Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, October 18, 2009

Nilai Sebuah Hati 9


9

Bunyi hon di luar rumah mengejutkan Ariana. Ariana terus meluru ke tingkap. Kereta BMW miliknya di luar pagar. Ariana terus menekan remote control supaya pintu pagar terbuka. Kemudian, Ariana menuju ke kereta tersebut yang sudahpun diletakkan di tempatnya. Ariana melihat gerangan siapa yang menghantar keretanya.

"Thanks," Ariana mengucap pendek kepada lelaki yang menghantar keretanya. Lelaki itu melemparkan senyuman yang paling manis kepada Ariana. Ariana hanya membalas.

"Welcome."

"Tunggu sekejap heh," Ariana terus masuk ke dalam rumah. Iwan hanya mengekori langkah Ariana dengan anak matanya. Kemudian Iwan duduk di kerusi kayu jati yang berada di situ. Ariana kembali dengan segelas air di tangannya.

"Nah, minum lah dulu," Ariana menghulurkan gelas itu. Iwan hanya mengambil dan terus meminumnya. Selepas Iwan meletakkan gelas di atas meja, Ariana menghulurkan pula beberapa not RM50 kepada Iwan.

"Takpe, saya tolong ikhlas," Iwan menolak duit itu.

"Saya bagi pun ikhlas. Awak dah tolong saya daripada orang gila tu dan awak jugak dah tolong hantarkan kereta saya. Duit ni bukannya banyak sangat berbanding dengan pertolongan awak," ujar Ariana. Nak tak nak, Iwan mengambil juga duit itu.

"Ye lah tapi awak mesti teman saya pergi dinner malam ni," Iwan menggenggam duit yang diberi oleh Ariana tadi.

"Kenapa pulak?"

"Pleasee, saya dah tolong awak, sekarang awak pulak tolong saya."

"Okey, dekat mana?"

"KLCC"

"Okay."

Iwan melangkah pergi meninggalkan Ariana dan mendapatkan keretanya yang dipandu oleh pemandunya. Sampai di pintu kereta, dia memandang Ariana dan menjerit,"saya jemput awak pukul 8.30 malam. Bye."

Ariana hanya mampu mengangguk. Ariana berdiri memandang kereta Iwan sehinggalah kereta Mercedes itu hilang dari pandangan matanya.

*************

Ariana menyarungkan dress paras bawah lutut berwarna hitam hijau. Dia memakai rantai yang diberi oleh Hairi sewaktu hari lahirnya dua tahun lepas. Kemudian dia bermekap ringkas. Rambutnya dibiarkan lepas supaya nampak lebih berseri. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Ariana pun keluar dan duduk di pondok yang menghubungkan rumahnya dan Hairi.

"Nak pergi mana?" Hairi menyoal Ariana yang tampak lebih anggun.

"Dinner dengan kawan lama. Kenapa? Aku nampak lawa ke?" Ariana tergelak kecil.

"Yup. Lagi-lagi kau pakai rantai yang aku bagi," ujar Hairi. Ariana hanya gelak.

"Sorry malam ni tak dapat lepak dengan kau," ujar Ariana perlahan.

"Nevermind lah Ari," kata Hairi. Mereka berdua dikejutkan dengan hon kereta. Ariana memandang luar kemudian mengalih pula pandangan kepada Hairi.

"Aku pergi dulu. Bye," ujar Ariana lembut seraya meninggalkan Hairi keseorangan. Hairi hanya tersenyum kelat.

**************

"Makanlah Ari," pelawa Iwan. Ariana hanya mengangguk sambil tangannya menyuapkan suapan pertama.

"Ari, can we be friends?" Iwan menyoal Ariana yang sedang mengunyah makanan. Ariana tidak menjawab terus. Setelah kunyahannya ditelan, Ariana baru membalas.

"Apa yang Iwan mimpi ni?Bukan dulu kita ni musuh ke?" Ariana menyoal Iwan.

"Ye ke? Tu dulu, sekarang ni Iwan nak kita mulakan persahabatan yang baru."

"Ye lah Iwan. Ari memang dah lama maafkan budak perasan bagus," Ariana tergelak kecil.

"Jangan lah ungkit balik," ujar Iwan lembut. Begitu lembut sehingga membuatkan Ariana ketawa besar. Iwan memandang Ariana yang cuba memberhentikan ketawanya dengan muka yang penuh tanda tanya.

"Apa yang kelakar sangat?" ujar Iwan dengan mimik muka yang pelik.

"Kelakar lah aku dengar kau cakap lembut-lembut. Tak pernah aku dengar. Daripada aku kenal kau hinggalah kita habis sekolah, aku cuma dengar kata kasar kau je. Apa dah jadi ni wei? Kau jadi pakar kaunseling ke wei?" Ariana berkata dengan sisa gelaknya. Iwan pun turut serta gelak mendengar penjelasan Ariana.

***************

"Wei semua, korang nak tahu tak? Ada sorang minah ni dia bajet dia lawa sangat. Ada ke patut dia kata aku suka dia?" Iwan menjerit di depan kelas Ariana.

"Siapa siapa?" Murid-murid yang berada di kelas itu menjawab ramai-ramai.

"Ada la orang tu. Dia langgar aku lepastu kata aku suka dia. Prasan gile," Iwan menguatkan suara. Ariana yang berada di sebelah Hairi bangun dan pergi ke sebelah Iwan.

"Wei, kau apahal? Aku ada kacau hidup kau ke?" ujar Ariana kasar.

"Ehh kenapa? Terasa?" Iwan sengaja menyakitkan hati Ariana. Hairi mula bergerak ke mereka dan berdiri di sebelah Ariana tetapi dia tidak bersuara. Sekadar mendengar dan memerhatikan sahaja. Rakan-rakan yang lain pun melihat kejadian itu dengan penuh minat.

"Wei, aku taulah kau tak puas hati dengan aku sebab kau kantoi tengok aku semalam. Lepastu kau kalah pulak lawan kata," ujar Ariana selamba. Kalau dia boleh sakitkan hati aku, kenapa tidak aku? Itulah yang Ariana fikir.

"Prasan! Kau yang tengok aku," Iwan membalas.

"Tak payah nak tipulah. Wei, aku tak kacau hidup kau and kau tak payah nak kacau hidup aku. Kau buat hal kau sudahlah!" Ariana menengking.

Iwan yang tidak sabar dengan perlakuan Ariana sudahpun mengangkat tangan untuk menampar Ariana. Ariana menutup mata menunggu tangan itu menghinggap di pipinya tetapi tak muncul-muncul juga.
Ariana membuka mata dan tengok Hairi menahan tangan Iwan. Ariana melihat Hairi yang ternyata sudah marah.

"Takpe Hairi, lepaskan je tangan dia. Dia kan lelaki dayus. Dia cuma tahu pukul perempuan, aniaya perempuan. Dia ingat dia laki dia hebat sangat?" ujar Ariana mendatar. Hairi hanya menurut.

"Kau memang jenis lelaki yang tahu guna kekerasan. Kau lelaki dayus! Aku tak taulah siapa jadi bini kau nanti. Sure baru sehari dah minta cerai!" Keras suara Ariana berkata. Ariana memandang sekilas wajah Iwan yang merah. Mungkin menahan malu!

"Balik lah kelas kau wei! Datang tak diundang, balik pula dihalau! Jaga lah maruah kau sikit." ujar Ariana lagi kemudian menolak badan Iwan supaya keluar dari kelas. Iwan hanya menurut sahaja. Ariana kemudian duduk di tempatnya and everything back to normal then
.

No comments:

Post a Comment