Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, December 28, 2009

Cinta Budak Skema - 5

"Mama! Farah dah balik," ujar Farah kuat.

Datin Habibah mendapatkan Farah yang baru sahaja turun ke bawah.

"Farah dah makan?" soal Datin Habibah.

"Dah. Dekat sekolah tadi Farah dah makan nasi lemak. Kenyang," jawab Farah.

"Ehh sejak bila pandai makan nasi lemak ni?" soal Datin Habibah.

"Sejak hari ni," jawab Farah.

"Iye ke?" soal Datin Habibah lagi.

"Tadi ada orang belanja lah," ujar Farah.

"Siapa?" soal Datin Habibah.

Kening diangkat. Farah tergelak melihat reaksi Datin Habibah.

"Pakwe ye?" soal Datin Habibah lagi.

"Mana lah Farah ada pakwe. Takde, tadi ada budak baru datang dari New York. Nama dia Adam. Dia duduk sebelah Farah memandangkan orang sebelah Farah baru pindah. Adam minta Farah teman dia rehat. Dia cakap takut dia sesat. Ye lah, orang baru balik dari New York kan," ujar Farah panjang lebar.

Datin Habibah hanya tersenyum mendengar jawapan Farah. Kemudian diusapnya kepala Farah.

"Mama tak kisah Farah nak kawan dengan siapa pun. Janji Farah tahu bezakan dan janji Farah tahu batas-batasnya," ujar Datin Habibah.

Farah tersenyum.

"Farah faham ma. Farah janji Farah takkan buat perkara yang memalukan mama," janji Farah.

Datin Habibah hanya tersenyum mendengar janji Farah. Dia yakin Farah takkan memalukannya.




*****


"Farah!" sergah Adam.

Farah yang sedang membaca buku hampir sahaja membaling bukunya. Nasib dia tidak mudah melatah.

"Adam ni. Buat Farah terkejut je," ujar Farah.

Adam tergelak kecil.

"Ulang sekali lagi ayat Farah," ujar Adam nakal.

"Yang mana?" soal Farah.

"Yang tadi tu lah!"

"Adam ni. Buat Farah terkejut je."

"Haa, kan sedap kalau guna panggilan nama!"

Farah tergelak. Ada ke patut?

"Farah, esok free tak?" soal Adam.

"Esok? Lepas balik sekolah tu free lah,"ujar Farah.

"Okay,"ujar Adam.

"Kenapa?" soal Farah.

"Boleh ajarkan Adam topik-topik yang Adam tertinggal?" soal Adam.

Farah berfikir sejenak.

"Boleh tak?" soal Adam sekali lagi sambil memegang bahu Farah.

"Boleh boleh," jawab Farah.

""Bagi alamat Farah," pinta Adam.

"Nak buat apa?" soal Farah.

"Laa.. Tadi kata sudi ajar Adam," jawab Adam.

"Oh. Kertas ada?" soal Farah.

Adam menjatuhkan tangannya dari bahu Farah dan menghulurkan buku nota kepada Farah. Farah menyambutnya dan terus sahaja menulis alamat rumahnya. Tanpa mereka sedari, Haiqal sedang memerhatikan adengan mesra mereka. Dan Ekin pula memandang Haiqal.

"Nah," ujar Farah.

Adam menyambut kertas di tangan Farah. Dimasukkan ke dalam beg sandangnya kembali. Kemudian mereka berbalas senyuman. Guru yang mengajar mereka Agama tidak hadir pada hari ini dan kerana itulah mereka dapat berbual panjang. Ekin menyiku Haiqal yang masih memandang Farah.

"Kenapa?" soal Haiqal.

"Kau pandang siapa?" soalan dibalas soalan.

"Pandang apa? Mana ada aku pandang sesiapa. Kau ni suka buat cerita kan?" ujar Haiqal.

"Kau jangan tipu aku boleh? Dah enam belas tahun kita kenal, aku dah tahu siapa kau Haiqal," ujar Ekin.

Haiqal diam.

"Kau pandang Farah ye?" soal Ekin.

"Farah? Mana ada. Kau ni merepek je. Pada aku masuk sekolah hinggalah sekarang. Asyik merepek je," ujar Haiqal.

"Haiqal, i can see through your eye. Kau dengan Syira macammana?" soal Ekin.

"Macammana apa. Macamtu lah. But sekarang dia asyik busy," ujar Haiqal separuh merungut.

"Haiqal, sampai bila kau diperbodohkan dengan Syira? Syira bukannya sayang kau. Her love just a poison,"ujar Ekin.

"Ekin, berapa kali aku nak cakap. Aku akan percaya kalau kau ada bukti," ujar Haiqal.

"Bukti? Kau nak bukti?" soal Ekin.

Haiqal mengangguk.

"Baik, aku akan cari bukti tu," ujar Ekin.

"Silakan," ujar Haiqal.

Ekin tersenyum. Dia yakin dia dapat mencari bukti itu. Lagi-lagi dengan pertolongan seseorang. Dan Haiqal juga tersenyum. Dia tersenyum melihat kesungguhan Ekin. Entah kenapa dia sendiri tidak tahu mengapa Ekin terlalu benci kepada Syira.


****


Loceng dibunyi sebanyak dua kali lalu pintu pagar terbuka dengan sendiri. Pak Ajis menyuruh Adam masuk. Adam menyalam Pak Ajis.

"Nak jumpa siapa?" soal Pak Ajis.

"Farah. Pak Ajis kan?" ujar Adam.

"Iye, macammana kenal?" soal Pak Ajis.

"Farah ada cakap," jawab Adam.

Pak Ajis tersenyum. Dan kemudian muncul pula Datin Habibah di muka pintu.

"Siapa yang datang, Pak Ajis?" soal Datin Habibah.

"Kawan Farah, Datin," jawab Pak Ajis.

Adam berjalan mendapatkan Datin Habibah. Dihulurkan tangannya untuk bersalam lalu dicium tangan Datin Habibah.

"Datin, saya Adam. Kawan sekelas Farah," Adam memperkenalkan diri.

"Oh, jemput lah masuk," ujar Datin Habibah.

Adam menurut. Dia duduk di sofa yang sememangnya empuk. Datin Habibah kemudiannya menyuruh bibik membuat air. Kemudian dia duduk di hadapan Adam.

"Dah lama kenal Farah?" soal Datin Habibah.

"Lama tak lama. Baru pun tak baru. Dah sebulan lebih kenal Farah," jawab Adam.

"Adam ni yang datang dari New York tu?" soal Datin Habibah.

Adam tersenyum.

"Iye, datin. Farah ada bagitahu ye?" soal Adam.

"Ha'ah. Adam, jangan panggil Datin boleh tak? Panggil aunty je," ujar Datin Habibah.

"Okay aunty," ujar Adam.

Kemudian bibik datang membawa minuman dan sedikit hidangan.

"Bik, panggil Farah dekat atas," ujar Datin Habibah.

"Baik datin," jawab bibik.

Bibik berlalu ke atas untuk memanggil Farah.

"Adam, aunty sebenarnya risau kan Farah. Dia tak suka sangat bergaul dengan orang ramai. Yang aunty kenal kawan dia hanyalah Ekin. Dan sekarang Adam pula. Aunty harap Adam jaga Farah elok-elok ye?" ujar Datin Habibah.

"Aunty jangan risau. Adam akan jaga Farah," ujar Adam.

Datin Habibah tersenyum. Adam turut tersenyum. Kemudian Farah turun ke bawah.

"Haa Farah. Dah turun pun," ujar Datin Habibah.

Farah tersenyum. Adam terpaku melihat Farah. Begitu cantik jika dia tidak mengikat rambutnya tocang seperti selalu.

"Korang belajar lah dulu. Mama nak naik sekejap," ujar Datin Habibah seraya berlalu ke atas.

Kini hanya tinggal Adam dan Farah.

"Adam, nak belajar subjek apa?" soal Farah.

"Biologi lah dulu. Subjek tu paling susah," jawab Adam.

Farah kemudian mengajar Adam seperti yang dipinta. Setelah satu jam belajar, mereka berhenti.
"Rehat lah dulu. Esok sambung lagi. Dah nak meletup kepala otak Adam ni," ujar Adam.

Farah hanya tersenyum.

"Jom ke laman nak? Dah pukul 5.30 ni," ajak Adam.

Mereka ke laman rumah Farah. Duduk di atas kerusi yang disediakan.

"Cuba esok Farah ikat rambut satu je. Tak payah tocang dua macam selalu," pinta Adam.

"Ikat satu?" soal Farah.

"Iye," ujar Adam.

"Tengoklah," ujar Farah.

" Tak ada tengok-tengok. Harus! Kalau tidak Farah tak sayang Adam," ugut Adam.

"Okay lah," ujar Farah.

Adam tersenyum. Begitu juga dengan Farah. Datin Habibah turut tersenyum melihat kemesraan mereka.


No comments:

Post a Comment