Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, January 23, 2010

Melodi Cinta 13

Bunyi telefon bimbit mematikan lamunan Areena. Bayangan Asyraff semuanya hilang. Areena bangun dan berhati-hati dia masuk ke dalam biliknya semula. Gitar disandarkan di dinding dan telefon bimbit dicapai.

Mesej daripada Ilham. Areena tidak sedap hati. Tidak pernah Ilham menghantar mesej kepadanya. Pasti ada hal penting. Areena menekan punat untuk membaca mesej itu.

Yasmin dekat hospital.

Serentak itu telefon bimbit Areena jatuh dari pegangan tangannya. Segera dia mencapai kunci keretanya dan terus turun. Dihidupkan enjin kereta dan terus memecut laju ke hospital.

Tidak sampai sepuluh minit, Areena sudahpun sampai di hospital. Pantas dia bertanya kepada petugas tentang pesakit bernama Yasmin dan setelah mendapat info, Areena melangkah.
Dari jauh kelihatan Ilham sedang duduk sambil menekup mukanya. Areena pantas mendapatkan Ilham.

“Ilham, kenapa Yasmin?” laju sahaja Areena bertanya.

Ilham memandang Areena dan ketika itulah Areena melihat wajah kerisauan Ilham. Sayu hati Areena memandang Ilham.

“Yasmin… Dia dalam… Dia dalam ICU,” tergagap-gagap Ilham menjawab.

Areena tersentak mendengar jawapan Ilham.

“Kenapa? Apa dah jadi?” soal Areena.

“Dia accident waktu dia balik kerja. Kereta dia berlanggar dengan lori,” jawab Ilham.

Sekali lagi Areena tersentak. Areena tersandar di kerusi. Tidak berdaya mahu bangun lagi. Keadaan menjadi sepi. Areena dan Ilham masing-masing melayan perasaan. Bunyi pintu dari bilik ICU yang menempatkan Yasmin kedengaran dibuka dan serentak itu anak mata Areena dan Ilham memandang.

Areena dan Ilham mendapatkan doktor yang berjalan keluar.

“Doktor, macammana tunang saya?” tanya Ilham tidak sabar.

Doktor itu menepuk bahu Ilham berkali-kali. Ilham dan Areena berpandangan sesaat. Apakah ini membawa petanda buruk?

“Sabar ye encik. Allah lebih sayangkan dia daripada kita,” ujar doktor itu.

Ilham terduduk di kerusi mendengar jawapan doktor itu. Areena pula mengalirkan air mata.

“Pihak hospital dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan tunang encik tetapi tak berhasil. Pesakit kehilangan banyak darah sewaktu dalam perjalanan ke hospital. Kami berharap encik bersabar dan ahli keluarga pesakit diminta menguruskan jenazah pesakit,” ujar doktor itu seraya berlalu meninggalkan Areena dan Ilham.

Areena pantas mendapatkan Ilham. Risau juga dia kerana Ilham tidak menunjukkan sebarang reaksi. Hanya berdiam diri sahaja.

“Ilham,” panggil Areena.

Ilham tidak menoleh. Menjawab pun tidak.

Baru sahaja Areena mahu memanggil sekali lagi, ibu bapa Yasmin memanggil dirinya. Pantas Areena mendapatkan ibu bapanya dan memberitahu perihal Yasmin. Bercucuran air mata mengalir mendengar berita hiba itu.

***

Seminggu sudah pemergian Yasmin tetapi rasanya seperti satu tahun. Areena sendiri masih sedih kerana pemergian Yasmin inikan pula Ilham. Areena melangkah mendapatkan Ilham yang berada di pusara Yasmin.

Areena duduk dan mengikut Ilham yang sedang membaca Surah Yassin untuk arwah Yasmin. Usai sahaja, Areena mengajak Ilham ke restoren terdekat untuk menjamu selera.

Areena dapat melihat wajah muram Ilham. Sejak berita kematian Yasmin, tiada reaksi di wajah Ilham. Tidak ada senyuman dan tidak ada tangisan. Areena tahu Ilham sedih. Dia juga sedih tetapi yang pergi tetap pergi.

“Ilham…” panggil Areena.

Ilham tidak menjawab. Areena mengeluh.

“Ilham janganlah macamni. Jangan simpan segala perasaan kau tu sorang-sorang. Aku sedia ada untuk mendengar segala curahan kau. Aku takkan gelakkan kau. Cerita dekat aku,” ujar Areena.
Ilham masih berdiam diri.

“Takpe lah kalau kau belum bersedia tapi kalau kau perlukan aku, aku sentiasa ada untuk kau,” ujar Areena.

Ilham memandang Areena. Perlahan-lahan air mata Ilham jatuh ke pipinya.

“Yasmin… Aku rindukan dia. Aku cintakan dia. Aku perlukan dia. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Kenapa ALLAH ambik dia dari aku? Kenapa?” rintih Ilham dalam esak tangisnya.

“Aku tahu kau sayang dia. Aku pun sayangkan dia. Memang antara kau dan aku berbeza tapi aku pun rasa kehilangan dia. Tapi yang pergi tetap pergi. Ini semua dugaan untuk kau Ilham. ALLAH nak menguji kau, Ilham,” pujuk Areena.

“Tapi aku tak kuat, Areena. Aku tak mampu tanggung ujian ni. Aku tak mampu,” ujar Ilham.

“ALLAH takkan bagi ujian yang manusia tak mampu. Kau mampu Ilham! Aku percaya kau mampu. Aku tahu perasaan kau apabila kehilangan Yasmin sebab aku pun pernah merasainya. Aku tahu kau sedih, kau kecewa. Tapi kau harus terima yang pergi takkan boleh kembali. Hidup ni harus diteruskan, Ilham,” nasihat Areena.

Ilham merenung wajah Areena. Areena mengenggam tangan Ilham memberi kekuatan. Entah kenapa dia menggenggam tangan Ilham dia sendiri tak tahu. Tapi yang dia tahu, Ilham harus diberi kekuatan!

“Tapi….”

“Tak ada tapi-tapi. Kalau kau sedih macamni, Yasmin mesti tak suka. Yasmin mesti sedih juga. Kalau kau nak Yasmin gembira, kau pun kena gembira.”

“Gembira?”

“Tabahkan hati kau untuk lalui semua ni Ilham. Insya-ALLAH kau akan dapat petunjuk,” ujar Areena.

Ilham meraup wajahnya. Air matanya sudahpun kering di pipi. Kemudian dia mengukirkan satu senyuman. Areena membalas senyuman Ilham.

Thanks,” ujar Ilham.

“Macamnilah baru kawan aku!” ujar Areena.

Ilham hanya tersenyum. Areena melepaskan genggaman tangannya. Dan kemudian dia bangun.

“Kalau kau perlukan aku, aku sentiasa ada. Aku pergi dulu ye,” ujar Areena seraya melangkah menjauhi Ilham.

Tanpa disedari mereka, sepasang mata melihat mereka dengan pelbagai perasaan.

***

Ayyie menghempaskan daun pintu biliknya kuat. Bantal-bantal habis dihumbannya ke lantai. Barang-barang yang teratur sudah menjadi kelam-kabut. Dinding biliknya disepak beberapa kali cuba melepaskan kemarahan.

Rambutnya yang tadi kemas sudah kusut masai. Pakaiannya yang juga sudah tidak kemas. Peluh memercik-mercik di dahinya. Setelah penat mengamuk, dia akhirnya terduduk di lantai.

“Areena! Kenapa kau buat aku macamni? Siapa sebenarnya kau? Adakah kehadiran kau selama ini hanya untuk mempermainkan perasaan aku? Cukup Areena, cukup! Aku terseksa sangat. Aku tahu selama ni aku banyak mempermainkan perasaan wanita lain. Aku tahu,” rintih Ayyie sayu.

Dia tahu dia memang patut menerima balasan tetapi bukanlah begini caranya. Hatinya begitu mencintai Areena. Tetapi satu hal yang patut diketahuinya, Areena langsung tidak mencintainya. Takkan pernah.

Ayyie bangun dan melangkah ke bilik air. Segera dia mengambil wudhu’ dan kemudian menunaikan kewajiban orang Islam. Bersujud kepada Tuhan yang satu. Tenang hati dan fikirannya apabila menunaikan solat.

No comments:

Post a Comment