Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, October 16, 2009

Nilai Sebuah Hati 5

5

"Ariana" Hairi memanggil Ariana yang ketika itu sedang duduk di kerusi yang disediakan di taman bunga. Hairi duduk di sebelah Ariana sambil merenung wajah manis itu. Ariana tidak menangis pun.

"Hairi, Ari nak nangis boleh?" Ariana bertanya kepada Hairi tiba-tiba.
"Silakan," Hairi menjawab ringkas. Ariana terus menangis.

"Hairi, apa salah Ari? Kenapa Ari yang kena terima semua ni? Ari tak nak dipermainkan lagi Hairi. Ari takut Hairi, Ari takut!" Ariana meluahkan isi hatinya dalam esak tangisnya. Hairi mendengar dengan teliti apa yang ingin disampaikan Ariana.

"Dia ugut Ari, Hairi. Ari takut dia buat benda bukan-bukan dekat Ari."

"Ariana jangan risau. Hairi ada. Hairi janji Hairi akan lindungi Ari. Calm down yea Ari" Hairi mengukir senyuman manis. Ariana hanya senyap. Tenggelam dalam tangisannya yang panjang.

*************

"Better now?" soal Hairi apabila mereka sampai di rumah. Hairi duduk di sofa rumah Ariana.

"Okey lah" Ariana menjawab sambil cuba tersenyum.

"Nah, minum ni dulu," Hairi menghulurkan segelas air kepada Ariana.
"Air apa ni?"

"Air penenang jiwa," Hairi menjawab.

"Air penenang jiwa?"

"Air Yassin lah. Biar tenang sikit perasaan tu" ujar Hairi lembut.

"Hairi, thanks" ujar Ariana. Ariana meneguk air Yassin itu sehingga habis.

"Feel more better?"

"Yes"

"That's my Ariana" Hairi menjawab. Sebentar, keadaan senyap. Masing-masing melayan perasaan. Namun kesunyian itu tidak lama.

"Macammana dengan Lisa tadi?" Ariana memecahkan kesunyian itu.

"Dah break" Hairi menjawab ringkas. Ariana terkejut mendengarnya. Ariana merenung Hairi.

"Kenapa? Pasal aku?" Ariana bertanya dengan lebih lanjut.

"Dia mengongkong. Benci aku." Hairi menjawab pendek.

"Wei, aku mintak maaf kalau korang break pasal aku. Nanti aku jumpa dia and explain to her," hati Ariana diserbu perasaan bersalah.

"Takpelah Ari. Aku pun tak sukalah perempuan mengongkong aku. Aku pun ada kehidupan aku jugak, takkan nak berkepit dengan dia je 24 jam. It's nobody fault Ariana." Hairi menjawab tenang.

Ariana merenung Hairi. Hatinya sayu melihat Hairi. Ini bukan kali pertama Hairi putus sebab dia. Rasanya dah banyak kali. Hampir semua percintaan Hairi gagal kerana dia. Memang dia patut dipersalahkan. Hairi yang melihat perubahan wajah Ariana tu menyambung,"Don't blame yourself Ari. Dah memang takde jodoh."

"Thanks Hairi. Aku bersalah lah sebab hampir semua percintaan kau gagal sebab aku." Ariana menjawab jujur.

"Alaa, tak penting pun. Janji aku ada kau, tu pun dah lebih dari cukup. Aku tak perlukan perempuan lain selain kau" Hairi menjawab.

"Habis bila kau nak kahwin kalau macamtu?" Ariana menyakat Hairi.

"Bila-bila je yang kau nak." Hairi turut bergurau.

"Aku pulak?"

"Ye lah, kena jugak tunggu kata pengantin perempuan kan?"

"Okey lah macamtu, esok kita kahwin ye"

"Aku on je."

Seketika, rumah Ariana bergegar dengan gelakan mereka berdua. Ariana tersenyum bahagia dan begitu juga Hairi. Memang mereka tak perlukan sesiapa. Mereka hanya perlukan sesama sendiri. Itulah kurniaan Allah yang tak ternilai harganya. Tanpa salah satu di antara mereka, pasti hidup ini tak seindah sekarang.

No comments:

Post a Comment