Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, October 25, 2009

Nilai Sebuah Hati 16

Ariana menekan-nekan dadanya. Entah kenapa, dadanya sesak. Sakit dadanya kian menyucuk.

"Ya Allah, aku berdosa! Aku hancurkan perasaan seorang lelaki yang tulus mencintai aku. Ya Allah, ambillah nyawaku jika memang sudah takdirku begini," rintih Ariana.

Dan sekejap sahaja, Ariana sudah tergolek di rumput bersama tangannya melekap di hatinya.

Mak Mah yang hendak menyiram pokok bunga terkejut apabila melihat Ariana terbaring lesu di tanah. Mak Mah cepat-cepat memanggil Hairi untuk membantu. Hairi juga terkejut dengan keadaan Ariana. Segera Ariana dibawa ke hospital.

***********

"Doktor, macammana keadaan Ariana?" soal Hairi cemas kepada doktor yang merawat Ariana.

"Boleh jumpa saya dekat bilik saya?" ujar doktor itu seraya berlalu. Hairi mengikut langkah doktor itu memandangkan keluarga Ariana masih belum sampai.

"Kenapa dengan dia?" sekali lagi Hairi menyoal dengan cemas.

"Penyakit Hepatisis C nya makin teruk." jawab doktor itu.

"Penyakit apa tu?" soal Hairi agak pelik.

"Penyakit radang hati yang agak serius. Mengikut keputusan, pesakit dah lama menghidap penyakit ini tetapi tidak membuat pemeriksaan lanjut," terang doktor.

"Jadi bagaimana doktor?"

"Kami sedang menjalani pemeriksaan lagi. Mungkin dua tiga hari lagi, kita akan tahu keputusannya."

**********

Masih terngiang-ngiang lagi ucapan doktor itu. Mama dan papa juga terkejut mendengar penjelasan Hairi. Mereka juga risau sama seperti Hairi. Hampir setiap hari Hairi melawat Ariana. Apabila ditanya sakit apa, Ariana hanya mendiamkan diri.

Iwan juga melawat Ariana setiap hari. Iwan juga menerima nasib seperti Hairi. Ariana tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun termasuk mama dan papa.

*********

Hampir serentak Hairi dan doktor duduk di kerusi. Doktor itu mengeluarkan sekeping X-ray hasil pemeriksaan. Hairi menunggu penjelasan doktor itu.

"Mengikut hasil X-ray, pesakit menghadapi masalah di hati. Hati pesakit rosak. Keadaan pesakit dalam bahaya dan mungkin boleh mendatangkan maut," ujar doktor itu.

Hairi termegun mendengar penerangan doktor itu. Hairi meraup wajahnya dengan tangan. "Tiada harapan untuk Ariana sembuh ke dok?" soal Hairi gugup.

"Satu cara je yang tinggal. Hatinya harus ditukar dengan hati baru. Walaupun risikonya agak tinggi tetapi cara ini sahaja yang boleh menyelamatkan pesakit," ujar doktor lagi.

**********

Perlahan-lahan Hairi melangkah masuk ke dalam wad Ariana.

Ditatapnya wajah Ariana. Iwan segera mendapatkan Hairi.

"Macammana?" soal Iwan perlahan.

"Hanya satu cara. Tukar hati baru." ujar Hairi perlahan.

"Aku derma," perlahan suara Iwan menuturkan.

Hairi terdiam mendengar suara Iwan. Perlahan-lahan Hairi meninggalkan wad Ariana. Hatinya sebak melihat Ariana menderita begitu.

No comments:

Post a Comment