Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, December 31, 2009

Cinta Budak Skema 8

"Haiqal, kau kenapa?" soal Ekin.

Haiqal nampak lain sangat sejak mereka pulang dari mall tadi. Haiqal seperti tiada mood mahu bercakap. Apatah lagi tersenyum. Kenapa ye?

"Haiqal, are you listening?" soal Ekin.

"Aku dengar lah," jawab Haiqal.

"Kalau dengar tu, jawablah aku tanya," ujar Ekin marah.

"Nak jawab apa," ujar Haiqal.

Ekin menepuk bahu Haiqal kuat.

"Kau cakap dengan aku sekarang. Kau berubah sebab apa?" soal Ekin.

"Farah dengan Adam couple ye?" soal Haiqal tanpa menjawab soalan Ekin.

Ekin mengangguk. Takkanlah Haiqal badmood disebabkan Farah? Takkanlah Haiqal dah..... Ekin terkejut. Debaran di dada semakin laju.

"Kau cintakan Farah?" soal Ekin.

Haiqal memandang Ekin sekilas. Kemudian dia mengangguk perlahan. Ekin terasa bagaikan mahu lari sahaja dari situ. Haiqal jatuh cinta dengan Farah? Kalau dulu mungkin dia akan berlompat kegembiraan mendengar kata-kata Haiqal itu tetapi itu dulu bukan sekarang. Bagaimana mungkin dia mahu gembira. Farah sudahpun bersama dengan Adam! Takkan dia nak putuskan hubungan mereka. Ohh tidak, dia tidak sanggup!

"Haiqal, dia kan baru tadi sah couple dengan Adam. Takkan kau nak rampas dia dari Adam. Kau gila ke apa," ujar Ekin.

Haiqal merenung wajah Ekin. Kemudian diraup wajanya. Rambutnya yang tadi spike sudahpun hancur.


"Aku tak kata aku nak rampas dia. Aku relakan dia dengan Adam kalau itu yang terbaik," ujar Haiqal.


Ekin menghembus nafas lega.


"Baguslah. Kalau kau still nak buat macamtu, aku dah lama bagi flykick. Adam tu dahlah saudara aku," ujar Ekin.


"Aku tahu lah. Nampaknya aku kena lupakan Farah. Aku cuma lambat sehari je untuk luahkan pada Farah. Kalau tidak dah gerenti Farah milik aku," ujar Adam.



"Redha je lah Adam. Mungkin ada hikmahnya," nasihat Ekin.



Adam tersenyum. Betul kata Ekin. Tidak guna juga sekiranya dia mahu merampas Farah dari Adam. Kalau Allah dah tentukan Farah untuk Adam dan bukan dia, sampai mati pun Farah akan menjadi milik Adam. Dia pasrah.

"Lagipun tahun depan nak SPM. Baik aku tumpukan pada pelajaran," ujar Haiqal.

Ekin mengangguk setuju. Lagi dua minggu mereka akan cuti semester. Dan apabila sekembalinya mereka ke sekolah, mereka sudahpun bergelar pelajar senior tingkatan 5.

"Haiqal, aku balik dulu lah. Malam nanti datang lah rumah aku. Kita lepak dengan Adam pula. Sejak Adam ada, asyik aku je datang rumah kau. Kau malu ye dengan Adam?" soal Ekin.

"Aku tak malu lah. Aku cuma segan," ujar Haiqal.

Ekin hanya tersenyum lalu keluar dari rumah Haiqal. Dia berjalan ke rumahnya yang hanya bersebelahan sahaja dan entah kenapa. Ada satu kereta yang menunggunya di luar rumah Haiqal. Orang yang berpakaian serba hitam itu menutup mulut Ekin dan ditariknya ke dalam kereta.

Masuk sahaja ke dalam kereta, Ekin terus dilarikan entah ke mana. Sah, dirinya sedang diculik. Tetapi dengan siapa? Ekin tidak kenal orang yang menarik dirinya tadi. Mereka semua bertopeng. Dan tiba-tiba dia berasa lemah apabila dia bau satu formalin yang diletak di hidungnya. Lalu dia pengsan.


***
Nombor telefon Ekin dihubungi beberapa kali. Ke mana hilangnya Ekin. Sudah pukul 8.30 malam, takkan masih belum pulang? Adam khuatir. Ibu bapa Ekin juga risau.

"Ekin, jawablah telefon. Kenapa tak jawab ni!" ujar Adam seorang diri.

Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Adam segera membuka pintu dengan menyangkakan itu adalah Ekin tetapi sangkaannya meleset apabila wajah Haiqal pula muncul. Haiqal pelik melihat wajah risau Adam. Takkan bergaduh dengan Farah kot? Padahal baru tadi diorang bergelar sepasang kekasih.

"Kau ada jumpa Ekin tak?" soal Adam.

"Petang tadi ada lah. Ni aku datang pun sebab dia yang suruh. Kenapa?" soal Haiqal.

"Dia tak balik-balik lagi. Bibik kata pada petang yang kita keluar pergi mall sampai lah sekarang," ujar Adam.

"Kau dah tanya Farah? Entah-entah dekat rumah Farah kot," ujar Haiqal.

"Aku dah tanya dah. Farah pun tak tahu," ujar Adam.

Haiqal bertambah terkejut. Baru sahaja dia mahu bertanya, telefon bimbitnya berbunyi. Haiqal segera menjawab apabila nombor Syira tertera di situ.

"Hello,"ujar Haiqal.

"Haiqal, mesti kau tertanya-tanya mana hilangnya si Ekin kan? Kau nak tahu tak dia dekat mana?" ujar Syira.

Haiqal pelik. Segera dipandangnya wajah Adam di hadapannya.

"Ekin dekat aku! Kalau kau nak dia, kau sediakan tiga ratus ribu," ujar Syira lagi.

"What the hell! Syira! Kau jangan apa-apakan dia,"tengking Haiqal.

Kedengaran suara Syira tergelak.

"Kalau kau nak dia selamat, kau sediakan wang yang aku cakap. Esok pukul 10 malam dekat belakang bangunan yang tak siap tu. Kalau kau telefon polis, kau akan lihat sendiri mayat Ekin!" tegas suara Syira.

Telefon dimatikan.

"Syira! Syira!" panggil Haiqal tetapi tiada jawapan kerana talian dimatikan.

Adam memandang Haiqal. Ibu bapa Ekin juga.

"Mana Ekin?" soal ibu Ekin.

"Dia diculik," jawab Haiqal lambat-lambat.

"Abang, kita telefon polis," ujar ibu Ekin. Air mata sudah membasahi pipinya.

"Jangan! Penculik tu cakap kalau nak Ekin selamat, sediakan tiga ratus ribu. Esok dia nak jumpa," ujar Haiqal.

"What the hell! Dia ingat tiga ratus ribu tu sedikit ke? Haiqal, kau kenal kan perempuan tu?" soal Adam.

"Dia bekas kekasih aku. Rasanya dia nak balas dendam sebab Ekin ambil gambar dia dengan lelaki lain lepastu tunjukkan dekat aku," ujar Haiqal.

"Adam, Haiqal. Apa aunty nak buat ni?" soal ibu Ekin dalam esak tangisnya.

"Maafkan Haiqal, aunty. Haiqal tak sangka semua akan jadi macamni," ujar Haiqal.

"Abang, sediakan duit tu kalau tu yang penculik tu nak. Janji anak kita selamat," ujar ibu Ekin.

Ayah Ekin hanya mengangguk. Dia sendiri tidak menyangka Ekin diculik.

****

Ekin tersedar dari pengsannya. Kabur sahaja penglihatannya. Yang dia lihat dia berada di satu bilik yang kosong. Dia cuba memberontak tetapi tangannya diikat kemas di sebuah kerusi dan kakinya juga turut diikat. Mulutnya juga ditampal.

"Dah sedar dah?" soal seorang perempuan.

Ekin tersentak. Suara itu seperti dikenalinya. Suara itu persis dengan Syira. Ye, Syira! Dan tekaannya tidak meleset apabila memang betul perempuan itu Syira. Dia cuba bersuara tetapi tidak dapat.

"Apa kau cakap? Aku tak dengar!" ujar Syira lalu tergelak terbahak-bahak.

Kemudian pipi Ekin ditamparnya. Ekin tidak dapat melawan. Rambutnya ditarik oleh Syira.

"Kau dengar sini perempuan! Kau akan dapat balasan yang setimpal sebab bongkarkan rahsia aku! Kau dengar tak? Aku akan pastikan kau merana seperti aku merana kerana ditinggalkan Haiqal hanya disebabkan kau!" tengking Syira.

Ekin tidak faham. Bukankah Syira menjalin hubungan lain bersama dengan orang lain. Dan kenapa dia harus merana? Jika benar dia mencintai Haiqal, mengapa dia harus berhubungan dengan lelaki lain? Dah sah dia curang!

Syira melepaskan tarikan rambut Ekin. Dia membuka plaster yang menutup mulut Ekin. Sakit sangat Ekin rasa. Kemudian dia menonggengkan sebotol air mineral ke mulut Ekin.

"Minum air ni! Karang mati pulak kau!" ujar Syira.

Ekin menyembur air tersebut ke muka Syira. Syira marah. Dia menampar pipi Ekin berulang kali sehingga Ekin lemah.

"Aku bagi kau minum, kau tak nak! Sekarang kau duduklah sini sorang-sorang!" marah Syira.

Lalu mulut Ekin diplaster kan sekali lagi dan terus berlalu meninggalkan Ekin keseorangan di bilik yang gelap itu. Ekin cuba melepaskan ikatan tangannya tetapi tidak berhasil. Akhirnya dia hanya pasrah. Lalu dia terlelap dalam gelap.

No comments:

Post a Comment