Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, October 25, 2009

Nilai Sebuah Hati 15

15

Hairi masih berdiri di hadapan jendela biliknya merenung bulan. Ketika ini, betapa sarat rindunya kepada gadis itu. Dia tau ketika ini Ariana juga sedang merenung bulan yang sama. Bulan yang menjadi saksi mereka.

Kemudian Hairi memandang beg yang berisi pakaiannya. Segalanya sudahpun dikemas. Dia yakin dia membuat keputusan yang betul. Tak guna dia jadi pengecut macamni. Dia akan pulang ke Malaysia sekejap lagi. Dia tidak dapat menampung rindu yang sarat di dada ini. Baru sahaja tiga bulan dia berpisah daripada Ariana tetapi rindunya bagaikan tiga tahun.

Hairi menarik begnya keluar dari bilik hotel yang didudukinya. Perlahan-lahan dia melangkah.
*************
Ariana memandang teksi yang berhenti di hadapan rumah Hairi. Hatinya bagaikan ditarik-tarik untuk melihat siapakah penumpang itu. Air matanya jatuh taktala melihat penumpang itu. Segera dia memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memakbulkan doanya.

Ariana tidak pula berlari mendapatkan Hairi. Ariana hanya duduk di pondok itu sambil memerhatikan Hairi. Dilihatnya Hairi memeluk ibu dan ayahnya. Kemudian Hairi terus berjalan masuk ke rumah. Sampai di hadapan pintu, Hairi menoleh ke arah Ariana. Ariana dapat lihat Hairi melemparkan satu senyuman manis kepadanya.

Ariana tidak sempat membalas senyuman itu kerana Hairi hanya memandangnya sekejap dan terus masuk ke dalam rumahnya. Ariana memandang sayu. Air matanya gugur lagi.

"Ari" suara yang ditunggu-tunggu akhirnya menegur juga dirinya. Ariana mendongak melihat empunya suara. Tidak berkelip Ariana memandang wajah itu. Wajah yang amat dirinduinya.

"Ariana, kenapa pandang Hairi macamtu?" Hairi mengusik Ariana seraya mengambil tempat di sebelah Ariana. Ariana masih lagi terdiam. Hairi mengusap perlahan kepala Ariana membuatkan Ariana tersedar.

"Mimpi ke?" usik Hairi lagi. Air mata Ariana akhirnya gugur juga.

"Ari rindukan Hairi!" Ariana bersuara dalam esak tangisnya. Hairi hanya memandang Ariana dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan.

"Sorry sebab Hairi tak dapat hadir ke majlis pertunangan Ari," ujar Hairi tenang. Ariana terkejut mendengar kata-kata Hairi.

"Mana Hairi tau?" soal Ariana teragak-agak.

"Tak penting pun mana Hairi tau. Hairi doakan Ariana bahagia di samping Iwan," Hairi terus melangkah meninggalkan Ariana. Ariana masih menangis.
**************

"Will you be my wife and spend the whole life with me?" Iwan melutut di hadapan Ariana dan di tangannya memegang seutas rantai. Ariana memandang Iwan.

"Are you serius?"

"Yes, I am. Do you?"

"Iwan, I masih ada family"

"You nak I jumpa family you? Bila?"

"Bila-bila je"

"Ahad ni boleh?"

"Boleh saja"
**********

Ketika Ariana menerima lamaran itu, Ariana fikir Hairi tidak akan pulang lagi kerana tiada khabar berita langsung daripada lelaki itu. Ariana kesal dan terus membuat keputusan drastik.

Kini dia menyesal. Ariana tidak pernah mencintai Iwan. Baginya Iwan hanya sekadar kawan. Di hatinya hanya ada Hairi. Ariana tahu dia tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Ariana pasrah.

No comments:

Post a Comment