Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, January 9, 2010

Melodi Cinta 7

Ayyie mencapai telefon bimbit Sony Ericcson miliknya. Ditekan punat-punat di telefon itu untuk menaip mesej.

Areena busy tak err?

Ayyie menekan punat hantar. Kemudian diletakkan telefon bimbitnya ke atas meja. Pandangan matanya diarahkan ke televisyen plasma 42 inci yang terletak di satu sudut di dalam biliknya. Muzik video lagu Menatap Matamu daripada Aril kedengaran.

Ayyie mendengar bait-bait lagu itu dengan penuh khusyuk. Kemudian dicarinya not gitar untuk lagu itu di internet. Diprintnya not itu. Baru sahaja Ayyie mahu mengambil kertas not itu, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Segera Ayyie menekan punat untuk membaca mesej itu.


Tak busy pun. Kenapa err?

Ayyie menekan punat balas.


Betul ni? Ayyie ingat nak ajak Areena keluar. Nak tak?


Ayyie menekan punat hantar. Kemudian diletakkan semula telefon bimbitnya itu di atas meja. Dicapainya not lagu yang telah diprintnya. Ayyie mengangkat gitar kesayangannya yang digantungkan di dinding dan Ayyie melangkah ke arah sofa. Not lagu diletakkan di atas meja berdekatan. Ayyie memetik not-not gitar yanng tercatat di situ.

Dua minit Ayyie berlatih dan kemudian bunyi mesej masuk kedengaran. Segera Ayyie mencapai telefon bimbitnya dan ditekannya punat baca.


Hm… Sekarang ke? Dekat mana?


Ayyie tersenyum membaca mesej Areena itu. Segera dibalasnya mesej itu.


Takde lah sekarang. Pukul 2.30 petang. Ayyie jemput Areena dekat rumah Areena. Apa alamat Areena?


Ayyie menekan punat hantar dan kemudian Ayyie menyambung memetik tali-tali gitar. Lima minit kemudian, mesejnya dibalas.


Hmm… Alamat? Cakap je lah. Nanti kita jumpa dekat sana.


Ayyie mengeluh. Ternyata hati Areena bukan seperti hati gadis-gadis lain. Hati Areena sukar dipikat. Tetapi apa-apa pun, itulah sebenarnya daya tarikan gadis itu. Kasar, keras kepala dan juga degil. Ayyie menekan punat untuk membalas mesej itu.


Kita jumpa dekat Teratai Corner?

Ayyie menekan punat hantar. Gitarnya diletak ke bawah. Malas mahu berlatih lagi. Ayyie memegang telefon bimbitnya. Sekejap sahaja mesejnya sudah dibalas.


Err… Dekat mana tu? Sorry lah. Saya biasa makan dekat kedai mamak-mamak je. Hehe, mana heh? Boleh bagi arah?


Tergelak Ayyie membaca mesej Areena itu. Satu lagi daya tarikan Areena sudah terserlah iaitu selamba. Ye, Areena memang selamba tahap gaban! Selepas tawanya reda, Ayyie membalas mesej itu.


Macammana nak bagi instruction? Hmm… macamni lah, apa kata Areena tunggu Ayyie dekat tempat tuisyen yang Areena ajar tu.


Ayyie menekan punat hantar. Kali ini belum seminit, mesejnya sudah dibalas. Senyuman terukir di bibir Ayyie.


Okay! Jumpa nanti! Bye..


Ayyie tersengih. Ditekan punat balas dengan kadar segera.


Okay. Bye sayanggg…


Ayyie meletakkan telefon bimbitnya. Dikerling jam di dinding. Lagi tiga puluh minit sebelum datenya. Ayyie cepat-cepat masuk ke tandas dan terus mandi. Hampir sepuluh minit Ayyie berada di dalam tandas. Kemudian, Ayyie menyarungkan kemeja hijau lumut lengan pendek dan jeans hitam.

Rambutnya yang berwarna perang itu digayakan seperti artis Korea. Memang itu gayanya. Nampak begitu ngam rambutnya dan juga mukanya. Ayyie mencapai gelang hitam dan disarungkan ke tangan kanannya. Tangan kirinya pula disarungkan jam tangan. Minyak wangi disemburkan ke badannya.

Tepat jam 2.20 minit, Ayyie turun dari biliknya. Sempat dicapainya kaca mata hitam lalu dipakainya.

“Mama!” jerit Ayyie apabila dilihatnya tiada orang di bawah.

Tiada jawapan.

“Mama!”

Tiada jawapan lagi.

“Mama!” jerit Ayyie lagi.

Kelihatan Datin Haiza berlari terkedek-kedek ke arahnya. Datin Haiza kelihatan muda walaupun umurnya sudah mencecah 45 tahun. Datin Haiza mencekak pinggang di hadapan Ayyie. Ayyie hanya tersengih.

“Terjerit-jerit. Macam budak kecik,” rungut Datin Haiza.

“Ma, Ayyie nak keluar ni,” ujar Ayyie. Tidak mempedulikan rungutan Datin Haiza.

“Pergi mana?” soal Datin Haiza.

“Jumpa bakal menantu mama,” ujar Ayyie sambil tersengih nakal.

“Ye lah tu. Dah berapa bayak bakal menantu yang mama dengar. Tapi satu pun tak kekal,” bebel Datin Haiza.

“Kali ni lain ma. Okay lah mama! Ayyie keluar dulu. Nanti lewat karang, tak dapat mama menantu,” usik Ayyie.

Datin Haiza hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat kenakalan Ayyie. Ayyie melangkah keluar dan memecut laju kereta Mercedes Benz miliknya.

***



Tepat 2.30, Ayyie sudahpun sampai di pusat tuisyen Pelangi. Ditolehnya ke kiri dan ke kanan tetapi bayang Areena masih belum ada. Baru sahaja Ayyie mahu mengeluarkan telefon bimbitnya, satu suara menegurnya.

“Hai!” sergah Areena.

Ayyie mengurut-ngurut dadanya, Terkejut dengan sergahan Areena. Areena tergelak melihat reaksi Ayyie.

“Kenakan Ayyie?” soal Ayyie.

Baru sahaja tangan Ayyie mahu mencuit hidung Areena, Areena terlebih dahulu meloloskan badannya ke dalam kereta Ayyie. Ayyie hanya tersengih melihat telatah Areena. Pandai dia mengelakkan diri!

Ayyie membuka pintu kereta di sebelah Areena dan kemudian memecut keretanya ke destinasi yang ingin dituju.

“Ada apa nak jumpa saya ni?” soal Areena sebaik sahaja kereta Ayyie mula bergerak.

Ayyie memandang Areena sekilas.

“Kenapa? Kalau ada hal je ke boleh jumpa Areena?” soal Ayyie.

“Hmm.. Takdelah, saje tanye,” ujar Areena.

“Kalau Ayyie cakap cakap Ayyie rindu Areena macam mana?” duga Ayyie.

“Macamtu lah,” jawab Areena selamba.

Ayyie tergelak mendengar kata-kata Areena.

Hai, selamba betul kau ni kan Areena…

“Ayyie ada hal sebenarnya nak cakap dengan Areena ni,” ujar Ayyie.

Areena memandang Ayyie yang sedang memandu itu. Ayyie memandang Areena sekilas dan melemparkan satu senyuman. Kemudian, Ayyie kembali memandang ke hadapan.

“Apa?” soal Areena setelah lama berdiam.

“Nanti Ayyie bagitahu,” ujar Ayyie berahsia.

Areena mencebik. Tergelak Ayyie melihat Areena mencebik. Comel!

“Comel!” ujar Ayyie.

Areena mengerutkan dahi tanda tidak faham.

“Apa yang comel?” soal Areena.

“Areena lah. Mencebik pun comel!” usik Ayyie.

Areena menarik muka masam.

“Buat muka masam pun comel jugak,” usik Ayyie lagi.

“Ayyieee!!” spontan tangan Areena menampar paha Ayyie.

Aww!!” jerit Ayyie.

Mukanya dikerutkan menahan kesakitan. Tangan kirinya menggosok-gosok pahanya yang ditampar Areena. Areena yang melihat keadaan Ayyie kesakitan tergelak.

“Ha..Ha..Ha… Padan muka!” ujar Areena sambil tertawa.

“Sampai hati Areena kan,” ujar Ayyie seakan merajuk.

“Siapa suruh usik orang!” ujar Areena selamba.

“Habis? Takkan nak usik haiwan pulak?” soal Ayyie sinis.

“Ye lah!” jawab Areena.

Ayyie tidak menjawab.

Selamba betul kau ni Areena. Dah tu keras kepala pulak! Tapi tulah yang buat kau istimewa dari yang lain…

“Ayyie…” panggil Areena.

Hm…,” jawab Ayyie.

“Lambat lagi ke?” soal Areena.

“Kejap je lagi. Sabarlah sayang,” Ayyie mengajuk ayat terakhir itu daripada iklan yang pernah disiarkan di televisyen dahulu.

Areena tergelak sekali lagi. Rasa kelakar apabila Ayyie mengajuk iklan itu.

“Pirahh,” ujar Areena.

“Porahh,” balas Ayyie.

“Purahh,” Areena tidak mahu mengalah.

“Parahh,” balas Ayyie sambil tertawa. Areena pun tertawa.
***

Areena bersandar di kerusinya. Tangannya mengusap perutnya tanda kekenyangan. Ayyie pula menyedut fresh orange sambil matanya merenung Areena.

“Buncit dah?” usik Ayyie.

“Agak lah. Kenyang sangat,” jawab Areena selamba.

Ayyie tergelak mendengar jawapan selamba Areena itu.

“Apa yang awak nak cakap tadi?” soal Areena selepas yawa Ayyie reda.

Ayyie memandang Areena.Merenung ke dalam mata Areena. Areena membalas renungan Ayyie. Tidak mahu kalah dengan renungan mata Ayyie. Mata bundar berwarna coklat cair berlawan dengan mata sepet berwarna biru pekat. Dan akhirnya mata bundar berwarna coklat cair mengalah.

“Cakaplah cepat,” desak Areena setelah dia kalah dalam perlawanan mata.

“Hmm.., ini soal kerja lah Areena. Kalau Areena sudi, it should be fine,” ujar Ayyie. Masih mahu berahsia.

“Cakap dulu then I decided to say yes or no,” ujar Areena.

“Macamni tau Areena. Areena tak pernah teringin ke nak buka pusat tuisyen sendiri?” soal Ayyie.

“Teringin tu of course! Tapi mungkin bukan sekarang,” ujar Areena.

“Kenapa bukan sekarang?” soal Ayyie sambil menjungkitkan kening.

“Duit belum cukup lah,” jawab Areena.

“Areena Areena, duit bukan soal nya lah,” ujar Ayyie sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Itu bagi awak,” ujar Areena perlahan.

“Apa kata kita share-partner?” soal Ayyie.

“Maksud awak?” soal Areena.

“Kita buka pusat tuisyen sama-sama atas nama Bulan Holding’s,” jelas Ayyie.

“Tapi saya tak cukup duit lagi. Kereta saya pun belum habis bayar. Saya malas nak pinjam bank ni,” ujar Areena.

“Sebab tu lah saya cakap, kita buka atas Bulan Holding’s. Pusat tuisyen tu akan jadi atas nama saya tapi awak akan uruskan,” terang Ayyie.

“Maknanya saya kerja bawah awak lah? Tapi kenapa awak tak uruskan? Kenapa saya pula?” soal Areena bertalu-talu.

“Saya kena uruskan Bulan Holding’s. Saya akan pantau pusat tuisyen tu dari jauh. Saya percayakan awak Areena. Saya yakin awak boleh uruskan,” ujar Ayyie.

Hmm..,”

“Gaji awak bergantung pada prestasi awak. Tapi Insya-Allah, gaji awak akan tetap. Kita tengoklah prestasi bulan pertama awak,” ujar Ayyie.

Okay! Saya setuju,” jawab Areena.

Okay, nanti awak kena tanda tangan kontrak kerja. Nanti saya siapkan perjanjian,” ujar Ayyie lagi.

No problem!” jawab Areena sambil mengenyitkan matanya.

Ayyie tertawa melihat telatah Areena. Areena juga turut tertawa.

No comments:

Post a Comment