Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, January 23, 2010

Melodi Cinta 12

“Kenapa awak pandang saya macamtu?” soal Asyraff.

Areena terkedu melihat Asyraff berada di hadapan matanya. Sudah dua bulan dia memerhatikan Asyraff dari jauh dan tidak disangka pula lelaki itu sedar. Areena memandang Asyraff tak berkelip. Wajah itu lebih kacak apabila diperhatikan dari dekat.

Hello! Ada orang tak?” tanya Asyraff sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan Areena.

Areena tersentak. Segera dia menundukkan mukanya memandang lantai. Merah mukanya apabila ditegur begitu.

“Awak dengar tak soalan saya?” soal Asyraff.

“Er.. Dengar,” jawab Areena tergagap-gagap.

So what the answer?” soal Asyraff sambil menjungkitkan keningnya.

“Saya… saya…” Areena tergagap-gagap.

“Saya apa?” sergah Asyraff.

“Saya suka tengok muka awak,”laju sahaja Areena menjawab.

Asyraff memandang Areena. Dijengilkan matanya memandang Areena. Areena pula tunduk memandang lantai. Wajahnya sudahpun kemerahan. Di saat ini, dia berharap sangat agar Yasmin ada.

Hmm.., by the way, I Asyraff,” Asyraff memperkenalkan diri.

Areena memandang Asyraff. Tidak percaya apa yang diperkatakan Asyraff tadi.Asyraff tersenyum dan pada pandangan Areena senyuman itu begitu indah sekali.

And you?” soal Asyraff.

“Areena,” jawab Areena laju.

Asyraff tersenyum. Kemudian dipandangnya wajah Areena. Memang manis wajah itu. Ditambah pula dengan anak mata berwarna coklat itu. Tetapi masih tidak layak untuk menjadi teman wanitanya.

“Awak suka saya ye?” soal Asyraff.

Areena mengangguk perlahan-lahan. Asyraff tersenyum sinis.

“Kenapa awak tak cakap terus-terang dengan saya?” soal Asyraff.

Areena merenung mata galak berwarna coklat itu. Asyraff turut membalas renungan Areena.

“Sebab saya takut awak tak terima saya,” jawab Areena teragak-agak sambil tunduk ke bawah.

“Sebab tu?” soal Asyraff.

Areena mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Areena,” panggil Asyraff.

Areena mendongak memandang Asyraff.

“Sekarang ni awak rasa saya terima awak tak?” tanya Asyraff.

Areena tersentak mendengar pertanyaan Asyraff.

“Areena, Areena! Kau ni kelakar tahu tak?” Asyraff tertawa. Sengaja mahu menyakitkan hati Areena.

Areena tidak menjawab. Ditunduk kepalanya. Terkejut kerana Asyraff begitu kasar dengannya.

“Untuk pengetahuan kau, aku takkan terima kau! Sebab apa? Sebab kau tak layak untuk aku! Kenapa kau tak layak untuk aku? Sebab kau ni tak layaklah!” Asyraff tertawa. Ketawa orang kejam.

Air mata Areena perlahan-lahan mengalir. Tidak sangka orang yang dipuja selama ini bersikap begini. Tidak sangka orang yang meraih cinta pertamanya bersikap begini.

“Kau menangis?” soal Asyraff sinis.

Areena tidak menjawab. Asyraff mengangkat dagu Areena supaya Areena memandang dirinya. Areena menurut sahaja.

“Untuk apa kau menangis ni Areena? Untuk kedukaan? Kalau kau cakap dengan aku awal-awal, tak adalah kau terluka macamni kan? Tapi kalau kau bagitahu awal-awal pun, tetap juga kau kena tolak,” Asyraff menyakitkan hati Areena lagi.

Areena menyeka air matanya. Dipusingkan tubuhnya dan melangkah pergi meninggalkan Asyraff.

“Ingat, aku takkan pernah cintakan kau!” sempat lagi Asyraff menjerit kepada Areena.

Areena hanya berlari dan langkahnya berhenti apabila Yasmin menahannya.

“Kenapa ni Areena?” soal Yasmin.

“Jom balik! Jom Yasmin!” ajak Areena.

Yasmin hanya mengangguk. Lantas mereka berdua berjalan ke kereta Yasmin. Yasmin menghidupkan enjin dan memecut laju ke rumah mereka. Sesekali Yasmin mengerling wajah Areena yang kusam tapi tidak pula dia membuka mulut menanyakan apa yang berlaku. Dibiarkan sahaja Areena tenang.

Sampai sahaja di rumah, Areena lantas menapak ke biliknya. Dihempaskan pintu biliknya kuat. Yasmin yang berada di bawah mengurut-urut dadanya. Tidak sangka Areena bertindak demikian. Hantu apalah agaknya yang rasuk Areena?

Areena menangis. Habis bantal-bantal dicampakkan ke bawah. Kemudian dia duduk di sofa biliknya. Diambil gitar kesayangannya dan mula memainkan lagu.

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

Hanya itu yang mampu dinyanyikan Areena. Tangannya lemah untuk memetik tali-tali gitar lagi. Badannya lemah. Akhirnya Areena terbaring lesu di atas sofa. Baring bersama seribu satu kekecewaan dan akhirnya dia terlelap dalam esak tangisnya yang panjang.

Keesokannya, Areena bangun dengan mata yang sembab akibat menangis terlampau lama. Nasib hari ini dia tiada kuliah yang perlu dihadirinya. Areena masih terbaring lesu di atas katilnya. Tidak bermaya wajahnya.

Kusam tidak berseri. Mungkin inilah dinamakan putus cinta. Barulah Areena faham mengapa orang menangis teruk ketika putus cinta. Barulah Areena mengerti kerana dia sendiri pernah melaluinya.

Asyraff, kenapa kau buat aku macamni? Kalaupun kau tak boleh terima aku, kenpa tak tolak baik-baik? Kenapa perlu hina cinta aku? Aku ikhlas mencintai kau! Asyraff, aku terlampau sayangkan kau! Bagaimana aku harus lalui hidup aku lepasni?

Lamunan Areena mati apabila ketukan pintu kedengaran. Tidak perlu meneka, Areena sudahpun mengenal siapa yang mengetuk. Siapa lagi kalau bukan Yasmin. Hanya dia dan Yasmin sahaja yang tinggal di teres dua tingkat ini.

Areena bangun dan membuka pintu untuk Yasmin masuk. Kemudian dia duduk di atas katilnya semula. Yasmin melangkah mendekati Areena. Terkejut juga dia apabila melihat wajah Areena yang langsung tak bermaya.

“Areena, kenapa ni?” soal Yasmin lembut.

Areena memandang wajah Yasmin lama. Air matanya jatuh lagi. Yasmin hanya membalas pandangan mata Areena.

“Yasmin… Dia kata aku tak layak untuk dia. Dia kata aku bukan untuk dia. Dia kata dia takkan pernah cintakan aku. Dan dia juga kata nama dia Asyraff. Semuanya berlaku terlalu cepat Yasmin. Dalam beberapa minit, cinta aku yang disimpan selama dua bulan terkubur begitu sahaja. Apa salah aku Yasmin? Aku tak berhak ke untuk dapatkan cinta dia? Aku tak berhak untuk bahagia?” adu Areena teresak-esak.

Yasmin mengusap lembut belakang Areena. Cuba menenangkan gadis itu.

“Aku pun nak bahagia Yasmin! Kalaupun dia tak cintakan aku, kenapa perlu hina aku? Aku ada maruah! Kalaupun dia benci aku, kenapa dia perlu kutuk aku? Aku ikhlas sayang dia. Terlalu ikhlas. Macammana aku nak hidup lepas ni? Macammana aku nak lupakan dia? Aku tak mampu Min,” Areena menangis lagi.

Yasmin memegang bahu Areena. Disuruhnya Areena memandang mukanya. Areena hanya menurut sahaja.

“Areena, kau mampu lupakan dia! Kau mampu hidup tanpa dia! Kenapa kau nak menangis macamni hanya disebabkan seorang lelaki tak guna? Kenapa kau perlu kecewa macamni kerana seorang lelaki yang tak reti menghargai cinta tulus kau! Bukan kau tak layak untuk dia tapi dia yang tak layak untuk dapatkan kau!” Yasmin memberi kekuatan yang sudahpun hilang daripada Areena.

“Tapi…” belum sempat Areena menghabiskan ayatnya, Yasmin sudahpun memotong.

“Tak ada tapi-tapi. Kau cuba fikir, apa guna kau sedih macamni hanya disebabkan seorang lelaki? Areena, kau kuat! Selama ni aku tak pernah nampak kau macamni. Aku tahu Areena yang aku kenal masih kuat,” ujar Yasmin.
Areena menyeka air matanya. Yasmin memandang Areena memberi kekuatan. Perlahan-lahan senyuman terukir di bibir Areena. Yasmin gembira melihat senyuman Areena. Walaupun dia tahu pasti sukar untuk Areena lupakan Asyraff tapi dia tahu kalau Areena berusaha pasti dia dapat lupakan Asyraff!

No comments:

Post a Comment