Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, October 14, 2009

Nilai Sebuah Hati 3


3

Cuaca pada petang itu redup seolah-olah menandakan hujan akan turun tidak lama lagi tapi tidak pula turun hujan. Hanya angin yang menemani petang Ariana ketika itu. Ariana mengerling ke arah jam di tanggannya. Pukul 5.00 petang. Bisik hatinya.

"Sorry lambat" satu suara yang teramatlah dikenali Ariana menegur. Ariana hanya memandang sekilas sebelum mengalihkan pandangan ke hadapan melihat bunga-bunga yang berwarna-warni.

"Marah ke?" suara itu menyambung apabila tiada respon. Empunya suara itu duduk di sebelah Ariana. Dia melemparkan senyuman manis kepada Ariana. Ariana membalas senyuman itu.

"Taklah. Tadi kata ada hal penting nak cakap. Cakaplah" ujar Ariana lembut. Hafiz memandang Ariana dengan mata yang redup. Lima minit Hafiz terdiam. Mungkin cuba menguatkan semangat agar dapat menerangkan kepada Ariana.

"Ariana, Hafiz mintak maaf" ayat itu terpacul keluar dari mulut Hafiz. Ariana tersengih memandang Hafiz.

"Alaa, serius saya tak marah awak lambat hari ni." ujar Ariana lembut.

"Bukan sebab tu" Hafiz membalas.

"Habis?" Ariana menyoal dengan nada yang pelik. Belum pernah Hafiz buat dia sesuspen sekarang ni.

"Saya rasa better kita putus." Akhirnya keluar juga ayat itu dari mulut Hafiz. Jatuh rahang Ariana mendengar kata-kata Hafiz.

"Apa awak merepek ni?" Ariana masih tidak percaya.

"Ariana saya tak merepek. Saya tau susah untuk awak terima tapi awak kena terima jugak." ujar Hafiz sayu.

"Hafiz, awak kata awak cintakan saya. Awak kata awak akan bahagiakan saya tapi mana? Awak tipu Hafiz. Awak tipu!" Ariana menangis teresak-esak. Hafiz terus menarik Ariana ke dalam pelukannya.

"Saya tak tipu Ari. Ye, memang saya cintakan awak. Sampai mati pun saya cintakan awak Ariana." Ariana terus menolak Hafiz daripada terus memeluknya. Ariana memandang Hafiz. Dikesat kasar air matanya yang mengalir.

"Cinta? Awak nak kata awak cintakan saya sedangkan awak nak tinggalkan saya? Pergi mati lah deyy dengan cinta dongeng kau tu." Ariana melepaskan kemarahannya. Hafiz terkejut dengan bahasa kasar Ariana. Direnungnya muka Ariana. Tiada lagi senyuman menghiasi wajah itu. Air mata pun sudah tiada lagi. Hanya muka yang penuh dengan kemarahan dan kebencian. Hafiz memegang tangan Ariana namun cepat ditarik Ariana. Ariana tidak mahu tangannya disentuh oleh lelaki durjana itu.

"Ari, saya mintak maaf dengan awak" ujar Hafiz perlahan. Ariana hanya mendengus kasar.

"Maaf? Ye, aku maafkan kau tapi aku akan benci kau seumur hidup aku. Kau faham, seumur hidup aku!" Ariana bertutur kasar. Ariana tidak mahu dianggap lemah di mata Hafiz sehinggakan kepalanya dipijak. Dia juga ada hati dan perasaan tapi kenapa dia dilayan sebegini teruk?

"Ari, pleasee.." Hafiz sekali lagi cuba memegang tangan lembut Ariana. Kali ini Ariana bertindak berani. Tangannya dihayunkan tinggi ke arah pipi Hafiz. PANG! Bunyi itu agak kuat. Hafiz tergamam menerima tamparan itu. Waktu nak couple pun dapat tamparan percuma, nak break up pun dapat jugak tapi kali ni yang kuat punya.

"Lepas ni, aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau ingat muka kau ni hensem sangat. Tak heran wei. Kau ingat aku akan merayu-rayu mintak couple balik lepas kau mintak break? Aku bukan jenis perempuan murahan. Aku ada harga diri. Don't treat me like that bull-shit." Ariana terus meninggalkan Hafiz yang terpinga-pinga. Hati Ariana berbisik, "kau memang kuat Ari. Kau dapat harungi semua ni. Percayalah Ariana. Kau akan dapat yang lebih baik dari budak selenga tu."

No comments:

Post a Comment