Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, January 14, 2010

Melodi Cinta 11

Sudah dua minggu Areena tidak berjumpa Ayyie. Bukan dia tidak mahu tetapi Ayyie sendiri yang tidak datang di sini. Areena sendiri tak tahu apakah kesudahan persahabatan mereka. Areena pening memikirkan perihal Ayyie.

Areena mencapai beg tangannya dan melangkah keluar. Areena bergerak ke ruang hadapan. Ditolak perlahan pintu utama pusat tuisyen Bulan. Kakinya melangkah ke kedai makan di sebelah. Areena yang sibuk memikirkan hal Ayyie tidak sedar ada batu di hadapannya lalu dia tersadung. Hampir Areena terjatuh tetapi sempat disambut oleh seseorang.

Mata ke mata. Areena terpaku melihat wajah yang menyambut dirinya. Lelaki itu menguntum senyuman dan mendirikan Areena kembali. Areena masih kaku melihat lelaki itu.

“Awak okay?” soal lelaki itu.

Areena yang merenung wajah itu cepat-cepat tersedar. Lalu ditundukkan mukanya.

Okay. Thanks tolong saya,” ujar Areena.

Areena mahu melangkah pergi tetapi namanya dipanggil oleh lelaki itu. Areena menoleh ke belakang. Keningnya dijungkitkan menutup kegelisahan di hati.

Areena, nice to meet you again,” ujar lelaki itu.

Areena melemparkan satu senyuman. Senyuman yang dia sendiri tidak dapat tafsirkan.

Hmm.. Me too,” ujar Areena.

“Nak pergi mana?” soal lelaki itu lagi.

“Makan,” jawab Areena.

“Eloklah tu. Saya pun nak makan ni. So shall we?” soal lelaki itu.

Areena mengangguk-anggukkan kepalanya dan mereka berjalan beringin ke restoren.

Ayyie menumbuk-numbuk stering keretanya. Niat di hati mahu melepaskan rindu terhadap gadis yang memang dirinduinya tetapi dia sendiri yang sakit hati melihat kemesraan Areena bersama seorang lelaki yang dia sendiri tidak tahu.

Baru sahaja Ayyie mahu melangkah keluar apabila dilihatnya Areena mahu terjatuh, seorang lelaki terlebih dahulu menyambut Areena. Dan daripada cara mereka bercakap, bukan seperti baru kenal. Seperti sudah lama kenal.

Dia tahu cara Areena. Areena bukan mudah bergaul dengan lelaki. Lihat sahaja pertemuan antara dia dan Areena. Areena marah-marah kepadanya. Tapi kali ini, Areena melemparkan satu senyuman lagi. Dan siap ke ke retoren. Ayyie menumbuk lagi stering keretanya. Cuba melepaskan tekanan perasaan.

Ayyie kemudian mengundurkan kereta Mercedes Benz nya dan memecut laju ke pejabatnya. Lagu dikuatkan sehingga hampir ke tahap maksimum. Kelajuan kereta pula melebihi had yang ditetapkan. Ayyie memandu dan terus memandu tanpa dia peduli apa keadaan sekeliling.

***

Areena meletakkan beg tangannya di atas meja. Badannya dihempaskan ke sofa. Dia cuba mengingati pertemuan yang tidak disengajakan bersama Asyraff tadi.

“Awak kerja mana sekarang?” soal Asyraff sekaligus memecahkan kesunyian di antara mereka.

“Dekat Bulan Centre,” jawab Areena pendek.

“Mana tu?” soal Asyraff.

“Sebelah ni. Pusat tuisyen,” terang Areena.

“Ehh, bukan dulu awak ambil jurusan lain ke?” Asyraff mengerutkan dahinya.

“Memanglah. Pusat tuisyen ni saya uruskan. Saya tak mengajar,” terang Areena apabila dilihatnya wajah Asyraff seakan-akan pelik.

“Oh. Faham-faham!” ujar Asyraff.

“Hmm… Awak?” soal Areena.

“Saya esekutif bahagian pemasaran,” jawab Asyraff.

“Wah, hebat awak!” puji Areena ikhlas.

“Takde lah,” Asyraff tergelak.

Areena hanya tersenyum. Matanya memandang wajah Asyraff. Masih seperti dulu. Kulit sawo matang sama seperti Ayyie. Mata galak berwarna coklat. Yang ni lain sebab Ayyie mata sepet berwarna biru pekat. Rambut hitam yang sentiasa dicacak-cacakkan persis seperti di zaman kolej. Ayyie pula rambut perang yang digayakan mengikut fesyen Korea.

“Termenung?” soal Asyraff.

“Tak adalah,” nafi Areena.

“Ye ke?” usik Asyraff.

“Iye…” jawab Areena.

“Awak makin lawa lah,” ujar Asyraff.

Thanks. Awak pun makin kacak,” balas Areena.

“Saya memang pada dulu kacak,” ujar Asyraff seraya tertawa.

“Prasan!” ujar Areena dan turut serta ketawa.

Asyraff merenung ke dalam anak mata Areena. Areena yang sedar renungan Asyraff mula berasa tidak selesa.

Hmm.. Asyraff, saya kena pergi dulu ni,” ujar Areena meminta diri.

Areena bangun dan diikuti Asyraff.

“Sekejap. Saya bayarkan ni. Awak tunggu sini,” arah Asyraff.

Areena hanya mengangguk. Dia sendiri bingung. Kenapa dia asyik membandingkan Asyraff dan Ayyie? Kenapa dia teringat-ingatakan Ayyie? Padahal dia sendiri yang menolak cinta Ayyie. Padahal dia sendiri yang menunggu kehadiran Asyraff. Sekarang Asyraff berada di hadapannya dan melayannya. Apa lagi yang kau nak, Areena?

“Jom,” ajak Asyraff sekaligus mematikan lamunan Areena. Areena bingkas melangkah beriringan dengan Asyraff.

“Saya enjoy keluar dengan awak walau tak disengajakan,” ujar Asyraff.

“Saya pun,” jawab Areena pendek.

Hope next time, kita boleh jumpa lagi,” ujar Asyraff.

Areena dan Asyraff sudahpun berada di hadapan pusat tuisyen Bulan. Areena dan Asyraff berdiri.

“Boleh. I guess you know where to find me right?” ujar Areena.

Of course! Areena, saya pergi dulu,” ujar Asyraff.

Asyraff menghulurkan tangannya kepada Areena. Areena menyambut tangan Asyraff. Dan mereka berjabat tangan.

“Dan saya minta maaf pasal dulu-dulu,” ayat terakhir Asyraff sebelum dia berlalu meninggalkan Areena.


Areena bingkas dan terus ke katil. Dibaringkan badannya di atas katil. Matanya melihat kipas tetapi fikirannya masih menerawang kepada Asyraff. Wajah yang dririnduinya itu berada di depan matanya. Orang yang dipujanya makan satu meja bersamanya. Dan orang yang menghinanya meminta maaf kepadanya.

Arghh! Dia sendiri buntu. Kenapa tadi bila dia pandang Asyraff, wajah Ayyie yang muncul? Kenapa bila dia bersalam dengan Asyraff, tangan Ayyie yang dirasakan? Kenapa sewaktu Asyraff melanggarnya, dia rasakan Ayyie yang melanggarnya?

Areena memicit-micit dahinya. Pening kepalanya memikirkan semuanya. Apa sebenarnya yang berlaku pada dirinya? Bukankah dulu dia mengharapkan Asyraff dan apabila Asyraff muncul di hadapannya, kenapa dia tidak merasakan apa-apa.perasaan malahan bayangan Ayyie yang muncul.

Kerana terlampau bingung, Areena bangun dan melangkah ke arah jendela biliknya. Dibuka jendela itu luas-luas. Berhati-hati dia melangkah keluar daripada jendela dan duduk di luar jendela. Posisinya memang bahaya tetapi langsung tidak dihiraukan. Girar kesayangannya juga turut dibawa. Angin malam yang dingin mendamaikan jiwa Areena.

Itulah tempat Areena jikalau dia dilanda masalah. Sudah lama dia tidak duduk di situ. Terakhir ketika dia merindukan Asyraff. Areena memetik gitar kesayangannya itu dan mula bernyanyi.

Apa agaknya khabarmu di sana
Di siniku dibelenggu rindu
Beginikah rasa siksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Aneh memang aneh! Kenapa aku tersiksa bila Ayyie berjauhan dengan aku? Kenapa aku rasa begitu?

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meski pun ku udah jauh beribu batu
Sesaat seperti setahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya
Bila terasa rindu
Ku sebut namamu
Dengan harapan kau kan muncul dalam tidur

Ayyie, aku rindukan kau. Aku rindukan usikan kau. Aku rindukan gelak tawa kau. Aku rindukan renungan kau. Aku rindukan segalanya tentang kau…

Bila terasa rindu
Ku bayang wajahmu
Dalam anganan baru
Hati terasa bagai disembuh
Ohh jauh sekali
Hidup di sini berbeza
Beribu kali ku selesa di sana
Tak sabar menanti
Detik kepulangan
Namun hingga itu apa yang termampu
Pernah di fikiran
Untuk meminggirkan semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian
Dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar

Tapi apa yang aku mampu? Kau merajuk membawa diri. Ayyie, apa yang harus aku lakukan? Di saat-saat macamni, aku perlukan kau!

Areena mengeluh. Ingatannya mula mengingatkan ayat terakhir Ayyie kepada dirinya.

Saya minta maaf sebab ganggu Areena. Saya tahu untuk mendapatkan cinta awak begitu susah dan saya rasa saya dah gagal. Gagal untuk menyelami hati awak. Dan impian saya pun dah berkecai sekarang. Anggap je lah saya tak pernah wujud dalam hidup awak.

Areena sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Perlu dipujukkah lelaki itu? Bagaimana pula mahu memujuk lelaki itu? Arghh! Dia sememangnya tidak pandai mahu memujuk orang. Dan ingatannya beralih pada Asyraff pula. Pada detik-detik perkenalan sehinggalah detik perpisahan.

No comments:

Post a Comment