Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, January 3, 2010

Melodi Cinta 2

Areena memandang wajah sawo matang milik lelaki itu. Jantungnya berdegup kencang melihat wajah lelaki itu. Belum pernah dia merasai begini. Areena menekapkan tangannya ke dadanya. Dapat dirasakan degupannya. Yasmin yang berada di sebelahnya memandang pelik ke arah Areena.

Areena begitu asyik memandang wajah itu. Keningnya tebal dan hampir-hampir sahaja bercantum. Bibirnya tidak tebal dan tidak juga nipis. Hidungnya tidak mancung dan tidak penyek. Telinganya juga tidak capang. Rambutnya yang hitam pekat itu dicacak-cacakkan. Begitu sempurna wajah itu di mata Areena.

“Areena!”

Senyap sahaja.

“Areena!”

Diam lagi.

“Areena!” kali ini lantang bunyinya bersertakan sentuhan di bahu.

Areena memandang Yasmin dengan wajah blur nya. Yasmin tergelak melihat wajah itu. Areena hanya menayangkan giginya yang putih tersusun.

“Kau berangan ye? Apa yang kau tengok?” soal Yasmin.

Areena menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak mahu mengaku. Yasmin menjengah-jengah ke arah yang tadinya Areena renung. Tiada apa-apa. Hanya seorang lelaki sahaja berada di situ. Takkanlah….

“Areena, jangan bagitahu aku kau…” sengaja Yasmin tidak mahu menghabiskan ayatnya.

Tabiatnya sejak kecil.

“Apa?” soal Areena.

“Kau jatuh cinta,” Yasmin menghabiskan ayatnya.

Ternganga mulut Areena mendengar ayat itu. Areena hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tidak mengaku. Yasmin tergelak melihat kerenah Areena yang kelam-kabut.

“Areena Areena,” usik Yasmin seraya berlalu meninggalkan Areena seorang diri. Setelah lima langkah ke hadapan, Yasmin menoleh ke arah Areena yang masih terpaku di situ.

“Areena! Cepatlah, jom balik,” jerit Yasmin.

Areena menayangkan giginya sekali lagi. Kemudian barulah dia melangkah membuntuti Yasmin yang sudahpun berada di hadapannya.

Yasmin mengerling ke arah Areena di sebelahnya. Tidak pernah dia lihat Areena seperti begini. Bagai cacing kepanasan. Sekejap duduk, sekejap baring, dan sekejap pula berdiri. Yasmin menutup komputer ribanya yang tadi diguna untuk chatting bersama Ilham. Yasmin menghampiri Areena dan melabuhkan punggungnya di sebelah Areena.

“Kenapa dengan engkau?”soal Yasmin.

“Kenapa apa?” soal Areena kembali.

Areena, please don’t ask that stupid question. I’m sure you know what I’m talking about,” ujar Yasmin.

Areena merenung ke dalam mata sepet Yasmin. Dia sememangnya faham dengan perangai Yasmin. Jika Yasmin sudah menggunakan bahasa inggeris, maknanya Yasmin serius dan ketika itu, nak tak nak terpaksalah Areena menceritakan.

So?” ujar Yasmin memecahkan kesunyian.

“Aku tak tahu lah Yasmin. Sejak aku nampak laki tadi tu, aku rasa lain sangat. Aku rasa macam tak senang duduk. Yasmin, tolong aku! Aku tak pernah rasa macam ni,” ujar Areena.

Yasmin tersenyum kecil.

“Aku tahu apa dah terjadi dengan kau Areena! Aku tahu virus apa yang menjangkiti engkau,” ujar Yasmin.

Areena mengangkat kedua-dua belah kening.

Areena, you in love!” ujar Yasmin bersama senyuman yang masih tidak pudar dari bibirnya.

Areena terkesima mendengar ayat Yasmin itu.

What? I’m in love? Betul ke apa yang aku dengar?

“Areena, aku faham perasaan kau sebab aku pun pernah merasai. Aku faham sangat. Aku dah berpengalaman,Areena. Kau jatuh cinta pandang pertama kan? Kau jatuh cinta buat kali pertama kan?” soal Yasmin bertalu-talu.

“Aku? Jatuh cinta?” soal Areena seperti orang bodoh.

Yasmin mengangguk-anggukkan kepalanya. Melopong mulut Areena. Yasmin pula tersengih-sengih seperti kerang busuk.

Biar betul aku jatuh cinta? Seumur hidup aku tak pernah aku jatuh cinta. Ni lagilah. Macam tak logik, baru sekali jumpa dah bergetar dada ni. Areena, what’s wrong with you? Kalaupun aku jatuh cinta, dia suka aku ke?

Areena mengeluh. Yasmin pula sudahpun hilang entah ke mana. Perlahan-lahan dia bangun dan mendaki anak tangga untuk ke biliknya. Areena menutup pintu biliknya perlahan.

***

Tubuhnya yang kecil itu dihempaskan ke atas tilam yang empuk kepunyaannya. Berfikir-fikir sejenak. Sekejap terlentang, dan sekejap meniarap. Akhirnya Areena duduk dan mencapai gitar kesayangannya. Dipejam matanya menghayati setiap bait bait lagu yang keluar daripada mulut kecilnya itu. Lagu Aizat yang bertajuk Hanya Kau Yang Mampu.

Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Baru sekali aku jumpa kau, aku dah mula sayangkan kau. Aku dah teringat-ingatkan kau. Apakah itu maknanya cinta?

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi dalam hatiku

Walaupun baru sekali aku jumpa kau, aku dah mula terbayang-bayangkan kau. Wajah kau abadi dalam hati aku.

Harus nyatakan ku biarkan engkau pergi
Membuatku terkurung rasa ingin mati
Derita yang menjerat kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu
Taklukkan hatiku

Jangan pergi dari aku. Hanya engkau sorang yang mampu buat aku macamni. Hanya engkau sorang sahajaa…

Aku cinta ohh ohh
Aku cinta ohh ohh
Aku cinta ohh ohh
Aku cinta ohh ohh
Aku cintakan kau…

***


Areena meraup-raup wajahnya berkali-kali. Mahu menghilangkan memori silam itu terus dari fikirannya.Mahu lenyapkan kisah cintanya yang tak kesampaian. Mahu padamkan nama Asyraff terus dari kamus hidupnya. Tapi apakan daya, dia hanya seorang perempuan biasa. Dia tidak mampu untuk berbuat demikian.

Areena meletakkan gitarnya ke tempat asal dan kemudian Areena berbaring. Berbaring memandang siling biliknya. Memikirkan perihal dirinya. Apa dia tidak mampu untuk bahagia? Apa dia tidak mampu untuk merasai kasih sayang seorang lelaki?

Dari kecil dia hidup tanpa sebarang kasih sayang daripada lelaki. Dia tiada abang mahupun adik lelaki. Dia hanya mempunyai seorang adik perempuan. Dia juga sudah kehilangan ayah sejak umurnya tiga tahun dan adiknya ketika itu masih dalam kandungan.

Areena mengeluh untuk sekian kalinya. Entah bila dia sudahpun terlelap bersama seribu satu soalan dan seribu satu keluhan.

No comments:

Post a Comment