Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, October 18, 2009

Nilai Sebuah Hati 10

10

"Iwan, Ari balik dulu lah ye," Ariana membuka pintu keretanya sambil melangkah keluar.

"Ari, i enjoy this night. I hope we can go out again. Bye, Take care!" Iwan melambai tangan. Ariana hanya tersenyum. Hilang sahaja kereta Iwan dari pandangan mata Ariana, Ariana terus melangkah masuk ke rumah. Dilihatnya Hairi masih di pondok itu. Ariana berjalan perlahan ke arah Hairi.

"Hairi," ujar Ariana perlahan. Hairi tidak membalas. Ariana memanggil lagi tetapi semua panggilannya tidak bersahut. Ariana yang mula gelisah menggoncangkan badan Hairi tetapi tiada reaksi. Ariana mula cemas.

Ariana mengambil minyak angin di dalam handbagnya dan meletakkan di hidung Hairi. Hairi mencium bau minyak angin itu terbatuk-batuk. Kemudian dia tergelak terkekeh-kekeh. Ariana yang mula sedar dirinya dipermainkan membentak marah. Ariana bangun dan melangkah pergi meninggalkan Hairi tetapi belum sempat dua langkah kakinya bergerak, Hairi menarik tangan Ariana sekaligus membuatkan Ariana jatuh di ribanya.

"Apa ni?" ujar Ariana kasar.

"Gurau je lah. Takkan marah kot," Hairi memujuk Ariana.

"Gurauan kau melampau lah!"

"Sorry sorry."

"Tiada maaf untukmu!"

"Please. Aku cuma nak tengok reaksi kau je. Takde niat apa-apa!"
Ariana mula sebak di dada. Dia cuba menahan air matanya tapi tak mampu. Laju air matanya mengalir. Hairi sudah serba salah.

"Hairi minta maaf. Hairi cuma nak bergurau dengan Ari," ujar Hairi lembut sambil mengusap kepala Ariana. Ariana terasa damai diperlakukan begitu.

"Hairi tau tak apa perasaan Ari waktu tengok Hairi yang kononnya pengsan tu. Ari gelabah. Ari tak tau nak buat apa. Ari sedih. Ari takut kehilangan Hairi. Ari sayang Hairi tau tak? Ari tak nak kehilangan Hairi." perlahan sahaja Ariana menuturkan dalam esak tangisnya.

"Sorry Ari. Hairi janji takkan buat macamtu lagi.Forgive me pleasee." Hairi seakan merayu. Tangisan Ariana sudahpun reda apabila jam menunjukkan pukul 11 malam.

"Sorry" sekali lagi Hairi memohon maaf. Ariana hanya memandang sekilas wajah Hairi dan kemudian mengatur langkah ke rumahnya. Hairi menjerit memanggil nama Ariana.

"Dah lewat lah. Nanti mama bising lah. Esok kita jumpa. Bye" Ariana memusingkan badan sambil melaungkan. Hairi hanya mengangguk faham. Lega hatinya apabila Ariana memberitahu hal sebenar.

************



Hujan turun dengan lebatnya pada pagi itu. Ariana melemparkan pandangannya jauh ke luar, mengira titik titik hujan yang turun. Fikirannya melayang kepada Hairi dan Iwan.
***********

Langkah Ariana terhenti apabila melihat satu kumpulan yang berkerumum dekat atas bukit luar sekolahnya. Mungkin pergaduhan. Entah kenapa, hatinya bagaikan ditarik-tarik untuk melihat pergaduhan itu. Perlahan, Ariana melangkah ke arah mereka. Apabila terdengar laungan nama Hairi dan Iwan, Ariana cepat-cepat menuju ke mereka.

Ariana segera ke tengah-tengah bulatan itu dan berada di tengah-tengah Hairi dan Iwan. Tangannya cuba menghalang mereka daripada bertumbuk lagi tetapi tidak berjaya.

"Wei, stop lah!" jeritan pertamanya tidak diendahkan. Ariana mengetap bibir geram. "Korang, jangan jadi budak kecik boleh? Jangan bergaduh la! Hairi stop it please!" jerkah Ariana.

Hairi segera memberhentikan pergaduhannya. Iwan yang masih tidak puas hati cuba menumbuk Hairi tetapi tumbukannya tersasar ke pipi Ariana. Ariana terjatuh apabila menerima tumbukan yang tidak dijangkakan itu.

Iwan tergamam apabila melihat pipi Ariana membengkak. Dapat dilihatnya air mata Ariana gugur setitis demi setitis. Wajahnya menunjukkan riak kesal. Hairi menumbuk perut Iwan sehingga membuatkan Iwan terduduk di jalan itu. Ariana bangun sambil menyeka air matanya kasar.Keadaan menjadi sepi ketika itu.

"Apa yang buat kau benci dengan aku macamni sekali? Sorry if aku ada buat salah besar ke dengan kau. Lepasni please, jangan ganggu hidup aku ataupun hidup kawan aku, Hairi! Kau tau tak, aku benci kau!" jerkah Ariana lagi. Kemudian Hairi menarik tangan Ariana untuk beredar. Iwan cuma memerhatikan dengan pandangan yang kosong.
****************

Siapa sangka Iwan yang dahulu dikenalinya sudah berubah? Iwan yang dahulu membencinya, kini ingin berkawan dengannya. Iwan yang suka mencari gaduh dengannya tetapi selalu sahaja kalah apabila berdepan dengannya sekarang ingin menjadi kawannya pula.

Hatinya mula ragu-ragu dengan kebaikan Iwan semalam. Pasti ada udang di sebalik batu! Masakan tidak, tiba-tiba sahaja dia berubah menjadi baik dengannya. Daripada sekasar kertas pasir, kini berubah menjadi selembut sutera.

Adakah Iwan ingin membalas dendam? Tidak! Sepatutnya aku berfikiran positif bukan fikir yang bukan-bukan. Mungkin dia ikhlas nak kawan dengan aku.

No comments:

Post a Comment