Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, March 30, 2016

Aku VS Empat Lelaki (30)

2 TAHUN KEMUDIAN...

Alamak aku dah lambat ni. Mesti majlis dah start ni. Aku cepat-cepat matikan enjin kereta aku dan keluar dari kereta aku. Aku berlari-lari anak sedikit untuk masuk ke dalam rumah. 

"Am I late?" Soal aku sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah tu.

Semua mata tertumpu dekat aku. Aku nampak Aireen tengah tersenyum.

"You made it. Amy, look your aunty sempat datang tahun ni," ujar Aireen.

Aku ambil Amy dari dukungan Aireen. Izzu menghampiri aku dan Aireen.

"Dah tiup kek ke?" Soal aku.

Izzu angguk, "dah."

"Amy, how could you left me behind! Aunty lambat sikit je," aku buat-buat marah Amy.

Amy yang berada dalam dukungan aku tergelak.

"Sibuk betul sis kan sekarang. Mentang-mentang dapat kerja dengan company besar," ujar Aireen.

Aku gelak, "penatlah. Bila lah sis dapat rehat duduk rumah macam Aireen?"

"Kahwinlah," jawab Izzu.

"Eleh, mentang-mentang dia dah kahwin. Berlagak ek? Ingat senang ke nak cari calon?" Aku angkat kening.

"Calonnya ada je sis," ujar Aireen.

"Mana?" Soal aku.

"Tu dekat belakang tu," jawab Izzu.

Aku pusing belakang. Automatik aku rasa jantung aku berdegup laju. Amar. Dia tengah berdiri memerhatikan aku. 

Izzu ambil Amy dari dukungan aku, "go and talk with him."

Izzu dan Aireen kemudian melangkah pergi tinggalkan aku. Tinggallah aku dan Amar yang sedang saling memandang. Amar melangkah mendekati aku.

"Ima."

"Boss."

Amar kelihatan lain sangat dari kali terakhir aku jumpa dia dua tahun lepas. Sudah tiada luka-luka pada wajahnya. Penampilan dia pun dah lain. Lebih matured berbanding dahulu.

"You look the same," ujar Amar.

"And you look different. In a good way, I mean," balas aku.

Amar senyum, "tapi hati saya masih tak berubah."

Aku tersenyum. Hati aku tengah berbunga-bunga sekarang ni dan perut aku seperti ada rama-rama.

"Ima!"

Aku pandang ke arah suara yang memanggil aku tu. Aldee tengah tersengih lebar sambil melambai-lambaikan tangan dia dekat aku. Aldee melangkah mendekati aku.

"Talk to you later," ujar Amar sebelum dia melangkah pergi.

Aku hanya memerhatikan sahaja langkah Amar yang semakin jauh dari aku. Ish Aldee ni, kacau daun betullah! Baru nak jejak kasih dengan boss.

"Lama betul tak jumpa kau. Kau ni sibuk betul ek dekat syarikat baru tu," ujar Aldee.

Aku pandang Aldee. Ha'ah. Aku sebenarnya dah lama juga tak jumpa Aldee. Dah nak dekat setahun juga. Last aku jumpa dia rasanya masa Hari Raya tahun lepas. 

Ye lah, dah kerja asing-asing kan. Dulu satu tempat kerja, tu yang rapat tu. Tapi ada juga kadang-kadang Aldee telefon aku tanya khabar dan ajak aku keluar tapi aku selalu sibuk. 

"Ha'ah weh. Banyak kerja lah. Aku nak bercuti pun tak sempat. Kau mesti bosan kan dekat tempat kerja tu," ujar aku.

"Aku dah berhenti kerja dah," ujar Aldee.

Aku kerut dahi, "kenapa?"

"Aku dapat tawaran kerja lain. Gaji dia lagi sedap dari sini," jawab Aldee.

"Sanggup kau khianat..."

"Hek eleh, kau pun kerja kat tempat lain kan sekarang?" Potong Aldee.

Aku gelak. Baru nak buat drama, Aldee dah potong. 

"Dekat mana?" Soal aku.

"Dekat Perak," jawab Aldee.

"Oi, jauhnya. Sanggup kau nak tinggalkan aku dekat sini," aku buat drama sekali lagi.

"Eleh, aku dekat dengan kau pun, bukannya kau sedar kewujudan aku," balas Aldee.

Aku pandang Aldee. Aldee ni nak buat drama juga ke apa? Kenapa ayat dia lain macam je. Ke perasaan aku je?

"Tapi offer dia memang best lah. Mana lah tahu dekat sana aku dapat jumpa jodoh ke," Aldee gelak.

"Entah-entah dekat sana banyak orang tua juga macam dekat sini," aku gelak.

"Tak. Haritu aku pergi interview, aku tengok ramai orang muda. Ramai yang cun cun. Aku rasa kalau kau kerja sana, mesti kau tenggelam," Aldee gelak.

Cis! Kurang asam punya Aldee! Dia nak kata aku tak cantik lah tu.

"Tak apa lah. Tak cantik aku pun, dua orang kejar aku," balas aku.

"Woi! Bapak riak. Aku tak sangka kau suka kena kejar dengan dua lelaki. Ya Allah, akhirnya Kau tunjukkan juga pada aku perangai sebenar Ima," usik Aldee.

Aku gelak. Aldee turut tergelak. Suka kena kejar dengan dua lelaki? Memang tak lah. Serabut je fikiran.

"Eh kejap, siapa sebenarnya wanita misteri tu? Kau dah pinang dia ke belum?" Soal aku.

Aldee gelengkan kepalanya, "dia bukan jodoh aku."

"Mana kau tahu dia bukan jodoh kau?" Soal aku.

Aldee senyum, "sebab walaupun dia dekat dengan aku, dia tak pernah nampak aku sepertimana aku nampak dia. Dan aku tahu hati dia milik siapa."

"Kau rapat ke dengan dia? Entah-entah aku kenal orang tu. Siapa weh?" Soal aku.

Aldee hanya tersenyum sahaja dan kemudian melangkah pergi tinggalkan aku. Cis. Saje je lah tu nak buat aku tertanya-tanya. Hey, ni detektif Ima lah. Okay, mari kita fikir siapa wanita tu. Aldee kata dia rapat dengan perempuan tu. Aldee rapat dengan siapa? Aku tak pernah pun tengok Aldee keluar dengan perempuan lain selain aku? 

Kejap. Jangan cakap perempuan misteri tu aku? Takkanlah. Tak kan?

Ei Ima, tolonglah jangan perasan. Tak ada maknanya si Aldee tu nak syok dekat kau. Kau ingat kau cantik sangat ke sampai tiga lelaki syok dekat kau? Tolonglah. 

Aku geleng-gelengkan kepala aku dan kemudian melangkah ke arah meja makan untuk mengisi perut aku yang kosong tu. Laparnya!

* * *

Aku melangkah keluar dari kereta aku. Aku tak sangka pula pergi parti hari jadi pun sepenat ni. Aku ingatkan pergi, makan dan balik. Rupa-rupanya aku kena tolong kemas sekali. Nasib badanlah.

"Kau ni memang kuat membebel sejak azali ek?"

Aku pandang ke arah suara tu. Kelihatan Amar sedang bersandar di keretanya. Eh, apa pula Amar buat dekat sini?

"Boss buat apa dekat sini?" Aku melangkah mendekati Amar.

"Finally, we are alone," ujar Amar tanpa menjawab soalan aku.

Cair pula hati aku ni tengok Amar yang segak memakai kemeja biru terang dan seluar jeans hitam tu. Nampak macam simple tapi aura dia tu. Pergh mengancam!

"So?" Amar angkat kening.

Aku turut angkat kening, "so?"

"Hati aku masih tak berubah. Hati kau?" Soal Amar.

Aku senyum, "hati saya pun tak berubah lagi."

Amar senyum. Apa yang aku cakap tu samalah macam aku confess dekat dia yang aku cintakan dia.

"Aku patut bawa mak aku terus. Boleh pinang kau terus. Eh tak, tak payah bertunang. Kita kahwin je terus," ujar Amar.

"Gelojoh lah boss ni," komen aku sambil sandarkan badan aku dekat kereta Amar.

"What? Aku dah tunggu kau dua tahun kut. Itu pun kau masih panggil aku gelojoh?" Balas Amar.

Aku gelak. Ha'ah kan siapa sangka Amar boleh tunggu aku selama dua tahun. Siapa sangka hati kami tak berubah walaupun dua tahun tidak berjumpa atau berhubung. 

"Tapi kan, sampai bila kau nak panggil aku boss? Aku bukan boss kau lagi," ujar Amar.

"Habis, nak saya panggil boss apa? Abang? Sayang?" Soal aku sambil tergelak.

"Sayang would be good. Try it," arah Amar.

"Eii gatallah boss ni!" Komen aku.

Amar gelak. Aku pun gelak. 

"Boss pun bila nak stop guna aku-kau? Too harsh lah boss," ujar aku.

"Nak aku bahasakan diri aku abang?" Amar kenyit matanya dekat aku.

Aku gelak. Oh my! Gediknya bakal suami aku ni. Eh, tiba-tiba. Nampak tak siapa yang sebenarnya nak kahwin sangat ni? Hehe.

"Ima," panggil Amar.

Aku pandang Amar, "hmm."

Amar hulurkan satu kotak dekat aku. Aku angkat kening.

"Apa ni?" Soal aku.

"Buka lah," arah Amar.

Aku buka kotak tu. 

"Boss..."

"Rantai ni mengingatkan aku dekat kau. Kau tahu tak sebenarnya aku nak kasi kau rantai ni malam tu? Tapi tak jadi bila aku dengar hati kau tak ada untuk aku," kata Amar.

Aku senyum. Dalam kotak tu ada rantai yang berloketkan baju kurung yang aku tengok tempoh hari. Rantai yang takkan mungkin aku beli dengan duit aku sendiri. Rantai yang telah menarik perhatian aku.

"Boss beli waktu saya pergi tandas tu ke?" Soal aku.

Amar angguk, "kau ingat aku ni tak tahu ke kau asyik usha rantai ni?"

Aku gelak. Tak sangka rupanya Amar belikan aku rantai ni. Tak sangka rupanya Amar perhatikan aku. 

"Ima," panggil Amar.

"Iya?" Balas aku.

"Saya cintakan awak," ucap Amar.

Hati aku berdegup kencang. Tapi bibir aku menguntum senyuman.

"Saya pun," balas aku.

"Awak apa?" Soal Amar.

Ish boss ni! Saje je lah tu nak aku sebut perkataan tu. 

"Saya pun rasa apa yang boss rasa tu," ujar aku.

"Apa dia?" Amar masih buat-buat blur.

"Boss ni kan..."

"Tak, serious lah, apa dia?" Soal Amar.

"Saya pun cintakan boss," ucap aku akhirnya.

Aku nampak bibir Amar menguntum senyuman yang paling indah yang pernah aku nampak. Alhamdulillah, perasaan yang ada dalam hati aku dan hati Amar masih ada. 

Aku bersyukur dengan perasaan cinta yang ada dalam hati aku ni. Aku bersyukur sebab nama Amar ada dalam hati aku. Aku bersyukur sebab perasaan ni tak pernah hilang dari hati aku sejak pertama kali aku ada perasaan ni terhadap dia.

Semoga hubungan kami berdua ini diberkati. Amar mungkin tidak sempurna tapi begitu juga aku. Tapi apabila kami bersama, kami akan saling menyempurnakan antara satu sama lain. Aku yakin dengan itu. Dan aku tak pernah salah dengan keyakinan aku itu. 

TAMAT





2 comments:

  1. Yeay... Akhirnya ima temui soulmate dia.

    ReplyDelete
  2. Well, I'm here reading this in 2019

    ReplyDelete