Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, November 21, 2015

Aku VS Empat Lelaki (27)

Aku melangkah masuk ke dalam pejabat. Setelah peristiwa haritu, aku sedikit takut untuk berhadapan dengan Amar. Macammana kalau Amar marahkan aku? Tapi memang dia berhak marah dekat aku.

Pintu bilik Amar aku ketuk. Setelah dua kali diketuk, aku dengar isyarat Amar suruh aku masuk. Aku tarik nafas panjang panjang dan masuk dalam bilik Amar. Aku lihat Amar langsung tak angkat wajahnya pandang aku. Aku mendekati meja Amar. 

"Boss," panggil aku.

"Apa schedule aku harini?" Soal Amar dingin tanpa pandang aku.

Aku telan liur. Amar memang tengah marah sangat-sangat dekat aku. Aku buka diari aku. 

"Pukul 10 karang ada meeting dengan ahli lembaga syarikat ni dekat meeting room 2. Pukul 12.30 ada meeting dengan Dato Hisyam dekat KLCC," ujar aku.

Amar diam. Tak memberi sebarang respon dengan kata-kata aku. 

"Itu je boss untuk harini," ujar aku.

"Okay, you may go," arah Amar.

Aku pandang Amar. Memang Amar langsung tak pandang wajah aku. Aku sedikit terasa dengan tindakan Amar tu. 

"Ada apa-apa lagi ke?" Soal Amar bila dia sedar aku tak pergi lagi.

Amar angkat muka pandang aku dan aku sangat terkejut melihat wajah Amar. Kenapa mata Amar lebam?

"Boss..."

"Kalau tak ada apa-apa, kau boleh keluar," arah Amar.

Melihat aku yang masih tidak berganjak dari situ membuatkan Amar bengang. 

"Aku cakap keluar, keluarlah!" Jerit Amar.

Aku tersentak. Aku pandang Amar. Jelas aku nampak wajah Amar terluka. Aku terus keluar dari situ. Aku tak nak Amar marah aku lagi. Aku tak nak buat Amar terluka lagi.

* * *

"Apa yang jadi antara kau dengan boss tadi?" Soal Aldee.

Aku yang baru habiskan nasi aku pandang Aldee dan Izzu. Mereka berdua tengah pandang aku dengan riak wajah yang risau.

"Korang dengar ke dia jerit tadi?" Soal aku.

Izzu anggukkan kepalanya, "kenapa?"

Aku mengeluh, "aku terus terang dekat dia pasal perasaan aku."

"Yang hati kau tak ada untuk dia?" Soal Aldee.

Aku anggukkan kepala aku, "aku terpaksa. Aku tak nak dia terus berharap dekat aku. Aku tahu dia tengah sakit hati sekarang ni tapi itu lebih baik dari sakit hati di kemudian hari kan?"

Aldee dan Izzu anggukkan kepalanya. Aku sedut minuman aku. Betul kan tindakan aku untuk berterus terang dekat boss? 

"Kau kena bersiap sedia. Mungkin hari-hari kau lepasni akan bertambah sukar," nasihat Aldee.

"Aku tahu dan aku pun dah bersiap sedia," ujar aku.

Ya. Aku dah pun bersiap sedia dengan apa-apa perkara yang akan berlaku nanti. Aku rasa hati aku dah cukup kental setelah semua benda yang jadi dekat aku. Aku rasalah.

* * *

"Batalkan meeting aku tengah hari ni," arah Amar.

"Tapi boss meeting ni..."

"Do as what I told you. Aku yang bayar gaji kau kan?" Potong Amar.

Aku diam. Betullah tu Ima, dia yang bayar gaji kau. Lantaklah apa yang akan berlalu dengan syarikat ni. Kau kan makan gaji je. Dia kan boss.

Pintu bilik Amar dibuka dari luar. Kelihatan seorang wanita seksi masuk. Wanita tu menghampiri Amar.

"Baby, kenapa lambat sangat ni? Lama dah I tunggu dekat bawah," rengek wanita tu.

Aku menyampah melihat adengan tu. Lalu aku melangkah keluar dari bilik Amar. Amar dah mula buat perangai lama dia. Dah mula berfoya-foya dengan wanita. Hmm. Salah aku ke Amar berubah?

* * *

Aku telefon Amar. Apa boss ni masuk kerja lambat. Dah pukul berapa ni? Meeting nak mula lagi 10 minit.  Telefon tak berjawab pula.

Kali ketiga aku telefon Amar, barulah panggilan disambut.

"Hello."

Eh, tu bukan suara Amar. Tu suara perempuan.

"Ni bukan telefon Amar ke?" Soal aku.

"Amar tengah tidur. Ini siapa ye?" Soal perempuan tu pula.

"Saya setiausaha dia. Boleh tak awak kejutkan dia dan suruh dia masuk pejabat? Sebab meeting lagi 10 minit ni," suruh aku.

"Baby! Wake up! Baby!"

Aku hanya dengar sahaja perempuan tu kejut Amar. Dan aku dengar suara Amar yang baru bangun tidur merengek. Entah kenapa, hati aku sekali lagi sesak. 

Astaghfirullah. Apa yang boss buat ni? Sanggup boss membelakangkan Tuhan hanya kerana cinta dia ditolak? Aku terus matikan talian. Aku tak sanggup lagi nak dengar suara boss dan wanita tu. 

* * *

 "Kau biar betul Ima?" Soal Aldee.

Aku anggukkan kepala aku.

"Kau dah fikir masak-masak?" Soal Izzu pula.

Aku angguk lagi. "Aku tak nak sebab aku dia jadi macamni. Aku tahu hati dia sakit sangat setiap kali dia tengok aku. Aku rasa ini jalan yang terbaik. Dia tak sakit hati dan aku pun tak rasa bersalah."

"Tapi ini melibatkan karier kau. Selama ni kau bertahan dengan dia pun sebab karier kau kan?" Soal Aldee.

"Aku boleh bina karier aku yang baru. Aku yakin dengan keputusan aku," jawab aku.

Aldee dan Izzu mengeluh. Aku tahu diorang risaukan aku. Aku tahu diorang tak setuju dengan tindakan aku ni. Tapi bagi aku inilah jalan yang terbaik. Untuk aku dan untuk Amar juga.

* * *

Aku ketuk pintu bilik Amar. Selepas dua ketukan, Amar arahkan aku untuk masuk. Aku melangkah masuk ke dalam bilik Amar.

Aku mendekati meja Amar. Aku tengok Amar masih tak nak pandang wajah aku. Hati aku tiba-tiba rasa sakit. Kenapa ek hati aku sakit? Aku sendiri tak tahu.

"Boss..."

"Ima..."

Serentak kami bersuara. Amar angkat muka pandang aku. Aku letakkan sekeping sampul surat atas meja Amar. Aku nampak riak wajah Amar terkejut.

"Apa ni?" Soal Amar.

"Boss, saya minta maaf atas apa yang terjadi selama ni. Saya minta maaf sebab sakitkan hati boss," ujar aku.

Amar gelengkan kepalanya, "no no no. You can't do this to me. Mana boleh kau letak jawatan tanpa apa-apa notis! I can sue you!"

"Then, sue me. Saya akan terima semua risiko. Tapi saya tetap dengan keputusan saya. Saya akan tinggalkan syarikat ni harini," ujar aku.

Aku mula melangkah nak tinggalkan pintu.

"Then I will sue you! I will make your life suffer. Aku akan pastikan kau takkan dapat kerja dekat mana-mana lagi. Kau dengar tak, Ima? Haa!" Jerit Amar.

Aku buat-buat tak tahu dengan jeritan Amar tu. Aku cepat-cepat keluar dari bilik Amar. Agaknya inilah pengakhiran cerita antara aku dan Amar. Mungkin.


1 comment: