Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, December 29, 2009

Cinta Budak Skema 6

Ekin mengekori langkah Syira. Dari tadi dia lihat Syira asyik memandang ke kiri dan kanan. Mungkin untuk memastikan tiada orang mengekorinya. Tapi malang, belakang dia tidak tengok. Ekin tergelak di dalam hati. Lagak Ekin bagai seorang pengintip profesional dan Syira pula pesalahnya.

Lima minit mengekori, Syira duduk di atas kerusi panjang yang terdapat di taman itu. Ekin mengambil tempat selang tiga kerusi di hadapan Syira. Cap yang dipakai diturunkan untuk menutup mukanya supaya Syira tidak mengenalinya. Kemudian telefon bimbit dikeluarkan.

Dua minit menanti, akhirnya muncul juga kelibat seorang lelaki. Syira seperti merajuk kerana kelewatan lelaki tersebut. Ekin maju ke hadapan lalu duduk di kerusi kedua berhadapan dengan Syira. Disnapkan beberapa gambar Syira yang gedik itu. Lima keping kesemuanya. Kemudian dia tersenyum.

Ekin bangun. Dilihatnya Syira dan lelaki itu sekali lagi. Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan Syira yang tidak tahu gambarnya sudah diambil untuk dijadikan bahan bukti ke atas kecurangannya.


*******
Ekin menghulurkan satu sampul surat kepada Adam. Adam membuka sampul surat tersebut lalu melihat isinya. Kemudian dia tersenyum.

"Mana kau cari bukti ni?" soal Adam.

"Aku intip dia lah. Kau rasa bukti ni dah cukup ke?" soal Ekin pula.

"Cukup lah. Mantap-mantap gambar yang kau ambil," puji Adam.

Ekin tergelak menerima pujian daripada Adam.

"Aku pergi rumah Haiqal sekejap. Kau tak pergi rumah Farah ke hari ni?" soal Ekin.

"Kejap lagi," ujar Adam.

Ekin tersenyum. Dikenyitkan matanya ke arah Adam. Adam membaling bantal kecil ke arah Ekin tetapi Ekin sempat mengelak. Tanpa membuang masa, Ekin terus berlari ke rumah Haiqal.

Loceng ditekan sebanyak dua kali. Kemudian bibik datang membuka pintu untuk Ekin.

"Bik, Haiqal mana?" soal Ekin.

"Dekat atas. Bibik panggilkan ye?" ujar bibik.

"Tak payah lah bik. Biar Ekin pergi dekat dia je lah. Lagipun Ekin sekejap je ni," ujar Ekin seraya melangkah ke atas. Dicarinya Haiqal. Rupa-rupanya Haiqal berada di bilik rehat yang diletakkan playstation 2, X-box, dan komputer untuk Haiqal dan adiknya.

"Haiqal!" sergah Ekin.

Haiqal yang sedang leka membaca komik terperanjat. Ekin tergelak melihat reaksi Haiqal. Adik Haiqal, Hariz yang sedang bermain X-box juga tergelak.

"Kau ni kan Ekin. Buat aku terperanjat je," marah Haiqal.

"Siapa suruh leka sangat. Betul tak Hariz?" Ekin meminta pendapat Hariz yang berumur 14 tahun itu.

"Betul tu. Biar padan muka abang," ujar Hariz.

"Mana Hasif?" soal Ekin.

"Dekat tandas," jawab Hariz.

Hasif pula berumur 10 tahun.

"Kakak, main dengan Hariz lah," pinta Hariz.

"Game apa?" soal Ekin.

"Wrestling," jawab Hariz.

"Kakak mana lah reti main game wrestling ni," ujar Ekin.

"Sekejap je. Please kak!" rayu Hariz.

Akhirnya Ekin terpedaya dengan rayuan Hariz. Lalu dimainnya permainan itu. Tiga minit bermain, datang pula Hasif.

"Main tak tunggu Hasif!" marah Hasif.

"Dah Hasif lambat sangat," jawab Hariz.

"Hasif nak main!" ujar Hasif.

"Lepas akak Ekin main, Hasif main lah pula," ujar Hariz.

Hasif menurut. Lalu dia duduk di sebelah Haiqal yang masih membaca komik itu. Sepuluh minit bermain, akhirnya Ekin kalah.

"Akak main dengan Hasif pulak," ujar Hasif.

"Akak malas lah," ujar Ekin.

"Dengan Hariz boleh pulak, dengan Hasif tak nak," rajuk Hasif.

"Okay okay. Tapi cepat yer. Akak ada benda nak cakap dengan abang," ujar Ekin.

Lalu Ekin pun berlawan dengan Hasif. Dan kali ini Ekin menang pula. Kemudian Ekin menyerahkan controller kepada Hariz lalu mendapatkan Haiqal.

"Haiqal, aku ada benda nak cakap," ujar Ekin.

"Apa?" soal Haiqal.

"Tutup lah komik kau tu," ujar Ekin.

"Kau cakap je lah. I'm listening," ujar Haiqal.

"Aku dah cari bukti yang kau nak tu," ujar Ekin.

Serentak itu Haiqal menutup komiknya. Lalu dia menarik tangan Ekin supaya duduk dengannya.

"Mana?" soal Haiqal.

Ekin menghulurkan satu sampul surat berwarna coklat kepada Haiqal. Haiqal mencapainya lalu membuka sampul surat itu. Sakit hatinya melihat gambar-gambar tersebut. Satu gambar Syira dan lelaki itu seperti sedang sesi memujuk Syira. Satu lagi gambar tangan Syira digenggam lelaki tersebut. Kemudian gambar Syira dan lelaki itu sedang bergelak ketawa dan gambar Syira memegang rambut lelaki itu. Akhir sekali gambar mereka berpelukan.

"Kalau kau tak percaya lagi, aku tak tahulah," ujar Ekin.

"Mana kau ambil gambar ni?" soal Haiqal.

"Dekat taman," jawab Ekin.

Haiqal mencapai telefon bimbitnya di atas meja lalu didail nombor Syira. Haiqal marah-marah dekat Syira dan kemudian memutuskan hubungan mereka. Ekin hanya memerhatikan sahaja.

"Kenapa selama ni aku tak sedar?" soal Haiqal.

"Sebab kau dibutakan dengan lakonan Syira," jawab Ekin.

"Apa sebenarnya permainan dia?" soal Haiqal lagi.

"Kau tahu tak? Dia hanya pandang dengan harta kau dan bukannya hati," ujar Ekin.

"Ekin, terima kasih ye. Sorry because selama ni tak percayakan kau," ujar Haiqal.

"Takpe," jawab Ekin.

Haiqal melemparkan senyuman. Ekin juga turut tersenyum. Tersenyum kerana berjaya memisahkan Haiqal dengan Syira playgirl itu.

No comments:

Post a Comment