Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, December 24, 2009

Cinta Budak Skema -2

"Ekin, kau dah siap homework?" soal Haiqal.

"Dah lah. Kau belum siap lah tu kan," perli Ekin.

Haiqal tersengih menampakkan barisan giginya yang putih bersinar.

"Pinjam boleh?" pinta Haiqal.

"Kau minta lah dekat Syira tersayang kau tu," ujar Ekin.

"Kau ni, Syira kan kelas lain. Mana lah dia tahu," Haiqal memberi alasan.

"Dah susah baru cari aku kan," Ekin membebel.

"Please!" rayu Haiqal.

"Apa yang aku dapat?" soal Ekin.

"Kau nak apa?" soalan dibalas soalan.

"Kau sanggup belanja aku makan rehat nanti?" soal Ekin.

"Okay!" jawab Haiqal.

"Nasi goreng dengan milo ais tau!" ujar Ekin.

"Iye, cepatlah," ujar Haiqal.

Ekin memberikan buku latihannya kepada Haiqal.

"Thanks! Sayang kau!" ujar Haiqal.

Haiqal kemudian menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjanya. Ekin hanya menggelengkan kepala. Oh ye, Ekin merupakan kawan Haiqal sejak Haiqal kecil lagi dan memerangkap jiran Haiqal. Ekin juga berkawan baik dengan Farah walaupun dia duduk di sebelah Haiqal di dalam kelas.


******
"Farah!" panggil Ekin.

Farah yang sedang membaca buku mendongak memandang Ekin yang mengambil tempat di sebelahnya.

"Ekin, ni kan perpustakaan. Nanti kena marah baru tahu," ujar Farah.

Ekin tergelak kecil.

"Kau tak nak makan ke?" soal Ekin.

"Tak nak lah. Aku kenyang lagi. Kau nak makan, turunlah dulu," ujar Farah.

"Ala, jomlah! Haiqal belanja ni. Rugi lah kalau kau tak ikut," pujuk Ekin.

"Aku kenyang makan cornflakes tadi. Kau makan je lah dulu," ujar Farah.

"Kau tak kesiankan aku ke makan sorang-sorang?" soal Ekin.

Farah memandang wajah Ekin. Simpati pula dia melihat wajah Ekin begitu.

"Okay lah," ujar Farah.

"Yeaa!!!" Ekin menjerit keriangan.

Farah memandang sekeliling. Semua mata memandang mereka berdua. Farah cepat-cepat menarik Ekin keluar dari perpustaan sejurus meletakkan buku ke tempatnya.

"Kenapa ni?" soal Ekin.

"Semua orang pandang kita. Malu lah," jawab Farah.

"Takpe. Kita kan famous," ujar Ekin selamba.

Farah hanya mendiamkan diri. Dua minit berjalan, mereka sudahpun sampai di kantin. Kelihatan Haiqal dan teman wanitanya, Syira sedang makan. Tanpa membuang masa, Ekin terus melangkah ke arah mereka. Farah hanya mengikut Ekin dari belakang.

"Haiqal!" sergah Ekin.

Haiqal dan Syira mendongak ke atas.

"Ada apa Ekin? Sibuk je," ujar Haiqal.

"Kau lupa janji ye?" soal Ekin.

"Ingat. Nah," jawab Haiqal.

Haiqal menghulurkan not RM 5 kepada Ekin. Cepat sahaja Ekin mencapainya. Kemudian mata Haiqal menangkap kelibat Farah di belakang Ekin.

"Budak skema tu buat apa dekat sini?" soal Haiqal.

"Buat apa lagi. Rehat dengan aku lah. Kenapa?" soal Ekin pula.

"Kau kawan baik dia ke?" soal Haiqal.

"Iyelah," jawab Ekin.

"Kau jangan rapat sangat dengan dia. Dia tu psycho! Nanti tak pasal-pasal kau pulak yang kena," ujar Haiqal.

"Ehh kau ni! Dia okay lah. Dah lah, aku dah lapar ni. Bye sayang!" usik Ekin.

"Ada-ada je lah kau ni," ujar Haiqal.

Ekin hanya tergelak seraya berlalu pergi. Dapat dilihatnya wajah Syira yang masam mencuka. Padan muka Syira! Sememangnya dia amat membenci Syira. Baginya Syira itu gedik. Terlampau gedik. Semua lelaki dia hendak cuba. Mentang-mentanglah Haiqal tu ada rupa dan kemudian ada duit, tu lah dia menggedik nak.

Ekin dan Farah duduk di sebuah meja di bawah pokok yang agak redang setelah Ekin membeli dua keping sandwiches dan juga dua kotak air milo.

"Farah, makanlah," ajak Ekin.

"Kenyang," ujar Farah.

"Laa, penat je aku beli dua semua," Ekin agak jauh hati.

"Okay okay! Aku makan," ujar Farah cepat-cepat.

Ekin tersenyum puas hati. Mereka menikmati makanan mereka.

"Farah, kau minat Haiqal ye?" soal Ekin tiba-tiba.

Farah terkejut dengan soalan Ekin.

"Farah.." panggil Ekin.

Farah seperti baru tersedar dari lamunanya. Cepat-cepat dia tersenyum.

"Kau suka dia kan?" soal Ekin sekali lagi.

"Kalau aku suka dia pun, dia bukan suka aku," jawab Farah.

"Siapa cakap? Kalau kau tak cuba, kau tak tahu. Kau nak aku cakap dekat Haiqal?" soal Ekin.

"Dia dah ada Syira lah Ekin. Cinta budak skema macam aku, siapalah yang nak kan?" ujar Farah merendah diri.

"Syira? Kau tahu tak Farah, Syira tu hanya nak mempermainkan perasaan Haiqal. Kau cuba tengok nanti. Aku akan buktikan pada Haiqal bahawa Syira hanya nakkan harta Haiqal dan juga populariti," ujar Ekin.

"Tak baik lah Ekin," Farah membangkang.

"Tak baik lagi dia buat kau macamni," ujar Ekin.

"Dia tak buat apa-apa dekat aku," ujar Farah perlahan.

"Kau ingat aku buta ke? Selama ni aku perhatikan je korang. Dia marah-marah kau macam kau tak ada perasaan, kau tahu tak? Walaupun aku dah lama kenal dengan Haiqal tu, tak bermakna aku akan berdiam diri je apabila dia buat kau macamtu," ujar Ekin geram.

"Apa maksud kau?" soal Farah.

"Wait and see," ujar Ekin penuh rahsia.

Farah hanya memandang Ekin dengan perasaan yang dia sendiri susah untuk menafsirkan. Mata Ekin seperti
menunjukkan sesuatu. Tetapi apa dia? Ahh, akhirnya Farah hanya mampu menunggu dan melihat.

No comments:

Post a Comment