Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, October 17, 2009

Nilai Sebuah Hati 6


6

Kemeja dan seluar slacks disarungnya ke badan. Kemudian, Ariana menuju pula ke meja mekapnya. Dia mengikat satu rambut panjangnya yang lurus. Disisirkan rambut depannya ke tepi supaya tidak menutup mata. Kemudian, dia mecapai pula alat mekap dan bermekap ringkas. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia lantas turun ke bawah.

"Pa, Ari dah siap. Ari panggil Hairi kejap" Ariana terus menelefon Hairi dan menyuruh Hairi datang ke rumahnya. Setelah lima minit, Hairi pun sampai.

"Hairi, jom makan dulu." Ariana mengajak.

"Kenyang" pendek sahaja jawapan Hairi.

"Ala, temankan aku" Ariana menarik tangan Hairi ke meja makan. Hairi hanya menurut sahaja.
**************

Hairi dan Ariana naik kereta yang dipandu oleh pemandu Hairi. Ayah mereka pula naik kereta yang dipandu oleh pemandu Ariana. Hairi dan Ariana berbual-bual.

"Kita jadi apa ye?" Hairi menyoal.

"Entah papa kata kita kena tolong diorang. Agaknya jadi assistant CEO kot" Ariana menjawab.

"Ohh, Tolong uruskan syarikat."

"Ye lah. Takkan tolong musnahkan"

"Takut lah Ari"

"Relaks lah. Chill out babee."

"First day kerja la katakan"

"Ala, tu kan ofis family kita, satu hari nanti, kita juga nak ambil alih syarikat diorang"

"Betul tu."

Selepas itu, masing-masing melayan perasaan. Hanya lagu di radio kedengaran.
******************

"Ariana ikut papa. Ofis kita dekat tingkat 45," Dato' Adnan memberi arahan.

"Hairi pula ikut ayah. Ofis kita dekat tingkat 47," Dato' Mansor pula memberi arahan.

Hairi dan Ariana hanya mengangguk. Mereka baru sedar yang mereka kerja di lain-lain tempat. Ariana di Menara Holdings dan Hairi pula di Bulan Holdings. Wajah masing-masing dihiasi segaris senyuman untuk menutup kegelisahan di hati.

"Ari, ni bilik Ari tau" Dato' Adnan memberitahu.

"Okey pa" Ariana menjawab malas seraya kakinya melangkah ke sofa. Ariana menghempaskan badannya. Apabila dilihat Dato'Adnan masih di muka pintu, Ariana bersuara, "Apa lagi pa?"

"Keluar sini, papa nak kenalkan dengan assistant Ariana.

"Siapa pa?" Ariana mengikut langkah Dato' Adnan.

"Azlin, kamu akan menjadi assistant Ariana anak saya ni." Dato' Adnan memberi arahan.

"Baik Dato'," Azlin dengan sopan menjawab.

"Tolong kenalkan Ariana dengan semua staf-staf yang lain." Dato' Adnan berlalu ke biliknya.

Ariana melemparkan senyuman manis ke gadis di depannya. "Ariana," Ariana menghulurkan tangan untuk bersalam. Azlin menyambut tangan Ariana.

"Azlin. Cik Ariana nak saya kenalkan dengan staf?" soal Azlin lembut.

"Boleh juga."
*******************

Hairi duduk di biliknya. Dia melihat sekitar biliknya yang dihiasi dengan cantik. Tiba-tiba hatinya tertanya-tanya, apakah yang sedang dilakukan oleh Ariana di pejabatnya. Hairi lantas memanggil assistantnya. Setiausahanya masuk dan berdiri di depan Hairi dengan gaya menggoda.

"Ye Encik. Ada apa panggil saya?"

"Siapa nama tadi?" Hairi tanya dengan nada yang sopan dan lembut. Suaranya itu mampu mencairkan hati gadis di depannya.

"Adreena," jawab gadis itu.

"Okey Reen, boleh saya tau apa nombor nak hubungi Menara Holdings?" Hairi bertanya serius.

"Nanti saya sambungkan dekat encik," ujar Adreena.

"Okay," jawab Hairi ringkas.

"Kalau tiada apa-apa lagi, saya keluar dulu," Adreena meminta diri.
Hairi mengangguk. Adreena keluar dan terus mendail nombor Menara Holdings lalu disambungkan ke Hairi.

"Menara Holding's here," suara di sebelah sana bersuara.

"Boleh sambungkan ke cik Ariana?" Hairi menyoal.

"Kejap ye encik." orang di sebelah sana meletakkan gagang dan terus disambungkan ke Ariana.

"Hello" Ariana menjawab malas.

"Ariana" Hairi memanggil.

"Hairi? Nasib baik Hairi call Ari tau, Ari bosan gila dekat sini," Ariana mengadu.

"Bosan? Kerja pun bosan ke? Apalah Ari ni." Hairi melayan kerenah Ariana.

"Hari pertama mana ada kerja sangat. Kejap lagi je Ari ada meeting. Hairi pula?" Ariana bersemangat menceritakan.

"Hairi pun takde kerja sangat. Tu lah call Ari ni. Kalau nak tunggu Ari call, berjanggutlah jawabnya." Hairi berseloroh. Terdengar suara Ariana tergelak.

"Pukul 1.15 nanti, lunch jom!" Ariana mengajak Hairi.

"Aku on je. Kau belanja ye?"

"Ceh, tak gentleman lah kau ni."
"Gentleman gentleman jugak tapi takkan setiap kali aku belanja. Kau la pulak belanja aku. Tak begitu cik Ariana?"

"Ye lah. Aku belanja. Don't worry!"

"Okey, nanti jumpa dekat lobi"

"Okey"

"Bye, sayang kau Ariana!"

"Bye, sayang kau jugak Hairi!"

No comments:

Post a Comment