Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, October 18, 2009

Nilai Sebuah Hati 12

12


Telefon I-phone milik Ariana jatuh dari genggamannya. Air mata laju mengalir dari kelopak matanya. Iwan yang melihat perubahan wajah Ariana tidak tahu hendak buat apa.


"Kenapa Ari?" soal Iwan cemas.


"Hantar Ari dekat Pusat Perbutan Tawakal sekarang!" hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Ariana. Iwan serta merta menukar arah keretanya. Kurang lima belas minit, kereta Mercedez Iwan sudahpun diletakkan di perkarangan hospital itu.


"Ibu, mana Hairi?" Ariana menyoal cemas. Dilihatnya wajah ibu Hairi baru lepas menangis. Siapa tak sedih apabila anak sendiri sedang menarung nyawa?


"ICU" pendek sahaja jawapan ibu. Ariana tidak membalas. Ariana mengambil tempat di sebelah ibu dan cuba memenenangkan perasaan ibu walaupun perasaannya ketika itu hanya Allah yang tahu. Betapa takutnya dia.


Setelah hampir dua jam menunggu, akhirnya doktor yang merawat Hairi keluar juga. Ketika itu, hanya ada Ariana, ibu, dan mama. Ayah dan papa keluar sebentar membeli makanan untuk mereka. Iwan pula sudah pulang ke rumah. Ariana terus meluru ke arah doktor.


"Doc, macammana keadaan dia?" Ariana menyoal dengan nada cemas. Ibu dan mama turut berdiri di sebelah mereka.


"Cik ni siapa?" soal doktor itu.


"Saya kawan baik dia." jawab Ariana yakin.


"Okay"


"Ye, kenapa dengan Hairi doc?" soal Ariana lagi.


"Dia okey. Keadaannya stabil. Takde apa-apa yang perlu dirisaukan," Doktor lelaki yang agak kacak itu menjawab.


"Alhamdulillah. Boleh saya masuk tengok dia tak?" suara Ariana sudahpun tenang.


"Silakan! Tapi pesakit sedang tidur akibat kesan ubat. Jangan ganggu dia sangat," doktor itu memaklumkan dan terus berlalu setelah Ariana mengucapkan terima kasih. Ariana, mama dan ibu melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Hairi.

********************


"Ma dengan ibu baliklah dulu. Take a rest. Biar Ari yang jaga Hairi ni. We take a turn okay? Nanti bila Ari call ibu, ibu pula datang. Ari tengok muka ibu pun dah tak bermaya tu. Papa dengan ayah hantarkan tau." ujar Ariana lembut. Mereka hanya menurut sahaja. Mereka melangkah keluar dari wad itu.


Ariana duduk di sebelah Hairi. Dilihatnya wajah Hairi. Kesian Hairi. Bagaimana dia boleh terlibat dalam kemalangan? Wajah Hairi yang dahulunya dihiasi senyuman kini pucat sepucat-pucatnya. Sebak rasanya dada Ariana. Ariana menggenggam erat tangan Hairi. Ariana menyembamkan wajahnya ke katil Hairi.


Satu gerakan di tangannya mengejutkan Ariana. Mata Ariana lantas melihat Hairi. Dilihatnya kelopak mata Hairi sudahpun terbuka. Ariana mengucapkan syukur kepada-Nya.


"Hairi," panggil Ariana lembut.


Hairi tidak membalas panggilan Ariana. Hairi hanya melepaskan tangannya dari genggaman Ariana. Ariana pelik dengan sikap Hairi. Kemudian, Hairi memalingkan mukanya daripada Ariana.


"Kenapa ni Hairi?" Ariana menyoal. Sekali lagi Hairi tidak menjawab. Ariana memandang belakang badan Hairi. Apakah salahnya sehingga Hairi tidak melayannya? Ariana menahan sebak di dada. Semakin cuba ditahan, semakin laju air matanya mengalir.Kini, Ariana sudahpun menangis teresak-esak tetapi Hairi langsung tidak mempedulikannya lagi.


"Hairi, apa salah Ari? Kenapa Hairi tak nak cakap dengan Ari? Hairi, cakaplah. Cakaplah..." soal Ariana dalam esak tangisnya. Hairi masih mendiamkan diri. Ariana bangun daripada kerusinya seraya berkata, "kalau Hairi tak nak cakap dengan Ari, baik Ari pergi dari sini." Ariana melangkah ke pintu apabila Hairi masih mendiamkan diri. Sampai di muka pintu, Ariana menoleh memandang Hairi.


"Pergilah" hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Hairi. Ariana tergamam mendengar suara kasar Hairi. Hatinya begitu tersentuh dengan perangai Hairi. Ariana berjalan kembali ke arah Hairi.


"Hairi, kalau Ari buat salah, Ari minta maaf. I'm sorry. Hairi boleh hukum Ari apa je tapi bukan kebencian Hairi. Ari tak boleh terima semua ni." Ariana merayu. Hairi masih keras hati. Ariana melangkah longlai meninggalkan Hairi sendirian. Hatinya bengkak dengan sikap Hairi.

No comments:

Post a Comment