Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, January 30, 2010

Melodi Cinta 16

Angin malam yang dingin menampar-nampar badan Areena. Dibiarkan sahaja telefon bimbitnya yang tidak berhenti berdering di atas meja. Malas mahu menjawab. Dia sudah tahu siapa pemanggilnya. Tak lain tak bukan Ayyie.

Tidak cukup lagikah mengina dirinya? Tidak cukup lagikah menengkingnya? Dan tidak cukup lagikah melukakan hatinya? Mahu telefon lagi? Untuk apa? Untuk menengking lagi atau untuk menghina dirinya lagi?

Malas mahu mendengar deringan telefon, Areena bingkas melangkah keluar dari biliknya. Areena menuruni anak tangga dan melangkah keluar dari rumah. Duduklah dia di hadapan keretanya yang diparkirnya di hadapan rumah. Gitar yang dibawanya tadi dipetik menjadikan melodi. Dan kemudian dia membuka mulut dan menyanyi mengikut melodi menjadikan satu lagu yang indah.

Pernahkah kau bicara
Tapi tak didengar
Tak dianggap
Sama sekali

Pernahkah kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak diberi kesempatan

Ku hidup dengan siapa?
Ku tak tahu kau siapa
Kau kekasih ku
Tapi orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskanlah teruskanlah
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan kebutuhanmu

Bezanya aku bukan kekasih kau. Bezanya aku bukan sesiapa untuk kau. Tapi aku sayang kau! Terlampau sayang. Tapi kau hina aku. Teruskanlah dengan sikap kau! Kau tak pernah menyiasat kan? Ahh, siapalah aku kepada kau!

Sekali lagi, air matanya mengalir. Pantas Areena menyeka air matanya. Gitar dipeluknya. Tidak percaya Ayyie telah bertakhta di tempat pertama di hatinya. Dan tidak percaya Ayyie telah merobek-robekkan hatinya.

Tiba-tiba, Areena dikejutkan dengan satu suara. Suara yang amat dikenalinya.

“Areena..” panggil suara itu lagi.

Perlahan Areena mengangkat muka. Dan serentak itu dia terkejut kerana itu semua bukanlah mimpi. Memang yang berdiri di hadapannya ialah Ayyie. Areena bingkas.

“Apa kau buat dekat sini? Macammana kau masuk?” soal Areena bertalu-talu.

Ayyie merenung ke dalam mata Areena. Areena membalas renungan itu tetapi dia kalah. Segera dialihkan matanya. Takut dia kalah dengan perasaannya dan memaafkan lelaki yang menghinanya itu.

“Pintu pagar tak kunci,” jawab Ayyie.

Areena memaki diri sendiri dalam hati. Kenapalah dia tidak mengunci pintu pagar? Jika tidak, takdelah perkara buruk macamni berlaku! Baru sahaja Areena mahu melangkah untuk masuk ke rumah, Ayyie terlebih dahulu menarik tangannya sehingga membuatkan Areena berada dalam pelukan Ayyie.

“Lepas lah!” marah Areena.

“Tak selagi Areena tak maafkan Ayyie,” ujar Ayyie tenang.

Areena memandang Ayyie. Ayyie membalas pandangan Areena. Pandangan yang penuh kemarahan bersatu dengan pandangan yang penuh cinta lalu siapa yang menang?

“Sampai mati pun takkan!” marah Areena lagi.

“Kalau macamtu sampai mati, Ayyie takkan lepaskan Areena,” ujar Ayyie.

What? Ini tak masuk akal! Takkan dia nak peluk aku macamni? Karang tak pasal-pasal kena kahwin free.

“Aku kata lepas, lepaslah!” jerit Areena.

Ayyie mengemaskan lagi pelukannya.Areena menjengilkan matanya. Sesak dadanya dipeluk begitu. Inilah kali pertama dia dipeluk oleh insan bergelar lelaki.

“Ayyie… Please lepaskan Areena,” rayu Areena.

Dia tekad! Walau apa pun cara, dia akan melepaskan diri dari lelaki ini. Tidak kira apa cara sekalipun.

“Maafkan Ayyie dulu,” ujar Ayyie.

“Iye.. Areena maafkan Ayyie,” ujar Areena lembut.

Ayyie melepaskan pelukannya. Areena menghela nafasnya. Kemudian dia mencapai gitar kesayangannya dan berlari masuk ke dalam rumah. Ayyie yang sedar dirinya dipermainkan cuba mengejar Areena tetapi Areena lebih pantas. Pintu sudahpun ditutupnya.

“Areena, buka pintu ni!” jerit Ayyie lembut.

Areena hanya mendiamkan diri.

“Sayang, buka lah pintu ni,” ujar Ayyie lagi.

Areena masih mendiamkan diri. Tiada lagi suara dari Ayyie. Areena lega. Tetapi hanya sekejap. Tiba-tiba Ayyie mengetuk pintu cermin pula.

Please!” rayu Ayyie.

Areena akhirnya akur. Dia membuka pintu cermin tersebut. Kini jarak mereka hanya dipisahkan besi-besi grill.

“Apa kau nak?” soal Areena kasar.

“Maafkan Ayyie,” ujar Ayyie.

Areena tergelak. Dia berdiri di hadapan grill sambil memeluk tubuhnya. Ayyie pula bediri sambil memegang besi-besi grill.

“Bukan ke aku ni perempun tak ada maruah? Bukan ke aku ni perempuan gatal? Kenapa kau datang sini? Siapa yang gatal sebenarnya? Siapa yang tak ada maruah sebenarnya?” perli Areena.

“Tak Areena, tak! Ayyie silap. Ayyie tahu Ayyie lelaki bodoh sebab lepaskan Areena. Ayyie tahu Ayyie ni tak guna akal untuk bercakap. I’m sorry sayang..” Ayyie memujuk.

Sorry? Tak semudah tu Ayyie. Tak semudah tu. Kau juga pernah cakap tak semudah tu untuk kau maafkan aku dan begitu juga aku. Tak semudah tu aku nak maafkan kau. Kau hina aku. Kau tengking aku. Apa makna semua tu?” Areena meluahkan apa yang dipendamnya.

Ayyie menghela nafas. Segera dia berlalu meninggalkan Areena. Areena duduk di sofa. Lega juga kerana Ayyie sudahpun pergi dari situ. Air matanya yang sudahpun kering di pipi dilapnya dengan tisu. Perit rasanya.

Tersentak dia apabila mendengar alunan petikan gitar. Setahunya dia tidak memasang radio ataupun televisyen. Jadi di manakah ia datang? Areena segera melihat ke sliding door. Tercegat Ayyie bersama gitar.

Areena memandang Ayyie. Dapat dilihatnya Ayyie memetik gitar dan mahu membuka mulut untuk menyanyi. Satu-satu bait keluar daripada mulut Ayyie dihayatinya. Dan akhirnya dia tenggelam dalam alunan suara Ayyie diiringi petikan gitar.

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Ku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Aku pun harap macamtu jugak Ayyie tapi susah Ayyie. Susah aku nak lupakan segala kata-kata kau. Segalanya pahit untuk aku telan…

Ku ingin dirimu
Dekat di hatiku
Berdua kita kan raih bahagia

Ku ingin dirimu
Turut merasa
Rasa rindu tuk menatap matamu
Menatap matamu

Memang aku rindu sangat nak renung mata sepet kau yang berwarna biru pekat itu tetapi bila aku mahu renung sahaja, kata-kata kau bermain di fikiran aku. Aku benci Ayyie.

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Kalau kau sudi menemaniku
Takkan ku lepas walau sedetik pun

Memang aku sudi tapi.. Arghh.. Aku cintakan kau Ayyie tapi dalam masa yang sama aku bencikan kau? Antara cinta dan benci, siapakah yang akan menduduki takhta pertama?

Ayyie merenung Areena. Areena juga merenung Ayyie. Ahh, andainya dua insan ini berterus terang, tidaklah keadaan menjadi terlampau complicated. Bukankah Allah menciptakan mulut untuk bercakap? Cakaplah Ayyie yang kau mencintai Areena. Katakanlah Areena yang kau turut mencintai Ayyie.

Areena bangun dan melangkah ke arah Ayyie. Ayyie hanya menanti. Sangkanya Areena akan bercakap dengannya tetapi sebaliknya berlaku. Areena menutup sliding door dan juga langsir. Kemudian dia berlari ke biliknya.

Ayyie hanya mampu melihat Areena. Air matanya menitis perlahan. Sakit hatinya hanya Allah yang tahu. Parah lukanya hanya Allah yang tahu. Sesalnya hanya Allah yang tahu. Perlahan dia melangkah ke arah keretanya. Sekali lagi dia menoleh memandang rumah. Tetapi hampa, tiada kelibat Areena. Berat kakinya mahu masuk ke dalam kereta Evo nya itu tetapi diturutkan jua.Dan terus kakinya menekan pedal minyak dan memecut laju meninggalkan rumah Areena.
***

Areena merebahkan tubuhnya ke atas tilam yang separa empuknya. Telefon bimbitnya dicapainya. Terdapat 99 missed call. Gila lah! Hanya satu daripada Ilham dan yang lainnya daripada Ayyie. Dan terdapat pula 25 messages. Areena membaca semua mesej itu. Semuanya daripada Ayyie. Dan beginilah bunyi mesej itu:-

Please pick up the phone, Areena!

Maafkan Ayyie! Jawablah telefon..

I’m so sorry sayang.. Please forgive me. Pick up the phone. I’m begging you sayang!

Dan yang sewaktu dengannya. Semuanya mengandungi kata maaf dan menyuruhnya menjawab telefon.Areena memadam segala mesej yang diberikan Ayyie. Kemudian, dia menelefon Ilham. Baru beberapa saat, Ilham sudah menjawabnya.

Hello,” sapa Ilham.

Hello. Kenapa telefon Areena?” soal Areena.

Areena okay?” soal Ilham. Tidak mempedulikan soalan Areena.

Okay. Kenapa?” soal Areena lagi.

“Bunyi macam tak je,” ujar Ilham.

Areena tergelak kecil. Cukup untuk menutup keresahan di hati.

“Gelak palsu,” komen Ilham.

“Ilham.. Areena nak pindah lah,” ujar Areena. Cuba mengalihkan topik.

“Kenapa pula?” soal Ilham agak terkejut.

“Areena tak mampu nak bayar sewa rumah ni. Kalau dulu Areena kongsi dengan Yasmin tapi sekarang Areena seorang. Kalau dulu Areena ada kerja tapi sekarang Areena menganggur. Mana Areena nak cekup duit untuk bayar sewa rumah?” terang Areena.

“Habis Areena nak tinggal mana?” soal Ilham.

“Areena ingat nak tinggal dekat rumah mak Areena je. Dekat Seremban senang sikit nak cari kerja. Dekat K.L ni susah,” ujar Areena.

“Atau Areena nak lari dari masalah Areena dekat sini?” soal Ilham.

Areena tersentak. Lari dari masalah? Maksud Ilham apa?

“Maksud Ilham?” soal Areena.

“Areena nak larikan diri dari Ayyie kan? Areena, kenapa Areena nak jadi ego sedangkan hati Areena kuat mengatakan Areena cintakan dia. Kenapa Areena?” soal Ilham.

Areena terdiam. Maknanya Ilham kenal Ayyie? Ahh, bagaimana pula mereka kenal?

“Areena, sejauh mana pun Areena lari, masalah tu tetap ada. Areena kena selesaikan segala masalah tu dulu,” nasihat Ilham.

“Dah, Areena dah selesaikan. Areena bencikan Ayyie! Faham? Benci benci dan benci!” Areena terus menekan punat end call.

Areena mendail pula nombor ibunya, Puan Esah. Sekejap sahaja talian dijawab.

Hello,” sapa Puan Esah.

“Mama, Reen nak tinggal sana,” ujar Areena.

“Kenapa ni sayang? Ada masalah ke?” soal Puan Esah.

“Tak ada apa-apa lah ma. Cuma Reen nak ketenangan. Boleh tak ma?” soal Areena.

“Mestilah boleh. Rumah mama, rumah Reen jugak. Bila Reen nak balik sini?” soal Puan Esah.

“Esok pagi mama,” jawab Areena.

Okay. Lyn mesti suka,” ujar Puan Esah.

“Hmm… Okay lah mama. Reen nak tidur ni. Selamat malam ma,” ujar Areena.

“Selamat malam Reen,” ujar Puan Esah sebelum Areena mematikan talian.

No comments:

Post a Comment