Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, October 18, 2009

Nilai Sebuah Hati 11

11

Hairi memakai T-shirt warna hijau dan seluar jeans hitam serta kasut yang berwarna hitam putih. Rambutnya dicacak-cacakkan. Gelang getah disarungnya di pergelangan tangan. Gayanya memang cukup hebat! Boleh cair semua perempuan yang memandang.

Ariana yang berada di sebelahnya dipandang sekilas. Ariana juga memakai blaus hijau dan seluar skinny berwarna hitam serta kasut hitam putih yang persis dengan Hairi. Rambutnya dibiarkan lepas. Gelang getah juga dipakainya. Style nya pada petang itu memang sama dengan Hairi.

Mungkin satu kebetulan pakaian mereka serupa. Biarlah, buat apa nak difikirkan sangat kan? Hairi terus memandu manakala Ariana pula mengikut suara radio menyanyi. Hairi tergelak kecil dalam hati melihat gelangat Ariana. Destinasi mereka hari itu Mid Valley.

**********

"Ari nak makan apa?" soal Hairi sambil memandang deretan restoren di Mid Valley.

"Apa-apa je lah," Ariana menjawab ringkas.

"Mc' Donald's nak?" Hairi menunjuk ke arah Mc' Donald's yang berada di depannya. Ariana hanya mengangguk setuju. Mereka masuk dan Hairi terus ke kaunter untuk memesan makanan. Ariana pula duduk di satu meja yang kedudukannya berhadapan dengan orang lalu-lalang.

Hairi membawa burger yang dipesan olehnya dan meletakkan di atas meja mereka. Ariana hanya melihat sahaja Hairi. Tidak terdetik pun dalam hati Ariana untuk menolong Hairi.

"Makanlah Ari," pelawa Hairi. Entah kenapa hari ni dia rasakan Ariana terlalu asing baginya.

"Okay," Ariana terus mencapai burgernya dan memulakan suapan. Hairi hanya melihat sahaja Ariana. Hatinya mula terasa dengan sikap Ariana. Ariana yang tidak sedar akan perubahan wajah Hairi hanya makan sahaja sehinggalah ada seorang lelaki menegurnya.

"Hai!"

Ariana memandang ke arah suara itu. Sekejap sahaja dia dah tahu siapakah pemilik suara itu.

"Hai juga," balas Ariana ramah.

"Boleh join?"

"Sure do,"Ariana memberi laluan untuk lelaki itu. Lelaki itu memilih untuk duduk di antara Hairi dengan Ariana.

"Ohh ye, Hairi kenalkan ni Iwan. Iwan ni Hairi." Ariana mula memperkenalkan diri mereka.

"Iwan kenal lah. Ni Hairi kawan baik Ari dulu kan? Ehh korang dah couple ke?" ujar Iwan.

"Tak lah, kitorang kawan je," Ariana menjawab bagi pihak Hairi. Hairi hanya memerhatikan sahaja.

"Ye ke? Baguslah, maksudnya Iwan ada peluang lah ni kan?" Iwan tergelak kecil. Ariana pun turut sama tergelak sehinggalah gelak tawa mereka dihentikan oleh Hairi yang sudahpun berdiri.

"Nak pergi mana Hairi?" soal Ariana.

"Toilet," pendek sahaja jawapan Hairi. Hairi terus berjalan meninggalkan mereka. Ariana sambung berbual dengan Iwan.

Hairi berjalan mundar-mandir di tandas. Kemudian dia duduk di atas kabinet sinki. Mati-matian dia melawan perasaannya.

"Tidak, aku tak cemburu! Tapi rasa sakit dekat dada ni apa kalau bukan cemburu? Tapi aku takde hak langsung. Aku hanya kawan dia. And maybe her angel," Hairi mengeluh perlahan. Hairi membasuh tangan dan terus keluar daripada tandas itu.

Hairi berjalan perlahan ke arah Ariana dan Iwan. Dari jauh sudah kelihatan Ariana dan Iwan yang sedang bergurau mesra. Hairi menahan rasa cemburu di hati. Untuk apa dia cemburu kalau diri sendiri tidak berani berterus-terang. Hairi mendengus kasar.

"Hairi, kenapa muka monyok je ni?" Ariana menyoal Hairi yang baru sahaja hendak duduk. Iwan berpaling ke arah Hairi juga. Hairi membatalkan niatnya untuk duduk. Hairi hanya berdiri sahaja.

"Ari, Hairi ada hal ni. Sorry, i have to meet someone. If Ari nak balik, call Hairi tau," Hairi sedaya-upaya cuba mengawal suaranya supaya Ariana tidak mengesyaki sesuatu.

"Kalau macamtu, Ari balik dengan Iwan je lah," Iwan menyampuk dengan segaris senyuman. Ariana terdiam sejenak memikirkan dengan siapa harus dia tumpang.

"Tak menyusahkan ke?" Ariana menyoal Iwan. Iwan menggeleng laju. Kemudian Ariana mengangkat ibu jari tanda setuju kepada Iwan. Kemudian, dia beralih pula ke Hairi.

"Ari tumpang Iwan je lah. Tak nak susahkan Hairi," ujar Ariana lembut. Hairi mengangguk perlahan kemudian beredar dari situ.

Ariana memandang langkah Hairi dengan pandangan yang pelik bercampur risau. Apakah yang mengganggu fikiran Hairi?

Hairi melangkah longlai ke arah keretanya. Hatinya amat kecewa dengan tingkah laku Ariana. Hairi memandu laju dengan harapan agar tekanan yang dirasanya berkurangan tetapi harapannya hanya sia-sia sahaja. Hairi terus memandu dengan perasaan kecewa, marah, sedih dan lain-lain sehinggalah semuanya bertukar gelap. Kosong, tiada apa yang nampak lagi dipandangan Hairi.

No comments:

Post a Comment