Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, January 1, 2010

Cinta Budak Skema 10 -end

Seperti yang dijanjikan, tepat pukul 10 malam di bangunan yang tidak siap, Haiqal bersama Adam datang berdua ke situ bersama satu beg yang dipegangnya. Mereka berdua tunggu di situ lebih kurang lima minit sebelum Syira datang bersama Ekin.

"Adakah kau bawa polis?" soal Syira.

"Tak," jawab Haiqal.

Syira memegang Ekin sambil pisau dihalakan ke tengkuk Ekin. Ekin yang sudah lemah kerana dipukul oleh Syira tadi tidak mampu melawan. Adam dan Haiqal memandang sayu wajah Ekin.

Tanpa membuang masa, Haiqal meluru ke arah Syira. Syira yang langsung tidak bersedia itu terdorong ke belakang apabila Haiqal menolaknya kasar.

"Ekin, lari!" arah Haiqal.

Ekin menurut. Segera dia berlari ke arah Adam.

Syira menerkam lengan Haiqal sewaktu Haiqal sedang memandang Ekin. Haiqal mengerang kesakitan. Kemudian Syira cuba menerkam lagi Haiqal tetapi sempat dielak. Haiqal segera merampas pisau daripada Syira lalu menendangnya ke arah lain. Tangan Syira dipegangnya kedua-dua belah di belakang.

"Kau nak buat apa, Syira?" soal Haiqal. Denyutan di tangannya tidak dihiraukan.

"Aku nak tuntut keadilan!" ujar Syira.

"Keadilan apa?" soal Haiqal.

"Aku cintakan kau Haiqal tetapi disebabkan perempuan ni semuanya berubah!"

"Apa yang berubah? Kau memang tak setia dengan aku kan."

"Aku cintakan kau!"

"Cinta apa kalau kau dengan lelaki lain?"

"Dia bukan siapa-siapa bagi aku!"

"Kau jangan nak tipu aku lah!"

Belum sempat Syira menjawab, empat orang polis datang bersama dengan Farah. Polis tersebut mengambil Syira daripada Haiqal.

"Haiqal, takkan kau nak biarkan aku masuk penjara! Haiqal!" jerit Syira.

Haiqal tidak menjawab.

"Lepaslah!" Syira memberontak.

"Bawa dia ke balai," arah Haiqal.

Lalu Syira dibawa ke balai. Dan sewaktu itu jugalah berlaku kekalutan apabila Ekin pengsan.

"Adam, Ekin pengsan!" jerit Farah.

Haiqal segera datang ke Farah. Badan Ekin dirangkulnya.

"Telefon ambulans, Farah!" arah Adam.

***
Haiqal, Adam, Farah dan ibu bapa Ekin duduk di ruang menunggu. Haiqal meraup wajahnya. Kesal dengan perkara yang berlaku. Jika Ekin tidak melibatkan diri dalam hal dia dan Syira, pasti Ekin tidak akan begini.
Kenapa Ekin degil sangat? Tengok dia sendiri yang dapat padahnya.

"Haiqal, sabarlah," pujuk Adam.

"Kenapa Ekin degil sangat nak buat semua ni? Kenapa?" soal Haiqal.

"Dia buat semua ni sebab nak kau bahagia. Dia tak nak kau bersama dengan perempuan tu," jawab Adam.

"Tetapi kenapa sampai macamni? Kalau dia tahu Syira macamtu, kenapa dia sanggup lakukan demi aku?" soal Haiqal.

"Sebab dia cintakan kau! Takkan kau tak sedar semua tu, Haiqal!" jawab Adam.

Haiqal tersentak. Ekin mencintai dia?

"Kau tak sedar cinta dia sebab kau ingat dia anggap kau macam adik beradik tapi kau silap. Sejak dulu lagi dia mencintai kau, Haiqal. Hanya kau seorang! Kau buta untuk menilai semua tu! Cinta dia kepada kau terlalu murni. Dan aku pun rasa kau cintakan dia kan?"

Haiqal meraup wajahnya sekali lagi.

"Tell to her before it's too late,"ujar Adam lalu meninggalkan Haiqal.

Haiqal diam. Bagitahu dia sebelum dia terlambat. Tell to her before it's too late. Adakah dia masih belum terlewat? Ohh tidak! Dia tidak sanggup kehilangan Ekin! Kini dia baru sedar cinta dia bukan kepada Syira ataupun Farah selama ni tetapi kepada Ekin. Dan perasaan itu telah wujud sekian lama hanya dia yang lambat menyedarinya.

***

Haiqal masuk ke dalam wad. Dia melangkah mendekati katil Ekin. Lalu dia duduk di kerusi di sebelah katil tersebut. Ekin tersenyum melihat Haiqal. Wajah Ekin lebam-lebam. Sayu hati Haiqal memandang wajah pengorbanan Ekin.

"Kenapa kau last lawat aku? Yang lain semua dah lawat aku tadi," ujar Ekin.

Haiqal memandang wajah Ekin. Muka Ekin tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Tiada reaksi kecewa walaupun di hatinya memang sarat dengan perasaan kecewa. Pandai Ekin cover line.

"Tangan kau dah okay?" soal Ekin sambil cuba menyentuh tangan Haiqal.

Tersentuh hati Haiqal melihat Ekin. Walaupun keadaan Ekin begini, dia masih boleh tanya tentang keadaan dirinya. Ya Allah, kenapalah selama ni aku buta. Tidakkah aku nampak betapa dalamnya cinta Ekin kepada aku.
"Aku minta maaf sebab aku kau jadi macamni," ujar Ekin.

Air mata Haiqal menitis juga akhirnya. Air mata lelakinya kalah dengan seorang perempuan. Ekin memandang Haiqal pelik. Kenapa Haiqal menangis. Dia ada silap cakapkah?

"Kenapa kau menangis?" soal Ekin.

"Aku menangis sebab kau," jawab Haiqal.

"Sebab aku? Apa aku dah buat?" soal Ekin lurus.

"Sebab aku buta menilai cinta kau. Dan sebab aku membiarkan kau menderita dengan sikap aku. Ekin, aku minta maaf. Kalau masih belum lambat, izinkan aku mengatakan aku cintakan kau!" ujar Haiqal.

Ekin tersentak. What the? Ni mesti Adam pecah lubang. Tak guna punya sepupu! Sempat lagi Ekin mengutuk Adam.

"Apa kau cakap ni?" Ekin masih mahu menafikan.

"Kalau kau sudi, kita couple nak?" soal Haiqal.

Ekin diam. Adakah Haiqal melamarnya di dalam wad ini?

"Aku tahu aku tak romantik. But yang penting aku cintakan kau kan? Sudi tak Nur Asyikin Balqis?" soal Haiqal sekali lagi.

Fuhh, siap sebut nama penuh aku lagi! Err, nak terima ke tak? Terima je lah. Aku pun cintakan dia. Hehe...

"Aku sudi," jawab Ekin.

Haiqal tersenyum. Kemudian dia bangun. Ekin tersentak. Haiqal mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

"Bagi tangan kau," pinta Haiqal.

Ekin menghulurkan tangannya. Lalu Haiqal menyarungkan cincin couple di jari manis Ekin. Ekin terkejut.

"Aku lambat tengok kau sebab aku pergi beli benda ni," ujar Haiqal.

"Mana kau beli? Bukan semua kedai dah tutup ke?" soal Ekin.

"Aku dah lama beli. Cuma tak bagi lagi je dekat orang yang aku cinta," ujar Haiqal.

Ekin tersenyum. Haiqal turut tersenyum. Di luar, Farah dan Adam yang mengintai di sebalik tingkap juga tersenyum.

Cinta budak skema yang bernama Farah Nur Asyikin sememangnya untuk Adam. Dan tiada apa yang boleh mengubah itu. Tetapi cinta Haiqal pula untuk Ekin. Kisah ini bukan hanya kepada budak skema tetapi turut kepada manusia biasa. Bukankah budak skema juga manusia biasa?

No comments:

Post a Comment