Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, January 23, 2010

Melodi Cinta 14

Areena mengetuk pintu bilik Ayyie perlahan. Dia sudah bertekad mahu berjumpa Ayyie. Meminta maaf atas segalanya. Jika Ayyie tak mahu menerima maafnya, dia akan meletakkan jawatan. Kedengaran suara Ayyie menyuruhnya masuk.

Areena memulas tombol pintu. Berdebar hatinya. Takut pula Ayyie tidak menerima kehadirannya. Ayyie mengangkat muka memandang Areena. Hanya sekilas dan kemudian dia tunduk dan meneruskan kerja-kerjanya.

Areena terasa hati dengan sikap Ayyie tapi digagahkan juga kakinya untuk melangkah mendekati Ayyie. Sampai di hadapan meja Ayyie, Areena berhenti melangkah. Direnungnya wajah Ayyie. Terubat sedikit rindunya.

“Saya nak minta maaf,” ujar Areena.

Ayyie mengangkat muka memandang Areena. Serta-merta kerjanya terpaksa ditangguhkan dahulu.

“Saya minta maaf atas segala salah saya. Maaf sebab buat hati awak terluka. Saya tahu saya salah. Kalau awak nak hukum saya, hukumlah. Saya sedia,” ujar Areena perlahan tetapi jelas di pendengaran Ayyie.

Ayyie tergelak mendengar kata maaf Areena. Areena hanya memandang Ayyie. Tahu akan kesilapannya.

“Ayat ni awak cakap dengan semua lelaki ke?” soal Ayyie sinis.

Areena terkejut dengan tuduhan Ayyie. Mahu sahaja dia mengangkat kaki dan melangkah keluar dari bilik yang dirasakan panas tetapi kerana tekadnya tadi, dia terpaksa menahan segala kemarahan Ayyie. Dia sedar kesalahannya.

“Saya minta maaf,” ujar Areena.

“Senangnya awak minta maaf sedangkan hati saya terluka. Luka yang tak dapat disembuh. Dan puncanya datang daripa Nur Areena Qistina Binti Alham! Saya terseksa selama ni tetapi awak? Awak sibuk layan lelaki lain. Agaknya dah berapa banyak lelaki awak goda? Dan saya salah satu mangsanya kan?” jerkah Ayyie.

Areena tergamam lagi. Tidak sangka Ayyie akan menjerkahnya. Tidak sangka Ayyie akan menghinanya. Katakanlah ini semua mimpi! Tidak sanggup dia menerima kata-kata kesat Ayyie itu tetapi sememangnya itu semua dalam dunia realiti. Dia tidak bermimpi.

“Areena, aku tak sangka kau macamni. Aku ingatkan kau seorang perempuan yang berhati mulia tetapi aku silap. Agaknya memang cara kau ye kenal orang dengan melanggar orang tu? Dan kemudian kau akan keluar makan dengan orang tu even kau baru kenal pun?” hina Ayyie.

Areena tahu apa yang diperkatakan Ayyie. Itu pasti Asyraff. Asyraff sudah lama dikenalinya. Hanya baru berjumpa dan Asyraff juga cinta pertamanya. Cinta yang tak terbalas. Areena hanya diam. Ayyie bangun dan melangkah mendekati Areena.

“Bila kau nak minta putus, kau pegang tangan lelaki tu konon nak bagi kekuatan. Mana maruah kau, Areena? Mana?” tengking Ayyie.

Dan yang ini sudah pastinya Ilham.Bukan dia sengaja mahu memegang tangan lelaki itu tetapi dia mahu memujuk lelaki itu agar menerima hakikat yang Yasmin sudah tiada.

“Apa lagi yang kau nak? Sekarang kau nak mainkan perasaan aku pulak? Tahniah, kau dah berjaya! Tahniah kau dah melukakan perasaan aku yang mencintai kau setulus hati aku. Tahniah, Nur Areena Qistina!” sinis suara Ayyie.

“Cukup Ayyie, cukup! Tujuan saya datang sini bukan nak suruh Encik Ayyie hina saya. Bukan nak suruh awak menengking saya. Saya datang cara baik. Nak minta maaf. Tapi saya tak sangka awak hina saya macamni. Suka hati awaklah nak maafkan saya ataupun tak tapi saya dah minta maafkan?” ujar Areena.

Ayyie hanya memandang Areena. Tidak bersuara.

“Terpulang pada Encik Ayyie nak cakap apa. Saya pun malas nak cakap lebih-lebih. Buat apa kan? Encik Ayyie bukannya percayakan saya. Dan saya pun tak nak bekerja dengan orang yang tak percaya saya,” ujar Areena lagi.

Areena mengambil satu surat daripada beg tangannya. Dihulurkan kepada Ayyie yang tercegat memerhatikannya. Lambat-lambat Ayyie mengambi surat itu.

“Ini surat perletakan jawatan saya. Terima kasih sebab bagi tunjuk ajar selama saya berada di Bulan Center. Dan harap makan minum yang Encik Ayyie belanja selama ni dihalalkan,” ujar Areena perlahan.

Langkah diaturkan keluar daripada bilik Ayyie. Sampai di muka pintu, dia menoleh memandang Ayyie yang membelakanginya. Merenung sekejap belakang badan Ayyie. Cukuplah sekadar menghilangkan rindu di hati. Kemudian dia meneruskan langkahnya.

Ayyie terduduk di atas kerusi. Surat perletakan jawatan yang diberikan Areena dibuang ke dalam tong sampah. Ayyie cuba menyambung kerjanya yang tergendala tetapi satu pun tidak masuk. Ayat Areena tadi seperti terngiang-ngiang di teinganya.

Cukup Ayyie, cukup! Tujuan saya datang sini bukan nak suruh Encik Ayyie hina saya. Bukan nak suruh awak menengking saya. Saya datang cara baik. Nak minta maaf. Tapi saya tak sangka awak hina saya macamni. Suka hati awaklah nak maafkan saya ataupun tak tapi saya dah minta maafkan?

Terpulang pada Encik Ayyie nak cakap apa. Saya pun malas nak cakap lebih-lebih. Buat apa kan? Encik Ayyie bukannya percayakan saya. Dan saya pun tak nak bekerja dengan orang yang tak percaya saya.

Ayyie keliru. Tersangat keliru. Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah Areena tidak bersalah? Ayyie memegang kepalanya. Pening memikirkan hal tadi. Kenapa Areena tidak menafikan segala tuduhannya? Kenapa Areena hanya berdiam diri sahaja? Dan kenapa Areena memberikan surat perletakan jawatan?

Ayyie betul-betul keliru. Ketukan pintu membuat Ayyie tersentak. Segera Ayyie menyuruh orang itu masuk. Kelihatan Elina, setiausahanya berdiri di muka pintu. Senyuman yang dihulurkan Elina kelihatan amat menawan tetapi Ayyie langsung tidak terpikat.

“Encik Ayyie, ada masalah ke?” soal Elina pirhatin.

“Tak ada apa-apa,” jawab Ayyie. Senyuman diukirkan sekadar berbudi bahasa.

“Kalau Encik Ayyie ada masalah, Encik Ayyie boleh bagitahu saya. Saya sedia mendengar. Lagipun kalau Encik Ayyie simpan sorang-sorang, takut beruban je Encik Ayyie ni,” seloroh Elina.

Ayyie tergelak kecil. Senang dengan bual bicara Elina.

“Apa maksudnya kalau orang tu langsung tak memberi penjelasan ketika dirinya dihina? Malahan dia hanya mendiamkan diri. Adakah bermakna orang itu bersalah?” soal Ayyie tiba-tiba.

Elina memandang Ayyie. Tidak terkejut dengan soalan Ayyie kerana tadi dia ada terdengar suara Ayyie dan seorang perempuan seakan bergaduh. Tetapi suara perempuan itu tidak kedengaran sangat. Hanya suara Ayyie yang menengking dan menghina.

“Selalunya, orang yang bersalah akan memberi seribu satu penjelasan walaupun penjelasan itu tak betul. Dan orang yang bersalah juga selalunya akan menafikan dan tidak akan berdiam diri ketika dirinya dihina ataupun ditengking. Orang yang tak bersalah pula selalunya hanya mendiamkan diri sebab mereka tahu walaupun mereka bagi seribu satu penjelasan, pasti tidak akan dipercayai walhal sebenarnya betul alasan dia,” jawab Elina panjang lebar.

Ayyie memandang Elina. Kalau macamtu, apa Areena tidak bersalah? Areena tidak berbohong? Tetapi siapa pula lelaki yang bersama Areena. Dua lelaki yang berbeza dalam jangka masa yang pendek.

“Saya keluar dulu ye Encik Ayyie. Semoga Encik Ayyie bakal menemui kebenaran kelak,” ujar Elina seraya melangkah keluar daripada bilik Ayyie.

Ayyie hanya memerhatikan langkah Elina. Setelah daun pintu ditutup, Ayyie bangun dan melangkah ke sofa. Dihempaskan punggungnya di sofa yang empuk itu. Telefon bimbit di poket dicapai dan didail nombor.

Setelah bercakap sekejap, Ayyie bingkas bangun dan keluar daripada pejabatnya itu.
***

Areena memandang Ilham. Entah kenapa tergerak hatinya mahu menelefon Ilham. Kerana kedengaran sendu sendan Areena, Ilham mengajaknya keluar ke taman. Dahulu Yasmin pernah cakap, taman ni tempat dia dan Ilham selalu lepak kerana udaranya yang nyaman dan suasana yang mampu menenangkan fikiran.

“Areena, kenapa ni?” soal Ilham.

“Ilham, Areena dah penat,” ujar Areena perlahan.

Ilham merenung ke dalam mata Areena. Kasihan dia melihat gadis itu. Yasmin pernah berkata yang Areena merupakan sahabat sejatinya dan Areena sudah banyak terseksa. Yasmin juga menyuruh Ilham menjaga Areena apabila dia tiada. Dan sekarang dia menunaikan amanah Yasmin. Dia akan jaga Areena!

“Areena ceritakanlah apa yang Areena rasa,” ujar Ilham lembut.

Areena menceritakan apa yang terjadi. Daripada hal Asyraff sehinggalah hal Ayyie. Ilham hanya mendengarnya dengan penuh teliti.

“Kenapa hidup Areena selalu malang? Lepas satu, satu lagi bala datang,”ujar Areena.
Ilham menggenggam tangan Areena untuk memberi kekuatan dan serentak itu Areena memandang Ilham. Ilham melemparkan satu senyuman. Manis sekali!

“Dulu Areena pernah cakap dengan Ilham, hidup ni harus diteruskan. Dan sekarang Areena pula mengalah?” soal Ilham.

Areena terdiam.

“Areena, kalau Ilham mampu bangkit semula selepas apa yang terjadi pada Ilham. Areena pun boleh. Areena pun pernah cakap kan ALLAH takkan bagi ujian yang manusia tak mampu hadapinya. Ilham percaya Areena kuat untuk semua ni,” ujar Ilham.

Areena masih diam.

“Areena, tak kira apa yang berlaku Ilham sentiasa ada di sisi Areena. Dan begitu juga Areena kan?” soal Ilham.

Areena mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Sekarang, Areena senyum!” ujar Ilham.

Perlahan-lahan Areena mengukirkan satu senyuman. Ilham mengusap lembut kepala Areena.

That’s my friend,” ujar Ilham.

Areena menampar lembut lengan Ilham. Ilham tergelak melihat reaksi Areena.

“Kalaupun semua orang tinggalkan Areena, Ilham ada di sisi Areena. Arwah Yasmin suruh Ilham jaga kawan dia ni. Arwah Yasmin tak nak tengok kawan dia ni sedih-sedih,” ujar Ilham.

Ilham, thanks..” ujar Areena.

Ilham hanya tersenyum. Areena turut tersenyum.

No comments:

Post a Comment