Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, October 18, 2009

Nilai Sebuah Hati 13

13

Hampir setiap hari Ariana melawat Hairi di hospital tetapi Hairi langsung tidak terbuka hati untuk bercakap dengannya. Ariana sedih. Untung ada Iwan yang mengubat luka di hati. Iwan lah yang sentiasa memberinya kebahagiaan, keceriaan dan ketenangan.

Ariana membuka pintu wad Hairi sambil berdoa supaya dilembutkan hati Hairi. Terkejutnya Ariana apabila Hairi tiada di situ. Kosong, bilik itu kosong! Tetapi kenapa tiada siapa yang memaklumkan kepadanya? Sampai hati ibu dan ayah merahsiakan tarikh kepulangan Hairi.

Ariana melangkah ke dalam bilik itu. Ariana duduk di atas katil yang dahulunya tempat Hairi baring. Ariana tidak sedar kedatangan seorang jururawat sehinggalah jururawat itu menegurnya.

"Cik Ariana?"

"Ye, saya" jawab Ariana sambil berdiri di hadapan jururawat itu.

"Ada surat daripada pesakit bilik ni," jururawat itu menghulurkan satu surat kepada Ariana. Ariana mengambilnya sambil mengucapkan terima kasih.

Apabila jururawat itu menghilang, Ariana kembali duduk di katil itu. Ariana cepat-cepat membuka sampul surat itu dan membaca isinya.

Ariana sayang,
Maafkan Hairi kerana berkasar dengan Ariana selama ini. Hairi tidak berniat mahu melukakan perasaan Ariana apatah mahu melihat Ariana mengalirkan air mata. Hairi mohon maaf kerana tidak melayan Ariana selama ini.

Bukan niat Hairi, percayalah Ariana! Hairi cuma tidak mampu melihat Ariana. Hati Hairi sakit, terluka dengan sikap Ariana. Hairi akui Hairi cemburu dengan Iwan. Terlampau cemburu. Kerana itulah juga Hairi terlibat dalam kemalangan ini yang mungkin membuatkan Hairi tiada di dunia ini lagi. Tapi kuasa Allah , Hairi masih lagi hidup di dunia ini. Masih sihat seperti selalu tetapi hati Hairi tidak seperti selalu.

Hairi sayangkan Ariana. Malah, lebih dari Ariana sayangkan Hairi. Hairi tau kasih sayang Ariana untuk Hairi hanyalah sebagai seorang rakan atau mungkin sebagai abang Ariana. Jangan tanyakan Hairi kenapa tetapi tanyalah hati Hairi. Hairi tidak sedar bila Hairi mula mencintai Ariana. Hairi tidak sedar bila Hairi tidak boleh hidup tanpa Ariana. Yang Hairi tau, hati Hairi cukup terluka apabila Ariana bersama Iwan.

Berikan Hairi masa untuk melupakan Ariana. Walaupun Hairi tau mustahil untuk Hairi lupakan Ariana kerana Arianalah satu-satunya wanita yang mendapat tempat pertama di hati Hairi. Hairi minta maaf sekali lagi.

Yang Menyayangimu,
Hairi

Ariana menangis semahu-mahunya di katil itu. Setelah keadaanya sedikit tenang, Ariana berlari keluar dari hospital itu dan memecut BMW miliknya laju. Ariana tidak terus pulang, dia duduk di atas bukit, tempat Ariana dan Hairi selalu lepak ketika mereka masih belajar. Tidak diendahkan keadaan dirinya yang tidak terurus. Kenangan demi kenangan mula bermain di fikiran Ariana.
****************

"Hairi jaga Ari tau bila Ari da besar nanti,"

"Mestilah. Takkan Hairi nak tinggalkan Ari pulak." Hairi tergelak kecil.

"Manalah tau. Bila Hairi ada makwe, Hairi dah tak pedulikan Ari lagi." Ariana merengek manja.

"Hairi tak nak kahwin la macamtu. Hairi nak jaga Ari!" Hairi meluahkan dengan semangatnya.

"Habis? Macammana nak dapat anak?" Ariana menyoal pula.

"Ha'ah kan? Kalau macamtu, kita kahwin dua orang je lah Ari." ujar Hairi.

"Okay"

Ketika itu, mereka baru sahaja 14 tahun. Masih muda dan masih mentah untuk tahu perasaan itu. Ketika itu, pelbagai dugaan menimpa Ariana. Hairi sentiasa ada untuk menolong Ariana dan begitu juga sebaliknya.

"Ari, jangan lah nangis lagi,"

"Dia jahat, Hairi! Dia jahat! Selama ni Ari takde pun sakitkan hati dia. Kenapa dia nak panggil kumpulan dia untuk buli Ari? Kenapa Ari pula dipersalahkan sedangkan Ari hanya berkawan dengan Hairi. Salahkah kita berkawan?"

"Tak, diorang semua yang bodoh. Apa hak diorang nak halang persahabatan kita? Kalau kita kahwin sekalipun, diorang takde hak. Dah, jangan nangis lagi. Hairi takkan tinggalkan Ariana. Percayalah!"

"Janji?"

"Janji."

Kenapa masa terlalu cepat berlalu? Kalau boleh, Ariana nak masa mereka gembira. Walaupun masalah banyak, tetapi semuanya dapat diatasi apabila dia bersama Hairi. Ariana perlukan Hairi.

No comments:

Post a Comment