Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, December 27, 2009

Cinta Budak Skema - 4

Sedang pelajar di kelas 4A sedang tekun mendengar guru menerangkan di depan kelas, seorang pelajar lelaki yang berpakaian kemas masuk ke kelas tersebut. Semua mata memandang pelajar tersebut.

"Assalamualaikum," sapa pelajar tersebut.

"Waalaikumusalam," jawab pelajar-pelajar yang lain terutama perempuan.

"Boleh kenalkan diri?" soal cikgu Halimah, guru Biologi mereka.

Pelajar tersebut menganggukkan kepalanya dan kemudian memandang ke arah pelajar-pelajar yang lain.

"Nama saya Muhamad Adam Haziq bin Razif. Panggil sahaja Adam," ujar Adam.

"Dari mana?" soal salah seorang pelajar perempuan dari kelas itu.

"New York," jawab Adam.

Semua orang terperanjat dengan kenyataan Adam itu.

"Berapa lama duduk New York?" soal Cikgu Halimah.

"Tiga tahun," jawab Adam.

"Kenapa pergi New York?" soal Ekin pula.

"Sebab ayah ditukarkan kerja dekat situ. Nak tak nak terpaksa pindah New York," jawab Adam.

"Habis kenapa pindah sini balik?" soal Ekin lagi.

"Sebab saya tak serasi dekat situ. Saya rindu dengan masakan Malaysia. Ingat New York tu best sangat ke?" jawab Adam.

Yang lain hanya mengangguk. Farah hanya memerhatikan sahaja. Kemudian cikgu Halimah mengarahkan Adam duduk. Lalu Adam memilih tempat di sebelah Farah. Farah agak terkejut apabila Adam duduk di sebelahnya. Dipandangnya ke arah Ekin. Ekin mengeyitkan matanya ke arah Farah.

"Cikgu, teruskan lah pelajaran," ujar Adam.

Cikgu Halimah meneruskan sesi pembelajaran. Yang lain memandang cikgu tetapi ada juga sesekali mereka menoleh ke belakang memandang Adam. Tidak percaya Adam memilih tempat di sebelah Farah, gadis skema!

Usai sahaja sesi pembelajaran bagi subjek Biologi, Adam menoleh memandang ke arah Farah. Farah yang sedang mengemas buku tidak selesa dipandang begitu.

"Kenapa?" soal Farah.

"Tak ada apa-apa. Kita dah duduk sebelah-sebelah tapi saya masih belum tahu nama awak," ujar Adam.

Farah tergelak kecil.

"Saya Adam," ujar Adam sambil menghulurkan tangan.

"Saya tahu tu. Saya pula Farah," ujar Farah sambil menyambut huluran tangan Adam.

Kemudian Adam melepaskan tangan Farah.

"Adam harap kita boleh jadi kawan baik lepas ni," ujar Adam.

Farah agak terkejut mendengar kata-kata Adam. Tidak pernah seumur hidup orang bercakap begitu kepadanya kecuali Ekin.

"Dekat sini rehat pukul berapa?" soal Adam.

"Pukul 10.20 pagi," jawab Farah.

"Hingga?" soal Adam.

"10.40," jawab Farah.

"Rehat dengan saya ye nanti. Saya tak tahu sangat selok belok sekolah ni. Takut sesat pulak," ujar Adam.

"Okay,"Farah memberi persetujuan.

Adam tersenyum. Tanpa mereka sedari, ramai mata memandang mereka. Dan Haiqal juga tidak terkecuali.


******
"Ekin, kita rehat dengan Adam sekali ye," ujar Farah.

"Sorry lah Farah. Aku ada hal ni. Kau pergi lah dengan Adam," ujar Ekin.

"Ala Ekin. Takkan kau nak biarkan aku dengan Adam je," Farah cuba memujuk Ekin.

Tiba-tiba suara Adam pula bergema.

"Adam tak makan orang lah," ujar Adam.

Farah memandang Adam. Ekin mengeyitkan mata ke arah Adam tanpa Farah sedari.
"Bukan tu maksud saya," ujar Farah.

"Takpe lah kalau Farah tak sudi, Adam boleh pergi sendiri," ujar Adam seakan merajuk.

"Ehh tak lah! Okay okay, saya teman," ujar Farah.

Adam tersenyum. Farah pula melangkah mendahului Adam dan Ekin. Adam mengenyitkan matanya ke arah Ekin kembali. Ekin tesenyum kecil. Isyarat yang hanya mereka berdua yang mengerti.

Adam berjalan mendekati Farah. Farah hanya berjalan sahaja.

"Selalunya Farah beli apa waktu rehat?" soal Adam.

"Sandwiches dengan air milo," jawab Farah.

"Boleh tak hari ni Farah tukar selera Farah ke selera kampung. Adam teringin nak makan makanan Malaysia lah. Tiga tahun tak makan ni," pinta Adam.

"Iyelah," jawab Farah.

Farah dan Adam beratur untuk membeli makanan. Masing-masing mengambil sebungkus nasi lemak dan juga sekotak air milo. Adam membayarkan juga makanan Farah. Katanya, sebagai tanda perkenalan mereka. Dan kemudian mereka duduk di meja yang agak rengang daripada pelajar-pelajar lain.

"Sedap nasi lemak! Dah lama tak makan," ujar Adam seraya menyuap suapan ketiganya.

Farah tersenyum.

"Awak takkan tak pernah makan nasi lemak sepanjang dekat New York tu?" soal Farah.

"New York mana jual nasi lemak. Kalau ada pun mesti tak sedap. Ye lah, tangan melayu dengan tangan mat salih lain kan?" jawab Adam.

"Awak tinggal dengan siapa dekat Malaysia ni?" soal Farah.

"Dengan saudara," jawab Adam pendek.

Farah hanya menganggukkan kepalanya. Adam tersenyum. Selepas mereka habis makan, Adam dan Farah kembali ke kelas.

"Lepasni subjek apa?" soal Adam.

"Kimia," jawab Farah.

"Okay," ujar Adam.

********

Adam dan Farah berjalan di susur gajah yang memisahkan antara sekolah dengan luar sekolah. Mereka harus berjalan di situ sepanjang satu padang sekolah. Ekin hilang entah ke mana. Sebaik sahaja loceng berbunyi, Ekin terus pergi tanpa menunggu Farah. Terpaksalah Farah berjalan dengan Adam berdua-duaan.

"Farah balik naik apa?" soal Adam.

"Kereta lah," jawab Farah.

"Siapa jemput?" soal Adam.

"Pak Ajis," jawab Farah.

"Driver yea?"soal Adam lagi.

"Tapi saya dah anggap dia macam pak cik saya sendiri," ujar Farah.

"Bagusnya Farah. Jarang ada anak orang kaya macam Farah. Apa orang panggil, low profile," puji Adam.

"Awak pun apa kurangnya," ujar Farah tersipu-sipu.

Merah pipi Farah menerima pujian Adam. Adam tergelak melihat wajah Farah. Lama dia menatap wajah Farah.

"Farah ni comel lah," puji Adam lagi.

Farah terkejut mendengar pujian Adam. Buat pertama kali lelaki berkata dia comel. Ahh, betapa indahnya dunia! Tetapi lebih bagus kalau orang itu Haiqal.

"Awak ni ada-ada je lah," ujar Farah malu.

"Betul, Adam tak tipu," ujar Adam.

Farah senyap. Matanya meliar mencari kereta Mercedez Benz ataupun kereta Lexus yang dipandu Pak Ajis dan akhirnya dia jumpa. Selang tiga kereta dari dia.

"Awak, saya balik dulu ye," ujar Farah meminta diri.

"Okay bye!" balas Adam.

Farah memasuki kereta Mercedez Benz. Sewaktu keretanya melintas di hadapan Adam, dia lihat Adam sedang melambai ke arahnya.

No comments:

Post a Comment