Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, October 25, 2009

Nilai Sebuah Hati 14

Tok Tok Tok !

Ariana mengetuk pintu rumah Hairi. Apabila tiada jawapan, Ariana mengetuk lagi.

Tok Tok Tok !

Kali ini pintu rumah itu terbuka dan muncullah wajah ibu di muka pintu. Ibu menjemput Ariana masuk. Ariana masuk dan duduk di sofa.

"Ada apa Ari?" soal ibu.

"Ibu, Hairi mana?" Ariana menyampaikan hasratnya untuk berjumpa dengan Hairi.

"Hairi? Dia tak bagitau Ari ke dia dekat Paris?" ibu menyoal dengan nada yang pelik.

"Haa?" Ariana menjerit kecil terkejut.

"Dia tak bagitau ke?" ibu menyoal sekali lagi. Ariana menggeleng.

"Bila?"

"Malam semalam."

"Dia buat apa dekat sana?"

"Entah, katanya nak tenangkan fikiran."

"Berapa lama?"

"Tak pasti lagi katanya"

Ariana tersenyum pahit memandang ibu.

***********

Ariana menghempaskan tubuhnya di atas katil. Dia menangis lagi. Ariana menjerit sekuat hatinya.

"Kenapa Hairi buat Ari macamni? Sampai hati Hairi pergi Paris tak bagitau. Kan dulu Hairi janji tak nak tinggalkan Ari. Tapi kenapa Hairi mungkir janji Hairi!" makin lama, makin perlahan suara Ariana sehinggalah Ariana tertidur. Mulutnya asik meyebut nama Hairi.

Ariana terjaga dari tidurnya apabila telefon bimbitnya memainkan lagu Masih Jelas yang dinyanyikan Hafiz(af7). Ariana mencapai telefonnya dan menjawab terus tanpa melihat skrin.

"Hairi!" jawab Ariana gopoh.

"Hairi? Ni Iwan lah." suara lain pula yang menjawab. Ariana mendengus hampa.

"Iwan," hanya itu yang keluar dari mulutnya.

"Kenapa ni Ari? Ada masalah ke?" Ariana mendengar suara Iwan menyoalnya lembut.

"Takde apa-apa. Kenapa Iwan call ni?"

"Iwan ingatkan nak ajak Ari makan"

"Makan?"

"Tapi kalau Ari tak nak, takpelah"

"Dekat mana?"

"Hotel Mutiara."

"Pukul?"

"8.30 malam"

"Okay, jumpa dekat lobi."

"Ehh, biar Iwanlah yang jemput Ari."

"Takpe. Jumpa dekat lobi je lah"

"Yelah. Okaylah Ari, jumpa nanti. Bye. Take care!"

"Bye"

Ariana menyarungkan blaus putih dan jeans hitam. Rambutnya dibiar lepas. Rantai pemberian Hairi dipakainya lagi sekali.Kemudian Ariana menyolek ringkas. Entah kenapa hatinya terbuka menerima ajakan Iwan tadi.

Kalau ikutkan hati, malas rasanya mahu keluar dengan keadaan macamni. Ariana sememangnya mahu berehat di rumah menenangkan fikiran. Tetapi apabila memikirkan hidup harus diteruskan. Hairi juga bakal pulang tidak lama lagi jadi tiada apa perlu dirisaukan. Insya-Allah Hairi selamat.

Ariana merenung bulan sekejap. Fikirannya melayang sekali lagi. Hairi dulu pernah berjanji tidak akan meninggalkannya. Mustahil Hairi akan tinggalkan dia sendirian. Hairi pasti pulang untuk dirinya.

Bunyi ketukan pintu mematikan lamunan Ariana. Ariana lantas membuka pintu biliknya dan dilihatnya mama.

"Ada apa mama?"

"Ada orang cari"

"Siapa?"

"Dia kata nama dia Iwan. Siapa tu Ari?"

"Kawan satu sekolah dulu"

"Ari nak keluar dengan dia ke?"

"Ha'ah. Keluar makan kejap"

"Ajak dia makan dekat rumah kita je lah"

"Kenapa ma?"

"Mama masak ni siapa nak makan?"

"Okay lah mama"

Ariana melangkah turun. Dilihatnya Iwan sedang duduk di sofa. Serta-merta dia terbayangkan Hairi. Cepat-cepat ditepisnya bayangan Hairi itu. Ariana, hidup harus diteruskan!

Ariana melangkah ke sofa dengan langkah yang agak perlahan. Perlahan dia duduk di sebelah Iwan. Iwan tersenyum memandang Ariana.

"Kan I cakap jumpa dekat lobi" Ariana mencebik marah.

"Ala, dah terlanjur I lalu depan rumah you tadi. I jemput lah you sekali," Iwan memberi alasan.

"Dah, tak payah makan dekat luar lagi," ujar Ariana.

"Kenapa? Jangan lah marah Ariana," pujuk Iwan. Terlepas juga gelak Ariana apabila melihat mimik muka Iwan. Iwan memandangnya dengan pelik.

"Mama ajak makan dekat sini lah" ujar Ariana dalam sisa gelak tawanya.

"Okey jugak. Boleh kenal dengan bakal mak mertua I kan?" Iwan mengusik Ariana pula. Ariana tergelak kecil. Kemudian Ariana berlalu ke dapur.
**************

"Budak tadi tu pakwe Ari ke?" mama menyoal Ariana. Ariana yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di sofa mendiamkan diri sahaja.
Apabila mamanya menyoal untuk kali kedua, baru Ariana jawab.

"Kawan lama lah ma," Ariana menjawab.

"Baik budi bahasanya. Boleh jadi calon suami Ari tu" Ariana
tergelak mendengar komen mamanya.

"Takde apa-apa lah ma. Kitorang kawan je," Ariana menafikan.

"Mula-mula kawan, lepastu sayang. Kemudian rindu dan akhirnya cinta." usik mama. Ariana tersentak mendengar usikan mamanya. Ariana terdiam.

Mama berlalu ke bilik menemani papa tidur. Ariana masih terduduk di sofa itu. Fikirannya mula mengingati Hairi. Memang sekarang dia rindu lelaki itu. Memang sekarang dia inginkan lelaki itu. Memang sekarang dia mula merasai satu perasaan halus iaitu cinta.

No comments:

Post a Comment