Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, January 1, 2010

Cinta Budak Skema 9

Ekin tersedar apabila rambutnya ditarik. Dia cuba memberontak tetapi langsung tidak berhasil.

"Aku dah belikan kau makanan! Kau makan sekarang!" diletakkan sebungkus makanan di sebelah Ekin.

Ekin cuba bercakap tetapi tidak difahami Syira. Oleh itu, Syira membuka plaster di mulut Ekin.

"Macammana aku nak makan? Bukak ikatan tangan aku!"

"Kau ni banyak hal kan?" rambut Ekin dilepaskan lalu tangannya dibuka ikatan.

Ekin kemudian makan makanan yang dibawa Syira. Perutnya memang kosong. Bayangkan pada petang semalam dia tidak makan apa-apa. Syira memerhatikan tindak-tanduk Ekin. Takut Ekin mahu melepaskan diri.

"Bila kau nak lepaskan aku?" soal Ekin tanpa memandang Syira.

"Kau doalah banyak-banyak malam ni Haiqal bawa duit yang aku suruh!" jawab Syira seraya tergelak.

"Kenapa kau buat aku macamni? Apa salah aku?" soal Ekin.

Syira memandang Ekin yang sudah menghabiskan makanannya. Segera tangan Ekin diikat kembali.

"Kau nak tahu apa salah kau?"

Ekin mengangguk.

"Kau pisahkan aku dengan Haiqal!" tengking Syira.

"Tapi kau yang ada hubungan sulit dengan orang lain. Semua tu salah kau! Kalau kau sayang Haiqal, kau takkan ada hubungan dengan lelaki lain!" ujar Ekin.

Syira maju ke Ekin. Pipi Ekin ditampar. Ekin kesakitan.

"Kau diam! Itu semua privacy aku! Yang kau sibuk tu apahal? Dan ini semua balasan untuk kau, bodoh!" tengking Syira seraya berlalu pergi meninggalkan Ekin.

Ekin hanya mampu memerhatikan sahaja Syira.

***
Farah memandang Adam dan Haiqal yang berada di hadapannya silih berganti. Dia sendiri tidak tahu, adakah tindakan mereka betul atau tidak.

"Kita lapor je lah dekat polis. Adam, Ekin tu kawan baik saya. Saya tak nak dia diapa-apakan," ujar Farah.

Adam megang bahu Farah.

"Adam faham. Adam pun tak nak Ekin diapa-apakan sebab Ekin tu sepupu Adam."

Farah terkejut. Ekin sepupu Adam? Selama ini dia tidak tahu pun. Tetapi itu bukan masalahnya. Masalahnya, Ekin diculik!

"Tapi penculik tu dah warn awal-awal," ujar Adam lagi.

Farah menjatuhkan tangan Adam. Air matanya hangat mengalir. Siapa yang tidak sedih dan risau jika sahabatnya diculik?

"Adam yakin ke penculik tu akan lepaskan Ekin kalau kita bagi apa yang dia nak? Haa, Haiqal? Korang yakin ke?" soal Farah.

Adam dan Haiqal berpandangan. Betul juga apa yang dikatakan Farah. Tetapi keselamatan Ekin harus diutamakan.

"Habis kalau kita panggil polis, Ekin akan dibunuh juga," ujar Haiqal.

Farah terdiam. Mereka bertiga kembali terduduk di kerusi laman rumah Ekin. Lima minit senyap. Dan tiba-tiba Farah mendapat idea. Segera dia bangun.

"Farah ada idea!" jerit Farah.

Haiqal dan Adam bangun. Farah tersenyum memandang Haiqal dan Adam.

"Apa?" soal Haiqal dan Adam hampir serentak.

Farah menceritakan apakah ideanya kepada Haiqal dan Adam. Haiqal dan Adam melemparkan senyuman.

"Bijak juga Farah ni," puji Adam.

"Tengok orang lah," ujar Farah.

"Tengok jugak pakwe dia kan?" usik Adam.

"Adam kan," ujar Farah.

Mereka kemudian duduk berbincangkan lebih lanjut mengenai plan mereka itu.

*****

"Syira!" jerit Ekin.

Mulutnya yang lupa diplasterkan kembali oleh Syira memberikan dia peluang untuk memanggil Syira. Syira datang ke Ekin.

"Apahal?" soal Syira.

"Aku nak pergi tandas," ujar Ekin.

"Kau ni macam-macamlah," rungut Syira.

"Siapa suruh kau culik aku," ujar Ekin.

Syira membuka ikatan kaki Ekin. Kemudian ditariknya Ekin ke tandas. Sampai di muka pintu, Ekin bersuara.

"Macammana aku nak basuh. Bukaklah tangan aku," ujar Ekin.

Syira menurutkan sahaja.

"Cepat. Aku bagi masa lima minit," ujar Syira.

Ekin masuk ke dalam tandas. Syira pula menunggu di luar. Ekin melepaskan hajatnya mahu membuang air kecil. Kemudian dia cuba mencari jalan sekiranya dia boleh lari. Tetapi malang, tiada jalan yang boleh dia lari.

Ekin membuka pintu tandas. Lihatnya Syira di hadapan muka pintu. Lantas otak Ekin mendapat satu idea. Segera dia menolak Syira ke tepi sehinggakan Syira terjatuh. Kemudian dia berlari meninggalkan Syira. Tetapi malang, dia terjatuh.

Segera Syira mendapatkan Ekin yang mengerang kesakitan. Ditumbuknya Ekin dan kemudian menarik Ekin ke biliknya kembali. Diikat Ekin di situ dan mulutnya diplaster. Pipi Ekin sekali lagi menjadi mangsa tamparan Syira. Ekin hanya mampu mengerang kesakitan dan berdoa kepada Allah agar Haiqal datang menyelamatkannya.

No comments:

Post a Comment