Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, November 29, 2015

Aku VS Empat Lelaki (29)

Aku buka kelopak mata aku walaupun kepala aku terasa sangat berat. Aku nampak seorang lelaki yang seiras dengan Amar sedang berdiri di hadapan aku dengan wajah yang risau. Aku lemparkan senyuman sebelum dunia aku kembali gelap.

* * *

"Ima."

Mendengar nama aku dipanggil, aku cuba untuk buka mata. Aku berjaya buka mata aku tapi kemudian segera aku tutupkan kembali kerana silau.

Sekali lagi aku buka mata aku. Kali ini, pandangan aku lebih jelas dan tidak silau lagi.

"Ima, dah sedar. Doktor! Ima dah sedar," aku nampak Aldee keluar dari bilik tu untuk panggil doktor.

"Alhamdulillah. Akhirnya Ima dah sedar."

Aku pandang pemilik suara tu. Kelihatan ibu sedang tersenyum. Aku balas senyuman ibu aku.

Kemudian, doktor masuk ke dalam bilik wad aku dan periksa keadaan aku. 

* * *

"Dah berapa hari Ima tak sedarkan diri?" Soal aku.

"Dah tiga hari juga," jawab ibu aku.

"Tiga hari. Wow lamanya. Teruk sangkat ke Ima kemalangan?" Aku sedikit tak percaya.

"Kepala Ima terhentak kuat dekat stering. Tu yang tak sedarkan diri tu. Eh, ibu balik dulu. Petang karang ibu datang balik bawa lauk kegemaran Ima ya," ujar ibu aku.

Aku angguk. Ibu aku cium dahi aku dan kemudian keluar dari bilik tu bersama adik aku. 

"Kau ni suka accident syok sendiri," perli Aldee.

"Accident syok sendiri?" Aku kerut dahi.

"Ye lah, tak ada kenderaan lain pun. Kau accident sorang-sorang," jawab Aldee.

Aku gelak. Aldee turut tergelak.

"Sis ni, jagalah diri elok-elok. Nasib baik sis sedar cepat tau," bebel Aireen.

"Ala, sis tertekan brek kuat sangat. Tak sangka pula boleh terhantuk dekat stering," ujar aku.

"Awak ni buat orang cemas je," tegur Adib.

Aku senyum. 

"Ima dan empat orang lelakinya," ujar Aldee.

Bila Aldee kata empat orang lelaki, aku baru sedar Amar ada dekat sini. Apa lagi yang Amar nak cakap dekat dia? Nak hina aku lagi? 

"Ima..."

"Aldee, suruh dia keluar. Aku tak nak tengok muka dia," aku potong kata-kata Amar.

Aku langsung tak pandang Amar. Aku tak nak pandang Amar lagi. Hati aku dah terluka sangat bila dia lemparkan kata kesat dekat aku. 

"Ima..." Amar masih cuba untuk bercakap dengan aku.

Aku tarik selimut aku tutup wajah aku. Aku memang betul-betul tak boleh tengok wajah dia sekarang. Hati aku rasa macam disiat-siat je bila aku pandang wajah dia. 

* * *

Adib potongkan buah untuk aku. Kemudian dia cucuk buah tembikai dan hulurkan kepada aku. Aku sambut buah tu.

"Kenapa? Apa yang terjadi antara awak dan Amar?" Soal Adib.

"Dia panggil saya perempuan murahan."

"Awak tahu kan Amar tak maksudkan apa yang dia cakap. Saya tahu Amar tu tak boleh control temper dia tapi itu semua sebab dia pernah terluka dulu," ujar Adib.

"Sebab dia pernah terluka dulu jadi dia boleh buat sesuka hati dia? Dia boleh hina saya sesuka hati dia? Habis saya ni tak pernah terluka? Saya ni tak ada perasaan? Macamtu?" Soal aku.

"Saya tak kata macamtu tapi..."

"Sudahlah Adib. Saya tahu niat awak baik nak satukan saya dengan dia tapi hati saya dah tak larat nak rasa sakit lagi. Saya tak rasa saya boleh terima lagi kata-kata kesat dia. He will never change. Bila dia marah satu hari nanti, dia mesti akan lemparkan lagi kata-kata kesat. Dan saya tak boleh terima," ujar aku.

Adib diam. Aku letakkan lidi dalam pinggan yang berisi buah yang baru dipotong Adib tu. Selera aku untuk makan buah tu dah mati.

"Awak kawan yang baik. Mungkin awak pernah buat salah dekat dia dulu tapi saya tahu awak menyesal dengan tindakan awak. Saya tahu awak cuba untuk berbaik dengan dia. Cukuplah awak salahkan diri awak. You deserve to be happy too. Mungkin bukan dengan saya tapi saya percaya ada orang di luar sana yang akan buat awak lebih gembira," ujar aku.

Adib senyum. Aku turut balas senyuman Adib. Aku dah boleh terima hakikat yang aku dengan Adib tiada jodoh. Aku yakin aku kenal siapa diri Adib dan aku percaya dengan dia walaupun apa yang Amar ceritakan dekat aku dulu. 

"Saya akan pergi luar negara minggu depan," ujar Adib.

"Ha?" Aku sedikit terkejut.

Adib senyum, "saya dah buat keputusan untuk sambung belajar. Sambil tu saya nak lupakan kisah kisah sedih saya dekat sini."

"You should go. Saya doakan yang terbaik untuk awak," ujar aku.

Ya. Adib patut pergi tenangkan hati dia. Aku yakin Adib akan jumpa orang yang betul-betul boleh bahagiakan diri dia. Aku yakin sangat. 

Adib, lupakanlah kisah kita dan mulakanlah hidup baru di sana. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya. 

* * *

"Saya minta maaf sangat-sangat dengan awak sebab selalu buat awak menangis. Saya minta maaf sebab tak dapat lindungi awak. Saya minta maaf," ujar Adib.

Aku senyum, "saya maafkan awak. Awak jaga diri baik-baik dekat sana."

Adib anggukkan kepalanya, "awak pun jaga diri baik-baik."

Aku angguk. Aldee salam dengan Adib. Adib kemudian melangkah keluar dari restoren tu. Aku hanya memandang sahaja langkah Adib. Aku tak dapat nak hantar dia ke airport sebab aku tak nak timbulkan masalah dengan mak Adib jadi aku ambil keputusan untuk jumpa Adib buat kali terakhir di restoren Adib.

"Tak rasa nak kejar dia ke?" Soal Aldee.

Aku gelengkan kepala, "aku dah lama berhenti kejar dia."

"Hati kau dah tak ada untuk dia?" Soal Aldee.

"Dah lama hati aku tak ada untuk dia cuma aku je yang tak sedar," jawab aku.

Aku dan Aldee duduk. Minuman aku yang masih tinggal separuh aku hirup. Terasa segar tekak aku.

"Macammana dengan boss?" Soal Aldee.

"Macammana apa?" Aku kerut dahi.

"Kau masih tak hubungi dia dan maafkan dia?" Soal Aldee.

Aku diam.

Aldee mengeluh, "keadaan boss dah teruk sekarang. Pejabat pun dia tak masuk dah. Aku dengar cerita dia asyik bergaduh je malam-malam."

"Dan semuanya salah aku ke?" Soal aku.

"Aku tak kata semua tu salah kau. Ima, aku tahu kau marahkan dia. Tapi aku tahu kau cintakan dia. Aku tahu kau tak sanggup tengok dia macamtu. Tak payah lah kau nak tipu aku sebab aku kenal kau," ujar Aldee.

Apa yang Aldee kata tu betul. Aku memang marahkan boss tapi aku tak sanggup tengok dia hancurkan diri dia sebab aku. Tapi dalam masa yang sama, hati aku tak boleh terima dia lagi. Ah, aku keliru.

"Talk with him," nasihat Aldee.

"Aldee, kau ni kawan yang baik. Aku tak tahu apa akan jadi dekat aku kalau kau tak muncul dalam hidup aku. Kau selalu ada dengan aku bila aku perlukan seseorang. Kau tak pernah kata benda yang salah. You always lead me to a right path. You are my savior," ujar aku.

Aldee senyum, "itulah gunanya seorang kawan kan?"

Aku senyum. Ya. Aldee kawan aku dunia akhirat. Kalaulah hati Aldee belum dimiliki oleh wanita misteri tu, sudah tentu aku akan ingat dia sukakan aku. Agaknya siapalah wanita misteri tu dan bila lah aku boleh berjumpa dengannya. 

* * *

Aku melangkah keluar dari rumah. Aku harus selesaikan hal ini dengan Amar. Aku yang minta Amar datang ke rumah aku malamni. Aku tak nak biarkan perkara ni berlanjutan lagi. 

"Ima."

Aku pandang ke arah Amar yang sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumah aku. Aku dapat lihat wajah Amar sedikit serabut. Dengan luka-luka penuh di wajahnya. 

"Masuklah," pelawa aku.

Amar masuk ke halaman rumah aku. Aku duduk di situ bersama dengan Amar. 

"Saya minta..."

"Saya dah maafkan boss," potong aku.

Aku nampak wajah Amar bercahaya sedikit setelah mendengar kata-kata aku. Aku pandang Amar.

"Apa yang saya cakap dekat hospital tempoh hari semuanya betul. Saya tak tipu bila saya kata saya cintakan boss. Hati saya memang dah lama ada nama boss tapi saya tak sedar sebab saya masih berpegang kuat dengan memori-memori saya dengan Adib. Tapi bila Adib sendiri yang cakap dengan saya yang hati saya sebenarnya dah lama ada nama boss, saya baru sedar yang selama ini saya dah lama jatuh cinta dengan boss," luah aku.

"Ima..."

"Tapi saya tak boleh terima boss," potong aku.

Aku nampak riak wajah Amar terkejut. Mestilah dia terkejut. Tadi kata cinta lepastu kata tak boleh terima pula.

"Saya bukan tak boleh terima boss sebab saya tak cintakan boss. Tapi sebab saya tak boleh terima perangai boss. Saya tak rasa saya mampu tahan dengan perangai boss," ujar aku.

"Saya boleh berubah. Aku boleh berubah kalau itu yang kau nak," balas Amar.

Aku gelengkan kepala aku, "saya tak nak jadi penyebab boss berubah. Kalau betul boss nak berubah, saya nak boss berubah sebab diri boss dan bukan sebab saya."

"Ima, aku cintakan kau sangat-sangat," luah Amar.

"Semoga satu hari nanti kita akan jumpa kembali. Dan moga masa tu, hati kita masih belum berubah. Tapi untuk sekarang, saya tak rasa saya mampu untuk teruskan," ujar aku.

Amar pandang aku. Aku bangun.

"Boss, jaga diri. Tolong janji dengan saya jangan sakitkan diri boss sebab saya lagi. Lepasni tolong jangan hubungi saya lagi dan saya pun takkan hubungi boss. Biar masa yang tentukan segala-galanya," ujar aku.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah aku meninggalkan Amar yang membisu di situ. Aku rasa ini jalan yang terbaik untuk aku dan Amar. He hurt a lot because of me jadi biar masa yang sembuhkan luka dia kerana aku tak mampu untuk jadi pengubat luka dia.

1 comment: