Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, December 25, 2009

Cinta Budak Skema - 3

Bunyi loceng tanda waktu sekolah sudah habis membuatkan semua mata segar. Tanpa membuang masa, mereka mengemas buku-buku lalu dimasukkan ke dalam beg. Orang pertama yang keluar daripada kelas ialah Haiqal dan orang terakhir Farah dan Ekin.

"Jom lah balik," ajak Farah.

"Sekejap lah. Biar semua orang pergi dulu," ujar Ekin.

"Nak buat apa?" soal Farah musykil.

Ekin hanya tersenyum sebagai jawapan kepada soalan Farah tadi. Farah menggaru kepalanya. Dua minit menanti, semua orang sudah beredar dari kelas.

"Dah tak ada orang ni," ujar Farah.

Ekin bergerak ke tempat sebelahnya. Diselongkar laci meja Haiqal. Farah hanya memerhatikan sahaja tindakan Ekin itu.

"Cari apa?" soal Farah.

Ekin tidak menjawab soalan Farah. Diselongkarnya lagi meja Haiqal. Setelah dua minit menyelongkar, Ekin akhirnya bersandar di kerusi.

"Tak ada," rungut Ekin.

"Apa benda yang tak ada?" soal Farah pelik.

"Aku cari kalau-kalau ada surat daripada mana-mana perempuan. Tapi tak ada," jawab Ekin.

"La.. Nak buat apa?" soal Farah lagi.

Ekin tidak menjawab. Kemudian dia bangkit sambil menyandang beg sekolahnya.

"Jom kita pergi kelas Syira," ajak Ekin.

"Nak buat apa pula?" soal Farah.

"Kau ikut je lah," jawab Ekin.

Farah mengikut langkah Ekin ke kelas 4D iaitu kelas Syira. Sampai sahaja di muka pintu, Ekin memberhentikan langkahnya.

"Kau tunggu dekat luar. Kalau-kalau ada cikgu datang, kau bagitahu aku," arah Ekin.

Farah akur. Dia berdiri di muka pintu dan Ekin pula masuk ke dalam. Lima minit menanti, akhirnya Ekin keluar dengan senyuman terukir di bibir. Ekin mengajak Farah pulang.

"Kenapa gembira?"soal Farah.

"Aku dah jumpa bahan bukti!" jerit Ekin gembira.

"Bahan bukti?" soal Farah.

"Iyelah. Bukti bahawa si Syira curang dengan Haiqal!" jawab Ekin.

"Kau biar betul?" soal Farah.

"Betul. Kau tak percaya, cuba baca surat ni. Ni mungkin Syira tertinggal," ujar Ekin.

Kertas bertukar tangan. Farah membaca surat tersebut sambil berjalan. Surat tersebut berbunyi.

Syira, awak selalu cakap saya bernilai untuk awak. Dan awak juga cakap saya terlalu baik untuk awak. Tetapi apa yang saya nak katakan, awak dan saya memang ditakdirkan bersama.
Farah terkejut. Lantas dia memandang Ekin di hadapannya yang tersenyum.

"Takkanlah Syira macamtu?" soal Farah.

"Tu lah kau. Semua orang kau ingat baik. Kau takkan tak tahu si Syira tu playgirl tahap buaya," jawab Ekin.

"Bukan buaya tu lelaki ke? Buaya darat?" soal Farah lurus.

"Ni buaya betina!" jawab Ekin.

Farah hanya diam membisu. Ekin pula sibuk merancang untuk mengenakan si Syira itu kembali kerana telah mempermainkan Haiqal.

********

"Kau merepek apa?" soal Haiqal.

Ekin bangun lalu mengikut Haiqal ke laman rumahnya.
"Aku tak merepek," jawab Ekin.

"Kau ingat aku suka ke budak skema macamtu?" soal Haiqal lagi.

Ekin mengetuk kepala Haiqal.

"Nama dia Farah lah," marah Ekin.

Haiqal mengusap kepalanya yang diketuk Ekin tadi.

"Kenapa kau backing sangat dia?" soal Haiqal.

"Dia kawan aku!" jawab Ekin.

"Habis aku?" soal Haiqal.

"Kau pun kawan aku," jawab Ekin.

"Kalau kau kawan aku, kenapa kau nak aku tinggalkan Syira demi Farah?" soal Haiqal.

"Sebab Farah terbaik untuk kau!" jawab Ekin.

Haiqal membulatkan matanya kepada Ekin.

"Terbaik kau kata?" soal Haiqal kuat.

Ekin memegang bahu Haiqal. Haiqal memandang tepat ke arah Ekin.

"Sebab kau kawan aku lah, aku tak nak kau dikecewakan. Aku takut Syira akan kecewakan kau. Dan aku jamin Farah takkan mengecewakan kau," ujar Ekin lembut.

Haiqal tersenyum. Dijatuhkan tangan Ekin. Kemudian dia pula yang memegang bahu Ekin.

"Ekin, aku akan bahagia dengan Syira. Kau jangan risau pasal aku okay?" ujar Haiqal.

Ekin terdiam. Haiqal pula berjalan memasuki rumahnya kembali.

No comments:

Post a Comment