Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, October 25, 2009

Nilai Sebuah Hati 18


Ariana termangu mendengar berita buruk. Hatinya hancur! Hairi, kenapa kau tinggalkan aku? Kau selamatkan aku tetapi kau pula yang tinggalkan aku? Kau janji kau takkan tinggalkan aku tetapi kau tinggalkan juga!


Kalau aku tau semua akan jadi macamni, aku tak rela kau dermakan hati kau pada aku. Aku lebih rela mati daripada kehilangan kau. Macammana aku nak harungi hidup aku selepas ini kalau kau tiada? Hairi, aku sayang kau! Aku cinta kau! Sampai hati kau, kau curi hati aku lepastu kau tinggalkan aku seorang diri.

**********

Hampir seminggu pemergian Hairi. Ariana masih sedih. Air matanya sentiasa tumpah. Papa dan mama Ariana pun tidak tahu apa yang perlu dibuatnya. Begitu juga Iwan. Puas sudah dipujuk tetapi jawapannya tetap satu.

"Ariana nak Hairi!"

Semuanya hampir putus asa. Ariana makin hari makin cengkung badannya. Tiada lagi gelak tawa daripada gadis itu. Malahan senyuman pun tidak pernah diukirnya. Hanya tangisan yang memanjang. Keadaan dirinya juga sudah tidak terurus.

"Ari, surat ni untuk Ari," Mama menghulurkan satu surat kepada Ariana. Ariana memandang mama sejenak dan kemudian mengambil surat itu.

"Hairi tulis sebelum pembedahan dijalankan," mama bersuara lagi perlahan tetapi cukup untuk Ariana dengar. Ariana pantas membuka surat itu dan membacanya. Air matanya tumpah lagi.

Ariana sayang,
Sewaktu Ariana membaca surat ini, Hairi sudahpun tinggal dalam kenangan. Hairi tidak menyalahkan Ariana dalam kematian ini. Hairi pasrah dengan takdir-Nya.


Ariana, maafkan Hairi kerana tidak dapat memenuhi janji Hairi untuk bersama dengan Ariana ketika Ariana susah dan senang. Maafkan Hairi, Ari! Pemergian ini bukan Hairi yang pinta dan bukan juga permintaan orang lain tetapi segalanya telah ditentukan oleh-Nya.

Kasih sayang Hairi kepada Ariana masih kukuh di hati ini. Ariana wanita pertama dan terakhir bertandang di hati Hairi.Tetapi Hairi tidak memaksa Ariana untuk merasai perasaan itu juga.

Ariana,
Janganlah bersedih lagi dengan pemergian Hairi. Kalau Ariana sedih, Hairi turut merasainya. Doakan lah Hairi ditempatkan di tempat-tempat orang beriman kelak.
Setiap kali Ariana teringatkan Hairi, Ariana ingatlah sebahagian daripada diri Hairi ada pada Ariana. Hati Hairi sentiasa bersama Ariana sepanjang hayat Ariana.


Akhir sekali, whatever it happen, it happen with a reason. Please don't regret whatever happen.

Yang mencintaimu,
Hairi


Ariana memegang dadanya. Baru dia tersedar, walaupun jasad Hairi sudah tiada, tetapi hatinya masih ada. Malahan bergabung bersama hatinya di badannya. Ariana menyeka air mata yang deras mengalir. Kemudian, Ariana mengeluarkan pula sekeping kad yang terselit bersama surat itu.

Kad bergambar dua kanak-kanak riang yang sedang bergurau-senda bersama tulisan "Happy Birthday". Perlahan-lahan Ariana membuka kad itu.

Selamat ulangtahun sayang! Maaf Hairi tidak dapat menyambut bersama Ariana. Semoga Ariana hidup bahagia dan dipanjangkan umur. Jagalah sebahagian hati Hairi elok-elok.

Air mata Ariana sekali lagi mengalir laju. Di tengah kad itu, ada satu rantai. Ariana mengangkat perlahan-lahan. Lawa! Loketnya bertulis Ariana. Ariana mengenggam erat rantai tersebut.


No comments:

Post a Comment