Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, January 9, 2010

Melodi Cinta 6

Seperti yang dijanjikan, Ayyie datang menjemput Areena. Baru sahaja Areena mahu masuk ke dalam pusat tuisyen, Ayyie terlebih dahulu datang ke arah Areena.

“Jom,” ajak Ayyie.

Areena memandang Ayyie. Dengan memakai kemeja lengan panjang yang dilipat hingga ke siku berwarna hijau hitam dan seluar slack berwarna hitam, Ayyie nampak sungguh bergaya.

“Areenaaa,” panggil Ayyie sekaligus mematikan lamunan Areena.

Okay!” spontan Areena menjawab.

Ayyie melemparkan senyuman manis. Areena membalas.

“Naik kereta Ayyie je lah,” ujar Ayyie.

Areena hanya mengangguk. Ayyie berjalan ke keretanya. Areena mengikut langkah Ayyie sehinggalah Ayyie berhenti di kereta Mercedes Benz. Ayyie membuka pintu di sebelah pemandu untuk Areena. Areena masuk ke dalam kereta itu. Ayyie kemudian mengambil tempat di sebelah Areena selepas menutup pintu Areena.

Ayyie memecut keretanya dengan kadar kelajuan sederhana. Dikerling Areena yang berada di sebelahnya sekilas. Areena hanya mendiamkan diri.

“Areena,” panggil Ayyie.

Areena memandang Ayyie yang memandu. Tindakan spontan bagi semua orang apabila nama mereka dipanggil. Betul kan? Siapa yang cakap tak tu, janganlah menipu!

“Ada class pukul berapa?” soal Ayyie.

“3.30 petang,” jawab Areena.

“Kita makan dekat Teratak Café’ nak?” Ayyie meminta pendapat.

“Dekat mana tu?” soal Areena. Tidak pernah didengar nama café itu sebelum ini.

“Dekat dereten pejabat Ayyie,” jawab Ayyie.

“Oh,” sepatah Areena berbicara.

Teratak Café? Tak pernah dengar pun. Sedap ke heh? Cuba je lah. Ehh sekejap-sekejap! Ayyie ni kerja apa ye? Mesti dia kerja bagus lah kan, dah kereta pun Mercedes Benz.

“Nak ke tak?” soal Ayyie sekali lagi apabila dilihatnya Areena membisu. Areena agak terperanjat. Namun cuba dikawal mukanya supaya tidak nampak yang dia sebenarnya terkejut.

“Nak,” Areena memberi persetujuan.

Ayyie tersenyum dan kembali fokus kepada pemanduannya. Areena memandang Ayyie.

Nak tanya ke tak ni? Tanya ke tak?

“Ada apa Areena?” soal Ayyie seakan-akan tahu apa yang bermain di fikiran Areena. Areena tergelak mendengar soalan Ayyie itu.

Macam tau je aku nak tanya soalan!

“Kenapa gelak?” soal Ayyie.

“Macammana tahu saya nak tanya soalan?” soalan dibalas soalan.

“Dah tu, Areena asyik pandang Ayyie je,” jawab Ayyie dan sekaligus membuatkan pipi Areena merah menahan malu tetapi cuba berlagak selamba.

“Apa nak tanya?” soal Ayyie sekali lagi.

“Awak kerja apa?” soal Areena.

“Kenapa tanya?” soal Ayyie.

“Saya pelik je, awak nampak macam low-profile tapi kereta Mercedes Benz. Gaya awak macam awak ni macam orang kaya tapi awak makan dekat kedai mamak je,” terang Areena jujur.

Ayyie tergelak kecil mendengar penerangan daripada Areena. Areena memandang Ayyie sambil mengangkat keningnya.

“Kenapa gelak?” soal Areena.

“Takdelah, awak ni memang terlampau jujur kan?” soal Ayyie selepas ketawanya surut. Areena hanya menayangkan gigi.

“Betul Areena nak tahu?” soal Ayyie.

“Ye lah,” jawab Areena.

“Adakah anda yakin?” soal Ayyie lagi.

“Yakin dan pasti,” jawab Areena yakin.

“Sebenarnya Ayyie ni pemandu,” ujar Ayyie.

“Janganlah tipu Ayyie!” ujar Areena.

“Betul lah. Kenapa tak percaya?” soal Ayyie.

“Cuba awak cakap dengan orang lain yang awak ni pemandu. Ada tak orang akan percaya cakap awak? Mana ada pemandu semuda awak Ayyie!” Areena memberi jawapan yang dirasakan terbaik sekali.

Sekali lagi terhambur tawa Ayyie. Areena baru sedar dirinya dipermainkan. Areena menampar lengan Ayyie geram.

“Ayyie!!” jerit Areena geram.

“Iye Areena,” selamba sahaja Ayyie menuturkan.

Areena memeluk tubuhnya. Merajuklah! Ayyie memandang Areena sekilas. Segera tawanya berhenti.

“Areena,” panggil Ayyie lembut.

Tiada jawapan.

“Areenaaa,” panggil Ayyie sekali lagi.

Haa, siapa suruh gelakkan aku! Sekarang, cuba pujuk.

“Merajuk ke?” soal Ayyie.

Tiada lagi jawapan.

“Areenaa nampak comel lah bila merajuk macamni,” ujar Ayyie separa mengusik tetapi sebenarnya ikhlas dari hatinya.

Tiada lagi jawapan.

“Ye lah, Ayyie jawab soalan Areena tu,” ujar Ayyie.

Areena mengangkat muka memandang Ayyie. Ayyie melemparkan senyuman tetapi Areena tidak membalas.

“Ayyie kerja dekat Bulan Holding’s,” ujar Ayyie.

Hmm…” Areena jual mahal.

“Syarikat tu Ayyie ambil alih daripada ayah Ayyie,” ujar Ayyie lagi.

“Bila nak sampai ni?” soal Areena.

“Dah nak sampai lah ni,” ujar Ayyie.

Areena senyap lagi.Ayyie memandu kereta sehinggalah ke Teratak Café. Belum sempat Ayyie mahu membuka pintu untuk Areena, Areena sudah terlebih dahulu membukanya sendiri. Areena melangkah masuk ke dalam Teratak Café’ sebelum Ayyie lagi.

Areena memilih tempat di hujung sekali. Agak tersorok daripada orang ramai. Ayyie duduk di hadapan Areena. Ayyie melemparkan senyuman manis kepada Areena. Dan seorang pelayan perempuan pun tiba dengan senyuman manis.

“Encik Ayyie,” sapa pelayan itu.

Ayyie melamparkan senyuman.

“Makan apa?” soal pelayan itu ramah.

“Nasi goreng cendawan dengan fresh orange,” jawab Ayyie. Kemudian pandangan dialihkan kepada Areena.

“Cik pula?” soal pelayan itu.

“Nasi ayam ada?” soal Areena.

“Ada,” jawab pelayan itu.

“Nak nasi ayam dengan vanilla coke,” ujar Areena.

Okay, anything else?” soal Ayyie.

Ayyie menggeleng-gelengkan kepalanya.

Thanks. Enjoy your food,” ujar pelayan itu sambil tersenyum. Kemudian, dia berlalu meninggalkan Ayyie dan Areena.

“Areenaaa,” panggil Ayyie.

Areena memandang Ayyie sambil menjungkitkan keningnya.

“Janganlah merajuk lagi. Ayyie rasa macam cakap dengan tunggul je. Please Areena!” pujuk Ayyie.

Giliran Areena pula tergelak. Terkekeh-kekeh Areena tergelak. Ayyie memandang Areena lama.

“Kenakan Ayyie ye?” soal Ayyie.

“Siapa suruh kena kan saya dulu,” jawab Areena selamba selepas tawanya reda.

“Nakal ni,” ujar Ayyie sambil mencuit hidung Areena.

Terkedu Areena apabila Ayyie mencuit hidungnya.

“Yang tu balasan sebab pukul Ayyie tadi,” ujar Ayyie.

“Pukul?” soal Areena pelik.

“Takkan dah lupa kot. Tadi siapa yang pukul Ayyie dalam kereta?” perli Ayyie.

Haa, sorry! Itu tindakan spontan saya sebab awak kenakan saya,” ujar Areena.

“Tadi pun tindakan spontan Ayyie,” usik Ayyie.

Keadaan senyap kerana makanan sudahpun sampai. Mereka makan dalam keadaan sepi sehinggalah makanan mereka habis.

“Jangan rampas air saya,” ujar Areena serius.

Ayyie memandang Areena memikirkan maksud Areena. Apabila Ayyie sedar akan senyuman Areena, barulah dia faham.

“Takde dah,” ujar Ayyie.

“Ha… Ha… Ha…” Areena tergelak.

“Nakal lagi,” ujar Ayyie sambil mencuit hidung Areena sekali lagi.

Ayyie bangun dan membuat pembayaran di kaunter. Areena pula keluar dan berjalan ke arah kereta Ayyie. Belum dua minit, Ayyie sudahpun berada di sebelah Areena. Ayyie membukakan pintu untuk Areena. Selepas Areena masuk ke dalam kereta, Ayyie menutup pintu untuk Areena perlahan. Ayyie pula ke tempat pemandu dan menghidupkan enjin dan terus memecut laju meninggalkan Teratak Café’.

Ayyie menghantar Areena hingga ke pusat tuisyen Pelangi. Sampai di muka pintu, Areena berhenti melangkah.

Areena, Ayyie have a such a good time today,” ujar Ayyie bersama satu senyuman.

“Saya pun,” ujar Areena pula sambil membalas senyuman Ayyie.

“Habis class pukul berapa?” soal Ayyie.

“Pukul sepuluh,” jawab Areena.

Take care!” ujar Ayyie.

Areena hanya tersenyum. Ayyie melangkah pergi meninggalkan Areena dan Areena pula masuk ke dalam pusat tuisyen Pelangi.

***

Areena meletakkan beg tangannya di atas meja. Yasmin yang sedang menonton televisyen dipandangnya sekilas. Areena melemparkan satu senyuman kepada Yasmin. Yasmin membalas senyuman Areena.

“Gembira nampak?” soal Yasmin.

“Kenapa? Salah ke?” soal Areena kembali.

“Tak lah salah tapi lain macam je gembira kau,” ujar Yasmin.

Areena tersenyum penuh rahsia.

“Tak nak bagitahu aku?” soal Yasmin.

“Mana ada apa-apa lah,” ujar Areena.

Yasmin menjungkitkan keningnya.

Tiba-tiba telefon bimbit Areena berbunyi. Areena mengangkat tangan kepada Yasmin dan kemudian mendaki anak tangga. Areena menjawab telefonnya.

Hello,” ujar Areena memulakan perbualan.

Hello. Dah sampai rumah belum ni Areena?” soal Ayyie.

“Dah. Ni Ayyie kan?” soal Areena meminta kepastian.

“Ye,” jawab Ayyie.

“Haa, ada apa?” soal Areena sambil membaringkan badannya ke atas katil.

“Saje je nak pastikan Areena yang nakal ni selamat sampai rumah,” ujar Ayyie.

Areena tergelak.

“Kenapa gelak?” soal Ayyie selepas tawa Areena reda.

“Tak ada apa-apa,” jawab Areena.

“Areena, jangan letak telefon tau. Ayyie nak mainkan lagu untuk Areena,” ujar Ayyie.

Areena tidak membalas. Ditekapkan telefon bimbitnya ke telinga. Menunggu lagu yang mahu dimainkan oleh Ayyie. Seketika sepi menyelubung mereka sebelum kedengaran petikan gitar oleh Ayyie dan diikuti dengan suara Ayyie menyanyikan lagu.

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah menyatuu tanpa dirimu
Ohh karena hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahawa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Ohh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Ohh seperti udara yang ku hela kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi
Dan sepi

Areena mendengar Ayyie menyanyikan lagu Dealova dengan penuh perasaan. Entah kenapa dapat dirasakan sesuatu. Akhirnya Areena terbuai dengan suara Ayyie menyanyikan lagu itu.

“Areenaaa,” panggil Ayyie lembut.

Hmm..,”

“Lagu tu tulus ikhlas daripada hati Ayyie untuk Areena seorang,” ujar Ayyie.

Areena terdiam memikirkan maksud Ayyie.

Maksud dia apa ye? Adakah dia mencintai aku? Ahh, aku tak mencintai dia! Aku masih belum lupakan Asyraff.

“Areenaaa…” panggil Ayyie lagi.

Hmm..,”

“Mungkin terlampau awal untuk Ayyie katakan. Mungkin Areena sendiri tidak percaya dengan apa yang bakal Ayyie katakan. Mungkin Areena akan cakap Ayyie ni playboy atau apa. Ini semua lahir dari hati Ayyie. Ayyie cintakan Areena,” ujar Ayyie lembut sambil memetik gitar irama yang mendamaikan. Terlalu mendamaikan.

I’m sorry Ayyie. Saya tak cintakan awak,” ujar Areena setelah lama mendiamkan diri.

Terdengar keluhan daripada Ayyie. Areena memutuskan talian. Tidak sanggup untuk mendengar ayat-ayat Ayyie lagi. Tidak sanggup untuk mengecewakan lelaki itu.

Ayyie, maafkan Areena. Areena masih sayangkan Asyraff. Areena masih belum lupakan Asyraff. Maafkan Areena kerana menolak cinta Ayyie……

Areena masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri. Kemudian Areena duduk di sofa di dalam biliknya. Tangannya mencapai telefon bimbit yang terletak di atas meja bersebelahan sofa. Ada satu pesanan ringkas daripada Ayyie. Areena membuka mesej itu dan kemudian membacanya.

Ayyie tahu Areena akan cakap macamtu tapi Ayyie tak kisah. Ayyie akan berusaha untuk mendapatkan Areena sebab Ayyie percaya Areena diciptakan untuk Ayyie. Ayyie akan berusaha tak kira apa orang cakap. Sebab Ayyie tahu Ayyie cintakan Areena. Terlampau menyintai Areena! Good night sayang. I love you:)

Areena memandang lama mesej itu. Dan entah kenapa senyuman terbit di bibirnya. Areena tidak membalas mesej itu. Diletakkan telefon bimbitnya ke atas meja kembali.

Ayyie-Ayyie. Sampai bila kau nak bertahan? Tak adil buat kau kalau aku terima kau tapi hati aku bukan pada kau. Aku tak nak jadi kejam Ayyie.

No comments:

Post a Comment