Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, January 9, 2010

Melodi Cinta 5


Ayyie menyandarkan tubuhnya ke dinding. Dikerling jam tangan digitalnya yang berjenama Guess itu. Tercatat nombor 8.30 pm di situ. Ayyie memejam matanya sekejap. Murid-murid yang keluar daripada pusat tuisyen itu membuatkan Ayyie segera membuka kelopak matanya.
Ayyie meneliti semua orang yang keluar dari situ tetapi wajah Areena masih juga tidak kelihatan. Ayyie menghembuskan nafasnya.


Tak datang ke dia ni? Takkan lah, tadi dia cakap nak pergi class. Tunggu je lah.
Ayyie duduk mencangkung di situ. Menanti kehadiran Areena. Matanya dipandang ke hadapan. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Segera Ayyie bangun dan menoleh ke belakang.
Terkejut bukan kepalang apabila Areena betul-betul berada dua inci darinya. Sekejap, mata mereka bertaut. Areena juga terkejut apabila Ayyie memusingkan badannya secara tiba-tiba.


“Hmm… Ayyie, boleh sana sedikit tak?” tiba-tiba Areena bersuara.


Ayyie yang seperti baru tersedar mengundurkan langkah beberapa tapak. Areena menghela nafas lega.


Sorry! Ayyie tak sengaja,” ujar Ayyie.


“Takpe,” ujar Areena pendek. Baru sahaja kakinya mahu melangkah, Ayyie memanggilnya.

Areena menoleh sedikit ke arah Ayyie.


“Er.. Areena..” tergagap-gagap Ayyie mahu menghabiskan ayatnya.


Kenapa ni Ayyie? Selalunya kau tak pernah tergagap-gagap! Kuat betul penangan gadis di depan aku ni.


Areena mengangkat kening.


“Jom makan. Ayyie lapar ni,” ujar Ayyie setelah menghela nafasnya.


Areena berfikir-fikir sekejap.


Terima ke tak? Dia dah tolong aku petang tadi. Takkan aku nak tolak kot.


“Kita makan dekat sana je,” ujar Ayyie sambil menunjukkan ke arah kedai makan tempat pertama bertemu.


Okay!” ujar Areena akhirnya. Ayyie tersenyum.


“Jomlah!” ajak Ayyie.


“Sekejap, saya nak letak buku ni dalam kereta,” ujar Areena. Ayyie mengangguk-angguk. Areena melangkah dan memasukkan buku-bukunya di dalam kereta. Kemudian dia melangkah ke arah Ayyie pula.


“Jom,” ujar Areena. Ayyie berjalan beriringan dengan Areena ke kedai makan.


Ayyie menarik kerusi untuk Areena duduk. Areena hanya duduk sahaja. Kemudian mereka memesan makanan. Sementara menunggu makanan sampai, mereka berbual.


“Adik awak mana?” soal Areena.


“Adik? Saya mana ada adik. I’m the only adik,” ujar Ayyie.


“Yang awak tunggu adik awak tu?” soal Areena pelik.


“Oh. Yang tu adik saudara. Saya hantar dia dan jemput dia haritu sebab mak dan ayah dia outstation so dia tinggal dekat rumah saya,” terang Ayyie.


“Oh, jadi awak anak bongsu lah ye?” soal Areena lagi.


“Ya, sayalah bongsu, sayalah sulung,” ujar Ayyie.


Okay!” ujar Areena pendek.


“Awak pulak ada berapa orang adik beradik?” soal Ayyie pula sambil menongkat dagu.


“Dua je. Hanya saya dan adik saya,” jawab Areena.


“Mesti seronokkan ada adik?” soal Ayyie berminat.


“Mestilah,” jawab Areena.


“Lelaki ke perempuan adik awak?” soal Ayyie lagi.


“Perempuan,” jawab Areena.


Seorang mamak membawa makanan untuk mereka. Sekejap mereka diam menikmati makanan. Tiba-tiba Ayyie mendongak. Dicapainya air minumannya dan disedut sehingga habis. Tidak cukup dengan itu, dia mengambil pula air Areena dan disedutnya hingga habis juga. Matanya merah menahan kepedasan. Areena memandang Ayyie pelik.


“Kenapa ni?” soal Areena.


“Pedas!” jawab Ayyie sepatah.


Kasihan pula Areena melihat Ayyie tetapi dalam masa yang sama, kelakar pula melihat wajah sawo matang itu kemerahan.


“Awak cuba masukkan ais dalam mulut. Selalunya kalau pedas, saya sumbat ais dalam mulut,” Areena cuba memberi bantuan.


Ayyie terus memasukkan sebiji ais ke dalam mulutnya sehinggalah ais itu cair. Kemudian muka Ayyie berubah menjadi biasa.


“Lega,” ujar Ayyie.


Akhirnya Areena melepaskan juga tawa yang ditahan-tahannya daripada tadi. Ayyie memandang Areena pelik.


“Kenapa?” soal Ayyie.


“Tak ada apa-apa,” ujar Areena sambil cuba menahan tawanya.


“Kelakar ye tengok muka saya kepedasan?” soal Ayyie yang seakan merajuk itu.


Areena mengangguk-anggukkan kepalanya. Ayyie menjengilkan matanya ke arah Areena. Areena hanya buat muka toye sahaja. Terus menyuapkan suapannya.


“Sedap sangat ke nasi ayam tu?” soal Ayyie.


“Sedap!” jawab Areena lurus.


“Suap boleh?” soal Ayyie sambil membuka mulutnya.


Areena serba-salah.Mahu disuap, takut orang salah sangka. Mahu ditolak, nanti apakah perasaan lelaki ini.


“Cepatlah,” desak Ayyie.


Areena menyuapkan satu suapan ke dalam mulut Ayyie menggunakan sudu. Ayyie mengunyah-ngunyah makanan itu.


“Betul lah, sedap!” ujar Ayyie setelah menelan makanan di dalam mulutnya.


Areena menayangkan gigi. Tidak dijawab.


“Areena nak rasa mi goreng ni?” soal Ayyie.


Areena melihat mi goreng di pinggan Ayyie. Kemudian, apabila disedari dia dipermainkan dia memandang Ayyie.


“Ayyie!!” Areena menjerit kecil.


“Apa sayang?” selamba Ayyie menuturkan.


“Kenakan saya err? Makanan dah habis nak suap apa?” bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut Areena.


Ayyie tergelak. Areena juga turut serta tergelak.


Selepas Ayyie membayar harga makanan mereka, mereka pun berjalan ke arah kereta Areena.


“Saya seronok makan dengan awak,” ujar Ayyie.


“Saya pun,” balas Areena sambil melemparkan senyuman manis.


Hope kita boleh keluar lagi nanti, ujar Ayyie.


“Insya-ALLAH,” Areena tidak mahu memberi harapan.


Sampai di kereta Areena, Ayyie membuka kan pintu pemandu untuk Areena.Areena tidak masuk lagi. Dia berdiri di pintu yang terbuka itu.


Ayyie, thanks for today,” ujar Areena.


Not a big deal,” balas Ayyie.


“Saya pergi dulu,” Areena meminta diri.


Ayyie tidak membalas.


Areena masuk ke dalam keretanya. Ayyie masih berdiri memegang pintu kereta Areena.


“Areena, esok lunch nak?” soal Ayyie.


“Tengoklah keadaan,” ujar Areena.


“Saya jemput awak pukul 1.30 dekat sini ye?” ujar Ayyie yang lebih berbentuk arahan itu.


Areena termangu mendengar kata-kata Ayyie itu.


Ini bukan ajakan, ini paksaan namanya! Ahh, setuju je lah Areena.


“Areena,” panggil Ayyie.


Okay,” ujar Areena spontan kerana terkejut dipanggil begitu.


Bye sayang,” ujar Ayyie seraya menutup pintu kereta Areena.


Areena mengundurkan kereta dari kotak tempat letak kereta itu. Sebelum memecut pergi, Areena sempat membunyikan hon untuk Ayyie.


Ayyie tersenyum melihat kerenah Areena.


Areena Areena! Kenapa kau terlampau cute?

***


Areena menghempaskan tubuhnya di atas katilnya selepas berborak dengan Yasmin tadi. Terasa sejuk hatinya. Tidak pula dimarah Yasmin kerana hal Ameer tadi malahan, Areena tidak memberitahu pun. Malas mahu memanjangkan cerita.


Areena meletakkan tangannya ke atas dahinya yang licin itu. Berfikir-fikir seketika tentang tadi. Tiba-tiba dia teringat sesuatu yang membuatkan badannya tegak tiba-tiba.


Oh no! Tadi dia panggil aku sayangkan? Arghh tidak!


Dan serta-merta dia teringat Asyraff. Sebut sahaja perkataan sayang memang dia akan teringat Asyraff. Lelaki yang tidak menghargai cintanya itu. Ahh, terlalu sukar mahu melenyapkan insan bernama Asraff daripada hati ini.


Areena mencapai gitar kesayangannya. Lalu seperti biasa dipetik gitarnya dan dipejam matanya untuk mencari mood. Setelah mendapat mood yang diperlukan, Areena bernyanyi mengikut rentak.


Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku


Aku pun manusia biasa yang akan menangis apabila orang yang aku cinta pergi daripada aku…


Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus selalu kuat
Harus selalu tapu
Harus bisa jadi tahan banting


Bezanya, aku perempuan. Aku perempuan yang dilatih supaya kuat oleh ibuku dan bukan ayahku. Tapi aku tewas disebabkan cintaku pada lelaki yang tidak menghargainya.

Tapi ternyata takdir tercipta
Buat aku menangis


Aku menangis dan menangis disebabkan seorang lelaki…


Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah selalu
Air mata itu
Adalah tanda kelemahan


Aku berjanji takkan menangis lagi disebabkan seorang lelaki. Aku janji…


Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga


Tapi aku manusia biasa yang tewas dengan janji sendiri dan akhirnya aku menangis lagi..


Ayahku tersayang
Maafkanlah aku
Jika aku masih nangis
Masih belum bisa menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mahu
Kita berjanji
Tuk tidak lagi menangis
Kerna cinta


Aku dibesarkan tanpa kasih sayang insan yang bernama lelaki. Dan sekarang aku mahukan kasih sayang daripada lelaki. Salahkah aku mencintai Asyraff? Salahkah aku mahukan kasih sayang dari Asyraff?

No comments:

Post a Comment