Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, January 14, 2010

Melodi Cinta 10

Ayyie menyarungkan jeans biru pekat dan T-shirt hijau bersama kardigan. Gitar kesayangannya disandang di belakang. Kunci kereta Evo dicapainya. Segera Ayyie turun ke bawah.


“Ayyie nak pergi mana ni?” soal Datin Haiza.


Ayyie menoleh ke arah ibunya. Diukirkan satu senyuman.


“Nak keluar sekejap,” jawab Ayyie.


“Ye lah, nak pergi mana?” soal Datin Haiza lagi.


Ayyie melangkah mendekati Datin Haiza. Dihulurkan tangan untuk bersalam dan kemudian dicium tangan Datin Haiza.


“Mama jangan risau. Ayyie dah tak pergi kelab lagi. Ayyie cuma nak ketenangan. Ayyie pergi dulu ye mama,” ujar Ayyie lembut.


Datin Haiza mengangguk-anggukkan kepalanya. Ayyie kemudian terus keluar dan meloloskan dirinya dalam Evo berwarna kuningnya. Dipecut laju kereta itu.


Ayyie melangkah keluar. Dicapainya gitar kesayangannya yang diletak di sebelahnya. Ayyie kemudian duduk di atas bukit. Dilihatnya bulan dan bintang.


Bulan yang menerang malam hari dan bintang yang menyinari malam. Tanpa bulan, malam kegelapan dan tanpa bintang pula, malam tak berseri. Awan gelap yang berarak dilihatnya. Tenang sekali perasaannya ketika itu.


Ayyie mencapai gitar kesayangannya. Dipetik tali gitar itu. Dipejam matanya menghayati irama lagu Cuba dendangan Faizal Tahir. Ayyie membuka matanya kembali dan mula menyanyikan lirik lagu itu.


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati
Dan bila kau bersuara
Setia aku mendengar
Agar tenang kau merasa

Areena, Ayyie cintakan Areena. Ayyie sentiasa ada di sisi Areena. Ayyie sentiasa ada tapi Areena langsung tak menghargai Ayyie. Kenapa Areena? Kenapa?

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku padamu

Adakah Areena anggap Ayyie sebagai kawan Areena sahaja?

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan rasa sakit dalam diri
Dan bila kau perlu
Setiaku menunggu
Agar senang kau merasa

Kenapa Areena langsung tak pernah faham perasaan Ayyie. Apa kurangnya Ayyie, Areena?

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas untuk menulis padamu
Salahkan aku Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar
Untuk kau melihat ke mataku

Areena, Ayyie minta maaf. Ayyie tak pernah faham perasaan Areena kan? Ayyie ego kan? Lepasni Ayyie takkan pernah kacau Areena walau perasaan ini masih ada.

Ayyie menghela nafas berat. Perlahan-lahan air matanya mengalir membasahi pipinya. Dibiarkan sahaja air matanya. Buat pertama kali, air matanya jatuh kerana seorang perempuan bernama Areena. Buat pertama kali, air matanya jatuh kerana cinta. Buat pertama kali, air matanya jatuh kerana dilukai perasaan.

Baru Ayyie faham kenapa setiap kali dia menolak perempuan, perempuan menangis. Baru Ayyie faham kenapa setiap kali dia melukakan perasaan perempuan, perempuan merayu-rayu dan menangis di hadapannya. Dan baru Ayyie rasa betapa sakitnya cinta ditolak.

Ayyie menangis sepuas-puasnya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia menangis sedangkan dia tak pernah menangis selama ini. Akhir sekali pun ketika dia masih kecil. Masih tidak tahu arti kesedihan.
***

Areena menghempaskan badannya di atas katil. Telefon bimbitnya masih berada di genggamannya. Berkira-kira sama ada mahu menelefon Ayyie ataupun tidak. Areena meletakkan tangannya di dahi. Kipas yang ligat berputar dipandang. Sel-sel otaknya berhubung untuk memikirkan mengenai Ayyie.

Apakah sebenarnya yang dia rasa? Apakah sebenarnya yang dia alami? Kenapa dia rasa kehilangan? Kenapa dia rasa lain? Kenapa jantungnya tak berhenti berdegup kencang sekarang? Kenapa dan kenapa?

Areena sendiri tidak tahu apa jawapannya. Soalan tanpa jawapan. Tanpa dia sendiri tahu. Areena mengeluh, mengeluh dan mengeluh. Akhirnya dia sendiri terlelap dengan seribu satu persoalanan tanpa jawapan.

No comments:

Post a Comment