Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, October 17, 2009

Nilai Sebuah Hati 7


7

Suasana di lobi agak tenang. Mungkin sebab belum masuk lagi waktu rehat. Hairi menghempaskan tubuhnya di atas sofa yang disediakan. Setelah tiga minit dia duduk di sofa itu, ada suara lunak yang menegurnya.

"Encik Hairi."

"Ye, saya." Hairi bangun dari sofa dan berdiri bertentangan dengan perempuan itu.

"Tunggu siapa?" perempuan itu bertanya.

"Kawan. Reen nak pergi mana?" Hairi menyoal sambil matanya merenung ke wajah manis gadis itu. Semburan minyak wangi daripada 'Body Shop' mencucuk hidungnya.

"Lunch," gadis yang bernama Reen ataupun Adreena itu menjawab. Belum sempat Hairi menjawab, satu pukulan di bahu mematikan hasrat Hairi untuk mengajak Reen makan bersama.

"Sakit lah wei," ujar Hairi.

"Sorry. Jom lah pergi makan. Lapar lah," Ariana menarik tangan Hairi. Hairi mengikut sahaja langkah Ariana.

"Bye Reen," Hairi sempat melambai gadis itu sebelum mengikut langkah Ariana. Ariana yang menarik tangannya hanya tersengih
.
"Cepat gila kau dapat girlfriend baru," Ariana berkata kagum.

"Banyak lah kau punya girlfriend. Tu setiausaha aku lah" Hairi menjawab.

"Ye ke? Boleh percaya ke?" Ariana menyakat Hairi. Tangan Hairi masih belum dilepaskan.

"Yelah." Hairi menjawab ringkas.

"Lawa lah budak tu, rugi kau tak couple dengan dia," Ariana masih memancing minat Hairi.

"Dia tua dua tahun dari aku lah," Hairi memberi alasan.

"Faktor umur tak penting lah sayang. Janji kau sayang dia, dia sayang kau. Tu dah cukup menjamin kebahagiaan." ujar Ariana.

"Tapi aku sayang kau." Hairi menyakat Ariana kembali.

"Eii kau ni, aku cakap lain kau cakap lain. Maksud aku cinta." ujar Ariana seraya melepaskan tangan Hairi. Hairi hanya tergelak mendengar kata-kata Ariana.


*****************

Cuaca pada petang sabtu agak mendung tetapi tiada pula hujan yang turun. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ariana mengambil keputusan untuk ke Tasik Perdana.

Ariana duduk di atas kerusi yang disediakan sambil menikmati kedinginan angin petang. Fikirannya melayang mengingatkan kisah-kisah silam.

"Seorang je ke?" satu suara mematikan lamunan Ariana. Ariana terus memandang ke arah suara itu. Ariana lantas bangun dan ingin pergi daripada pemilik suara itu. Tetapi pemilik suara itu lebih tangkas. Dia menarik Ariana dan sekaligus membuatkan Ariana dalam dakapannya.

"Lepaskan aku lah!" jerit Ariana. Malangnya kedudukan Ariana pada waktu itu agak tersembunyi dan jauh daripada petugas-petugas.

"Kau jerit lah kuat mana pun. Takkan ada orang dengar punya," lelaki itu terkekeh-kekeh gelak. Ariana mencari jalan untuk melepaskan diri.

"Pleasee lepaskan Ari, Hafiz." Ariana cuba memujuk lelaki itu tetapi rayuan Ariana hanya membuatkan gelakan lelaki itu lebih kuat.

"Kau ingat aku tertipu! Aku takkan tertipu dengan rayuan kau tu. Kau hina aku, kau herdik aku, kau kasar dengan aku sedangkan aku banyak berlembut dengan kau. Kau ingat aku boleh terima? Ariana Adnan, kau fikir waktu tu kau sedang bercakap dengan siapa? Ni Hafiz lah, tak diberi nama Hafiz kalau aku kalah dengan perempuan macam kau!" tengking Hafiz.

Ariana hanya menundukkan kepala dalam dakapan Hafiz yang makin menyesakkan dadanya. Air mata Ariana laju mengalir. Dia mengaku kesilapannya. "Aku tau aku kasar dengan kau. Aku minta maaf. Aku kasar pun semuanya sebab kau! Kau yang hancurkan hati aku. Aku kesal dengan kau!"

"Tapi aku dah mintak maafkan? Kenapa susah sangat kau nak terima?" Hafiz sudahpun melepaskan dakapannya. Hafiz kini melutut di depan Ariana.Lantas Ariana menjauhkan diri daripada Hafiz. Ariana merenung Hafiz dari jauh dan alangkah terkejutnya Ariana melihat air mata Hafiz.

"Memang susah. Hati aku hancur! Hati aku berkecai! Kau takkan tau perasaan aku!" Ariana mula berani berkata. Hafiz hanya tunduk. Hati Ariana mula tersentuh melihat Hafiz yang mengeluarkan air mata. Perlahan-lahan Ariana berjalan ke arah Hafiz. Sampai saja di depan Hafiz, Ariana terkejut apabila Hafiz merangkulnya kuat. Lebih kuat dari tadi.

"Hafiz, lepaskan!" Ariana bersuara agak kuat. Hafiz hanya memeluknya tanpa berkata. Tiba-tiba, tubuh Hafiz melayang ke tanah. Ariana terus berlari menjauhi Hafiz. Matanya terus mencari siapakah yang menolongnya tadi. Matanya tertumpu pada satu tubuh yang memandangnya juga.

"Te..teri..ma ka..sih" ucap Ariana tergagap-gagap. Lelaki itu kemudiannya menghampiri Ariana. Ariana masih menggigil ketakutan.

"Ari jangan risau, Ari selamat," lelaki itu berkata. Ariana yang masih terkejut dengan kejadian tadi cepat-cepat beralih pandangan ke arah Hafiz. Dilihatnya badan Hafiz tidak bermaya. Ariana hanya memandang Hafiz sayu. Ariana tidak berani lagi berhadapan dengan Hafiz.

"Macam ma..na dengan di..a?" Ariana menyoal dengan nada yang masih tergagap-gagap. Kemudian matanya merenung Hafiz yang mengadu kesakitan.

"Dia okey kot" lelaki itu menjawab. Ariana terkejut apabila Hafiz memanggilnya.

"Ariana.." Hafiz bersuara agak perlahan. Kaki Ariana tidak melangkah. Dia hanya terpaku di situ seperti kakinya sudah digam ditanah itu. Hafiz menyambung, "maafkan Hafiz dengan tindakan Hafiz. Hafiz tak tau Hafiz nak buat apa lagi. Hafiz terlampau sayangkan Ariana. Hafiz janji lepas ni, Hafiz takkan kacau Ariana lagi." Hafiz terus melangkah meninggalkan Ariana. Ariana hanya mampu menangis.

"Ari okey?" lelaki itu menyoal Ariana yang sudahpun beransur tenang.

"Okey," jawab Ariana pendek.

"Nak saya hantarkan?"

"Takpe, I can drive."

"Ariana, biar saya hantar awak. Kereta awak ni biar sini dulu." lelaki itu memujuk Ariana. Ariana hanya menurut sahaja. Dia pun tidak yakin yang dia mampu memandu nanti. Dalam perjalanan, mereka hanya senyap membisu.


***********

"Iwan.." Ariana memecah kesunyian.

"Ye, apa?" Iwan memandang Ariana sekilas kemudian menumpukan kembali pada pemanduannya.

"Thanks," ujar Ariana pendek.

"You most welcome." Iwan membalas kata Ariana.

"Kalau Iwan takde tadi, Ari pun tak tau apa yang terjadi pada Ari," Ariana menekup mukanya dengan tangan.

"Dah, jangan sedih. We born to help each other, Ariana." ujar Iwan lembut.

"Thanks again" ucap Ariana perlahan.

Selepas itu, masing-masing melayan perasaan.

No comments:

Post a Comment