Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, January 14, 2010

Melodi Cinta 9


Ayyie memecut laju Evo biru miliknya ke pusat tuisyen Bulan. Kereta Evo itu dibeli ketika dia masih belajar. Kira-kira dua tahun lalu. Dahulu, dia selalu memandu kereta Evo itu dan kadang-kala dia berlumba haram tetapi semuanya ditinggalkan apabila dia terpaksa mengambil alih syarikat keluarganya memandangkan hanya dia seorang sahaja anak daripada hasil perkahwinan Dato’ Hasnan dan Datin Haiza.


Dahulu juga dia seorang playboy. Ayyie dikenali sebagai seorang lelaki mata keranjang dan sering bertukar-tukar pasangan sewaktu di zaman kolej. Tetapi itu semua hanya untuk suka-suka dan tidak pernah Ayyie terlanjur. Ayyie masih tahu hukum-hakam Islam.


Tetapi sejak Ayyie bertemu Areena, perangainya sedikit demi sedikit berubah. Ayyie sudah lama tidak menjejaki kelab malam. Ayyie juga sudah lama tidak mengorat mana-mana gadis. Sekarang, hanya Areena menjadi tumpuan Ayyie. Sekarang dan selamanya. Insya-ALLAH.


Kira-kira lima belas minit perjalanan daripada rumahnya ke pusat tuisyen Bulan. Ayyie mematikan enjinnya dan kemudian mengunci keretanya. Ayyie terus sahaja melangkah masuk ke dalam pusat tuisyen tersebut. Ayyie melemparkan senyuman kepada orang-orang yang berada di situ.


Ayyie melangkah ke bilik Areena. Dari cermin tingkap, Ayyie dapat melihat Areena sedang khusyuk menulis sesuatu di buku. Mungkin sahaja menanda buku. Ayyie merenung muka Areena. Wajahnya amat manis pada pandangan Ayyie.


“Encik Ayyie, Cik Areena ada dekat dalam,” ujar Karina, salah seorang tenaga pengajar pusat tuisyen Bulan.


Er.. Okay!” Ayyie mengetuk pintu Areena.


Kedengaran suara Areena menyuruh dia masuk. Perlahan-lahan Ayyie memulas tombol pintu dan kemudian melangkah. Areena masih belum mengangkat muka.


“Areena,” panggil Ayyie.


Areena mengangkat muka memandang Ayyie. Sekejap sahaja dan kemudian menunduk memandang buku-buku dan meneruskan kerjanya. Ayyie pelik dengan kerenah Areena.


“Sibuk ke?” soal Ayyie.


Hmm…,” jawab Areena pendek.


Areena menyelongkar beg tangannya. Ayyie hanya melihat sahaja perlakuan Areena. Dan kemudian Areena menghulurkan telefon bimbitnya. Ayyie mencapai telefon bimbitnya.


Any important call?” soal Ayyie.


“Hm.., Encik Azfar daripada syarikat Azfar&Co. suruh awak call balik. Lisa dan Rina pun suruh awak call balik. Other than that, takde,” ujar Areena bersahaja.


“Lisa dan Rina?” soal Ayyie sambil memeriksa telefon bimbitnya.


Hmm..,” jawab Areena pendek dan kemudian menumpukan perhatian kepada kerjanya.


“Apa lagi lah yang diorang nak?” rungut Ayyie.


Areena tidak menjawab.Dibiarkan sahaja Ayyie merungut sorang-sorang. Ayyie memandang pelik ke arah Areena. Direnungnya wajah Areena.


Can I have back my handphone, please,” ujar Areena.


Ayyie mengeluarkan telefon bimbit Areena daripada poketnya lalu dihulurkan kepada Areena. Areena mencapai telefon bimbitnya.


“Awak punya adik, Alyna telefon. And you got 3 message. Ayyie tak baca pun,” ujar Ayyie.


“Hmm…”


So lunch?” soal Ayyie.


Lunch? Maaflah, saya sibuk sangat harini,” jawab Areena.


“Sibuk macammana pun, awak kena juga makan,” pujuk Ayyie.


Hmm..”


“Jangan asyik hmm.., je Areena. Jom makan. Ayyie arahkan Areena untuk makan sekarang. Karang sakit perut baru tahu,” ujar Ayyie.


“Yelah,” jawab Areena..


Areena bangun dan melangkah keluar diikuti Ayyie. Mereka berjalan berinringan ke kereta Ayyie.


“Mana kereta awak?” soal Areena.


“Tu,” tunjuk Ayyie.


Ayyie membuka pintu untuk Areena. Sekejap, Areena terpinga-pinga tetapi Areena hanya meloloskan dirinya ke dalam kereta Evo milik Ayyie itu. Ayyie bergerak ke tempat pemandu dan kemudian memandu ke destinasi mereka.


“Kereta baru?” soal Areena.


Ayyie memandang Areena sekilas.


“Kereta lama,” jawab Ayyie.


“Tak pernah nampak pun,” ujar Areena.


“Ni kereta waktu zaman kolej. Bila dah kerja tu, terpaksalah Ayyie tukar kereta Mercedes Benz tu. Karang orang tak percaya pula pengurus Bulan Holding’s tu Ayyie,” terang Ayyie.


“Oh. Tapi lawa lah kereta ni. Nampak sporty gitu,” ujar Areena.


Ayyie tersenyum. Gembira dengan perubahan Areena. Jika tadi Areena melayannya seperti acuh tak acuh, sekarang Areena dah melayannya.


“Kenapa Areena minat ke dengan kereta macamni?” soal Ayyie.


“Minat tengok je lah. Kalau nak memandu kereta drift macamni, takutlah!” ujar Areena.


“Kenapa pulak takut? Areena tahu tak, dulu Ayyie ni ada lah juga berlumba. Drift sana drift sini. Tapi semua tu waktu zaman kolej lah. Sekarang ni, dah tak ada masa nak berlumba-lumba lagi,” cerita Ayyie.


“Kira nya awak ni dulu nakal lah kan?” usik Areena.


“Agak nakal lah. Ala, biasalah waktu zaman kolej,” ujar Ayyie.


Hm..,” balas Areena pendek.


“Areena nak belajar tak?” soal Ayyie.


“Belajar apa?” soalan dibalas soalan.


“Belajar drift,” ujar Ayyie.


“Tak nak lah! Areena tak minat semua ni,” jawab Areena jujur.


“Habis Areena minat apa?” soal Ayyie.


Keretanya dimatikan enjin. Soalan itu dibiarkan tidak berjawab untuk seketika. Seperti biasa, Areena membuka pintunya sendiri. Itulah salah satu yang Ayyie suka tentang Areena.


Selepas makan, Ayyie dan Areena berbual-bual seketika.


So?” soal Ayyie.


So?” soal Areena kembali.


“Areena minat apa?’ soal Ayyie.


“Oh. Ingat lagi soalan tu,” ujar Areena sambil tertawa.


So what the answer?” tanya Ayyie lagi.


“Entah, saya pun tak tahu minat apa,” jawab Areena.


“Ada pula? Habis, apa impian Areena?” soal Ayyie lagi.


“Kalau boleh, saya nak bercuti dekat tepi pantai. Menikmati angin pantai. Damai, sejuk. Dan paling penting, saya nak bercuti bersama orang yang saya sayang. Complete kan?” ujar Areena.


“Bulan madu lah kiranya,” usik Ayyie.


“Ye kot,” jawab Areena.


“Selain tu?” soal Ayyie.


“Saya nak buka pusat tuisyen sendiri. Saya nak mengajar golongan sekarang biar dia pandai,” ujar Areena.


“Habis pusat tuisyen Bulan tu?” soal Ayyie sambil menjungkitkan kening.


“Tu awak punya,” jawab Areena.


“Senang je kalau Areena nak capai dua-dua impian tu,” ujar Ayyie.


“Macam mana?” soal Areena.


“Kahwin dengan Ayyie,” ujar Ayyie sambil mengenyitkan matanya.


Areena tergelak mendengar kata-kata Ayyie. Ayyie juga turut tertawa.


“Macam mana pula dengan Ayyie?” soal Areena.


“Kalau Ayyie, Ayyie cuma nak hidup bahagia bersama orang yang Ayyie cinta dan melihat dia melahirkan zuriat untuk menyambung perniagaan Ayyie,” ujar Ayyie.


“Hmm… Memang impian orang berjaya!” puji Areena.


Ayyie hanya tersenyum memandang Areena. Direnung jauh ke dalam mata Areena. Areena cuba melarikan anak matanya tetapi entah kenapa, dia juga mahu merenung mata biru pekat itu. Lama mereka merenung sesama sendiri.


“Tapi Ayyie rasa Ayyie dah jumpa orang tu,” ujar Ayyie tiba-tiba. Matanya masih belum dilarikan daripada menatap mata Areena.


“Siapa?” soal Areena. Anak matanya dilarikan daripada Ayyie.


“Orangnya ada di depan Ayyie,” ujar Ayyie.


Areena memandang belakang. Mencari-cari orang yang dimaksudkan oleh Ayyie tetapi tiada orang pun. Kemudian Areena memandang Ayyie semula. Keningnya sengaja dijungkitkan.


Siapa? Takde orang pun. Takkanlah……


“Orang tu mempunyai sepasang mata bundar berwarna coklat cair. Wajahnya manis. Dan senyuman dia mampu membuatkan jantung Ayyie gugur,” ujar Ayyie.


Hmm…” balas Areena pendek.


“Areena, Ayyie cintakan Areena,” ujar Ayyie penuh perasaan. Matanya masih tidak berganjak dari menikam anak mata Areena. Areena membalas pandangan Ayyie.


Tiba-tiba seorang perempuan menepuk meja mereka. Sekaligus membuatkan Areena dan Ayyie memandang perempuan itu. Wajah perempuan itu amat bengis.


“Ayyie, apa you buat dekat sini? Patutlah selalu busy, rupanya ni kerja you!” marah perempuan itu.


“Rina…” belum sempat Ayyie menghabiskan ayatnya, Rina sudahpun menyampuk.


And you betina, apahal kau menggatal sangat haa? Tak ada lelaki lain ke dalam dunia ni yang kau nak selain Ayyie? Ni Ayyie jugak kau nak. Tak paham aku dengan perempuan macam kau!” marah Rina.


Areena memandang Rina dan kemudian dialihkan kepada Ayyie. Areena bangun dan berdiri di hadapan Rina.


Hmm.., Firstly, nama aku Areena,” ujar Areena sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.


Rina hanya memandang sahaja tangan Areena. Dibiarkan tidak bersambut. Ayyie berdiri di sebelah Areena.


“Areena, apa Areena nak buat ni?” soal Ayyie.


Areena tidak menjawab soalan Ayyie. Ditarik tangannya kembali.


“Tak nak kenal ke? And seperti kau tahu, kalau aku betina kau pun betina lah kan? Sebab kita berdua sama. Kita perempuan. Kau kena ingat tu,” ujar Areena sinis.


Dipandangnya wajah Rina dan kemudian Ayyie. Sinis sahaja pandangannya. Kemudian Areena menyambung.


“Kau tanya Ayyie, siapa yang pergi dekat siapa dulu? Bukan aku yang terhegeh-hegeh nak dekat dia. Tapi dia yang ajak aku kerja dengan dia jadi buat apa aku nak tolak kan? Dan kau tahu tak? Aku lagi tak faham dengan perempuan macam kau. Lelaki dah tak nak tu takkan tak faham-faham lagi kot,” ujar Areena lagi.


“Kurang hajar kau!” marah Rina. Tangannya dihayunkan ke pipi Areena. Tak sempat Areena mengelak, tangan Rina terlebih dahulu singgah di pipinya. Areena memandang Rina. Air matanya mengalir perlahan.


Areena berlari meninggalkan Ayyie dan Rina. Ayyie mahu mengejar Areena tetapi dihalang Rina.


Rina! What are you doing?” marah Ayyie.


“Dia perempuan yang nak rampas you!” jerit Rina.


“Bukan dia yang nak rampas I tapi I yang nak dekat dia! Faham tak?” tengking Ayyie.


What??” Rina terkejut.


I’m sorry Rina. I dengan you memang tak ada jodoh. Sampai sini sahaja hubungan kita. Maafkan I sebab melukakan perasaan you tapi I percaya you berhak dapat lebih baik dari I,” ujar Ayyie sambil berlalu meninggalkan Rina seorang diri.


Areena berlari keluar daripada kafe tersebut. Cepat-cepat Areena menahan teksi dan diberitahu destinasinya. Pemandu itu hanya memandu tanpa banyak hal. Mungkin memahami perasaan Areena.


Lima belas minit kemudian, Areena sudahpun sampai di pusat tuisyen Bulan. Diberikan dua keping not berwarna merah. Areena pantas melangkah ke dalam pusat tuisyen dan terus ke biliknya. Dihempaskan pintu pejabatnya kuat.


Areena menekup mukanya di atas meja. Perlahan-lahan air matanya mengalir membasahi pipinya. Telefon bimbitnya yang berbunyi dibiarkan sahaja. Tidak perlu melihat dia sudah tahu siapa pemanggilnya. Tidak lain tidak bukan Ayyie.


Kenapa aku perlu menangis? Apa sebab aku menangis? Adakah disebabkan Ayyie ataupun disebabkan Rina hina aku? Ya ALLAH, apa sebenarnya perasaan aku ni?


Lima kali deringan, akhirnya telefon itu sepi. Areena menarik nafas dan menghembuskannya perlahan. Dikumpulkan semangat. Kemudian Areena melangkah ke tandas dan dicuci mukanya. Mekap yang dioleskan di wajahnya hilang serta-merta.


Areena kemudian duduk di biliknya dan menyiapkan kerja-kerja yang tertunggak. Sengaja disibukkan dirinya dengan kerja-kerja. Tidak mahu terlalu ikutkan perasaan.


Pintu biliknya diketuk perlahan. Areena tidak menjawab. Apabila tiada tindakbalas daripada Areena, Ayyie melangkah masuk ke dalam bilik Areena. Areena tidak mengangkat mukanya.


“Areena, Ayyie minta maaf,” ujar Ayyie.


Areena mengangkat muka memandang Ayyie. Kemudian diukirkan satu senyuman.


“Untuk?” soal Areena.


“Sebab Rina tadi,” ujar Ayyie.


Hmm… Saya faham. Lagipun tadi kan makwe Encik Ayyie. Saya faham dia pasti ingat bukan-bukan tentang kita. Kalau saya di tempatnya pun saya akan buat perkara yang sama,” ujar Areena bersahaja.


“Areena, Ayyie dan dia dah tak ada apa-apa,” ujar Ayyie.


“Kenapa Encik Ayyie? Sebab saya ke? Maaflah Encik Ayyie,” ujar Areena. Suaranya dibuat-buat seperti bersalah.


“Bukan sebab Areena,” ujar Ayyie.


“Encik Ayyie cakap dengan dia saya minta maaf,” ujar Areena.


“Jangan panggil Ayyie encik. Ayyie tak suka,” ujar Ayyie.


“Suka tak suka, kenyataan tak dapat dielakkan Encik Ayyie,” sengaja Areena menggunakan gelaran Encik Ayyie berulang-ulang kali.


“Areena, jangan seksa hati saya boleh tak?” soal Ayyie penuh perasaan.


Areena merenung wajah Ayyie. Redup mata Ayyie memandangnya. Areena mengalihkan wajahnya apabila Ayyie mula merenung matanya.


“Seksa hati Encik Ayyie? Maaf, saya tak faham apa yang Encik Ayyie cakap,” ujar Areena sinis. Sengaja mahu menyakitkan hati Ayyie.


Ayyie mengeluh perlahan. Dahlah dia terpaksa berdiri untuk memujuk Areena. Lepastu pula hatinya sakit dengan ayat sinis Areena. Tapi tetap tiada hasil. Ayyie memandang wajah Areena. Merenung ke dalam mata Areena. Areena pula mengalihkan anak matanya.


“Areena, pandang mata Ayyie,” ujar Ayyie tegas.


Areena buat tidak tahu dengan arahan Ayyie.


“Areena! Pandang mata Ayyie,” arah Ayyie lebih tegas.


Nak tak nak, Areena memandang juga mata Ayyie. Ayyie merenung terus ke dalam mata Areena. Areena hanya memenuhi arahan Ayyie sahaja. Tidak dilakukan bersungguh-sungguh.


“Areena pandang ke dalam mata Ayyie dan cakap yang Areena tak merasakan apa yang Ayyie rasa. Areena langsung tak cintakan Ayyie. Cakap Areena, cakap!” arah Ayyie.


Areena merenung ke dalam mata Ayyie. Tidak dialihkan walau sesaat anak matanya. Ayyie juga begitu.


“Saya tak pernah cintakan awak walaupun sesaat,” ujar Areena lambat-lambat.


Areena masih memandang Ayyie tetapi Ayyie pula sudah mengalihkan mukanya. Perlahan kaki Ayyie melangkah ke pintu bilik pejabat Areena. Ayyie menoleh ke arah Areena apabila tangannya sudah memegang tombol pintu. Diihatnya Areena menunduk memadang lantai.


“Saya minta maaf sebab ganggu Areena. Saya tahu untuk mendapatkan cinta awak begitu susah dan saya rasa saya dah gagal. Gagal untuk menyelami hati awak. Dan impian saya pun dah berkecai sekarang. Anggap je lah saya tak pernah wujud dalam hidup awak,” ujar Ayyie sayu.


Areena memandang Ayyie. Dapat dilihatnya wajah muram dan mata redup Ayyie. Areena terdiam. Hanya memerhatikan langkah Ayyie meninggalkan bilik itu. Pintu biliknya ditutup perlahan.


Areena terduduk kembali. Dia cuba untuk menyambung kerjanya tetapi tiada hasil. Akhirnya Areena duduk menongkat dagu. Memikirkan apa yang Ayyie cakap. Termenung jauh sebelum dia bangun dan melangkah keluar.

No comments:

Post a Comment