Hampir setiap hari Ayyie menjenguk Areena. Kadangkala keluar makan tengah hari dan kadangkala keluar makan malam. Hubungan mereka semakin hari semakin rapat. Namun masih tiada perasaan cinta dalam hati Areena untuk Ayyie. Benar, pintu hatinya sudah ditutup kerana seorang lelaki. Seorang lelaki bernama Asyraff!
“Hai!” sapa Ayyie tiba-tiba.
Areena yang sedang berangan tersentak. Tetapi cepat-cepat diukir satu senyuman kepada Ayyie memandangkan lelaki itu banyak menolongnya.
“Berangan ke?” usik Ayyie.
“Mana ada,” ujar Areena.
“Kalau tak berangan, kenapa Ayyie masuk tadi pun Areena tak sedar? Mestilah berangan namanya kan?” usik Ayyie lagi.
“Ye lah ye lah!” mengaku juga Areena.
Ayyie tergelak kecil melihat gelangat Areena. Ditariknya kerusi di hadapan Areena dan dilabuhkan punggungnya.
“Berangan apa?” Ayyie masih mahu mengusik Areena.
“Ade lah,” jawab Areena.
Ayyie tergelak lagi. Areena menghulurkan satu fail untuk Ayyie. Ayyie menyambut fail tersebut.
“Hmm…, Alhamdulillah, pelajar yang belajar dekat sini dah mencapai 70 orang,” ujar Areena.
“70 orang? Wow!” Ayyie mula menyelak-nyelak fail.
“Tapi kan Ayyie. Ada kelas untuk budak form three, saya rasa kena buat 2 kelas lah,” ujar Areena.
“Kenapa?” soal Ayyie. Pandangan matanya masih menatap ke dalam fail.
“Sebab tingkatan tiga terlampau ramai. Ayyie cuba tengok dalam fail tu. Kalau tak silap Areena, dah 25 orang budak tingkatan tiga. Dah macam sekolah pula. So kalau kita pecahkan dua jadi satu kelas ada lebih kurang 14 orang kan?” terang Areena panjang lebar.
“Hmm… Bagus juga. Areena buat je lah apa-apa. Ayyie percayakan Areena,” ujar Ayyie sambil mengangkat muka memandang tepat ke dalam mata Areena.
“Okay! Kerja Ayyie macam mana?” soal Areena.
“Okay! Makin maju dah. Lagi-lagi dah bukak cawangan pusat tuisyen ni lagi lah bertambah maju,” ujar Ayyie.
“Ayyie tak penat ke ulang-alik dari sini ke tempat kerja Ayyie?” soal Areena.
“Tak penat pun. Demi Areena, apa pun boleh,” jawab Ayyie.
Areena tergelak kecil.
“Kalau Areena dapat capai seratus pelajar, Ayyie bagi Areena bonus. Nak?” soal Ayyie.
“Bonus? Apa benda?” soal Areena kembali.
“Yeah, bonus. Hadiah,” ujar Ayyie penuh rahsia.
“Ye lah apa nya?” soal Areena.
“Ade lah. Rahsia!” ujar Ayyie.
Areena memandang Ayyie. Ayyie hanya menayangkan muka selamba.
“Dahlah, jom lah dinner,” ajak Ayyie.
“Dinner?” soal Areena.
“Dah pukul 10.30 dah ni cik adik oii! Jomlah cepat, dah tak ada orang dekat sini,” ajak Ayyie lagi.
“Ye lah. Awak tolong tutupkan suis dengan tingkap dalam bilik sana. Saya nak kemas-kemas ni,” Areena sedikit mengarah.
“Baik puan!” ujar Ayyie sambil mengangkat tangan ke dahi. Kemudian dia berlalu untuk menutup suis-suis.
***
Areena menghempaskan tubuhnya di sebelah Yasmin. Yasmin yang sedang menonton televisyen memandang Areena sekilas. Areena menyandarkan badannya di sofa dan kepalanya juga disandarkan. Kakinya diletakkan di atas meja. Penat rasanya bekerja!
“Penat?” soal Yasmin.
“Penatlah. Penat gila!” ujar Areena.
“Awal pula hari ni balik. Selalunya pukul 11.30 baru sampai. Ni baru pukul 11.15 dah sampai,” ujar Yasmin.
“Ayyie datang awal tadi jadi terpaksalah aku balik awal. Karang kalau duduk lama-lama dengan dia dalam situ kena pulak tangkap basah,” ujar Areena selamba.
“Baik juga si Ayyie tu kan?” soal Yasmin.
“Baik. Memang baik,” jawab Areena. Bibirnya mengukir senyuman.
Yasmin melihat reaksi Areena itu.
“Macam ada apa-apa je ni?” soal Yasmin.
“Memanglah ada. Kan aku dengan dia kawan. Kawan baik!” ujar Areena.
“Kawan je?” soal Yasmin.
Areena mengangguk-anggukkan kepalanya.
Kawan lah. Walaupun aku tahu dia suka aku tapi hati aku masih belum terbuka untuk dia. Hati aku masih untuk Asyraff.
Areena bangun dari kerusi.
“Aku naik dulu. Nak mandi. Penat sangat! Lepastu aku tidur terus. Goodnight!” ujar Areena seraya melangkah meninggalkan Yasmin.
Areena masuk ke dalam biliknya. Diletakkan beg tangannya di atas meja. Dan kemudian Areena masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
Usai sahaja membersihkan diri dan juga solat, Areena mengeluarkan telefon bimbitnya daripada beg tangannya. Hampir Areena tak percaya apabila telefon bimbit itu bukan kepunyaannya.
Kalau tak silap aku, ni Ayyie punya. Takkanlah kitorang dah tertukar handphone. Aduhh. Macammana ni?
Baru sahaja Areena mahu meletakkan telefon bimbit itu ke dalam beg tangannya kembali, telefon Ayyie berdering. Tercatat nama LISA. Areena teragak-agak. Sama ada mahu menjawab ataupun tidak.
Telefon itu kemudian berhenti berdering. Areena menarik nafas lega. Baru sahaja beberapa saat, telefon itu berdering sekali lagi. Areena terus sahaja menekan punat hijau dan menekapkan telefon itu di telinganya.
“Sayang! Kenapa jawab lambat sangat ni? Dah tu lama tak nampak. You dah tak sayang I lagi ke sayang?”
Areena tergamam mendengar ayat daripada perempuan itu yang bernama Lisa. Areena terdiam seketika.
“Sayang!” panggil Lisa lagi.
“Er.. Sorry, ni Areena,” ujar Areena tergagap-gagap.
“Areena? You siapa? Mana Ayyie?” soal Lisa bertubi-tubi.
“Handphone Ayyie bertukar dengan handphone I,” jawab Areena.
“Apa hubungan you dengan Ayyie?” soal Lisa lagi.
“Dia boss I,” ujar Areena.
“Oh, pekerja je lah,” sindir Lisa.
Areena tergamam mendengar sindiran Lisa itu.
Kenapa pula aku yang terbabit?
“Okay then. Goodbye!” ujar Lisa seraya mematikan talian.
Areena menggenggam telefon bimbit Ayyie. Geram sungguh hatinya. Tetapi kenapa pula dia harus geram? Areena sendiri tak tahu. Dan sekali lagi telefon itu berdering. Kali ini nama AREENA pula.
Ehh, nama aku!
Segera Areena menekan punat hijau dan menekapkan telefon bimbit Nokia itu ke telinganya.
“Hello,” sapa Areena terlebih dahulu.
“Hello. Areena heh?” soal Ayyie.
“Ye,” jawab Areena ringkas.
“Sorry Ayyie terambil telefon Areena. Sorry sangat-sangat. Areena tak marahkan?” soal Ayyie.
“Hm..,” jawab Areena pendek.
“Kalau ada sesiapa call Ayyie, Areena tolong jawabkan. Takut pula kalau ada urgent,” ujar Ayyie.
“Okay!” jawab Areena pendek.
“Cantik wallpaper Areena,” puji Ayyie.
“Wallpaper?” soal Areena blur.
“Yea, gambar Areena lah,” ujar Ayyie.
Gambar aku? Wei, malulah!
“Ayyiee!!”
Ayyie tergelak kecil.
“Okay lah Areena. Nanti habis pula kredit Areena ni. Bye!” Ayyie mengundurkan diri.
“Okay! Bye,” ujar Areena seraya mematikan talian.
Areena membaringkan badannya di atas katil.Baru beberapa minit, telefon bimbit Ayyie berbunyi lagi. Nama RINA tercatat di situ. Dengan malas, Areena menjawab panggilan tersebut.
“Hello,” sapa Areena.
“Siapa ni?” soal Rina.
“Areena,” jawab Areena malas.
“Kenapa phone Ayyie ada dekat kau? Mana Ayyie?” soal Rina.
“Tertukar telefon. Kenapa? Ada apa-apa pesanan?” soal Areena selamba.
“Cakap dengan Ayyie, call aku balik,” ujar Rina.
“Hmm.., okay! Lagi?” soal Areena selamba.
“Apa hubungan kau dengan Ayyie?” soal Rina kasar.
Areena malas mahu melayan Rina lantas dimatikan talian. Kemudian diletakkan kembali telefon Ayyie tetapi sebelum itu, disilentkan telefon itu.
Badan kecilnya dihempaskan di atas tilam. Tangannya diletakkan di atas dahi. Ingatannya melayang kepada Ayyie. Entah kenapa, dia dapat rasakan Ayyie seorang playboy. Tapi kenapa Ayyie mahu rapat dengan dia?
Kenapa Ayyie mahu berkawan dengan dia? Kalau Ayyie betullah seorang playboy, kenapa Ayyie asyik bersamanya sahaja? Takkanlah dia pula mangsa seterusnya. Tapi Ayyie baik. Terlampau baik pada pandangannya. Jika Ayyie mahu mainkan perasaan dirinya, kenapa Ayyie meletakkan dia sebagai pengurus Pusat Tuisyen Bulan?
Apa sebenarnya yang Ayyie nak? Arghh! Pening kepala. Kenapa aku susah-susah fikirkan dia? Biar je lah dia. Aku tak ada kena mengena dalam movie dia! Aku cuma pelakon tambahan je kan?
Akhirnya Areena terlelap dengan seribu satu persoalanan. Persoalanan tanpa jawapan. Takkan ada jawapan…
No comments:
Post a Comment