Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, October 14, 2009

Nilai Sebuah Hati 4


4

Ketukan pintu mematikan lamunan Ariana. Ariana lantas membuka pintu biliknya dan dilihatnya Mak Mah, pembantu rumahnya di situ.

"Ariana, Hairi nak jumpa dekat laman" Mak Mah memberitahu pesanan Hairi. Ariana mengukir senyuman dan mengangkat tangan tanda tunggu sekejap. Mak Mah turun ke bawah dan meneruskan kerjanya. Ariana lantas menyikat rambut panjangnya dan tanpa mengikatnya, dia terus berjalan ke laman. Dia lihat Hairi sedang memerhatikan bulan. Dia terus mengambil tempat di sebelah Hairi tanpa memberi salam.

"Kau ni kot ye pun, bagilah salam dulu. Main terjah je. Kalau lah aku kena sakit jantung, tak ke mati aku?" Hairi membebel seperti orang tua. Ariana tersengih.

"Alaa, kau muda lagi. Takkan dah kena sakit jantung kot. Cheer up friend! Kau banyak sangat kena terjah ke? Macam mana kau boleh kena sakit jantung?" seloroh Ariana.

"Kau ni, ade je nak balas. Tak faham aku." Hairi mengalah. Ariana senyum tanda kemenangan.

"Wei, ada apa nak jumpa? Macam takde esok je nak jumpa" Ariana berkata dengan nada yang selamba. Tiada perasaan.

"Saje je. Kau cuba tengok bulan. Lawa kan?" Hairi menyoal sambil tangannya ditujukan ke arah bulan yang mengambang.

"Memang lawa." Ariana menjawab ringkas sambil matanya merenung bulan itu.

"Kau kan suka bulan. Tu lah saja nak lepak dengan kau tengok bulan. Ala macam tak biasa pulak. Kan waktu kita sekolah rendah,kita selalu tengok bulan dekat koridor bilik kau." Hairi menerangkan panjang lebar.

"Ingat lagi kau"

"Mana aku pernah lupa."

"Tu lah sebabnya aku sayang kau."

"Aku pun sayang kau jugak"

"Janji dengan aku, jangan tinggalkan aku."

"Janji"

"Kalau kau tipu, bulan ni saksinya."

"Yelah Ariana."

"Wei, kau bila nak ada awek?" Ariana menyoal dengan selamba tanpa mengalihkan pandangan daripada bulan.

"Lagi dua hari" Hairi berseloroh.

"Tipulah kau," Ariana memandang Hairi sekilas.

"Memang tipu pun."

"Alaa, cakap lah betul-betul."

"Aku dah couple lah"

"Biar betul?"

"Ye. Aku tak tipu wei."

"Bila? Sampai hati tak bagitau kan." Pandangan Ariana beralih ke arah Hairi pula.

"Baru petang tadi. Tu lah tujuan aku datang ni sebenarnya." Hairi merenung Ariana. Ariana yang memang sudah biasa dengan tenungan Hairi tu hanya bersikap selamba.

"Congrats lah ye Hairi. Hope korang kekal hingga anak cucu." Ariana mengetuk kepala Hairi sambil tersengih. Itulah cara mereka bergurau. Hairi tidak pula membalas. Hanya membiarkan sahaja perlakuan Ariana itu.

"Insya-Allah. Kau tak jeles ke?" Hairi bertanya dengan nada gurau.

"Ceh, buat apa nak jeles?"

"Karang aku lupa kau ke, aku takde masa untuk kau ke, macammana?" Hairi menyakat Ariana.

"Kalau kau buat aku macamtu, aku bunuh kau." Ariana menjawab selamba. Hairi hanya tersengih mendengar jawapan Ariana itu. Lantas Ariana menyambung, "tapi aku yakin kau tak buat kan?"

"Tau takpe" Hairi menjawab.

**********

Ariana memerhatikan Hairi yang sedang date bersama teman wanitanya di Mid Valley. Ariana hanya tersenyum melihat mereka. Memang mereka secocok. Senyuman Ariana mati apabila ternampak seorang lelaki yang amat dikenalinya. Ariana cepat-cepat melarikan diri namun lelaki itu cepat mengejarnya. Dan tangan Ariana sudahpun diraihnya. Ariana cuba melepaskan tangannya daripada genggaman lelaki durjana itu namun tidak berjaya.

"Lepas lah wei" Ariana berkata kasar.

"Ari, dengar dulu apa yang Hafiz nak cakap." Hafiz berkata lembut.

"Aku tak nak dengar. Aku tak nak dengarlah!" Ariana membentak marah.

"Selagi Ariana tak nak dengar apa Hafiz cakap, selagi tu lah Hafiz takkan lepaskan tangan Ari." Hafiz berkata tegas.

"Okey. Lepas dulu tangan Ari" Ariana terpaksa mengalah. Hafiz melepaskan tangan Ariana.

"Jom makan" Hafiz cuba meraih perhatian Ariana.

"Apa yang kau nak cakap? Baik bagitau sekarang" ujar Ariana tegas. Hafiz mengeluh perlahan. Ternyata Ariana seorang yang keras kepala.

"Ari, Hafiz nak minta maaf dengan apa yang terjadi. Hafiz tau susah untuk Ari lupakan segalanya. I'm so sorry. Hafiz tau Ari masih sayangkan Hafiz. Hafiz tau. Hafiz mintak maaf sangat-sangat sebab pernah lukakan hati Ari. Hafiz tau Hafiz bodoh sebab lepaskan Ari. Hafiz sedar. Hafiz mintak satu lagi peluang Ari. One last chance. Pleaseee.." Hafiz merayu. Ariana tergamam dengan rayuan Hafiz.

"Hafiz, Ari maafkan Hafiz" ujar Ariana perlahan tapi cukup untuk Hafiz mendengarnya. Hafiz senyum.

"So kira kita couple balik lah ni?" Hafiz bertanya dengan nada yang ceria.

"Aku tak kata pun kita couple balik. Aku cuma cakap aku maafkan kau. Aku bukannya bodoh lah. Aku takkan termakan pujuk rayu kau. Please jangan kacau aku lagi. Sekarang aku dah bahagia! Lebih bahagia dari dulu." Ariana terus melangkah tetapi tangannya ditarik kasar Hafiz. Hafiz tersengih.

"Ari, pleasee... I need you Ari. I need you" Ariana tersentak. Ariana lantas menarik tangannya kembali tapi tak berjaya. Apalah sangat kudrat perempuan berbanding lelaki.

"Lepas lah wei. Kau jangan buat masalah dekat shopping complex ni." ujar Ariana kasar.

"I won't let you go until you accept me. I love you." Hafiz tersenyum keji. Ariana cuba menarik tangannya. Mereka bergelut sebentar sehinggalah Hafiz terguling di lantai Mid Valley itu. Ariana memandang gerangan siapa yang menolak Hafiz sehingga jatuh. Ariana melepaskan nafas lega apabila melihat Hairi.

"Wei, kalau perempuan dah tak nak tu, sudahlah. Apasal kau paksa-paksa lagi. Kau tak tau malu ke haa?" ujar Hairi marah dengan tindakan Hafiz itu. Ariana hanya memandang sahaja. Hafiz berdiri dan ingin menumbuk Hairi tapi Hairi yang memegang black belt taekwondo lebih pantas bertindak. Kemudian pak guard datang dan menangkap Hafiz.

"Ariana, kau dengar sini. Aku takkan lepaskan kau. Kau tengok je lah apa yang jadi nanti dan waktu tu kau akan menyesal" Hafiz mengugut Ariana. Ariana tergamam mendengar ugutan Hafiz tetapi tidak pula dibalas. Ariana hanya berlari meninggalkan Mid Valley dan pergi ke keretanya. Ariana terus memecut laju keretanya.

**********

"Sorry Lisa, Hairi kena pergi dulu. Kawan Hairi tu ada masalah besar. Sorry ye Lisa." ujar Hairi cemas.

"Kenapa Hairi risau sangat ni? Pandai-pandai dia lah cari jalan." Lisa membentak marah.

"Lisa, dia kawan I okey," ujar Hairi.

"Habis I ni siapa? I ni girlfriend you tau. I lagi penting dari kawan you tu." Lisa menggumam marah.

"Lisa, she is in problem and totally stressed out. I have to help her."

"Kalau you pergi, tu bermaksud antara kita dah takde apa-apa lagi" Lisa mengugut Hairi.

"Sorry but I have to go" Hairi berjalan meninggalkan Lisa.

"Ingat Hairi, antara kita dah takde apa-apa." Lisa menjerit marah. Hairi lantas kembali kepada Lisa. Lisa tersenyum.

"Lisa, Ariana perlukan I. Kenapa susah sangat nak faham ni?" Hairi sudahpun marah.

"Kenapa you tak couple je dengan dia? Kan senang." Lisa mencabar Hairi. Hairi yang ternyata sudah tidak dapat menahan kemarahannya terus meninggalkan Lisa. Lisa terpinga-pinga dengan tindakan Hairi.

"Hairi.. Hairi.. Hairi..." Lisa memanggil Hairi tetapi Hairi langsung tidak menoleh. Lisa terus menangis kecewa.


No comments:

Post a Comment