Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, January 29, 2010

Melodi Cinta 15

Dari jauh sudah kelihatan orang yang mahu dijumpainya. Ayyie melangkah laju ke arah manusia tersebut. Selepas bersalam, Ayyie duduk dan begitu juga orang tersebut.

“Ada apa Encik Ayyie nak jumpa saya?” soal Asyraff.

“Boleh tak kita jangan formal sangat? Panggil Ayyie je,” ujar Ayyie.

Asyraff mengangguk-anggukkan kepala.

“Saya datang bukan nak bincang hal kerja,” ujar Ayyie.

Asyraff mengerutkan dahinya.

“Habis?” soal Asyraff.

“Lebih kepada hal peribadi,” ujar Ayyie.

Asyraff hanya diam. Memberi isyarat agar Ayyie meneruskan kata-katanya.

I believe that you know Areena. Nur Areena Qistina?” soal Ayyie.

“Kenal,” jawab Asyraff sepatah.

“Boleh ceritakan macammana kau kenal dia dan apa hubungan kau dengan dia?” pinta Ayyie.

“Tapi kenapa?” soal Asyraff.

Can you please?”

“Maaf, ini hal peribadi.”

“Kalau kau cerita, aku akan luluskan tender dari syarikat kau. Deal?” soal Ayyie sambil mengangkat kening.

Asyraff terdiam sejenak dan kemudian dia mengangguk-angguk.

“Dia kawan sekolej saya. Or should I call secret admire. Tapi sayang, saya tolak dia. Dan kitorang bertemu semula di tempat kerja dia. Dia terlanggar saya tapi saya sempat sambut dia. Dan saya ajak dia keluar makan. Sejak tu saya tak jumpa dia lagi,” cerita Asyraff ringkas.

“Kenapa kau tolak dia?” soal Ayyie.

“Sebab waktu tu saya dah ada yang istimewa. Tapi selepas saya jumpa dia baru-baru ni, saya rasa menyesal pula tolak dia,” jawab Asyraff.

“Kenapa?” tanya Ayyie tak sabar.

“Dia menawan! Amat menawan! Dan dia lain dari yang lain. Dia bukan macam perempuan lain. She's different!” jawab Asyraff lagi.

“Dan kau nak pikat dia balik?” soal Ayyie.

“Taklah. Saya dah kahwin lah Encik Ayyie,” jawab Asyraff.

Ayyie tergelak. Kemudian dia memandang Asyraff kembali.

Thanks,” ujar Ayyie.

“Tapi kenapa ye?” soal Asyraff.

“Tak ada apa-apa lah. Aku pergi dulu,” ujar Ayyie seraya bangun.

Ayyie menyerahkan dua keping lima puluh ringgit kepada Asyraff dan segera berlalu pergi. Asyraff hanya melihat sahaja langkah Ayyie. Dia sendiri bingung kenapa tiba-tiba nama Areena dikaitkan? Adakah Ayyie ini teman lelaki Areena?

***

Ayyie menghela nafas. Berat sekali bunyi nya. Seorang dah selesai. Yang pasti lelaki tadi pernah bertakhta di hati Areena dahulu tapi bukan sekarang. Dan seorang lagi dia belum pasti.

Ayyie memandu dan terus memandu. Destinasinya dia sendiri tidak tahu. Dan akhirnya dia berhenti di sebuah restoren yang dahulu dia pernah nampak Areena dan seorang lelaki berpegangan tangan.

Ayyie keluar daripada kereta dan melangkah menuju ke dalam restoren itu. Dia memilih tempat di satu sudut yang agak tersorok. Restoren itu bukanlah restoren mewah tetapi hanya restoren biasa.

Makanan sudahpun habis dimakan tetapi kelibat Areena ataupun lelaki itu masih belum kelihatan. Ayyie mengeluh perlahan. Kemudian dia bingkas dan berjalan menuju ke kaunter bayaran.

“Berapa?” soal Ayyie.

“Enam Ringgit lima puluh sen,” jawab penjaga kaunter tersebut.

Ayyie menghuurkan sekeping not berwarna merah kepada penjaga kaunter tersebut.

“Simpanlah baki,” ujar Ayyie.

“Tapi…”

“Takpe. Ikhlas,” ujar Ayyie sambil melemparkan satu senyuman.

“Terima kasih,” ujar penjaga kaunter lagi.

Baru sahaja Ayyie mahu melangkah, dia ternampak kelibat Ilham. Tidak jadi dia melangkah. Segera dia menoleh ke penjaga kaunter kembali.

“Siapa nama?” soal Ayyie.

“Apis,” jawab penjaga kaunter yang bernama Apis itu.

“Nama abang Ayyie. Abang nak tanya sikit boleh?” soal Ayyie.

“Boleh bang,” jawab Apis.

“Apis kenal tak orang tu?” soal Ayyie sambil menjuihkan bibir ke arah Ilham.

Apis melihat orang yang dimaksudkan Ayyie itu.

“Kenal. Kalau tak silap, nama dia Ilham,” ujar Apis.

“Oh Iham. Dia selalu datang dengan siapa?” soal Ayyie.

“Dulu dia selalu datang dengan seorang perempuan. Tunang kalau tak silap. Tapi semenjak dua menjak ni, dia selalu datang seorang,” jawab Apis panjang lebar.

“Oh. Takpelah Apis. Abang nak jumpa dia sekejap,” ujar Ayyie.

Apis hanya tersenyum. Ayyie melangkah menuju ke Ilham yang duduk seorang diri. Sampai di meja Ilham, Ayyie berhenti melangkah. Ilham mendongak memandang Ayyie.

“Ilham ye?” soal Ayyie.

Ilham mengangguk. Ayyie menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Ilham. Ilham bangun dan menyambut tangan Ayyie. Ayyie memperkenalkan dirinya dan kemudian mereka duduk.

If you don’t mind, kita guna aku kau,” ujar Ayyie.

Hmm…” balas Ilham pendek.

Tersentak Ayyie mendengar balasan Ilham. Gayanya sama seperti Areena. Areena pun suka menjawab Hmm… kalau berada dengannya.

“Makan?” ajak Ilham sekaligus mematikan lamunan Ayyie.

Ayyie menggeleng perlahan. Ilham hanya tersenyum dan meneruskan suapan.

“Aku nak tanya kau satu soalan. Maybe it’s sound like personal but I need the answer. Antara hidup dan mati!” ujar Ayyie serius.

“Macam serius je bunyi nya. Apa benda? Tanyalah,” ujar Ilham.

Ayyie menghela nafas mencari kekuatan.

“Kau kenal Areena? Nur Areena Qistina?” soal Ayyie.

Serta-merta Ilham memberhentikan suapannya. Lalu diberikan sepenuh tumpuan kepada Ayyie. Adakah ini orang yang bertanggungjawab membuat Areena menangis tadi?

“Kenal. Kenapa?” Ilham pula yang menyoal.

Ayyie memandang Ilham. Kenal? Adakah ini bermakna Ilham teman lelaki Areena?

Ohh, adakah aku sedia menerima hakikat bahawa Ilham teman lelaki Areena? Berikan aku kekuatan!

Ilham yang sedar kekalutan wajah Ayyie tersenyum. Sekarang dia tahu lah kenapa Areena menangis. Dan kenapa lelaki itu menanyakan soalan mengenai Areena.

“Kenapa?” soal Ilham sekali lagi.

“Apa hubungan kau dengan dia?” soal Ayyie.

“Kenapa kau nak tahu? Engkau teman lelaki dia ke? Ataupun kau suami dia?”soalan dibalas dengan soalan yang agak sinis.

Ayyie memandang Ilham sayu. Memang sah lelaki itu adalah teman lelaki Areena. Perlahan Ayyie bangun.

“Takpelah. Sorry kacau kau,” ujar Ayyie perlahan tetapi cukup untuk Ilham dengar.

Ilham yang tidak mampu menahan tawanya tertawa terbahak-bahak melihat reaksi Ayyie. Ayyie agak berang dengan perlakuan Ilham. Baru sahaja Ayyie ingin melangkah, Ilham memanggilnya. Ayyie menoleh ke arah Ilham.

Relax lah. Aku saje je nak uji kau,” ujar Ilham sambil cuba mengawal tawanya.

“Maksud kau?” soal Ayyie.

“Duduklah dulu,” ujar Ilham.

Ayyie menurut. Dia duduk di hadapan Ilham.

“Aku dengan Areena hanya kawan lah. Aku diamanahkan menjaga Areena. Kau kenal Yasmin?” soal Ilham.

Ayyie mengangguk. Areena pernah menceritakan mengenai Yasmin. Katanya dia kawan serumah Areena dan merangkap kawan sejati. Tapi apa kena mengena dengan Yasmin?

“Takkan Areena tak pernah ceritakan yang Yasmin sudahpun bertunang dan nama tunang dia Ilham,” ujar Ilham.

Ayyie tersentak. Memang Areena ada memberitahunya mengenai hal itu tetapi dia lupa. Mungkin kerana terlalu ikut perasaan, dia sendiri yang rugi.

“Tapi sayang, Yasmin dah pergi. Pergi yang takkan kembali. Kau fahamkan maksud aku?” soal Ilham.

Sekali lagi Ayyie tersentak. Yasmin dah tiada? Maknanya Yasmin dah meninggal?

“Aku sayang dia sangat-sangat tapi Allah lebih sayangkan dia. Apa yang aku boleh buatkan? Areena lah yang bertanggungjawab memberi aku kekuatan. Memberi aku kata semangat sehingga aku pulih macam sekarang. Tapi tak dinafikan, kadang-kadang, aku rindu jugak dengan Yasmin,” ujar Ilham.

Sorry, aku tak tahu,” ujar Ayyie.

“Kau jangan minta maaf dengan aku tapi kau minta maaf dengan Areena. Kau tahu tak, dia dulu pernah dikecewakan. Dengan seorang lelaki bernama Asyraff. Kalau tak silap aku lah. Yasmin yang ceritakan. Susah untuk dia lupakan lelaki bernama Asyraff dan disebabkan itu, dia keraskan hati dia untuk mana-mana lelaki,” cerita Ilham.

Patutlah selama ni dia buat endah tak endah je dengan aku! Asyraff, kau memang bodoh sebab lepaskan Areena dan aku pun sekarang tergolong dalam orang bodoh.

“Dan kehadiran kau buat dia mampu lupakan Asyraff. Sedikit demi sedikit Asyraff mula luput dalam ingatan dia. Dan apabila dia dah mencintai kau, kau pula tengking dia. Kau pula hina dia. Kau cuba bayangkan apa perasaan dia?” cerita Ilham lagi.

Ayyie tergamam. Mengakui kesilapannya. Kesilapan terbesarnya kerana melepaskan Areena. Kerana melukakan perasaan gadis itu.

“Pergilah Ayyie, pergi! Pergi cari dia dan terangkan segala hal. Biar dia tahu kau pun mencintai dia. Pergilah sebelum terlambat,” ujar Ilham.

“Mana aku nak cari dia?” soal Ayyie.

Dia sendiri buntu. Kalau dahulu, mungkin dia boleh cari di Bulan Center tetapi sekarang tidak. Areena sudah berhenti kerja. Di mana? Rumah gadis itu? Dia sendiri tak tahu.

“Ni kad aku. Kalau kau nak apa-apa, kau telefon aku,” ujar Ilham sambil menghulurkan sekeping kad kepada Ayyie.

Ayyie mencapai kad tersebut. Ilham menepuk bahu Ayyie dan kemudian berlalu pergi. Ayyie memasukkan kad Ilham ke dalam beg dompetnya. Perlahan dia bangun dan melangkah longlai ke keretanya.


No comments:

Post a Comment