terus hilang macamtu je tanpa khabar berita. Dia langsung tak cuba hubungi aku lagi. Sejujurnya, aku masih sayangkan dia. Dia cinta pertama aku, mana mungkin aku dapat lupakan dia dalam masa sebulan. Tapi mungkin kami tak ditakdirkan bersama. Dia langsung tak berusaha untuk pulihkan keadaan. Mungkin aku dan dia memang tak ada jodoh.

Amar? Sejak dia luahkan perasaan dia dekat aku, aku cuba untuk jauhkan diri dari dia. Tapi semakin aku cuba untuk jauhkan diri dari dia, semakin dia cuba untuk mendekati aku. Kadang-kadang aku sendiri rimas dengan dia. Aku lebih prefer boss aku yang suka marahkan aku dari boss yang tak habis-habis cuba nak beli hati aku. Aku tak tahu nak buat apa. Hati aku langsung tak ada nama dia. 

Izzu? Izzu dah pun masuk pejabat setelah sebulan bercuti di Manhattan bersama Aireen, isterinya. Akhirnya, Aireen sudah dapat ingatannya kembali. Izzu merupakan orang yang paling gembira sekali bila isterinya kenal dia. Kini, Izzu sudah kembali seperti dahulu sebelum dia kehilangan Aireen. Orang-orang di pejabat semua terkejut melihat perubahan drastik Izzu. 

Aldee? Aku masih belum tahu siapa gadis misteri di hati Aldee itu. Aldee pun belum ambil sebarang tindakan untuk mendekati gadis itu. Aldee kata, hati wanita itu masih belum ada ruang untuk dia. Walau siapapun gadis misteri tu, aku nak sangat jumpa dia dan ucap tahniah sebab dah memenangi hati Aldee. 

"Ha berangan!" 

Aku tersentak apabila sebotol minuman yogurt diletakkan di atas meja aku. Aku pandang Aldee yang tengah tersengih.

"Kacau lah kau ni. Aku baru tengah berangan mat sado pinang aku," aku berseloroh.

Aldee buat muka menyampah, "inilah perempuan sekarang. Asyik nak mat sado je. Kau ingat mat sado tu akan sado sampai tua ke?"

"Boleh jadi kalau dia pandai jaga badan," ujar aku.

"Cuba bayangkan atuk pakai tongkat badan sado," suruh Aldee.

"Eiuw! Tak boleh bayangkan," aku gelak.

Aldee turut tergelak. Cuba bayangkan weh, atuk pakai tongkat badan masih ketak ketak. Pergh. Sungguh geli.

"Ini kenapa bagi aku yogurt ni?" Aku angkat kening.

"Siapa kata aku bagi kau? Aku cuma nak terkejutkan kau je dengan botol ni," usik Aldee.

"Cis!!" Aku gelak.

"Haha. Tak ada lah. Ni aku beli tadi lepastu dapat free satu. Ambiklah," ujar Aldee.

"Oh, barang free kau kasi aku?" Aku buat muka tak puas hati.

"Tak nak ke. Tak nak tak..."

"Aku tak kata pun aku tak nak. Orang dah kasi, aku kenalah terima. Karang kecik pula hati si pemberi," aku peluk botol tu.

Aldee gelak. Dia kemudian melangkah ke arah tempatnya. Aku masih memeluk minuman tu. 

"Sayang sangat ke dengan air tu?"

Aku pandang ke arah suara tu. Amar tengah cekak pinggang di pintu pejabat dia. Aku letak botol aku atas meja.

"Masuk bilik aku," arah Amar.

Amar melangkah masuk dalam biliknya. Aku turut sama melangkah. Aku duduk di kerusi berhadapan Amar.

"Ada apa boss?" Soal aku.

"Teman aku malamni," ajak Amar.

Aku kerut dahi, "pergi mana?"

"Dinner," jawab Amar.

"Ha? Dinner? Dinner apa boss? Seingat saya, malamni boss mana ada temu janji," ujar aku.

"Bukan dinner dengan klien," ujar Amar.

"Habistu?" Soal aku.

Amar mengeluh. Aku pandang Amar dengan penuh tanda tanya. Dah kenapa Amar ni.

"Kau ikut je lah. Malamni kau pakai baju cantik-cantik, formal. Hmm, kau ada ke baju cantik?" Amar perli aku.

Cis! Kurang asam. Sempat dia perli aku.

"Tak apa lah. Malam nanti pukul 8, aku datang ambil kau," ujar Amar

"Saya tak kata pun saya setuju," ujar aku.

"Aku bayar gaji kau double bulan ni," ujar Amar.

Double? Serious? Wow! Ini satu peluang yang sangat baik. Aku harus terima. Tapi tak nampak macam aku ni mata duitan ke?

"Aku betul-betul nak kau datang malamni. Nasib aku malamni terletak kat tangan kau. Please," Amar sedikit merayu.

Aku pandang Amar. Dah kenapa Amar ni macam terdesak je aku tengok? Ada dinner apa sebenarnya malamni? Aduh, kesian pula aku tengok dia. Setuju je lah.

"Okay, boss," ujar aku.

Amar senyum sampai ke telinga. Dah kenapa Amar gembira sangat ni? Nampak macam penting je dinner malamni. Agaknya dinner apa lah malamni.

* * *

Aku pandang dress warna biru cair yang tergantung di belakang pintu bilik aku. Dress biru tu sarat dengan batu-batu permata di bahagian pinggang. Cantik. Sangat cantik. Tapi sesuai ke dengan aku?

Boss ni satu lah. Kalau nak bagi aku baju, cakaplah awal-awal. Aku dah siap-siap gosok dah baju kurung nak pakai nanti. Ish boss ni, suka menyusahkan aku.

Aku tengok jam di dinding. Alamak, dah Maghrib ni. Baik aku solat cepat dan siap. Karang lambat pula pergi.

* * *

Aku sedikit terkejut melihat penampilan Amar. Dah kenapa, siap pakai tuxedo. Warna biru jugak tu, sama dengan aku. Apa ni nak matching matching. Lepastu, kenapa dia parking dekat hotel ni? Dinner apa dekat hotel ni? Dahlah hotel ni mewah gila.

"Kenapa?" Soal Amar bila melihat reaksi aku.

"Dinner apa ni boss? Kenapa boss pakai tuxedo yang matching dengan saya?" Soal aku.

"Ikut je lah," ajak Amar.

Amar keluar dari kereta. Melihat aku yang masih membatu di tempat duduk aku, Amar bukakan pintu kereta aku.

"Keluarlah cepat. Kita dah lambat ni," ujar Amar.

Aku masamkan muka. Aku keluar dari situ. Amar mula melangkah. Aku hanya ikut sahaja langkah Amar sampailah kami tiba di restoren lima bintang hotel tu. 

"Amar! Ingatkan tak datang tadi. Lama betul mak long tunggu kamu."

Seorang makcik dalam lingkungan akhir 50-an yang sangat bergaya menyambut kami.

"Takkanlah Amar tak datang. Gathering family kan?" Amar senyum.

"Ni siapa kamu bawa ni?" Soal mak long tu.

Aku lemparkan senyuman bila mak long menghampiri aku. Aku hulurkan tangan untuk bersalam. Mak long sambut.

"Saya Ima," aku memperkenalkan diri.

"Ini girlfriend Amar, mak long," ujar Amar.

Aku pandang boss. Girlfriend? Suka hati je Amar declare aku ni girlfriend dia. Bila masa pula aku setuju nak jadi girlfriend dia?

"Amar dah ada girlfriend? Kenapa tak bagitahu awal-awal? Tak ada lah susah susah mak long kena carikan makwe untuk Amar," ujar mak long.

Amar hanya tersenyum. Aku masih confuse dengan keadaan ni. 

"Eh, mak long ke sana dulu. Korang berdua makan lah dulu. Ima, jangan segan-segan ya," ujar mak long.

"Baik mak long," aku senyum.

Mak long berlalu pergi. Aku pandang Amar. 

"Boss apa ni?" Soal aku.

"Apa?" Amar buat-buat tak tahu.

"Bila masa pula saya jadi girlfriend boss," ujar aku tak puas hati.

"Soon," jawab Amar.

"Boss!" Marah aku.

Orang tengah serious ni, dia main-main pula. 

"Ala, tolonglah aku kali ni. Mak sedara aku sibuk nak jodohkan aku dengan anak dia. Aku tak nak," ujar Amar.

Aku diam.

"Aku tak nak kahwin dengan orang yang aku tak cinta. Please Ima. Tolong aku kali ni," rayu Amar.

"Yelah tapi kali ni je tau," pesan aku.

Amar tersenyum gembira, "thank you."

"Dah lah, saya nak makan. Lapar gila ni," ujar aku.

"Eh, jumpalah dengan mama dulu," ujar Amar.

Aku tepuk dahi. Alamak, lupa pula. Ima, mana adab kau ni? Ish ish ish. Nampak makanan sedap je terus lupa pasal adab.

* * *

Aku suapkan makanan ke dalam mulut aku. Pergh, sedap gila weh. Patutlah five stars. Kena makan banyak-banyak ni, rugi kalau tak makan.

"You ke girlfriend Amar?"

Aku dongak pandang empunya suara. Kelihatan seorang wanita sedang berpeluk tubuh. Aku pandang perempuan tu. Fuyo, seksi gila. Dengan dress pendek dia yang menampakkan betis dia, rambut warna merah, make-up tebal seinci. Memang kerek habis aku tengok muka dia pandang aku.

"Haah. And you?" Aku soal balik sambil bangun.

Aku hulurkan tangan untuk bersalam tapi perempuan tu buat muka jijik sambil tak pedulikan tangan aku. Dah kenapa perempuan ni?

"Yucks. What's wrong with Amar? Taste dia memang dah lari sangat ni. Ke you guna-gunakan si Amar tu?" Perli perempuan tu.

Hek eleh dia ni. Apsal nak cari pasal dengan aku? Sabar Ima, sabar. Ni majlis orang. Jangan naik angin.

"So tell me now. Bomoh mana you jumpa? I tahu lah Amar tu banyak duit. Muda-muda dah ambil alih syarikat mama dia. Sebab tu you guna-gunakan dia?" Soal perempuan tu.

Ini macam dah lebih. Maruah aku macam dipijak-pijak je sekarang ni.

"No wonder lah Amar beria-ia suruh teman dia malamni, rupa-rupanya dia nak elakkan diri dari jumpa you. Hmm now it makes sense," ujar aku sinis.

Aku nampak wajah perempuan tu dah bengang gila.

"What do you mean?" Soal dia.

Aku urut dagu aku, "I bagi nasihat sikit ek, tolonglah jangan terhegeh-hegeh dengan orang yang tak nak dekat you. Buang masa dan buang maruah je."

"How dare you!"

Perempuan tu angkat tangan nak tampar aku. Tapi belum sempat tangan tu hinggap kat pipi aku, Amar terlebih dahulu tahan tangan tu. Aku pandang Amar. Perempuan tu terkejut.

"A...mar..."

"What are you doing ha?" Marah Amar.

Amar lepaskan tangan perempuan tu. Aku nampak wajah Amar tengah bengang sangat. Uish. Takut pula aku tengok.

"I..."

"Sekali lagi I nampak you cuba nak tampar Ima, you tahu lah akibatnya," ugut Amar.

"Why do you choose her? Apa kurangnya I? You sendiri tahu kan I dah lama cintakan you," ujar perempuan tu.

"Itu you punya pasal lah. I tak pernah cintakan you," jawab Amar.

"But she is not even your type," ujar perempuan tu lagi.

"Who are you to define my type?" Soal Amar.

"Amar..."

"Dah. Harini I diamkan je pasal ni sebab you cousin I. Lain kali kalau I nampak you cuba apa-apakan Ima, you tahulah nasib you. Ima, jom," Amar tarik lengan baju aku.

Aku ikut langkah Amar. Amar ni dah kenapa nak tarik lengan baju aku pula. Aku boleh je jalan sendiri ikut dia.

"Boss," panggil aku.

Amar diam. Dia masih tarik aku. Dah pekak ke Amar ni?

"Boss!" Panggil aku lagi sekali dengan nada yang kuat sedikit.

Amar berhenti melangkah. Dia pandang aku. 

"Makanan saya tak habis lagi. Membazir la boss," ujar aku.

"Kau lebih pentingkan makanan kau? Kalau tadi aku tak ada, kau tahu tak muka kau dah lama lebam?" soal Amar sedikit bengang.

"Ala, tadi kalau dia tampar saya, saya tampar la dia balik. Fair and square. Dua dua lebam," jawab aku bersahaja.

Wajah Amar yang bengang tadi tiba-tiba tersenyum. Aku kerut dahi. Dah kenapa boss ni? 

"Dah, jom ambil makanan baru," ajak Amar.

Amar melangkah ke arah buffet makanan diikuti aku. Hmm nak pilih makanan apa pula ya?

* * *

"Boss tak nak cerita ke siapa perempuan tadi dan kenapa dia bengang gila dengan saya?" soal aku.

Amar angkat kening, "dia suka dekat aku tapi aku malas nak layan. Sebab tu lah, dia meroyan tak tentu pasal bila dia tahu aku ada girlfriend."

"Boss ni tak baik lah buat dia macamtu," ujar aku.

"Habis? Kau nak aku layan dia?" Amar kerut dahi.

"Tak ada lah saya nak suruh boss layan dia tapi janganlah harsh sangat dengan dia. Kesian dia tau boss cakap macamtu," aku masih nak back-up perempuan tu.

Bagi aku, kata-kata boss tadi dekat dia tu macam kejam sangat. Cuba kalau aku cakap dengan boss yang aku tak cintakan dia, agaknya apa perasaan boss? Haa. Aku tahu mesti hati perempuan tu berkecai sangat.

"Dah dia tak faham-faham bahasa," balas Amar.

"Boss nak tahu tak? Hati perempuan ni kalau dia dah sakit sangat, dia boleh buat apa-apa je. Boss hancurkan hati dia. Saya takut nanti dia buat benda bodoh je," ujar aku.

"Dia bukan budak kecil lagi. Pandai-pandailah dia jaga diri dia. Yang kau back-up dia sangat ni kenapa?" soal Amar.

"Saya bukan back-up dia tapi sebagai seorang perempuan, saya tahu hati dia mesti tengah berkecai sekarang ni," jawab aku.

Amar diam. 

"Lagipun, kenapa boss tak balas perasaan dia? Dia cantik apa," ujar aku.

"Sebab hati aku dah ada dekat orang lain. Kau sendiri tahu kan hati aku dekat siapa," ujar Amar.

Aku diam. Cis, salah soalan pula aku lemparkan. Aku bangun dari duduk aku dan melangkah ke arah buffet makanan. Sebelum Amar mula sentuh pasal hati dia, lebih baik aku elakkan diri. 


No comments:

Post a Comment