Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, January 3, 2010

Melodi Cinta 1

Keadaan yang berangin membuatkan Nur Areena Qistina ataupun lebih dikenali sebagai Areena tenang. Tidak berganjak langsung Areena daripada tempat yang didudukinya walaupun dia sendiri sedar posisinya yang bahaya itu.

Tangannya memetik gitar kesayangannya, mulutnya terkumat-kamit memainkan sebuah lagu mengikut rentak yang dipetiknya dan matanya dipejamkan menghayati bait-bait lagu yang sememangnya membawa kesan yang mendalam kepadanya.

Air matanya sudahpun bertakung di tubir mata. Hanya tinggal masa untuk gugur sahaja. Segalanya kerana seorang lelaki. Seorang lelaki yang meninggalkan garis luka yang dalam di hatinya sehingga sekarang. Tiada siapa yang mampu mengubati luka hatinya itu.

“Areena!”

Laungan seseorang membuatkan Areena tersentak. Pantas diseka air matanya yang sudahpun gugur.

“Areena!”

Laung suara itu lagi. Areena cepat-cepat melangkah masuk ke dalam biliknya. Disandarkan gitar kesayangannya di dinding berhampiran katil.

“Areena!”

Kali ini, suara itu melaung agak kuat sambil mengetuk-ngetuk pintu biliknya. Areena meraup-raup mukanya.

“Ada,” ujar Areena.

“Areena, aku dah masak ni. Jom turun makan,” ujar suara itu lagi dari luar.

Areena melihat wajahnya sekilas di cermin. Tiada kesan seperti dia menangis. Areena memulas tombol pintu biliknya dan di luar, terjengul wajah Yasmin. Areena melemparkan senyuman tawar kepada Yasmin.

“Kau masak apa?” soal Areena.

“Nasi goreng,” ujar Yasmin seraya melangkah mendahului Areena. Areena hanya membuntuti langkah Yasmin.

Sampai di meja makan, Yasmin terlebih dahulu mengisi nasi ke dalam pinggan Areena dan juga dia sendiri. Areena tersenyum menggantikan kata terima kasih yang sepatutnya diucapkan. Yasmin memang suka memasak. Mungkin kerana Yasmin bakal menjadi seorang isteri tidak lama lagi.

Areena tersenyum sendiri. Bertuah Ilham kerana dapat memiliki Yasmin. Yasmin bukanlah seorang gadis biasa. Yasmin seorang gadis yang cantik. Yasmin memiliki sepasang mata sepet berwarna biru pekat. Yasmin juga memiliki kulit yang putih mulus. Yasmin mempunyai senyuman yang mampu mencairkan hati sesiapa yang memandangnya. Yasmin juga pandai memasak dan suka mengemas. Kalaulah Ilham berkahwin dengan Yasmin, pasti gemuk Ilham dibuatnya. Tawa Areena tercetus.

“Kenapa?” soal Yasmin sambil mengerutkan dahinya. Reaksi spontan bagi sesiapa sahaja yang pelik. Areena menekup mulut sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Areena, you better tell me or…” sengaja Yasmin tidak menghabiskan ayatnya.

Or?” soal Areena.

“Aku bunuh kau!” ujar Yasmin sambil tersenyum cara orang kejam.

Sekali lagi Areena tergelak. Yasmin mengangkat garfunya dan membuat posisi seperti mahu menikam orang.

“Garang lah kau ni,” ujar Areena separa bergurau.

“Garang tak garang, baik kau bagitahu,” ujar Yasmin bersahaja.

“Kesian Ilham! Setiap hari kena cucuk dengan garfu,” usik Areena.

“Areena!” jerit Yasmin.

“Yelah. Aku cuma bayangkan kau kahwin dengan Ilham. Mesti Ilham gemukkan?” usik Areena.

“Dah mesti lah. Bakal isteri dia kan pandai masak,” ujar Yasmin bangga.

“Puji diri sendiri nampak,” usik Areena.

Yasmin tergelak. Areena juga tergelak. Lama mereka diam menikmati nasi goreng yang dimasak oleh Yasmin itu. Memang sedap!

“Areena,” panggil Yasmin.

Areena memandang Yasmin sambil mengangkat kening agar Yasmin meneruskan bicaranya. Yasmin menarik nafas dalam kemudian dihembuskan perlahan-lahan.

“Aku lagi dua bulan jadi isteri Ilham. Kau pulak macammana Areena?” soal Yasmin.

Areena terdiam mendengar pertanyaan Yasmin itu.

“Areena,” panggil Yasmin.

“Aku tak tahu lah Yasmin. Kalau ada jodoh tak ke mana kan?” ujar Areena bersama satu senyuman palsu.

“Kau masih ingatkan Asyraff?” soal Yasmin.

Areena terdiam mendengar nama Asyraff. Asyraff, lelaki yang dicintainya sepenuh hati. Lelaki yang menarik perhatiannya. Tetapi malang, lelaki itu tidak menerimanya. Sekali lagi hatinya yang luka itu kembali berdarah.

“Aku dah kenyang,” ujar Areena seraya membawa pinggannya ke singki. Dibasuhnya pinggan itu lalu ditelangkupkan ke tempatnya. Kemudian kaki Areena pantas melangkah ke biliknya dan ditutupnya pintu biliknya perlahan.

Yasmin hanya mampu melihat langkah Areena menjauhi dirinya. Rasa bersalah menghantui dirinya kerana menanyakan soalan yang melukakan hati Areena. Rasa bersalah kerana menyebut nama Asyraff.

Yasmin mengeluh perlahan. Mengutuk-ngutuk dirinya dalam hati.

Kenapalah aku bodoh sangat pergi tanya si Areena tu pasal Asyraff? Mesti luka di hati Areena berdarah kembali. Bodohnya aku! Areena, maafkan aku!

***

Areena memetik gitar berwarna perang kesayangannya. Yang sentiasa bersamanya kala suka dan duka. Perlahan-lahan Areena memainkan lagu tadi yang dimainkannya. Dipejam matanya menghayati bait-bait lagu Aku Bukan Pilihan Hatimu yang keluar daripada mulutnya.

Jika memang diriku bukanlah menjadi pilihan hatimu
Mungkin sudah takdirnya
Kau dan aku takkan mesti bersatu

Mungkin bukan jodoh aku dengan kau. Aku pasrah, Asyraff.

Harus selalu kau tahu
Ku mencintamu di sepanjang waktuku
Harus selalu kau tahu
Semua abadi untuk selamnya

Areena sayangkan Asyraff. Tak kira apa yang Asyraff pernah lakukan. Cinta Areena untuk Asyraff tulus ikhlas.

Karena ku yakin
Cinta dalam hatiku
Hanya milikmu
Sampai akhir hiduku
Karena ku yakin
Di setiap hembus nafasku
Hanya dirimu satu yang selalu ku rindu

Areena yakin, cinta Areena hanya untukmu Aysraff. Walaupun kau hina cinta aku, aku tetap sayangkan kau. Aku tau aku bodoh tapi… Arghh! Aku sendiri tak tau.

Jika memang diriku
Bukanlah menjadi pilihan hatiku

Kalau memang aku bukanlah jadi pilihanmu, aku reda. Demi kebahagiaanmu, Asyraff. Aku akan sentiasa sayangkan kau….

Perlahan-lahan air matanya mengalir. Daripada setitik setitik, kini sudah deras. Areena tida menyeka air matanya. Hanya membiarkan air matanya mengalir membasahi pipinya yang gebu itu. Mindanya mengingati kembali kisah di antara dirinya dan seorang lelaki bernama Asyraff empat tahun dahulu.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete