Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, October 18, 2009

Nilai Sebuah Hati 8


8


Hairi duduk di sofa. Fikirannya tidak tenang memikirkan hal Ariana. Siapakah lelaki yang menghantar Ariana tadi? Kenapa Ariana tidak kenalkan pada dirinya? Hairi terus berjalan ke arah halaman rumahnya. Hairi duduk di situ menunggu Ariana seperti selalunya.


"Hairi" suara itu menegur.


"Ari.." suaranya mati apabila melihat wajah kusam Ariana. Ariana duduk menghadap Hairi.


"Ari, what's wrong?" Hairi menyoal Ariana dengan nada yang agak risau.


"Ari tak tau Hairi, Ari tak tau!" Ariana meninggikan suaranya. Hairi langsung tidak terasa dengan sikap Ariana kerana dia tahu ada sesuatu yang merungsingkan fikiran gadis itu.


"Relaks Ariana, relaks" Hairi cuba menenangkan Ariana. Hairi cepat-cepat melangkah ke rumah. Ariana hanya melihat langkah Hairi yang meninggalkannya. Kemudian Ariana tunduk. Air matanya sudah kering untuk menangis walaupun hakikatnya hatinya sakit.


"Minum dulu air ni Ari," Hairi menghulurkan segelas air kepada Ariana. Ariana mencapai gelas itu. Hairi kemudian duduk semula menghadap Ariana. Ariana tahu Hairi takkan pernah tinggalkannya. Even everyone left Ariana but Hairi always be there.

***************


Perkara yang berlaku tadi masih di dalam fikirannya. Jelas dia simpati terhadap anak gadis itu. Nasib dia lalu di kawasan itu, jika tidak pasti Ariana sudah..... Grr, apalah yang aku fikirkan ni? Dia mengimbau kembali bagaimanakah dia kenal Ariana.

**********


"Sorry, saya tak perasan tadi," seorang gadis yang melanggarnya memohon maaf. Iwan memandang wajah pelajar itu. Cantik! Sejenak matanya menjamah wajah pelajar yang berada di depannya. Iwan melihat 'nametag' pelajar itu, jelas tercatat nama Ariana. Apabila pelajar itu memetik jari, barulah dia sedar.


"Mata letak mana?" Iwan menjawab kasar. Ariana tersentak menerima bahasa kasar Iwan. Ariana yang memang terkenal di sekolah itu dengan sikap selamba memandang wajah lelaki itu. Iwan yang perasan dengan renungan Ariana menyambung, "Apa pandang-pandang? Aku tau lah aku hensem and kau tu tak lawa."


"Siapa yang pandang aku dulu tadi? Kau hensem? Nak muntah aku. Aku dah mintak maaf elok-elok tu, kau nak kasar pulak." ujar Ariana kasar. Mata mereka bertaut sebentar kemudian Iwan melarikan anak matanya. Mungkin takut dengan pandangan tajam Ariana.


"Kau dah salah, nak banyak cerita pulak kan?" Iwan berkata dengan perasaan angkuh.


"Tapi aku dah mintak maaf kan? Wei, kau nak lancarkan perang dunia ke dengan aku? Baru masuk sekolah perangai dah berlagak bodoh," ujar Ariana berani. Iwan tergamam sebentar dengan kata-kata Ariana. Muka Ariana tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Keadaan mereka diselamatkan oleh Hairi yang kebetulan ternampak mereka.


"Ariana!" Hairi menghampiri Ariana. Ariana melemparkan senyuman. Hairi melihat pula Iwan. Kemudian Hairi menyambung, "Ari dah habis ke?"


"Dah. Ari dah tak kuasa nak layan budak perasan bagus ni. Jom Hairi balik," Ariana memandang Iwan dengan segaris senyuman mengejek. Iwan hanya melihat sahaja Ariana berlalu. Hatinya geram dengan gadis itu. Mahu sahaja dilempang gadis itu tetapi memandangkan dia perempuan, hasratnya dibatalkan.


***************


Hairi merenung bulan bersama dengan Ariana sekali lagi. Entah, perasaan apakah yang sedang ada di dalam hati mereka. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut masing-masing. Mungkin mereka melayan perasaan masing-masing.
"Cinta?Untuk apakah itu kalau semuanya berakhir dengan kekecewaan? Hidup ni bukan macam novel ataupun telemovie yang sentiasa ada 'happy ending'. Hidup ni penuh dengan dugaan, rintangan. Cinta menyakitkan hati. Rasanya Ari dah tak mampu nak tanggung kelukaan di hati ni. Ari benci hidup macam ni!" luah Ariana secara tiba-tiba. Hairi memandang Ariana. Dapat dilihatnya mata Ariana yang penuh dengan kekecewaan.


"Ariana, cinta sejati tak pernah berakhir. They would love each other even one of them die. Cinta memerlukan kekuatan. Ari tahu tak, Allah beri cubaan ni supaya Ari tak salah pilih lelaki untuk dijadikan suami. Allah takkan beri dugaan yang kita tidak mampu Ari," Hairi memegang tangan Ariana memberi kekuatan.


"Ari tahu Hairi. Ari tahu. Tapi masalahnya siapa Hairi, siapa?" Ariana mengeluh perlahan.


"Mungkin Ari tak sedar ada orang lain yang lebih cintakan Ari. Yang sanggup korbankan apa saja untuk Ari. Mungkin Ari tak sedar semua tu sehinggalah Ari kehilangannya satu hari nanti," Hairi melepaskan genggaman tangannya. Ariana hanya membisu.

***************


"Morning Arianaa," ucap Hairi apabila dilihatnya Ariana mengambil tempat di sebelahnya. Dia memandang Ariana yang memakai jeans dengan T-shirt sahaja. Dia memandang Ariana pelik.


"Hari ni saya tak pergi kerja," ujar Ariana mendatar. Tiada perasaan! Sekali lagi Hairi terkejut apabila Ariana membahasakan dirinya saya. Selalunya mereka akan guna aku kau ataupun nama tetapi hari ini nampaknya Ariana menggunakan saya awak.


"Kenapa?" soal Hairi menutup perasaan peliknya. Ariana hanya tersenyum memandang Hairi.


"Papa kata sebulan je saya kerja, lepastu saya boleh fikir nak rehat ataupun nak sambung. Saya jawab lah saya nak rehat. Bila umur saya dah 28 tahun, saya ambil alih syarikat tu. Bermakna saya masih ada 4 tahun lagi untuk rehat. Hebatkan papa?" terang Ariana panjang lebar.


"Alaa, mana adil macamni! Hairi pun nak ikut Ari," ujar Hairi.


"Cakap lah dengan ayah," Ariana memberi cadangan.


"Malam nanti lah. Okeylah Ari, Hairi pergi kerja dulu! Bye, jaga diri tau!" Hairi mengusap kepala Ariana perlahan. Ariana berasa tenang apabila Hairi berbuat begitu.


"Okey, bye! Jangan mengorat setiausaha baru tau!" Ariana mengusik Hairi. Hairi hanya tersenyum mendengar kata-kata Ariana.

No comments:

Post a Comment