Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, January 30, 2010

Melodi Cinta 18

Hon dibunyikan sebanyak dua kali. Kemudian Ilham dan Ayyie keluar dari kereta. Perjalanan yang mengambil masa hampir dua jam itu agak meletihkan. Ilham memang pemandu yang berhemat. Kalau Ayyie yang memandu, tidak sampai satu jam sudah sampai.

Kelihatan seorang wanita yang berumur lingkungan awal 50-an keluar dan membuka pintu pagar. Ilham menghulurkan tangan dan apabila tangannya disambut, dicium tangan tua itu. Ayyie juga melakukan hal yang sama.

“Assalamualaikum mak cik,” sapa Ilham.

“Waalaikumusalam. Datang sorang je? Yasmin mana?” soal Puan Esah.

Ilham memandang Puan Esah pelik. Takkanlah Areena tak bagitahu Puan Esah? Ataupun Areena tak balik lagi?

“Areena tak bagitahu ke?” soal Ilham agak pelik.

“Bagitahu apa?” soal Puan Esah lurus.

Ilham menelan liur. Betullah Areena tak bagitahu. Puan Esah yang sedar keadaan itu menyelamatkan keadaan.

“Ehh, masuklah dulu,” ajak Puan Esah.

Ilham dan Ayyie mengangguk-angguk. Mereka kemudian masuk dan duduk di ruang tamu. Puan Esah pula berlalu ke daput untuk membuat air.

“Mana Areena?” soal Ayyie agak perlahan.

“Manalah aku tahu. Mungkin dia keluar kot dengan adik dia,” jawab Ilham. Juga dalam keadaan perlahan.

“Oh. Kau selalu ye datang sini?” soal Ayyie.

“Selalu tak selalu. Dalam tiga bulan sekali tu ada lah. Tu pun sebab Yasmin yang ajak. Takpun pergi raya,” jawab Ilham.

Belum sempat Ayyie membuka mulut, Puan Esah sudahpun sampai bersama dulang yang berisi minuman dan sedikit makanan. Puan Esah menuang fresh orange ke dalam dua gelas.

“Jemputlah minum,” ujar Puan Esah.

“Mak cik tak minum sekali?” soal Ayyie.

“Tak pe. Mak cik tuan rumah kena lah layan tetamu,” jawab Puan Esah.

Ayyie dan Ilham meneguk air tersebut. Kemudian diletakkan kembali di atas meja.

“Nama kamu siapa?” soal Puan Esah.

“Panggil je Ayyie,” jawab Ayyie sopan.

“Ayyie. Tak pernah dengar mak cik nama kamu ni,” ujar Puan Esah.

Ayyie tergelak kecil. Memang nama panggilannya agak pelik. Tapi itulah namanya.

“Nama panjang saya Muhamad Ayyiedin. Saya tahu nama saya pelik,” ujar Ayyie.

“Oh. Ilham, apa yang Areena tak bagitahu mak cik tu?” soal Puan Esah. Matanya beralih kepada Ilham pula.

“Yasmin dah tak ada, mak cik,” jawab Ilham lambat-lambat.

Puan Esah agak terkejut dengan jawapan Ilham. Maknanya Yasmin sudah meninggal. Tetapi kenapa Areena tidak memberitahunya? Adakah itu sebab Areena berpindah? Apa lagi agaknya yang Areena rahsiakan darinya.

“Mak cik minta maaf. Areena tak bagitahu mak cik pun,” ujar Puan Esah agak bersalah.

Ilham tersenyum kelat.

“Mungkin Areena lupa nak bagitahu kot,” ujar Ilham.

Sebentar keadaan senyap. Hanya kedengaran suara dari televisyen. Dan kedengaran pula bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah dan sekejap enjin dimatikan. Kedengaran dua gadis bergelak tawa sambil bergurau senda.

“Mana ada! Kakak ni kan!” suara Alyna bergema.

Areena tergelak sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Puan Esah menggeleng-geleng melihat kerenah dua beradik itu. Ayyie pula merenung wajah Areena. Ilham hanya memerhatikan sahaja. Areena masih belum sedar dirinya diperhatikan dan kehadiran Ayyie.

“Reen,” panggil Puan Esah.

Areena menoleh ke Puan Esah. Segera tawanya mati apabila dilihatnya Ayyie berada di situ. Dan paling memalukan Ayyie sedang memerhatikannya. Bagaimana Ayyie berada di rumah nya?

“Kawan Reen ada ni,” ujar Puan Esah sambil berlalu ke dapur.

Alyna pula naik ke atas untuk memberi masa kepada Areena dan ‘kawannya’ berbual. Ilham hanya duduk sambil menjamah kek pisang. Ayyie melangkah mendekati Areena.

“Areena,” panggil Ayyie lembut.

Areena memandang Ayyie.

“Maafkan Ayyie ye?” soal Ayyie lembut.

Areena melangkah keluar daripada rumahnya dan berdiri di halaman rumah. Tidak mahu mamanya mendengar perbualan dia dan Ayyie sekaligus berfikir lain. Ayyie mengikut langkah Areena dari belakang.

“Untuk apa?” soal Areena kasar.

“Untuk segalanya,” ujar Ayyie lembut.

Ayyie tahu hati Areena akan cair juga apabila dia dipujuk. Jikalau Areena berkasar, dia akan berlembut. Jikalau Areena marah, dia akan memujuk. Itulah cara Ayyie.

“Tak semudah tu,” ujar Areena sinis.

“Kenapa Areena nak complicated kan keadaan?” soal Ayyie lembut.

Areena memandang Ayyie. Geram sungguh hatinya.

“Kau pun pernah cakap tak semudah tu kau maafkan aku kan? Dan jawapan itu ada pada kau! Tak semudah tu aku nak maafkan kau!” marah Areena.

Ayyie memandang Areena lama. Ayyie mencapai tangan Areena tetapi Areena menarik tangannya kembali. Ayyie mengeluh perlahan.

“Ayyie akan buat apa saja untuk lembutkan hati Areena. Untuk Areena maafkan Ayyie dan untuk Areena terima Ayyie kembali. Jangan harap Ayyie akan lepaskan Areena macamtu saja selepas Areena curi hati Ayyie. Areena ingat tu,” ujar Ayyie lembut tetapi tegas.

Areena terdiam mendengar ayat Ayyie. Areena segera masuk ke dalam rumah diikuti Ayyie. Areena naik ke atas dan Ayyie pula duduk di sebelah Ilham.

“Macammana?” soal Ilham.

“Susah sikit lah. Dia ni lain dari yang lain tapi itulah yang aku suka,” ujar Ayyie.

Ilham hanya mengangguk sahaja.

***

Alyna baring di katilnya. Dia dapat melihat apa yang berlaku pada Areena dan Ayyie tadi. Semuanya dia lihat daripada tingkap biliknya. Bukan niatnya untuk mencuri tengok tetapi hatinya bagaikan ditarik-tarik untuk melihat.

Otaknya ligat berfikir siapakah lelaki tadi? Dan apa kaitannya dengan kakaknya Areena? Kalau dilihatnya tadi, mereka seperti sepasang kekasih yang bergaduh. Kerana dilihatnya riak wajah Ayyie seakan mahu memujuk Areena dan Areena pula marah. Apabila Ayyie mahu memegang tangan Areena, Areena pantas menarik tangannya kembali.

Tapi kenapa mereka bergaduh? Dan mungkinkah itu punca Areena berpindah ke sini untuk menenangkan fikiran? Ahh, buntu Alyna memikirkan. Areena terlalu berahsia!

Pantas dia bngun dan keluar daripada biliknya. Kemudian dia mengetuk pintu bilik Areena. Areena membuka pintu untuk Alyna. Areena melemparkan satu senyuman kepada Alyna tetapi Alyna tidak membalasnya.

Alyna lantas duduk di atas katil Areena. Areena agak hairan dengan perlakuan Alyna, duduk di sebelah Alyna.

“Kenapa ni Lyn?” soal Areena.

“Apa hubungan kakak dengan lelaki tadi?” soal Alyna.

Areena terkedu mendengar soalan Alyna. Adakah Alyna melihat mereka? Apa yang perlu dijawabnya? Berterus terang atau sebaliknya?

“Lelaki tu punca akak balik sini kan? Apa yang berlaku kak? Bagilah tahu Lyn. Selama ni Lyn tak pernah berahsia dengan akak,” pujuk Alyna.

“Ini masalah orang dewasa, Lyn,” ujar Areena setelah lama mendiamkan diri.

“Kak, boleh tak kakak jangan anggap Lyn ni budak kecik? I’m twenty five years old already! Lyn bukan budak sekolah yang kakak perlu lindungi lagi. Please kak. Ceritakanlah dekat Lyn. Lyn janji takkan bagitahu mama,” ujar Alyna.

Areena memandang Alyna lama. Kemudian dia mula bersuara. Menceritakan perihal dia dan Ayyie. Alyna hanya tekun mendengar. Tidak menyampuk langsung. Cerita diakhiri dengan linangan air mata Areena dan juga Alyna.

“Kakak, maafkan Lyn sebab tak pernah ambil tahu masalah akak,” ujar Alyna sayu.

“Takpe,” ujar Areena sambil melemparkan satu senyuman.

Ketukan pintu membuatkan dua insan itu tersentak. Areena pantas membuka pintu tersebut.

“Ada apa ma?” soal Areena.

“Kawan Reen nak balik tu. Pergilah turun,” ujar Puan Esah.

Areena mengangguk. Puan Esah turun ke bawah. Areena memandang Alyna.

“Jom turun Lyn,” ujar Areena.

Alyna hanya menurut. Mereka turun berdua dan kemudian terus keluar mendapatkan Ayyie dan Ilham di luar. Ayyie dan Ilham memandang Areena dan Alyna. Puan Esah sudahpun masuk ke dalam.

“Ayyie balik dulu tapi ingat, Ayyie takkan pernah putus asa untuk mengejar cinta Areena!” ujar Ayyie perlahan. Hanya untuk Areena dengar sahaja.

Areena hanya membatukan diri. Ayyie lantas masuk ke dalam kereta Ilham. Ilham pula memandang Areena.

Bye Areena. Bye Alyna! Belajar rajin-rajin tau Lyn,” ujar Ilham.

Bye abang Ilham,” ujar Alyna.

Ilham melemparkan satu senyuman sebelum berlalu masuk ke dalam kereta Mercedes nya. Hon dibunyikan sekali dan kereta itu memecut laju meninggalkan rumah Areena. Areena hanya memandang sahaja.

“Kakak masih sayangkan dia kan?” soal Alyna.

Areena tersenyum sedikit.

“Sayang. Sayang sangat,” jawab Areena perlahan tetapi dapat didengar Alyna.

Alyna tersenyum seraya melangkah masuk ke dalam rumah. Misinya hanya satu! Memulihkan perhubungan kakanya dengan lelaki yang bernama Ayyie itu! Kerana dia tahu cinta kakaknya kepada Ayyie terlalu besar dan begitu juga Ayyie. Cuma ego Areena sahaja yang mengatakan tidak.

Telefon bimbit Areena yang berbunyi tidak diendahkan Areena. Alyna memandang Areena yang sedang membaca majalah itu. Entah baca atau entah berangan.

“Jawablah telefon tu kak. Bisinglah,” ujar Alyna.

Tidak perlu bertanya. Dia sudah tahu siapa yang telefon kakaknya itu.

“Ayyie lah,” ujar Areena.

“Jawab je lah. Manalah tahu ada hal penting ke?” ujar Alyna.

“Malaslah,” kata Areena.

“Kalau kakak tak nak jawab, biar Lyn jawab,” ujar Alyna.

Alyna terus sahaja mencapai telefon bimbit Areena tanpa sempat Areena berkata. Alyna menekan punat hijau dan menekap telefon bimbit itu di telinganya. Areena menjengilkan matanya.

Kenapa adik aku ni? Semalam bukan main sokong aku. Ni sokong Ayyie pulak?

Areena memandang Alyna. Alyna buat tidak tahu dengan pandangan Areena.

Hello bang,” ujar Alyna.

Abang? Wahh, aku pun tak panggil dia abang! Apa yang Ayyie balas ye?

“Sihat… Kakak ada ni, nak cakap dengan dia kan? Sekejap ye bang.”

Alyna menyerahkan telefon bimbit Areena kepada Areena. Areena tidak mengambil telefon itu. Hanya dibiarkan sahaja. Alyna kemudian menekapkan kembali telefon bimbit itu ke telinganya.

“Abang nak tinggal pesanan apa-apa?.... Hmm.., okay! ….. Nanti Lyn cakap….. Bye!”

Alyna meletakkan telefon bimbit Areena ke meja kembali. Areena hanya berlagak selamba membaca majalah padahal dalam hati hanya Allah yang tahu. Alyna menahan tawanya daripada tercetus akibat melihat muka Areena yang cuba berlagak selamba.

“Kak, Ayyie nak jumpa akak,” Alyna menyampaikan pesanan Ayyie tadi.

Areena tidak menjawab.

“Dekat Secret Recipe pukul 5.00 petang ni,” ujar Alyna lagi.

Areena diam lagi. Alyna tahu Areena sengaja berdiam. Masih tinggi ego kakaknya seorang ni.

“Akak nak pergi tak ni?” soal Alyna.

“Tak. Malas lah. Baik tolong mama,” ujar Areena.

“Pergilah kak. Kesian dia tau. Macamlah akak ni tolong mama sangat,” pujuk Alyna.

“Tak nak. Malas!” ujar Areena tegas.

“Kalau akak tak nak pergi, Lyn pergi. Mana akak nak?” Alyna mengugut.

“Lyn pergilah,” ujar Areena sambil lewa.

If you say so. Rugi tau kak. Abang Ayyie dah lah kacak, kaya pulak tu. Untung siapa jadi makwe dia. Lyn pergi tau! Lyn nak siap ni!” ujar Alyna seraya melangkah naik ke atas.

Areena hanya memandang langkah Alyna. Adakah adiknya itu sudah jatuh cinta dengan Ayyie? Ahh, siapa yang tidak jatuh cinta dengan Ayyie. Mukanya kacak. Sepasang mata sepet berwarna biru, berkulit cerah, hidung yang tidak mancung dan tidak penyet, bibir yang tidak nipis dan tidak tebal dan rambut yang difesyenkan ala Korea. Telinganya, entah Areena sendiri jarang nampak telinga Ayyie kerana rambutnya sentiasa menutup telinga dia.

Ini belum masuk lagi kekayaan Ayyie. Punya syarikat sendiri. Anak Dato’ Hasnan pulak tu. Siapa yang tidak kenal Dato’ Hasnan? Orang koperat yang terkenal dengan kejayaannya. Memang tidak habis harta Ayyie jika dia tidak bekerja sekalipun, boleh menampung 7 keturunan jika diizinkan Allah.

Dan paling penting, dia berbudi bahasa. Ayatnya boleh membuat semua wanita cair. Aduhh, senyuman sahaja sudah boleh buat ramai orang cair inikan pula ayat. Lagi-lagi Ayyie dididik berbudi bahasa. Memang Ayyie seorang lelaki yang sempurna di mata mana-mana perempuan. Dan tidak mustahil adiknya sendiri jatuh cinta dengan Ayyie.

“Kakak, betul ke tak nak pergi ni?” soal Alyna sekali lagi.

Areena memandang Alyna yang sudahpun siap. Walaupun hanya memakai jeans putih dan blaus biru. Memang nampak comel dengan Alyna. Lagi-lagi apabila rambut panjangnya dilepaskan. Nampak ayu.

“Kakak,” panggil Alyna apabila Areena tidak memberikan sebarang reaksi.

“Haa?” Areena agak terkejut.

“Berangan pula akak ni! Akak betul ke tak nak pergi ni? You have one minute more before Ayyie datang,” ujar Alyna.

Areena menggeleng kepalanya perlahan-lahan sambil melemparkan satu senyuman tawar.

“Lyn pergi je lah,” ujar Areena.

Belum sempat Alyna membalas, hon dibunyikan dua kali. Alyna segera bangun.

“Lyn pergi dulu ye kak. Assalamualaikum,” ujar Alyna sebelum hilang dari mata Areena.

“Waalaikumusalam,” jawab Areena perlahan.

Areena tidak bangun dan berdiri di muka pintu. Sebaliknya, dia hanya duduk di sofa. Tidak sanggup rasanya mahu melihat orang yang dicintai keluar bersama dengan adiknya. Memang dia cemburu. Air matanya mengalir perlahan tetapi cepat disekanya.

Bukankah dia sendiri yang tidak mahu keluar tadi? Ahh, aku terlalu ego! Kenapa tidak jawab ye sahaja tadi dan kini mulalah menyesal. Pepatah juga ada mengatakan sesal dahulu berpendapatan sesak kemudian tiada guna. Dan sekarang pepatah itu amat sesuai untuk Areena.

“Kenapa ni Reen?” soal Puan Esah.

Areena agak terkejut. Mana pula datangnya mama? Areena segera mengesat air matanya yang bersisa di pipi.

“Mata masuk habuk,” jawab Areena.

“Iye ke ni?” soal Puan Esah.

“Iye. Ma, Reen naik dulu. Reen nak mandi lepastu solat,” ujar Areena seraya bangun dan naik ke atas. Tidak mahu perbualan dilanjutkan.

Puan Esah hanya memerhatikan sahaja langkah Areena yang makin menjauh darinya. Perlahan dia mengeluh.

Hai, macam-macamlah anak aku ni!

***

Bunyi kereta dihentikan di hadapan rumah menarik perhatian Areena. Pasti Alyna! Tetapi dia tidak berganjak dari tempat duduknya. Tidak sanggup melihat kemesraan Alyna dan Ayyie. Areena berpura-pura menonton televisyen ketika Alyna masuk. Puan Esah pula di atas. Mungkin solat Maghrib.

“Assalamualaikum kak,” ujar Alyna segera duduk di sebelah Areena.

“Waalaikumusalam,” jawab Areena.

“Mama mana kak?” soal Alyna.

“Mama biasalah, solat,” jawab Areena.

“Cerita apa ni kak?” soal Alyna.

“Entah apa tajuk dia. Akak pun tak tahu,” ujar Areena.

“Hmm.., Lyn naik dulu ye kak. Nak mandi. Penat!” ujar Alyna seraya bangun dan melangkah naik ke atas.

Areena tidak menjawab. Pandangannya juga tidak dialihkan. Alyna berhenti di anak tangga ke-lapan dan memandang ke arah kakaknya. Dia menggeleng kepala perlahan-lahan.

Kakak-kakak! Ego sangat! Kalau melepas barulah menyesal. Apa nak jadilah.

Kemudian Alyna menyambung langkahnya. Areena pula hanya berdiam diri. Dan tiba-tiba telefon bimbit Alyna berbunyi. Areena memandang sekilas. Dan akhirnya dia berhenti berbunyi. Tetapi kemudian dia berbunyi sekali lagi. Nak tak nak, Arena terpaksa mencapai telefon bimbit Alyna. Areena segera menjawab.

“Lyn! Ayyie dekat hospital!!” ujar pemanggil.

Areena termangu. Kalau tidak silap pemanggil itu Ilham. Dan Ilham kata Ayyie dekat hospital. Apa hubungan Alyna dengan Ayyie sebenarnya? Dan apa hubungan Alyna dengan Ilham? Ahh, segalanya terlalu sukar untuk dirungkaikan.

Lyn, are you listening? Ayyie dalam wad. Datang cepat dekat wad 13A sekarang!” ujar Ilham lagi lalu dimatikan talian.

Areena termangu tetapi dadanya berdetak kencang. Ayyie di hospital? Maknanya Ayyie dalam wad dan maknanya Ayyie sakit! Tapi sakit apa? Bunyinya macam terlalu serius? Tanpa membazir masa, Areena segera mencapai kunci kereta Alyna yang berada di atas meja lalu terus dipandu laju ke hospital.

Tanpa Areena sedar, Alyna mengintai perlakuannya. Alyna tersenyum sendiri. Perlahan dia turun. Telefon bimbit dicapai dan kemudian dia keluar menuju ke arah sebuah kereta yang setia menantinya di seberang jalan. Alyna masuk ke dalam kereta itu.

“Dia dah on the way,” ujar Alyna.

“Bagus. Ayyie pun dah on the way,” ujar Ilham pula.

Kemudian mereka berbalas senyuman dan Ilham terus memecut laju ke arah hospital.

***

Ayyie membuka pintu wad 13A dengan kasar. Segera dia masuk tetapi pelik, kosong sahaja wad itu. Lalu dia duduk di sebuah sofa panjang yang disediakan. Fikirnya, mungkin Areena ke tandas.

Baru sahaja beberapa minit berlalu, kelibat Areena pula kelihatan. Areena membuka pintu dengan kasar dan segera masuk.

“Ayyie, awak okay?” soal Areena cuak.

“Sepatutnya saya yang tanya awak, awak okay?” soal Ayyie pula.

“Apa pulak saya. Ilham cakap awak masuk wad,” ujar Areena agak pelik.

Ayyie bangun dan berdiri di hadapan Areena.

“Ilham bagitahu? Tapi Lyn bagitahu saya awak yang masuk wad,” ujar Ayyie pula.

Areena pelik. Apa pula kaitan Alyna dan Ilham? Adakah mereka cuba mempermainkan mereka?

Ahh, bingung!

Dan sewaktu Areena dan Ayyie leka berfikir apakah yang terjadi, Alyna dan Ilham masuk sambil tertawa. Serentak, Areena dan Ayyie memandang Alyna dan Ilham.

“Lyn, apa yang sebenarnya korang rancang ni?” soal Areena. Suaranya tetap dikawal walaupun perasaan marah membuak-buak kerana mempermainkan dirinya dan juga Ayyie.

Sorry lah kak. Lyn dengan Ilham cuma nak akak dan abang Ayyie tak berbaik. Lyn tahu kakak cintakan abang Ayyie kan? Kalau kakak tak cintakan abang Ayyie kenapa kakak sanggup datang sini semata-mata sebab dengar berita abang Ayyie masuk dalam wad tanpa siasat. Dah tu pula, pakai kereta Lyn!” ujar Alyna sambil tersengih seperti kerang busuk.

“Betul tu Areena. Cukup-cukuplah tu. Bukankan kita harus saling memaafkan? Ayyie sayangkan Areena! Kalau Ayyie tak sayangkan Areena, takkan Ayyie sanggup datang sini kan hanya untuk Areena? Betul tak? Korang fikirlah dulu. Ilham dengan Lyn pergi dulu,” ujar Ilham.

Alyna dan Ilham keluar daripada bilik itu. Kini tinggallah Ayyie dan Areena yang membisu. Ayyie memandang Areena tetapi Areena menunduk. Air mata membasahi pipinya.

“Areena,” panggil Ayyie.

Areena tidak menjawab. Ayyie cuba mencapai tangan Areena tetapi cepat Areena menarik tangannya. Pantas dia keluar dari bilik wad itu. Ayyie cuba mengejar Areena tetapi Areena cepat hilang apabila lif tertutup.

Dan sampai sahaja di tempat parkir, Areena sudahpun memecut laju. Ayyie hanya mampu memandang kereta Alyna yang dipinjam Areena memecut laju.

Areena, I know you love me too. Kenapa ego sangat sayang?


No comments:

Post a Comment