Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, December 31, 2009

Cinta Budak Skema 7

"Sayang, apa yang you merepek ni? Bila masa pulak I keluar dengan lelaki lain?" soal Syira.

Haiqal memandang Syira.Meluat pula dengan lakonan Syira itu. Tangannya ditarik dari pegangan Syira.

"Eh you jangan tak mengakulah," ujar Haiqal.

"Apa bukti you, Haiqal?" soal Syira.

Haiqal tersenyum memerli. Dilemparkan gambar-gambar Syira dan lelaki lain di hadapan Syira. Syira terkesima.

"Cukup kan bukti ni?" ujar Haiqal.

Syira terkejut. Dipegangnya gambar-gambar tersebut lalu disuakan ke muka Haiqal.

"You percaya dengan gambar ni?" soal Syira.

"Yupe." jawab Haiqal pendek.

'Haiqal! I tak buat semua ni. Please percayakan I! " pujuk Syira.

"You masih menidakkan lagi? Bukti dah cukup lah Syira," ujar Haiqal.

"Haiqal, I cintakan you! Jangan buat I macamni," rayu Syira lagi.

"Jangan cakap you cintakan I kalau you sendiri tak tahu apa maknanya cinta!" tengking Haiqal lalu ditolak kuat tangan Syira yang menyebabkan gambar-gambar di tangan Syira terjatuh.

Haiqal berlalu pergi meninggalkan Syira seorang diri. Syira hanya memandang gambar-gambar tersebut. Bagaimana dia boleh tertangkap? Ini semua mesti angkara Ekin dan Farah! Dia harus membuat perhitungan dengan Ekin dan Farah!


****
"Aunty,boleh tak saya ajak Farah keluar hari ni?" soal Adam.

Datin Habibah memandang Adam dan Farah di sebelahnya.

"Keluar pergi mana?" soal Datin Habibah.

"Pergi mall," jawab Adam.

"Nak buat apa?" soal Datin Habibah lagi.

"Nak buat kejutan," jawab Adam.

"Apanya?" soal Datin Habibah.

"Kalau saya bagitahu tak adalah namanya kejutan," jawab Adam.

Datin Habibah hanya tersenyum.

"Farah, pergilah siap. Kan Adam kata nak bawa keluar," ujar Datin Habibah.

Farah hanya menurut. Lima minit menunggu, Farah turun. Adam memandang Farah yang tampil ringkas dengan jeans dan t-shirt. Rambutnya diikat dua.

"Aunty, kitorang pergi dulu ye," ujar Adam.

"Okay. Jaga Farah elok-elok tau,"kata Datin Habibah.

"Pasti," jawab Adam.

Mereka pun ke mall dengan menaiki motosikal kepunyaan Adam. Hanya tujuh minit masa perjalanan mereka dan akhirnya mereka sudahpun di mall. Lalu mereka berjalan-jalan di mall tersebut.

"Adam nak minta something boleh?" soal Adam.

Farah memandang Adam.

"Apanya?" soal Farah.

Adam menarik tangan Farah ke salon. Farah hanya mengikut sahaja kata Adam. Sampai di salon, Adam bercakap sekejap dengan pekerja salon itu lalu kemudian Farah dibawa ke ruang makeover.

"Ada apa ni Adam?" soal Farah.

"Farah ikut je lah. It's a suprise dear,"jawab Adam.

Dengan berat hati, Farah mengikut pekerja salon itu ke satu ruang.

****

"Dah ready dah?"

"Dalam dua puluh minit siaplah ni. Kau dekat mana?"

"Aku baru lepas beli barang yang kau suruh ni. Give me five more minutes."

"Okay. Cepat tau."

Telefon dimatikan Ekin. Kemudian dia segera mengangkat beg plastik seraya berjalan. Nombor Haiqal pula dihubunginya.

"Kau dekat mana?"

"Speedy. Kau nak balik dah ke?"

"Belum. Aku ada hal ni. Aku nak ke salon mak aku kejap. Kau nak ikut tak?"

"Takpelah. Karang nak balik bagitahu aku."

Telefon dimatikan oleh Haiqal. Ekin mempercepatkan langkahnya. Masuk sahaja di dalam salon, dia melihat Adam.

"Dia dekat bilik mana?" soal Ekin.

"Mana lah aku tahu. Tanya lah pekerja salon ni," jawab Adam.

Ekin menuju ke salah seorang pekerja di situ. Dia bercakap sekejap dan kemudian menghulurkan beg plastik yang mengandungi pakaian dan akesori untuk Farah. Kemudian dia duduk di sebelah Adam.

"Berapa semuanya?" soal Adam.

"RM 180," jawab Ekin.

"Ada lebih RM 20 kan?" ujar Adam.

"Bukan tu upah aku ke?" soal Ekin.

"Bila masa aku cakap," ujar Adam.

"Ala Adam. Sampai hati kau kan," rajuk Ekin.

"Iyelah sayang. Upah kau," ujar Adam lalu mencubit pipi Ekin.

Ekin mengaduh sakit. Kemudian dia bangun.

"Aku pergi dulu. Good luck okay?" ujar Ekin seraya mengenyitkan matanya.

Adam tergelak. Ekin berlalu pergi meninggalkan Adam di situ.

Lima belas minit berlalu dan keluarlah Farah. Adam memandang Farah tidak berkelip. Sungguh tidak percaya bahawa di hadapannya ialah Farah. Adam bangun lalu mendekati Farah. Farah hanya tersenyum malu diperhatikan Adam begitu.

"Farah awak ke ni?" soal Adam.

"Saya lah. Kenapa?" soal Farah pula.

"Awak nampak lain. Maksud saya, awak nampak awesome!" ujar Adam.

Farah tersipu-sipu malu. Tapi apa yang dikatakan Adam memang betul. Dengan dress hijau paras lutut dipadankan dengan legging's hitam panjang dan juga flat shoes. Memang nampak menawan! Ini tidak dilihat lagi dengan solekan dan dandanan rambut. Adam bagi six star from five star!

"Jom pergi makan?" ajak Adam.

"Makan. Dekat mana?" soal Farah.

Adam tidak menjawab. Ditariknya tangan Farah hingga ke satu resoren. Restoran makanan Jepun yang agak popular di mall itu. Selepas mereka memesan makanan dan makanan itu sampai di meja mereka.

"Maaf lah. Adam hanya mampu belanja awak dekat sini je memandangkan Adam masih pelajar sekolah. Nanti dah besar, Adam belanja dekat hotel five star pula," ujar Adam.

"Tak pe lah Adam. Ni pun dah lebih dari cukup," jawab Farah.

"Farah, saya ada satu kejutan untuk awak," ujar Adam.

"Apa lagi?" soal Farah.

"Tutup mata awak," ujar Adam.

Farah menutup. Ditutup matanya rapat. Adam mengambil sesuatu dari poketnya. Jam tangan dikeluarkan. Lalu diambil tangan Farah lalu meletakkan jam tersebut.

"Buka mata awak," ujar Adam.

Farah membuka mata. Dan dia begitu terkejut melihat jam tangan yang berukirkan nama dia dan Adam.

"Adam..." belum sempat Farah menghabiskan ayatnya, Adam sudah memotong.

"Sudi tak awak couple dengan saya?" soal Adam.

Sekali lagi Farah terkejut. Adakah ini satu mimpi? Bagaikan dalam cerita dogeng sahaja. Dia dilamar putera impian.

"Farah sudi tak?" soal Adam sekali lagi.

"Saya tak layak untuk awak," ujar Farah.

"Awak terlalu layak untuk saya," jawab Adam.

"Adam, ni semua tak berhak untuk saya," ujar Farah lagi.

"Iye, semua tu berhak untuk awak," ujar Adam.

"Saya hanya berubah untuk hari ni. Esok saya masih seperti dulu. Seorang gadis skema!" ujar Farah.

"Dan Adam tetap sayangkan gadis skema itu. Tidak kira hari ini atau esok," ujar Adam.

Farah diam. Tidak mampu untuk menjawab lagi.

"Kalau Farah sayangkan Adam jua, katakan sahaja ya. Jangan hampakan Adam," ujar Adam.

Farah memandang Adam. Senyuman terukir di bibirnya. Jam tangan itu dipakainya di tangan lalu disatukan dengan tangan Adam yang jua memakai jam yang sama.

"Ya," ujar Farah.

Adam tersenyum. Tanpa Farah sedari, gambar itu dicapture oleh Ekin dari jauh dan dekat. Terlalu lah sweet gambar tersebut. Cinta budak skema itu kepada Adam dan bukan Haiqal. Tetapi apakah ianya berkekalan? Ekin, Haiqal, Syira. Dan dia masih belum tahu persoalan yang lain. Semua ini masih belum berakhir. Masih ada sambungannya.

No comments:

Post a Comment