Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, December 22, 2009

Antara Dua - 4

Lidya memandang Akmal yang berdiri di sebelahnya. Muka Akmal tiada langsung perasaan bersalah.

"Puas hati kau?" soal Lidya kasar.

"Apa maksud Lid?" soal Akmal.

Lidya tergelak kecil.

"Bodohnya aku sebab percayakan kau! Kau tahu tak, Iqram terlalu baik untuk aku! Dia langsung tak pernah marah aku ataupun buat hati aku berterabur macam kau pernah buat dekat aku," ujar Lidya kasar.

Lidya mula melangkah tapi cepat dihalang oleh Akmal.

"Ke tepi lah," marah Lidya sambil menolak badan Akmal.

"Lidya, saya cintakan awak! Jangan buat saya macamni," rayu Akmal.

"Aku yang buat kau ke kau yang buat aku? Please lah Akmal. Jangan jadi budak kecik," perli Lidya.

Akmal terpukul mendengar perlian Lidya yang agak pedas itu. Lidya terus berlalu tanpa menghiraukan Akmal. Lidya berlari anak sekitar taman untuk mencari Iqram namun kelibat Iqram pun tiada. Kerana penat, Lidya duduk di satu kerusi yang agak panjang di taman tersebut.

"Iqram, mana kau?" jerit Lidya.

Namun tiada balasan. Air mata Lidya mula jatuh membasahi pipinya.

"Iqram, aku cintakan kau," rintih Lidya seorang diri.

Tiba-tiba sebotol air mineral berada di hadapannya. Lidya mendongak memandang siapa yang memberikan air mineral tersebut.

"Minumlah. Kau mesti penat kan berlari sana sini," ujar Iqram.

Lidya menyambut botol itu lalu meneguknya sehingga setengah. Jelas menunjukkan dia kehausan. Lidya menarik tangan Iqram yang mula melangkah. Iqram berpusing memandang Lidya.

"Dah lah. Jangan lari lagi dari aku. Penat aku kejar kau," ujar Lidya.

Iqram tergelak kecil.

"Iqram, aku cintakan kau," luah Lidya perlahan.

Iqram memandang Lidya.

"Betul?" soal Iqram.

"Betul. Sepenuh hati aku," luah Lidya lagi.

"Aku pun cintakan kau juga," balas Iqram.

Jari jemari Lidya digenggamnya erat. Antara dua, Iqram pilihan hati Lidya. Dan cinta itu akan dibawa sehingga ke akhir hayatnya. Cinta pertama dan terakhir bagi Iqram.

4 comments:

  1. mcm plek skit. tetibe je dia ska iqram. bkn bru dua bulan je ke?
    anyway, nice story :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinta tu kan boleh datang dalam sesaat je. Kan?

      Delete
  2. yup...cinta boleh hadir di saat yag kita tak duga
    dtgnya cinta tanpa kita sedar
    walaupun sesaat cuma

    ReplyDelete