Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, January 30, 2010

Melodi Cinta 17

Beg besar dikeluarkan dari bonet kereta Myvi miliknya. Salam sudahpun diberikan dan muncul dua orang wanita di muka pintu.

“Kakak!” jerit Alyna, satu-satunya adik Areena sambil berlari mendapatkan Areena. Badan Areena dirangkulya. Areena membalas pelukan Alyna.

“Isy. Masuk lah dulu,” tegur Puan Esah.

Areena meleraikan pelukan di antara dia dan Alyna.

“Biar Lyn bawak beg kakak masuk,” ujar Alyna.

Areena mengangguk. Beg roda diseret Alyna masuk ke rumah. Areena mengikut langkah Alyna sambil memegang tangan Puan Esah Mereka duduk di ruang tamu. Beg diletakkan di atas meja.

“Bilik Reen, mama dah kemaskan,” ujar Puan Esah sambil berlalu ke dapur.

“Ma, Reen naik dulu ye. Sekejap lagi, Reen turun. Nak kemas baju-baju sekejap,” ujar Areena.

“Ala kakak ni. Baru je balik nak berkurung dalam bilik,” rungut Alyna.

Areena tergelak kecil. Kepala Alyna diusap perlahan. Kemudian dia bangun dan melangkah ke tangga dengan menarik beg besarnya. Sampai di anak tangga pertama, Areena menoleh ke arah Alyna.

“Umur dah 23 tahun tapi perangai macam budak kecik!” usik Areena.

Alyna menjelirkan lidah. Areena tergelak dan mendaki tangga ke biliknya.

***

Usai sahaja makan, Areena, Puan Esah dan Alyna berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen. Lama mereka tidak berkumpul begitu. Akhir sekali tiga bulan lepas. Ini semua kerana Areena asyik sibuk dengan kerjanya sehinggakan tiada peluang untuk pulang.

“Lama akak tak balik kan?” soal Alyna.

Areena menayangkan giginya.

“Tak habis-habis tayang gigi. Menyampah Lyn,” Alyna merungut.

Areena tergelak kecil. Puan Esah juga turut tertawa. Alyna pula menarik muncung.

“Ala… Comelnya adik kakak ni. Jangan lah merajuk. Kakak bukan sengaja tak nak balik. Busy la Lyn. Tapi kakak call kan setiap minggu?” Areena memujuk.

“Iyelah..” jawab Alyna pendek.

“Reen dah berpunya ke belum ye?” soal Puan Esah. Tukar topik!

“Belum. Siapa lah nak dekat Reen ni kan?” Areena merendah diri.

“Baguslah,” ujar Puan Esah perlahan tetapi dapat didengar oleh Areena.

“Bagus apa ma?” soal Areena.

“Reen ingat lagi tak Rizal?” soal Puan Esah.

“Rizal sepet tu ke?” Areena cuba meneka. Takut pula tersalah.

“Ye lah kak. Abang Rizal yang duduk belakang rumah kita ni lah,” Alyna menyampuk perbualan Areena dan Puan Esah.

“Ohh. Lama tak jumpa dia. Macammana dia? Dah ada rambut ke belum ye?” soal Areena seraya tertawa.

Alyna dan Puan Esah turut tertawa mendengar soalan Areena.

“Dah ada rambut dah kak. Dah hensem,” ujar Alyna.

“Ye ke? Bolehlah jumpa dia petang nanti. Lama tak borak dengan dia ni,” ujar Areena.

“Baguslah tu,” ujar Puan Esah.

“Kenapa ni ma? Asyik bagus-bagus. Apa sebenarnya yang berlaku? Boleh bagitahu Reen tak?” Areena mulai syak sesuatu.

Puan Esah merenung Areena. Areena membalas pandangan Puan Esah sambil mengerutkan dahi . Alyna pula menonton televisyen.

“Dia ada masuk merisik Reen,” ujar Puan Esah teragak-agak.

Areena melopong mendengar kata mamanya. Rizal masuk merisik? Apa yang mama jawab agaknya? Adakah mama setuju? Ohh tidak!

“Tapi mama tak bagi apa-apa jawapan lagi. Mama serahkan pada Reen. Takut kalau Reen dah ada pilihan hati,” jelas Puan Esah seakan tahu apa yang bermain di fikiran Areena.

Areena tersenyum sedikit. Lega hatinya kerana Puan Esah faham keadaannya.

Thanks mama. Reen sayang mama,” ujar Areena sambil mmeluk Puan Esah.

Puan Esah hanya tersenyum. Areena kemudian meleraikan pelukannya. Areena bersandar di sebelah Alyna. Puan Esah memandang Areena lama. Merenung anak mata Areena.

“Reen ada masalah ke?” soal Puan Esah tiba-tiba.

“Haa? Apa?” Areena kurang dengar apa yang Puan Esah katakan tadi.

“Reen ada masalah ke?” soal Puan Esah sekali lagi.

“Masalah kan memang tak lari dari manusia,” Areena bermain kata.

“Apa masalah Reen?” soal Puan Esah lagi.

“Ala, Reen sebenarnya dah berhenti kerja. Tu lah Reen nak duduk sini sekejap. Ingatkan nak cari kerja dekat sini je. Malas lah nak kerja dekat K.L. Stress je,” ujar Areena.

“Kenapa berhenti kerja?” sampuk Alyna yang tadinya menonton televisyen.

“Tak ada masa nak rehat. Lepas ni tak nak dah kerja dekat pusat tuisyen. Ingatkan nak kerja ikut kelayakan Reen,” ujar Areena.

“Ye lah Reen. Mama setuju je apa yang Reen buat kecuali benda yang tak elok lah,” kata Puan Esah seraya berlalu ke dapur.

Areena hanya memerhatikan langkah Puan Esah. Syukur, mama faham keadaannya dan syukur mama tak tanya lagi pasal masalah dia.

Terima kasih mama!

***

Ayyie menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sudah hampir dua jam dia mendail nombor Areena tetapi semuanya dijawab oleh peti suara. Jarinya sudahpun kebas. Tapi diteruskan juga mendail. Memang itulah sikap Ayyie. Tidak mudah putus asa.

Buntu fikirannya. Di manakah dia pelu mencari Areena? Adakah dia harus menyertai rancangan jejak kasih Areena? Kepalanya disandarkan di kerusi. Baru sahaja dia mahu mendail nombor Areena sekali lagi, ada panggilan masuk. Pantas ditekannya punat hijau apabila nama Ilham tercatat.

Hello,” sapa Ilham.

Hello,” sapa Ayyie lesu.

“Macammana?” soal Ilham.

“Macamtulah. Lagi teruk,” ujar Ayyie sayu.

“Maksud kau?” soal Ilham.

“Aku tak tahu mana nak cari dia. Telefon dia tak jawab. Rumah dia pula tak ada orang. Tak tahu mana dia lari,” ujar Ayyie.

“Sekejap sekejap! Semalam dia ada cakap dengan aku dia nak balik rumah mak dia. Mungkin dia ada dekat sana tak?” teka Ilham.

“Kau tahu alamat rumah mak dia?” soal Ayyie.

“Aku pernah datang sana dengan Yasmin dulu. Aku rasa aku ingat lagi rumah dia,” jawab Ilham.

“Boleh kau hantar aku pergi sana?” soal Ayyie.

“Boleh. Kau datang dekat office aku pukul 3.00 ni. Dan aku rasa kau kena bawak baju lebih lah. Maybe you have to stay there for two or three days,” ujar Ilham.

Hmm. Okay. Jumpa kau nanti! Bye,” ujar Ayyie seraya mematikan talian.

Ayyie kemudian menekan telefon di atas meja untuk disambungkan kepada Elina, setiausahanya. Disuruhnya Elina masuk. Ayyie mengemas mejanya. Barang-barang yang penting disimpan ke dalam beg kerjanya. Elina masuk apabila Ayyie megarahkannya.

“Ada apa encik?” soal Elina.

“Elina, saya nak keluar ni. Appoiment untuk tiga hari ni awak tolong batalkan. Saya ada emergency case. Kalau ada apa-apa yang penting, awak call ataupun email saya,” arah Ayyie.

“Baik encik,” ujar Elina.

“Saya serahkan kepada awak ye Elina,” ujar Ayyie seraya bangun.

Elina mengangguk dan melemparkan satu senyuman manis. Kemudian Elina keluar dari bilik Ayyie diikuti Ayyie.

No comments:

Post a Comment