Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, January 4, 2010

Melodi Cinta 3

Seperti biasa, Areena bersiap ringkas untuk mengajar murid-murid di pusat tuisyen. Areena memakai kemeja coklat bersama vest dan juga seluar slack hitam. Rambutnya dibiarkan lepas. Tangannya dihiasi gelang dan juga jam. Melihat jarum jam menunjukkan pukul 3.00 petang, cepat-cepat Areena mencapai beg tangannya dan juga kunci kereta dan menuruni tangga.

Yasmin sudah semestinya kerja. Areena terus keluar dan memecut laju ke pusat Tuisyen Pelangi. Perjalanan mengambil masa selama lima belas minit. Areena membelok kereta ke parkir yang kosong lalu dimatikan enjin. Dilihat jam di tangannya baru menunjukkan pukul 3.15. Ini bermakna Areena masih ada lima belas minit sebelum kelas bermula.

Areena melangkah ke kedai runcit bersebelan pusat tuisyen tersebut. Areena mencapai sebotol air mineral dan dibeli juga beberapa biji gula untuk diberikan kepada pelajar-pelajarnya. Areena menyerahkan empat keping duit kertas berwarna biru. Kemudian, Areena melangkah masuk ke pusat tuisyen.

Areena duduk di mejanya. Oh, pusat Tuisyen Pelangi menyediakan meja untuk setiap tenaga pengajarnya. Areena mengambil buku rujukan Bahasa Melayu untuk diajarkan nanti.

Tepat jam 3.30 petang, Areena melangkah ke kelas yang sepatutnya dia ajar. Areena meletakkan buku rujukan dan bungkusan gula-gula di atas meja yang disediakan. Areena memandang semua pelajarnya yang masing-masing berusia 10 tahun. Comel-comel belaka!

“Hari ini cikgu ada kuiz nak bagi sebelum kita mulakan pelajaran hari ini. Siapa yang jawab soalan cikgu dengan betul, cikgu bagi gula-gula,” ujar Areena sambil tersenyum.

Semua murid-murid tersenyum. Gembira tidak kepalang apabila gula-gula bakal menjadi habuan mereka. Biasalah, budak-budak!

“Minggu lepas, cikgu ajar kata kerja kan?” soal Areena.

Masing-masing mengangguk-angguk kan kepala mereka.

“Soalan pertama, sila lengkapkan ayat yang cikgu tulis ini,” ujar Areena sambil menulis sesuatu di papan putih itu.

Seorang murid mengangkat tangan. Areena menyuruh murid itu menjawab soalan tersebut. Dan diberikan gula-gula sebagai hadiah tetapi sebenarnya semua orang dapat.

Dua jam Areena mengajar dan akhirnya Areena melangkah keluar. Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Lantas Areena mengerjakan solat di tempat yang disediakan. Pukul 6.00 petang dia bakal mengajar budak tingkatan dua pula.

Selesai sahaja solat, Areena ke mejanya. Ditanggalkan vest yang tersarung di tubuhnya. Kemudian, Areena melangkah keluar dari pusat tuisyen itu untuk menikmati makan petang. Destinasinya kedai mamak di bawah.

Kerana asyik berangan memikirkan makanan apa yang harus dimakannya, Areena terlanggar seorang lelaki. Akibatnya Areena terjatuh terduduk.

Sakitnya! Siapa yang langgar aku ni?

Areena bangun dan menggosok-gosokkan punggungnya yang terasa sakit. Dipandangnya lelaki yang melanggarnya.

“Jalan tak pandang depan ke?” soal Areena kasar.

Sorry. Saya tak sengaja,” ujar lelaki tadi.

Areena merenung tajam lelaki tadi. Lelaki tadi hanya selamba dan tersengih.

Menyampah aku! Tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Nama saya Ayyie,” ujar lelaki tadi sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Areena memandang sinis wajah lelaki tadi.

Ohh yea?” soal Areena sinis.

Ayyie mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Tak tanya pun,” ujar Areena seraya berlalu meninggalkan Ayyie.

Ayyie menarik tangannya kembali. Perlahan-lahan senyuman terukir di bibirnya. Ayyie memandang langkah Areena yang menjauhi dirinya.

Areena menarik kasar kerusi dan menghempaskan punggungnya. Baru sahaja dia duduk, seorang lelaki mamak datang ke arahnya.

“Mau makan apa?” soal lelaki tersebut.

“Kasi milo ais dengan roti canai kosong satu! Cepat tau mamak,” ujar Areena.

Lelaki tadi mengangguk-angguk dan berlalu. Lima minit menunggu, akhirnya roti canai dan milo ais yang dipesan sudahpun sampai. Areena memakan makanan tersebut dengan lahap memandangkan dia tidak makan sejak sarapan tadi.

Sepuluh minit sahaja, makanannya sudah habis. Areena menyedut minumannya sehingga habis. Kemudian, dia bangun dan melangkah ke kaunter untuk membuat pembayaran.

“Berapa semuanya mamak?” soal Areena.

“Ada orang sudah bayar,” ujar mamak itu dengan pelatnya.

“Siapa?” soal Areena.

“Tu,” mamak itu menunjukkan ke arah seorang lelaki.

Areena menoleh melihat ke arah tersebut. Lelaki yang dimaksudkan mamak itu ialah lelaki tadi yang melanggarnya. Areena memandang mamak itu kembali.

“Berapa?” soal Areena.

“RM 2.50,” jawab mamak.

Areena mengangguk-angguk dan mengatur langkahnya ke arah Ayyie. Ayyie yang sedar akan langkah Areena memandang Areena dengan senyumannya. Areena tersenyum ke arah Ayyie. Senyuman sinis.

Kini, Areena sudahpun berada di meja Ayyie. Areena berdiri menghadap Ayyie.

“Tak…” belum sempat Ayyie menghabiskan ayatnya, Areena terlebih dahulu memotong.

“Siapa nama awak tadi?” soal Areena lembut.

“Ayyie,” ujar Ayyie bersama satu senyuman.

Areena mengangguk-angguk faham. Kemudian direnung wajah lelaki itu.

“Encik Ayyie, saya tak minta pun encik bayar makanan saya. Saya masih ada duit untuk membayar segalanya. Dan encik jangan fikir encik boleh beli saya macamni,” ujar Areena kasar.

“Tapi saya ikhlas,” ujar Ayyie.

Areena tersenyum sinis. Diambil tiga keping not biru lalu diletakkan di atas meja.

“Aku tak berhutang dengan kau sekarang!” ujar Areena kasar seraya melangkah meninggalkan Ayyie. Baru tiga langkah ke hadapan, Areena pusing ke belakang kembali.

“Ehh lupa pula, baki lima puluh sen tu kau ambiklah! Aku ikhlas,” ujar Areena sinis dan berlalu meninggalkan Ayyie.

Ayyie terpinga-pinga dengan tindakan Areena. Tidak disangka, Areena menolaknya. Tetapi dia tetap mengukirkan satu senyuman yang susah ditafsirkan.

Areena tersenyum puas. Kakinya melangkah laju ke arah pusat tuisyen Pelangi. Tidak ditoleh ke arah Ayyie. Sampai sahaja di pusat tuisyen, Areena terus sahaja menghempaskan punggungnya ke sofa yang disediakan.

Dia ingat dia boleh beli aku dengan RM 2.50 ke? Bodoh! Arghh! Geram aku.

Dadanya berombak-ombak menahan kemarahan. Ditariknya nafas dalam-dalam dan dihembuskan perlahan-lahan.

Calm down Areena! Calm down! Jangan emosi sangat.

Areena melangkah ke arah mejanya. Vest nya yang berada di atas meja dicapainya lalu dipakainya.Kemudian dicapai pula buku rujukan Science form 2 untuk diajarnya sebentar lagi. Langkahnya diaturkan ke arah bilik yang menempatkan sebanyak sepuluh orang pelajar.

Masuk sahaja dalam bilik itu, suasana yang tadinya bising terus bertukar sepi. Areena melemparkan satu senyuman manis kepada murid-murid tersebut.

“Why are you looking me like that?” soal Areena pelik.

“Cikgu lawa sangat!” jerit satu suara.

Areena tersenyum.

“Bodek lah ye?”soal Areena.

Semua orang tersengih mendengar kata-kata Areena.

Okay okay. Start our lesson now,” ujar Areena.

Semua menunjukkan muka bosan. Areena yang sedar perubahan wajah mereka menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Malas ye? Macam ni lah, siapa yang dapat science A untuk exam akan datang, cikgu belanja coklat! Nak?” soal Areena.

“Nak! Nak!” jerit mereka serentak.

“Tapi kena lah bawak paper exam sebagai bukti. Okay deal?” soal Areena.

Okay!” ujar mereka beramai-ramai.

Areena tersenyum kerana berjaya menarik minat mereka untuk belajar. Areena terus memulakan pembelajarannya.

Selesai sahaja pukul 8.30 malam, barulah Areena boleh pulang ke rumah. Areena mencapai beg tangannya dan melangkah keluar daripada pusat tuisyen itu. Areena memulas tombol pintu dan melangkah keluar tetapi nasibnya kurang baik kerana ada orang lain yang mahu masuk.

Akibatnya, Areena terlanggar orang tersebut dan sekaligus membuatkan Areena di dalam pelukan lelaki itu. Areena menolak badan lelaki dan mendongak untuk melihat siapa yang melanggarnya. Mata bertaut mata. Terus sahaja darah Areena menyirap melihat lelaki itu.

“Ke sana lah,” ujar Areena sambil menolak lelaki itu.

“Tak nak,” ujar lelaki itu.

Areena memandang lelaki itu. Matanya jelas menunjukkan dia marah.

Mr. Ayyie, can you move a bit? Come on lah, ni kan depan pintu!” ujar Areena kasar.

Ayyie berganjak sedikit memberi ruang untuk Areena berlalu. Areena melangkah dua tapak ke hadapan dan langkahnya berhenti. Areena menoleh ke belakang dan sekali lagi dia terkejut apabila melihat Ayyie hanya berada beberapa sentimeter dari dirinya.

“Kenapa? Terkejut?” soal Ayyie.

Areena mendengus geram.

“Nama awak siapa?” soal Ayyie.

“Kenapa kau nak tahu?” soalan dibalas dengan soalan.

“Takpe lah kalau awak tak nak bagitahu. Nanti saya tanya adik saya,” ujar Ayyie sambil mengenyitkan mata.

Areena tidak mempedulikan Ayyie. Dihayunkan kakinya menjauhi Ayyie dan menuju ke arah keretanya. Tanpa memandang Ayyie, Areena memecut laju kereta Myvi miliknya itu.

Ayyie pula masih berdiri di situ memandang kereta Areena yang makin hilang dari pandangan matanya. Tanpa disedar, senyuman mula terukir di bibirnya.

“Abang!” sergah satu suara.

Ayyie mengurut-urut dada lalu menoleh ke arah suara tersebut. Dan dilihatnya adiknya, Izul. Pembetulan, adik saudara.

“Izul ni buat abang terkejut je. Izul, abang nak tanya satu soalan boleh?” soal Ayyie.

Izul memandang wajah Ayyie. Pelik pula dia, tiba-tiba sahaja mahu menanyakan soalan.

“Izul kenal tak cikgu dekat pusat tuisyen ni yang rambut dia paras bahu warna perang hitam. Mata dia warna coklat cair. Kulit dia pulak kuning langsat,” ujar Ayyie.

Izul memikirkan penerangan Ayyie itu. Seminit dia berfikir dan akhirnya dia memetik jari.

“Tahu tak?” soal Ayyie tidak sabar.

“Tahu,” ujar Izul.

“Siapa?”

“Kalau Izul bagitahu, apa yang Izul dapat?”

“Abang belikan Izul gameboy.”

“Janji?” soal Izul sambil menghulurkan jari kelingkingnya.

“Janji,” ujar Ayyie sambil menyambungkan jari kelingkingnya dengan Izul.

Izul tersenyum lebar. Sudah terbayang-bayang gameboy di otaknya.

“Siapa?” soal Ayyie mematikan lamunan Izul.

“Siapa apa?” soal Izul kembali.

Ayyie menepuk dahinya.

“Izul lupa ke? Siapa nama cikgu Izul tadi?” soal Ayyie.

“Ohh,” Izul tersengih. “Nama dia Areena,” ujar Izul.

“Areena? Sedap nama macam orangnya,” ujar Ayyie perlahan.

‘Abang, jom lah balik,” ajak Izul.

“Jom,” ujar Ayyie seraya berlalu ke arah keretanya diikuti Izul.

***

Malam itu, Ayyie duduk di beranda rumahnya di tingkat atas sekali bertemankan bulan dan bintang serta gitar coklat kesayangannya. Ayyie tahu ibu dan ayahnya sudah nyenyak diulit mimpi. Hanya dia yang masih belum tidur di banglo yang besar itu.

Ayyie merenung bulan yang menerangi malamnya. Membayangkan wajah Areena menggantikan bulan itu. Areena. Satu nama yang mampu mendebarkan hati batinnya. Areena, satu nama yang membuatkan dia jadi begini.

Belum pernah ada seorang gadis menolaknya. Belum pernah ada seorang gadis yang berjaya mencuri hatinya tanpa gadis itu sedar. Belum pernah ada seorang gadis berjaya mendebarkan hati batinnya.

Ayyie mengeluh. Pantas tangannya memetik tali gitarnya sambil mulutnya menyanyikan bait-bait lirik lagu itu.

Ohh
Ku cinta dirimu
Ku ingin peluk dirimu
Tiada yang lain

Areena, kau curi hati aku tanpa kau sendiri sedar.

Ohh
Hanya kau kucinta
Ku ingin bersama
Kau lah hatiku

Aku hanya nak kan engkau Areena!

Pabila engkau tiada
Diriku rindu benar hatiku
Setiap detik ku rasaku dalam kesepian

Walau baru pertama kali jumpa, aku dah berasa rindu padamu Areena!

Walau apapun rintangan
Yang halang
Ku tentang dengan tenang
Tapi yang pasti kau kan jadi milikku

Aku janji Areena, aku akan buat apa sahaja untuk memilikimu.
Ohh
Apa pun terjadi
Ku ada di sini
Menemanimu

Aku sentiasa ada di sini bila kau perlukan tanpa kau sedar…

Ohh ingin ku kata
Aku cinta dia
Sungguh benar kataku
Aku mencintaimu

Aku cintakan kau, Areena.
Ohh
Ku sangat sayangmu
Takkan lepaskanmu
Walau seribu tahun kita hidup bersama

Aku akan pastikan orang yang curi hati aku akan memberikan hati dia pada aku pula.

Ayyie memejam matanya. Hatinya kuat mengatakan dia sayang Areena. Hatinya kuat mengatakan dia rindu Areena. Hatinya kuat mengatakan dia cinta Areena. Kasih dan sayang dia hanya untuk Areena. Belum pernah ada orang buat dia macamni.

“Areena, begitu kuat penangan kau!” gumam Ayyie perlahan hanya untuk dirinya sahaja yang dengar.

No comments:

Post a Comment