Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, February 2, 2010

Melodi Cinta 19

Dentuman pintu yang kuat memeranjatkan Alyna dan Puan Esah. Puan Esah memandang Alyna dan Alyna juga memandang Puan Esah. Pelik dengan perangai Areena. Alyna hanya mengangkat bahu. Tidak tergamak dia mahu menceritakan segalanya kepada Puan Esah. Janji dia kepada Areena masih dipegang teguh!

“Ma, Lyn tengok akak kejap,” Alyna meminta diri.

Puan Esah hanya mengangguk. Pantas Alyna bangun dan menuju ke bilik Areena. Pintu bilik diketuk tetapi tiada sebarang jawapan.

“Kak, bukaklah pintu,” pujuk Alyna.

“Apa lagi? Tak puas lagi malukan akak?” tengking Areena dari dalam.

“Bukan niat Lyn nak malukan akak. Lyn cuma nak…”

“Nak satukan akak dengan Ayyie? Ehh, Lyn tak dengar ke akak cakap yang akak benci Ayyie!” tengking Areena lagi.

“Kakak tipu! Kalau akak bencikan dia, kenapa akak pergi bila dengar berita tu? Kenapa muka akak penuh dengan cemburu bila Lyn kata nak keluar dengan Ayyie? Kenapa kak?” soal Alyna lembut tetapi tegas.

Areena tidak menjawab. Dia tersepit dengan keadaannya.

“Lyn tak keluar pun dengan Ayyie. Lyn keluar dengan Ilham. Lyn dengan Ilham yang rancang semua ni. Maafkan Lyn kalau buat akak malu atau apa tapi percayalah Lyn buat semua ni sebab Lyn sayangkan kakak. Lyn hanya nak tengok satu-satunya kakak Lyn bahagia. Tapi tak sangka kan apa yang dirancang lain yang terjadi. Lyn tahu Lyn bodoh. Takpe, Lyn faham. Kakak marahkan Lyn,” ujar Alyna.

Areena terkesima. Adakah Alyna merajuk? Tetapi dia juga sedang merajuk? Ahh, apa yang dia perlu buat? Akhirnya Areena hanya diam. Tidak bergerak walau seinci pun. Masih terduduk di atas katil.

Alyna yang masih di luar melangkah ke biliknya dengan longlai. Terbuktilah kakaknya memang ego. Bagaimana mahu meruntuhkan ego kakaknya? Hanya Allah yang tahu jawabnya.

Alyna mencapai telefon bimbitnya di atas meja soleknya. Didail nombor Ilham. Tidak sampai dua puluh saat, panggilan disambut.

“Abang,” sapa Alyna lemah.

“Kenapa ni Lyn?” soal Ilham.

“Tak sangka keadaan dah makin teruk. Salahke apa yang kita buat?” soal Alyna.

“Tak. Mungkin Areena berasa egonya tercabar. Dan sebab itu perasaan menguasai akal warasnya,” jawab Ilham.

“Abang Ayyie macammana?” soal Alyna.

“Dia okay. Macam biasalah dia tu,” ujar Ilham.

“Nasib baik Abang Ayyie tak marah,” ujar Alyna.

“Dia tak marah. Dia cakap memang patut pun kita buat macamtu. Kalau tak dia takkan tahu kakak Lyn sayangkan dia,” ujar Ilham.

“Hmm.. Pening Lyn dibuatnya diorang ni,” ujar Alyna.

“Dah tak payah pening-pening. Biar diorang uruskan hal diorang. Kita uruskan hal kita. Okay Lyn?” soal Ilham.

“Hal kita?” soal Alyna kembali.

“Ye lah. Kita. Abang dan Lyn,” jawab Ilham selamba.

“Kenapa dengan abang dan Lyn?” soal Alyna lurus.

“Lyn anggap abang ni apa?” soal Ilham.

“Abang ni abang lah. Kenapa? Lyn nak anggap abang apa pulak?” soal Alyna.

“Cinta,” ujar Ilham.

Serta-merta Alyna terdiam. Ini apa pula sesat kisah dia dan Ilham? Bukankah ini kisah Areena dan Ayyie? Hai, pening dibuatnya!

“Kenapa diam?” soal Ilham.

“Abang, kita kan baru kenal,” Alyna memberi alasan.

“Mungkin kita baru berpeluang untuk berkenalan lebih lanjut tetapi kita dah lama kenal kan? Sejak arwah Yasmin ada lagi,” ujar Ilham.

“Abang masih cintakan arwah Yasmin lagi,” ujar Alyna.

“Memang. Cinta abang pada dia takkan pudar tetapi abang takkan dapatkan dia. Dia dah pergi Lyn. Tak mungkin abang boleh dapatkan dia. Ye, memang abang masih sayangkan dia. Tak mungkin terpadam tetapi cinta abang pada Alyna sekarang. Hanya Nur Alyna Kaisara Binti Alham,” ujar Ilham.

Sekali lagi Alyna terdiam. Biar betul?

“Abang tak paksa Lyn tapi abang rasa Lyn pun ada perasaan yang sama kan? Malah Lyn cintakan abang sejak arwah Yasmin ada lagi kan? Abang boleh nampak dari pandangan mata Lyn. Penuh dengan sinar cinta suci Lyn kepada abang. Tell me if what I say is wrong,” ujar Ilham lagi.

Alyna tersentak. Maknanya selama ini Ilham dapat lihat dia cintakan dirinya? Ahh, malunya! Memang kau cinta pertama aku, Ilham!

“Diam maknanya betul. Okaylah Lyn. Abang bagi Lyn masa untuk berfikir. But anytime you need me, I always be beside you. Okay dear?” ujar Ilham.

I love you too,” tanpa sedar, Lyn menuturkannya.

I love you more dearr,” ujar Ilham.

Lyn tersenyum.

“Abang, Lyn memang cintakan abang. Tapi abang, Lyn harap abang faham keadaan Lyn. Lyn masih belajar. Lyn muda lagi. Dan Lyn tak nak kakak tahu pasal kita,” ujar Alyna.

Anything for you dear,” ujar Ilham.

Alyna tersenyum. Mereka berbual sekejap dan kemudian Alyna mematikan talian kerana sudah lama mereka berbual. Alyna baring di atas katilnya. Senyuman tidak mati di bibirnya. Sungguh dia tidak sangka, Ilham menjadi miliknya jua.


***

Areena menarik begnya lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta. Gitar kesayangannya juga tidak dilupai. Biarlah dia mahu berdikari. Setelah puas difikirnya semalam, betul kata Ilham dulu. Jangan lari dari masalah. Masalah tetap akan ada walau sejauh mana kita berlari.

Areena menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Esah dan mencium tangan tua itu. Kemudian dia memeluk Puan Esah dan mencium pipi Puan Esah. Puan Esah mengalirkan air matanya.

“Ma, Reen pergi dulu. Reen balik K.L bukan sebab apa. Tapi sebab Reen nak teruskan kehidupan Reen yang dulu terbengkalai. Reen nak selesaikan apa yang perlu. Izinkan Reen, ma!” Areena meminta izin.

“Mama izinkan sayang,” ujar Puan Esah. Areena tersenyum tawar. Kemudian dia pergi ke arah Alyna pula.

Alyna memandang Areena. Sejak semalam, dia tidak bercakap dengan Areena. Areena pantas memeluk Alyna. Alyna membalas pelukan Areena.

“Maafkan kakak Lyn. Betul apa yang Lyn cakap. Kakak ego. Maafkan kakak. Kakak tahu kakak salah,” ujar Areena.

“Lyn pun minta maaf kak,” ujar Alyna.

Areena meleraikan pelukan mereka. Air mata yang menitis diseka pantas. Alyna juga begitu.

“Doakan kakak berjaya dan doakan semua ini tak terlambat lagi untuk kakak,” ujar Areena.

“Lyn sentiasa doakan kakak,” ujar Alyna.

Areena tersenyum. Dia melangkah masuk ke dalam keretanya dan terus memecut laju ke Kuala Lumpur. Puan Esah sudahpun masuk tetapi Alyna masih tercegat.

“Lyn sentiasa doakan kebahagiaan kakak. Doakan Lyn juga bahagia bersama abang Ilham,” ujar Alyna seorang diri.

No comments:

Post a Comment