Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, December 24, 2009

Cinta Budak Skema - 1


Nama aku Farah Nor Asyikin Bte. Haqeem. Panggil sahaja Farah. Umurku baru sahaja enam belas. Dan aku masih di tingkatan empat di sekolah harian biasa. Oh ye, PMR aku 8A. Dan Alhamdulillah, aku sekarang berada dalam aliran Sains. Cita-citaku untuk menjadi seorang doktor. Tetapi aku jenis yang pemalu. Terlampau pemalu jadi bagaimana aku harus berkomunikasi dengan pesakitku?

*******

"Good morning mama," sapa Farah mesra.

Datin Habibah yang sedang sarapan memandang ke arah Farah.

"Good morning sayang! Sarapan?" ajak Datin Habibah.

Farah meletakkan beg sekolahnya di atas sofa lalu berlari anak ke arah meja makan. Dia mengambil tempat di sebelah Datin Habibah dan hadapan Dato' Haqeem.

"Farah, hari ni papa tak dapat hantar Farah tau. Farah pergi dengan Pak Ajis ye?" ujar Dato' Haqeem.

"Baik pa," jawab Farah ringkas.

Farah mencapai susu lalu diletakkan ke dalam mangkuk. Dan kemudian dia membubuh cornflakes ke dalam mangkuknya. Setelah itu, disuapkan ke mulutnya.

"Mama, hari ni Farah balik pukul empat tau. Ada kelas tambahan sikit," ujar Farah.

"Betul ni kelas tambahan bukan buat benda lain?" soal Datin Habibah.

"Betul lah mama. Habis mama ingat Farah nak buat apa?" soal Farah.

"Mana lah tahu anak mama ni dating ke," usik Datin Habibah.

"Mama ni. Siapalah nak dekat Farah ni. Dahlah tak lawa," Farah merendah diri.

"Siapa cakap? Anak papa ni lah paling lawa dalam dunia!" Dato' Haqeem menyampuk.

Farah ketawa perlahan. Kemudian dia bangun dan bersalaman dengan Datin Habibah dan Dato' Haqeem. Dan selepas itu, dia menyandang beg sekolahnya kembali.

"Mama papa, Farah pergi dulu," ujar Farah seeraya masuk ke dalam kereta Mercedez Benz.

******

Nama aku Muhamad Haiqal Daniel Bin Aminudin. Panggil sahaja Haiqal. Umurku sama dengan Farah dan aku juga satu kelas dengan Farah,jadi faham-faham lah PMR aku berapa. Cita-cita aku untuk menjadi seorang arkitek berjaya. Eh, aku pandai melukis tau. Musuh aku? Siapa lagi kalau bukan Farah. Bagi aku, Farah seorang gadis yang terlalu pemalu dan skema. Dengan cermin mata besar ditambah pula rambut yang ditocang dua. Bukankah namanya skema itu? Nak cakap pun aku geli. Dan aku sekarang couple dengan Syira. Seorang gadis yang cantik. Ahh, boleh cair semua lelaki termasuk aku!

***********

"Kau jalan tak pandang depan ke?" jerkah Haiqal kasar.

Farah memandang lantai. Takut dia mahu berhadapan dengan Haiqal. Lelaki pujaan hatinya itu.

"Maafkan saya," ujar Farah perlahan. Antara dengar atau tidak sahaja.

"Kau cakap dengan siapa ha? Aku depan kau bukan dekat belakang kau," marah Haiqal lagi.

Perlahan-lahan Farah mengangkat mukanya memandang Haiqal.

"Ulang sekali lagi budak skema!" sengaja Haiqal mahu membulinya.

"Maafkan saya," ujar Farah sekali lagi.

Haiqal tersenyum puas hati.

"Lain kali nak jalan tu pandang depan bukan pandang lantai je. Entah apa ada dekat lantai tu aku pun tak tahu," nasihat Haiqal kasar.

Farah hanya mengangguk dan kemudian berlalu meninggalkan Haiqal. Haiqal hanya melihat sahaja langkah Farah menjauhi dirinya. Kasihan pula melihat Farah begitu tetapi entah kenapa dia memang benci dengan Farah. Hmm, dia sendiri tak tahu.

4 comments:

  1. bestla novel ni..saya suka..nanti pelan2 saya habiskan novel cinta buda skema ni..

    http://sihatmacamyaya.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tu lah. Tunggu lah dia transform nanti

      Delete