Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, January 4, 2010

Melodi Cinta 4

Ketukan pintu mematikan lamunan Areena. Areena pantas bangun dan berjalan unuk membuka pintu. Terjengul wajah Yasmin di muka pintu. Areena tersenyum.

“Boleh aku masuk?” soal Yasmin.

“Masuklah. Macam tak biasa pulak,” ujar Areena.

Yasmin tersengih. Dilabuhkan punggungnya ke katil Areena. Areena pula duduk di sofa bersama gitarnya. Yasmin memandang wajah Areena. Lama dia merenung wajah Areena.

“Kenapa kau pandang aku macamtu?” soal Areena pelik. Tidak selesa dipandang begitu.

“Kau tak marah aku?” soalan dibalas soalan.

Areena bertambah pelik.

“Tak. Kenapa pulak aku nak marah kau?” soal Areena.

“Sebab haritu aku cakap pasal,” sengaja Yasmin tidak menghabiskan ayatnya.

“Oh. Taklah. Aku tak marah,” ujar Areena.

“Betul?” soal Yasmin inginkan kepastian.

“Betul. Buat apa aku nak marah kau. Perkara dah berlalu, biarlah ia berlalu,” ujar Areena selamba.

“Aku mintak maaf tau,” ujar Yasmin.

“Ya Allah, aku tak marahlah!” ujar Areena meyakinkan.

“Tapi aku tetap nak minta maaf. Tak sedaplah kalau tak minta maaf,” ujar Yasmin.

“Apa-apa je lah,” ujar Areena.

“Kau tak nak cerita pasal semalam ke?” soal Yasmin sekaligus menukar topik.

“Pasal apa?” soalan dibalas soalan kembali.

“Malam semalam kau macam badmood je. Takkanlah tak ada apa-apa,” ujar Yasmin.

“Oh. Kau tahu tak Yasmin?” soal Areena.

“Apa?” soal Yasmin tidak sabar.

“Semalam, waktu aku rehat kan. Ada sorang mamat ni pergi langgar aku,” ujar Areena.

“Dia minta maaf tak?” soal Yasmin.

“Minta maaf tu mintak lah tapi kau tahu apa? Dia siap bagitahu nama dia pulak. Bila aku tak sambut huluran tangan dia, dia pergi bayarkan makanan aku pulak. Dia ingat dia boleh beli aku dengan harga RM2.50 ke? Aku bukannya boleh dibeli dengan duit! Malam tu pula, dia langgar aku sekali lagi tapi kali ni dia sambut aku. Habis dia peluk aku. Gatal punya lelaki! Dan lepastu nak tahu nama aku pulak,” cerita Areena dengan mimik mukanya.

“Macam ada jodoh je,” komen Yasmin.

“Kenapa kau cakap macamtu?” soal Areena.

“Ye lah. Petang jumpa, malam pun jumpa,” ujar Yasmin.

“Tu mungkin sebab dia nak hantar adik dia pergi tuisyen,” terang Areena.

“Oh. Maknanya kau akan jumpa dia lagi lah?” soal Yasmin.

“Mungkin. Aku harap tak,” ujar Areena.

“Dah lah Areena. Lupakan je lah,” ujar Yasmin.

“Tak ada lah. Aku pun bukannya nak ingat sangat. Dah kau tanya, aku jawablah,” ujar Areena.

Okay!” jawab Yasmin mudah.

Sejenak mereka terdiam. Areena memandang wajah Yasmin. Seperti ada sesuatu yang mahu dicakap.

“Kau nak cakap apa?” soal Areena.

“Cakap apa?” soal Yasmin kembali.

Yasmin, I can see through your face,” ujar Areena.

“Mana ada lah,” sangkal Yasmin.

“Iye?” soal Areena.

Yasmin mengangguk-anggukkan kepalanya. Kemudian mereka terdiam kembali.

“Areena, kawan Ilham nak berkenalan dengan engkau,” ujar Yasmin tiba-tiba.

“Yasmin…”

“Aku tahu kau tak nak tapi please Areena. Kali ni je. Aku dengan Ilham bukan nak jodoh-jodohkan orang apatah lagi nak memaksa orang. But kitorang nak kau mulakan hidup baru. Aku tak nak tengok kau sedih-sedih lagi,” ujar Yasmin panjang lebar.

Areena memandang wajah Yasmin. Kesian pula hatinya. Sudah banyak kali Yasmin mencadangkan untuknya tetapi dia asyik tidak setuju sahaja. Bukan dia tak nak tetapi hatinya belum bersedia untuk jatuh cinta, untuk merasai kekecewaan dan kehilangan. Dia masih belum kuat untuk melaluinya.

“Areena, kali ni je. Aku bukan nak suruh kau kahwin terus dengan dia. Jumpa je. Kau anggaplah jumpa sebagai seorang rakan. Lagipun aku dan Ilham ada dekat situ,” ujar Yasmin lagi apabila dilihatnya Areena diam.

“Ye lah,” ujar Areena sekaligus memberi persetujuan. Yasmin merenung anak mata Areena untuk mencari kebenaran. Areena mengangguk-angguk dan melemparkan satu senyuman.

“Aaaa! Terima kasih Areena. Sayang kau!” jerit Yasmin sambil memeluk Areena. Areena tidak membalas pelukan itu malahan dia meleraikan pelukan tersebut.

“Aku jumpa dia sebab kau. Tiada sebab lain tau,” ujar Areena.

“Tak kisahlah,” ujar Yasmin.

Okay. Bila nak jumpa?” soal Areena.

Lagi cepat lagi bagus!

“Esok, pukul 1.30,” jawab Yasmin gembira.

“Tapi cepat tau. Pukul 3.00 aku ada kelas,” ujar Areena.

“Ye. Aku pun nak masuk pejabat pukul 2.30,” ujar Yasmin.

Yes! Dekat mana?” soal Areena.

“Kau datang je dekat pejabat aku. Nanti kita naik kereta Ilham,” ujar Yasmin.

Okay jugak. Jimat duit petrol aku,” ujar Areena separa mengusik.

“Ni ke kawan aku? Setahu aku kawan aku ni tak kedekut. Hai, dah berubah ke cik adik hui,” usik Yasmin pula.

Areena tergelak. Tidak pula dia membalas usikan Yasmin.

Okay lah Areena! Aku chow dulu,” ujar Yasmin seraya bangun.

Okay Miss Ilham!” Areena mengenyitkan matanya.

Yasmin menjelirkan lidahnya seraya keluar daripada bilik Areena. Areena menggeleng-gelengkan kepalanya. Perangai mengalahkan budak kecik! Tidak dapat dibayangkan kehidupannya nanti apabila Yasmin bergelar isteri Ilham. Kalau diikutkan hati, tidak mahu dibenarkan Yasmin bernikah dengan Ilham dan sekaligus meletakkan jurang di antara dirinya dan Yasmin.

Pasti dia tidak boleh bercerita tentang masalahnya lagi kepada Yasmin kerana Yasmin harus menguruskan rumah tangganya. Apa boleh buat, kehidupan harus diteruskan! Hanya ada satu cara sahaja iaitu dia pun harus bernikah. Tetapi dengan siapa?

Dia masih belum sanggup untuk merasakan pahit manisnya cinta. Dia tidak mahu perkara lama berulang kembali. Dia tidak mahu merasakan kehilangan untuk kali kedua. Dia tidak sanggup. Kehilangan begitu menyeksakan. Begitu menyakitkan hati dan batin.

Areena mengeluh. Mengeluh untuk kesekian kalinya.

Sampai bila aku nak jadi macamni? Sampai bila aku nak sedih macamni? Sampai bila aku nak benci lelaki? Sampai bila aku nak macamni?

Soalan-soalan itu berlegar-legar di kepala Areena. Soalan yang dia sendiri tidak tahu jawapannya. Soalan yang begitu rumit.

Arghh! Biarkan masa sahaja yang menentukan segalanya.

Dan itulah jawapannya. Jawapan yang tidak memberikan apa-apa makna. Atau lebih tepat, jawapan tanpa jawapan.

***

Areena mengenakan blaus hijau bersama slack putih. Rambutnya dibiarkan lepas. Memang sudah menjadi kebiasaannya tidak mengikat rambut atau mengenakan apa-apa akesori rambut. Rantai berloketkan bulan dan bintang disarungkan di leher. Tangan kirinya disarungkan jam tangan jenama Guess yang dibelinya ketika dia mendapat gaji pertama.

Areena memandu ke arah pejabat Yasmin. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 15 minit menjadi 25 minit kerana kesesakan jalanraya. Areena tiba di pejabat Yasmin ketika jam menunjukkan pukul 1.40 minit. Areena berjalan laju ke arah lobi. Matanya meliar-liar di sekeliling mecari kelibat Yasmin.

Tanpa disengajakan, Areena terlanggar satu tubuh. Hampir sahaja Areena terjatuh tetapi nasibnya agak baik kerana badannya sempat disambut oleh orang itu. Mata ke mata. Apabila sedar kedudukannya, Areena segera bangun.

Sorry,” ujar Areena seraya memperbetulkan pakaiannya.

“Tak apa,” ujar Ayyie.

Thanks for helping me and sorry again,” ujar Areena. Kakinya melangkah ke arah bertentangan dari Ayyie tetapi Ayyie cepat-cepat memanggil Areena.

“Areena!” panggil Ayyie.

Areena menoleh ke arah Ayyie sambil menjungkitkan keningnya. Ayyie melangkah merapatkan dirinya kepada Areena.

“Nama you Areena kan?” soal Ayyie.

Yup,” jawab Areena pendek.

“Nama saya….”

“Ayyie,” Areena memotong.

“Dah ingat?” soal Ayyie sambil tersenyum lebar.

“Macam mana tak ingat? Dah dua kali awak bagitahu,” ujar Areena separa memerli. Ayyie hanya tersengih sahaja.

So forgive me?” soal Ayyie.

Of course. Seri kan?” ujar Areena.

“Ye,” ujar Ayyie.

Areena melemparkan senyuman. Ayyie menghulurkan tangan untuk bersalam dan Areena menyambutnya.

“Ayyie,” ujar Ayyie.

“Areena,” ujar Areena pula.

So lunch?” ajak Ayyie selepas Areena menarik tangannya kembali.

Areena seperti baru tersedar sesuatu. Pantas matanya meliar-liar mencari kelibat Yasmin ataupun Ilham.

“Kenapa ni?” soal Ayyie apabila dilihatnya Areena seperti kelam-kabut.

Sorry. I sepatutnya kena jumpa kawan ni. Janji nak lunch. I got to go. Bye!” ujar Areena seraya meninggalkan Ayyie seorang diri. Ayyie memandang langkah Areena dengan senyumannya.

Areena, aku akan buat apa sahaja untuk kau. Untuk lihat kau bahagia, Areena. Aku cintakan kau. Mungkin cinta pandang pertama! Indahnya..

Areena kelam-kabut menyelongkar beg tangannya mencari telefon bimbitnya. Sedang dia sibuk menyelongkar, Yasmin sudahpun menegurnya.

“Areena, kenapa lambat?” soal Yasmin tanpa memberi salam atau apa-apa pembuka kata.

Areena terkejut tetapi cuba berlagak selamba.

Sorry! Traffic jam and tadi terlanggar orang,” jawab Areena.

“Hm.. Jom lah cepat. Ilham dah lama tunggu dalam kereta,” ujar Yasmin seraya menarik tangan Areena. Areena terpaksa mengikut langkah Yasmin.

Yasmin melepaskan tangan Areena ketika sampai di kereta Ilham. Areena melepaskan nafas lega. Dibukanya pintu belakang dan Areena terus memboloskan diri dalam kereta. Ilham hanya memandu.

“Kenapa lambat Min?” soal Ilham.

“Tanyalah Areena ni!” jawab Yasmin sedikit geram.

Areena menayangkan gigi.

“Kenapa Areena?” soal Ilham.

Sorry. Traffic jam lah dan tadi ada hal,” jawab Areena.

Ilham hanya diam, tidak membalas. Sampai sahaja di destinasi mereka, Ilham dan Yasmin melangkah masuk dan tinggallah Areena seorang diri di belakang. Areena hanya membuntuti mereka. Terdetik juga perasaan cemburu di hati melihat Ilham dan Yasmin tetapi apakan daya. Dia sendiri yang tidak mahu mencari peganti Asyraff.

“Areena!” panggil Yasmin.

Areena tersentak.

“Berangan pula dia. Areena, kenalkan ni kawan Ilham,” ujar Yasmin.

Areena memandang ke hadapan dan dilihatnya seorang lelaki berpakaian segak dengan kemeja dan slack. Rambutnya yang berombak-ombak itu disisir rapi.

“Ameer,” ujar lelaki itu sambil menghulurkan tangannya ke Areena.

Areena tidak menyambut huluran tangan itu sehinggalah dirasakan ada tepukan di bahunya. Areena cepat-cepat menyambut huluran tangan itu.

“Areena,” ujar Areena pula.

Areena cuba menarik tangannya tetapi tidak berjaya. Lelaki yang bernama Ameer itu memegang kemas tangannya. Tiada cara lain, terpaksalah Areena memalukan lelaki itu.

“Boleh lepaskan tangan saya tak?” soal Areena agak kasar.

Ameer yang seperti baru tersedar, cepat-cepat melepaskan tangan Areena. Areena menghembuskan nafas lega. Segera Areena duduk di sebelah Yasmin dan berhadapan dengan Ameer.

Pelayan restoren datang menanyakan menu makanan. Dan ketika itu lah, Yasmin dan Ilham beredar meninggalkan mereka dengan alasan.

“Areena, aku dengan Ilham betul-betul ada hal ni. Sorry,” itu alasan Yasmin.

Dengar pula apa Ilham cakap.

“Nanti Ameer hantar kau dekat pejabat aku. Sorry again Areena.”

Geram betul hati Areena tetapi apa mahu dibuatkan. Areena terus sahaja memesan makanan dan begitu juga Ameer. Tidak sampai tiga minit, makanan sudahpun sampai. Memang cepat servis di situ.

“Areena,” panggil Ameer.

Areena yang mahu menyuapkan makanannya mengangkat muka memandang Ameer sambil dijungkitkan keningnya.

“Lepas ni jalan-jalan nak?” soal Ameer.

“Tengoklah dulu,” jawab Areena ringkas.

Ameer mengangguk-angguk dan Areena pula menyambung suapan yang terhenti tadi. Selepas sahaja Ameer membayar harga makanan tersebut, mereka berjalan-jalan.

“Areena, awak cantik,” komen Ameer.

Areena memandang Ameer. Terasa kembang kempis hidungnya.

Thanks. You too,” balas Areena.

“Areena,” panggil Ameer setelah dua minit sepi.

Areena memandang wajah Ameer sekali lagi.

“Saya sayangkan awak,” ujar Ameer.

Areena terkejut dengan pengakuan Ameer itu tetapi dia cuba berlagak selamba.

Dia ni gila ke apa? Baru jumpa dah main sayang-sayang. Ni yang aku takut ni!

“Maaflah ye. Saya baru je kenal awak,” ujar Areena.

Ameer memberhentikan langkahnya. Dicapai tangan Areena. Areena sudahpun takut tetapi cuba untuk selamba lagi.

“Areena, Ameer cintakan awak. Sepenuh hati!” ujar Ameer.

“Saya tak cintakan awak! Saya baru je kenal awak!” ujar Areena tegas.

Ameer menarik tangan Areena dan membawa Areena ke tempat letak kereta di luar. Areena yang nyata terkejut terpaksa mengikut langkah Ameer. Jika dia tidak ikut, sudah pasti badannya terseret.

Ameer berhenti melangkah apabila sampai di tempat letak kereta. Matahari yang memancarkan cahayanya membuatkan mata Areena sakit.

“Ameer, lepaskan saya!” ujar Areena kasar.

“Saya sayangkan awak,” ujar Ameer lagi.

“Tapi saya tak!”

“Tipu! Dulu awak cakap awak sayangkan saya! Dulu awak cakap awak cintakan saya! Mana janji-janji awak?” soal Ameer kasar.

Areena terdiam. Tangannya menggigil-gigil kerana takut. Hatinya berdoa-doa.

Ya Allah, selamatkanlah hamba-MU ini. Aku takut Ya Allah!

Areena memejam matanya apabila wajah Ameer semakin dekat dengannya. Air matanya membasahi pipinya. Kemudian dibuka matanya kembali.

“Ameer, janganlah Ameer!” jerit Areena kuat.

“Saya sayangkan awak, Virra!” ungkap Ameer.

Areena cuba menolak badan Ameer sekuat hatinya tapi tidak berganjak satu inci pun badan Ameer. Akhirnya Areena hanya pasrah. Matanya dipejam. Tiba-tiba suara Ameer menjerit kedengaran. Segera Areena membuka matanya.

Dilihatnya Ameer jatuh ke lantai dan wajah Ayyie pula memenuhi ruang matanya. Ayyie memegang kejap kolar Ameer. Areena melangkah mendapatkan mereka berdua.

“Virra, saya sayangkan awak! Jangan tinggalkan saya lagi,” ujar Ameer.

Ayyie mahu menumbuk Ameer tetapi cepat-cepat Areena menghalang. Areena memegang tangan Ayyie menghalang Ayyie daripada menumbuk Ameer.

“Jangan Ayyie!” ujar Areena.

“Areena, dia cuba nak…” belum sempat Ayyie menghabiskan ayatnya, Areena terlebih dahulu memotong.

“Tak Ayyie! Dia tak bersalah! Dia bukannya macam kita, Ayyie! Dia lain,” ujar Areena dalam sendu sedannya.

Ayyie mengerutkan dahi tidak faham.

“Awak dengar tak dia sebut nama Virra? Bukan Areena! Dia bayangkan Areena ni Virra,” jelas Areena.

“Siapa Virra?” soal Ayyie.

“Saya tak tahu. Lepaskan dia, Ayyie. Tolonglah,” ujar Areena.

Ayyie melepaskan kolar baju Ameer. Ameer memandang wajah Areena dan Ayyie silih-berganti. “Virra, ni siapa? Virra awak curang? Virra, saya sayangkan awak! Jangan buat saya macamni!” jerit Ameer lantang.

“Tak Ameer, tak! Dengar sini Ameer. Saya bukan Virra. Saya Areena! Saya bukannya siapa-siapa untuk awak! Kita baru jumpa tadi. Awak kenal Ilham?” soal Areena.

Ameer mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Dia kawan awak kan? Dia kawan saya jugak. Dia suruh saya jumpa awak. Takkan awak dah lupa? Saya bukan Virra awak, Ameer!” Areena cuba menenangkan Ameer.

Ameer memandang wajah Areena. Lama! Kemudian dia tunduk.

“Maafkan saya. Maafkan saya Areena. Muka awak macam Virra, bekas tunang saya. Maafkan saya! Saya tak patut buat awak macamni. Saya pergi dulu,” ujar Ameer kesal dan berlalu meninggalkan Areena dan Ayyie.

Areena menghembuskan nafas kelegaan. Dipandangnya wajah Ayyie di sebelahnya.

Thanks again for helping me,” ujar Areena.

Most welcome!” balas Ayyie.

“Kalau awak tak ada, tak tahu lah apa nak jadi,” ujar Areena.

“Kebetulan saya lalu. Nampak awak dekat sini,” ujar Ayyie.

Okay lah Ayyie. Saya nak pergi class ni! Bye!” Areena meminta diri.

“Sekejap! Awak masih belajar?” soal Ayyie.

“Taklah. Saya ajar budak tuisyen. Takkanlah awak dah lupa kot saya ni guru tuisyen,” ujar Areena separa bergurau. Kemudian dia melangkah meninggalkan Ayyie seorang diri.


No comments:

Post a Comment